It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, September 02, 2009

--==[[ Sebelum Cahaya!~ ]]==--

Ini ialah Ambulan PKB Gemencheh di halaman rumah saya ... Isk..


ArGhh .. Berapa hari dah ni. Puasa macam tidak puasa sahaja. Asyiknya lah tertidur sampai ke waktu berbuka. Hari ni tadi. Sedar2 je dah azan Maghrib. Ish. Semalam kira okey lah jugak, siap boleh masak nasik goreng. Hari ni? Isk. Ni pun masih menguap lagi. Rasa macamnak sambung tidur lagi pun ada juga nih.

Nak mandi, sejuk sangat pula. Menggigil2. Teruk betul puasa tahun ni. Nak mengaji, belum buka2 lagi Al-Quran. Dari lepas Maghrib sampai lah ke sahur. Dalam fikiran macam dah ambil A-Quran tu. Dah baca. Tapi, hakikatnya tidak pun. Astaghfirullah. Tahun lepas, dapat jugak buat sampai juzuk 23. Tak sempat nak habis.

Pagi2 bangun sahur.Dah memang dari dulu lagi saya rajin untuk bangun sahur. Masa belajar dulu pun saya yang jadi tukang bangunkan kawan2 untuk bersahur. Sampai sekarang pun. Alhamdulillah. Masih lagi rajin untuk bangun sahur. Makan sahaja apa yang ada. Minum sahaja apa yang ada. Pagi tadi, habis sahaja air minuman di dalam gelas, tiba2 sahaja azan berkumandang. Hehe. Nasib baik! Kekeke...

Tapi, bila dikira2. Rasanya, puasa yang betul2 puasa adalah semasa saya sakit teruk ituari. Minggu pertama puasa saya demam teruk. Kuarantin. Sampai ambulan datang rumah bagai. Bila dah rasa okey, saya gagahkan diri untuk berpuasa. Alhamdulillah. Berkat kesabaran, (sabar ke?) berjaya juga tanpa tidur seminit pun di siang hari. Siap menyibuk lagi di dapur time Omak memasak.

Balik sahaja ke sini, masa terluang saya banyak dihabiskan di atas tilam setebal berapa inci entah nih. Di bawah selimut yang ala2 baldu gitu. Di keliling 4 buah bantal. Haha! 2 3 hari lepas, agak awal lah juga bangun tidur nya. Semalam, tidur sekejap. Lepas tu bangun masak nasi, potong2 bawang, masak nasi goreng. Hari ni? ArrGhh! Celik2 je dah terdengar bunyi azan di pangkal telinga. On TV di luar, azan dah separuh berkumandang.

Apalah nak jadi ni? Masalahnya, waktu tidurnya adalah selepas waktu bekerja? Kikikikiki ... Alangkah bagusnya kalau2 ada teman. Isk. At least, tiada lah rasa sunyi sangat. Ini tidak, balik2 muka Junior juga yang ditenung semasa makan. Haha! Gilo. Kalau tidak ditenung pun, harus akan ada marah2 kerana Junior akan cuba duduk di tepi pinggan. Itu pun kalau ada makanan lah kan? Ish.

Macam 2 hari lepas, dah minum air, rehat2 sekejap. Maghrib. Lepas tu baru keluar cari makanan. Ahh .. Kenapa lah macam ni. Teringat pula semasa tahun pertama belajar dahulu. Berbuka dengan kurma, segelas air. Tarawikh. Habis Tarawikh baru sibuk2 cari makanan. Dah tempat tinggalnya sekangkang lipas sahaja dengan masjid. Tiada maknanya lah boleh duduk rumah diam2 sedangkan rakan2 lain pergi ke masjid. Heuheu ...

Itu dulu, cerita 7 8 tahun yang lalu. Sekarang? Jauh berbeza. Tarawikh di surau bawah rumah ini sahaja. Dari tahun pertama puasa sampai sekarang, dah masuk 4 tahun. Niat sahajalah. Perginya tidak. Alalala.. Sekejap lagi terdengar suara kanak2 mengaji dari corong speaker surau. Tiap kali terdengar sahaja suara mengaji, setiap kali itulah niat hati mahu bukak Al-Quran. Mengaji macam tahun sudah2. Tapi, niat hanya tinggal niat. Allah ...

Kitaretsu ke apa entah kartun di tv3. Sudah habis pun. Lagi 5 minit ke pukul 8 malam. Hanya 3 teguk air sejuk yang masuk ke dalam perut.Tak boleh jadi ni. Hari ni dah hari ke-12 Ramadhan. Kena buat juga. Setahun hanya sekali. 2 tahun lepas, mengaji sampai hilang suara. Siap menjerit dari tingkat satu marahkan mereka2 yang membakar mercun selepas Tarawikh. Menggangu betul!

Baiklah. Buletin Utama pun dah mula di tv3. Mahu mandi. Solat. Mengaji. Lewat2 nanti baru keluar cari makanan. Sahur sekali mungkin. InsyaAllah..


  • Terasa rindu segala2nya tentang dia.
  • Terasa rindu soto nasik masakan dia.
  • Terasa rindu ikan bakar masakan dia.
  • Hmm ..
  • Terasa rindu dengan masakan Omak di kampung.
  • Terasa rindu juga dengar suara Omak kejut utk bgn sahur.
  • Terasa rindu juga tunggu Omak sendukkan nasi di meja makan.
  • Terasa rindu juga tonton siaran langsung solat Tarawikh di Mekah bersama Omakayah.
  • Terasa rindu segala2nya.
  • Mata kanan ni dah merah sgt pulak. Isk. Mana ntah dpt sakit mata ni agaknya ..
  • Entahlah ... =(






2 comments:

ceguaida said...

ehem ehem..

puasa la anda sebelum anda dipuasakan..
makan la anda sebelum anda dimakankan..
mandi le anda sebelum anda dimandikan..
solat la anda sebelum anda disolatkan..
ngaji la anda sebelum anda dingajikan..

err.. pe lagi ek..

aha. jauhkan diri dari anda dari pc and sila la pegi makan. sekian.

Bard said...

Ape lagi ek ?
Sila manidurkan diri slps makan.
nGahahaa!~
Boleh? Ekeke!~
Ai dgn buah hati pengarang hati ai sgt2 la.
Isk .. Meh penjam bahu .. Isk .. :'(

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)