It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, February 11, 2009

--==[[ I Don't Want To Miss A Thing!~ ]]==--

--==[[ Nacitam In Memory ]]==--

--==[[ He Died .. 3 Years Ago .. On My Two Hands .. In The Car .. Just Opposite Vet's Clinic .. Cemey Was Cryin Bad That Day ]]==--



Semalam. Junior hilang. Cari. Tidak jumpa. Sedih. Sunyi.


Hari ini. Terdengar suara Junior. Sangat2 kuat. Suara yang sayu. Cari. Jumpa di rumah tingkat satu tangga sebelah. Dia terbaring di dalam pagar rumah tersebut. Panggil. Tidak datang. Dia boleh bangun. Tapi terjelepok semula. Mati akal.


Berlari ke kereta. Hidupkan enjin. Pergi ke kedai depan. Beli makanan basah perasa tuna kegemaran Junior. Balik. pergi semula ke rumah tadi. Umpan Junior dengan tuna whiskas. Sedih. Junior langsung tidak bergerak.


Panggil punya panggil, Tejin pula yang datang. Tejin macam keliru. Keliru mana satu rumah dia. Hek! Turun bawah, bawa Tejin naik atas. Tejin macam tahu Junior kesakitan. Tejin datang dekat dengan Junior. Ditolak2nya punggung Junior dengan muncungnya. Macam menyuruh Junior bangun.


Hati saya semacam sayu. Kasihan Junior. Kesal. Kenapalah semalam tidak nampak dia di situ. Mati akal. Tiba2 seorang kakak keluar dari hadapan rumah tersebut.


"Kak. Rumah ni ada orang?"
"Belum balik lagi rasanya. Kenapa?"
"Tu. Kucing saya. Ituhari saya balik kampung. Semalam balik dia takde kat rumah."
"Mana?"
"Tu. Kat dalam pagar tu. Dia macam sakit. Langsung tak bergerak."
"Tuan rumah ni belum balik. Kena tunggu sekejap kot. Biasanya time macam ni dah ada orang.Adik duduk mana?"
"Sebelah sana. Dia memang selalu sesat ke rumah ni."
"Dia sakit kot tu?"
"Mungkin la kot. Sebab dia ni memang lincah.
"Tu yang besar kucing adik jugak ke?"
"Haah. Itu bapak dia."
"Hitamnya. Tunggulah. Sekejap lagi baliklah tu."
"Erm. Takpelah kak. Terima kasih ye!"


Senyum kelat. Saya pula terjelepok di situ. Tejin masih lagi di sebelah Junior sambil mengeow. Ditolak2nya Junior. Junior cuba untuk bangun. Tapi macam tidak berdaya. 2 3 langkah, dia baring semula. Kasihan. Makanan yang dijadikan umpan juga tidak dapat menarik perhatian Junior untuk bergerak. Sebak.


"Assalammualaikum. Kak.... ooo kakk..."
"Ye. Kejap2."
"Saya nak mintak tolong akak bagi saya air sikit."
"Kenapa tu?"
"Nak cuba guna air pulak. Kucing kan takut air."
"Ye kan? Sekejap ye."


Kakak anak dua yang baik hati tadi keluar bawa semangkuk air. Ucap terima kasih. Cuba pula renjis2 air ke arah Junior. Tejin datang dekat. Mundar mandir sambil mengeow sayu. Geram kerana Junior langsung tidak mahu bergerak, saya simbahkan semangkuk air itu. Junior bangun. Susah payah melangkah ke arah Tejin dan saya.


Saya angkat Junior. Pulangkan mangkuk. Bawa Junior pulang ke rumah dan Tejin mengekori di belakang. Sampai di rumah, saya membelek2 seluruh badan Junior. Ada luka2 kecil. Saya berdirikan Junior. Jatuh. Kakinya belakang belah kanannya terkulai. Angkat Junior ke dapur, beri makan. Hanya sedikit sahaja dijamah. Lebih makanan dihabiskan oleh Tejin. Cet!


Saya bersila di depan pinggan makanan. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tejin dah bersantai kekenyangan di beranda. Peluk Junior. Panas. Junior demam. Saya panaskan air. Mandikan Junior dengan sabun antiseptic. Keringkan. Hancurkan suku PCM. Beri Junior telan ubat. Paksa dia minum.


Hati saya terkilan kerana tidak jumpa dia semasa operasi mencari malam semalam. Junior masih lagi dipangkuan dengan gulungan tuala yang membalut seluruh badan. 10 minit kemudian, Junior cuba untuk berjalan ke arah makanannya. Saya hanya perhatikan sahaja geraklaku Junior. Setelah makan sedikit, Junior masuk ke bilik. Menjilat2 bulunya, tidur.



Esok, kebetulan hari cuti saya tiap2 minggu.Cadang mahu bawa Junior ke Veterinar UPM esok. InsyaAllah. Jauh di sudut hati saya takut tragedi kematian Nacitam pada 3 tahun lepas berlaku kepada Junior. Sedih.






9 comments:

Aida Ikmal said...

sheannye junior.. sob.sob!~
moga cepat sembuh dan terus membulik obertun!~
kohkohkoh

Anonymous said...

harap2 jR sembuh :(

Anonymous said...

wa... sedey sungguh... tu la... lain kali nak balik antar rumah aku dolu... kasi makanan dia skalik... buleh aku buli jr anda itu...
huahahahaha...

auM Chak @ eiMyLiciOus said...

sedeynyerr...geram comey kat tejin..ade ke dhbskan makanan junior...terigt kucen pu3 nama brownie yg mati 6thn lepas...sobsobsob!!~ cepat2 bw jumpa doc...semoga cepat sembuh jR.

K i a H R o N g G e n G said...

Mudahan junior lekas sembuh..amin...

otterKEYCHEE said...

ololoh cina jr obertun tuh ..... moga beliau cepat sembuh ya....

sya_zachery said...

haloh2 sheann tul.. otter cina pun bole laa..huehuehuhue..

Missfasha said...

may jr sembuh.

-LaDy rAzOr- said...

uuuu...my peberet song ever ar!

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)