It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, July 15, 2009

--==[[ Isk!~ ]]==--

Mahu update.
Tapi macam letih sangat pula.
Mengantuk.
Lemau.
Hujan.
Sejuk pula.
Rasa macam hendak tidur.
Mata kuyu semacam.
Tidur.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ni sambung mengarut Jam 9 Lebih....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Malam tadi, semasa makan di Tomburi dapat sms dari Omak. Kata ada orang buat sekian2 report ke atas Ayah. Terus bayar makan. Bungkus ikan masak pedas. Balik. Telefon Omak dan Ayah. Tanya perkara sebenar yang berlaku. Ayah kata di Tampin. Sedang tanya kes dengan pegawai yang bertanggungjawab. Belum habis bercakap, panggilan putus.


Restoran Tomburi

Tunggu panggilan semula daripada Ayah dan Omak. Risau. Runsing. Susah hati. Tertanya2 apa yang sebenarnya berlaku. Buat apa pun tak betul. Duduk salah. Baring pun salah. Ngadap PC pun tiada mood. Hampir tengah malam, Ayah telefon semula. Katanya dah sampai di rumah. Alhamdulillah. Maksud, tiada apa yang buruk berlaku.


Menu Saya Semalam


Pagi tadi, bangun tidur hampir jam 7 pagi. Sangat liat untuk bergerak dari tempat tidur. Golek2 lagi. Tarik selimut sampai ke leher. Tunggu snooze lagi 10 minit. Tapi, belum pun sampai 10 minit, Omak telefon. Katanya di Gedok. Ada masalah dengan pekerja Ayah. Pekerja? Entah? Sub-contractor. Lebih kurang begitulah kata Omak. Orang tu ambil barang2 kerja di ladang. Ambil lori. Bla2... Bla2... Kurang faham pun ada juga.


Suruh Omak telefon Pian. Beritahu apa yang berlaku. Suruh Pian datang ke tempat kejadian. Duduk sekejap. Tertidur semula. Haha! Apa yang liat sangat Agaknya. Sejam kemudian dapat panggilan lagi. Kali ini dari mem. Beritahu dia mahu pergi Seremban. Ada hal penting. Omak Ayah akan ada di Seremban jam 11 pagi.


Tengok jam. Ah! Dah lewat! Bangun. Mandi2. Siap2. Keluar. Mem call lagi. Minta dia tunggu di stesyen petronas Bangi untuk ikut saya ke Seremban. Dalam 10.30 sampai Bangi, keluarkan duit, isi minyak. Terus gerak ke Seremban. Kira tidak kerjalah! Ahak!~ Hampir 11pagi sampai ke Seremban. Terus ke tempat yang diberitahu oleh Ayah. Kami sampai dulu. Kebetulan ada bawa kamera. Ingat nak ambil gambar. Tapi, ditegur pula oleh pak guard. Tidak boleh katanya. Dilarang. Arahan pihak berkuasa. Ambil gambar pun tak boleh? Ceh!


Berbual2 sekejap dengan pak guard. Dia tanya ada apa hal. Bla..bla..bla.. Dia suruh lapor diri di pondok guard. Tanya dia pasal kafeteria yang macam tiada orang. Katanya dah 6 tahun tutup. Boleh? Kafe tutup? Sangat tidak sesuai jawapan tersebut. Huh! Pergi ke guard post, tulis nama ic semua bagai, nampak kereta Honda ayah sampai. Terus ke kereta. Salam2. Cium2.


Masa snap gamba ni, dua2 dah pusing lakang lak.. Ekeke...


Jelas garis risau pada riak wajah Ayah. Hmm .. Diam. Tasya dan Bila pun ada sama. Masih berpakaian sekolah. Comel. Sempat main nyorok2 di belakang kereta dengan Tasya di dalam kereta. Hilang sekejap rasa susah hati. Kunci pintu kereta, terus masuk ke dalam bangunan. Ayah terus melangkah ke bilik pegawai penyiasat dengan dokumen2 penting yang Ayah bawa. Kami semua tunggu di luar.


Tempat Menunggu Yang Busan. Cis!! Tong Sampah Pon Tadak!!!


Agak lama juga Ayah di dalam. Tadi, sebelum Ayah masuk, saya kata nak ikut masuk sama, Ayah tak bagi pula. Duduk lah kami di tempat menunggu. Sabar. Sambil baca Berita Harian yang di kidnap dari kereta Ayah. Sambil melayan kerenah Tasya dan Bila. Sambil berbual2 dengan Omak. Omak masih lagi menceritakan hal yang berlaku pagi tadi. Mujur Pian ada di sana. Semuanya dah selesai kata Omak.


Kakak Yang Sangat Hepi Dapat Makan! Huehue!~


Menjelang jam 1 tengahari, Ayah keluar dari bilik siasat. Ceh! Macam besar sangat je kesnya. Huehue... Padahal, Ayah dipanggil untuk membantu siasatan sahaja. Tidak mengapalah. Sekurang2 nya boleh menenangkan Omak yang sangat susah hati. Selesai. Berbual2 seketika dengan 3 orang pegawai. Tanya status kes. Bla2... Bla2...


Adik Buat Muka Tak Berasalah Amek Peha Ayam Saya.. nGe!~


Ajak Ayah pergi makan. Buat2 macam tiada apa yang berlaku. Kata Ayah, makan di rumah kakngah. Omak pula tidak mahu. Katanya nanti menyusahkan Kakngah yang sarat. Hmm .. Sudah nya Ayah kata makan di kedai yang dekat dengan rumah Kakngah. Lepas tu nanti terus ke rumah Kakngah. Alang2 dah sampai, takkan tak singgah kan?


Omak ...


Dalam perjalanan ke tempat makan, dapat pula panggilan. Jadinya, dengan pantas ambil makanan. Makan2. Bayar. Singgah sekejap di rumah Kakngah. Salam2. Terus balik. Ayah pun kena balik awal ke Gemencheh, ada temujanji dengan doktor. Lupa pula! Semasa di tempat menunggu tadi, Omak tunjukkan kad rawatan Ayah. Belek2 rekod perubatan ayah. Erm... Ayah baru sahaja di diagnosis mengidap DMII. :(


Ayah ...


Gedebak! Gedebuk! Terus ke tempat kerja. Pergi tengok2 apa yang patut. Ke Kajang pula untuk hantar mem ke pejabat. Tunggu sekejap. Gerak ke Bangi untuk mengambil kereta. Singgah gerai cendol, dapat sms daripada Uj dan As mengajak ke FishBurn. Ah! Letih. Tak larat nak ke KJ mengambil As, kemudian ambil Atung, lepas tu nak ke Langat pula. Maaf ye sahabat2 yang dikasihi. Saya memang betul2 rasa malas untuk memandu kereta lagi. Huhu...


Ini Ialah Cendol. Sekian. Terima kasih. nGe!~


  • Sodih bona ati den ghaso eh.
  • Apo la masalah oghang tu buek Ayah den macam ni.
  • Pado den, Ayah punyo gisau buleh tahan lagie. Tingat muko Omak, toghuih yo gaso sodih tu datang. =(
  • Njin.. timo kasih tomankan tadi. Takdo la den gisau soghang2. Timo kasih gak la boponek mandu keto poie balik Somban tadi ek. Sian.. sampai poning2. Den nak mandu ekau tak bagi lak. Tapi.. lopeh tu den bawak lak kan? Hueheuhe.. Suko Omak tadi kan? Gindu bona Omak ngan kito. Huehue.. Den sayang ekau sampai mati...
  • Cendol tadi memang sodap ah! Takdo nyaing. Sodap nak mampuih. Tapi tak la sampai mampuih kan.. Hekhek!~
  • nGaaa.. Lagu kali ni den dediket untuk Ayah. Dulu, maso kocik2, Ayah solalu nyanyi an lagu ni kalo den adik badik nak tido. Kalo tak nyanyi pun, Ayah akan suh donga dio main lagu ni kek piano maso kocik dulu.... Sampai sokaghang den ingat lagu ni. Pehtu, kalo donga..nyanyi.. tibo2 yo cam sobak2 toingat jaman kocik2. sOb!~ sOb!~
  • Mem pun dah muak donga den nyanyi lagu nih.. Agagaga!~
  • Aghap2 Ayah dah oke. Tak gisau2 laie cam tadi. Omak pun.. den aghap tak susah2 ati dah..bondo dah solosai...
  • For this time being .. den memang boto2 sodih yang to-amat.. =(
  • End Of Typing :: 10.23pm.





4 comments:

missdiya84 said...

tengok gambo2 winduuu ngan pakngah...ngan adik tasya..

pastu nengok gamba cendokl..nyum2..dapnyee.cendol kat mane ni??

Guest said...

hehek ..
jom la balik moncheh... ajak la sapa tuh . heuheu ...

cendol tu kat bangi .. heuheu . sgt sdp okek!
ada rasa cam vanila2 gitu...
besh2.. pasni nak repeat lagik .. kali nih nak try dia nye laksa lak .. heuheuhe!~

CeMeY said...

bad yayam... awat hang komen jadik guest lak? den hengat sapo la tadi...
sodih bona citer tuh.. byk kali kono pakso tengok.. huehue..

Bard said...

Hoh!
Katne tuh ? call jap plis!
Ai takpat nak call yu ah .. knp tah..
urgent2!

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)