It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, October 07, 2009

Wonderboy

Two crows fight each other.
Picture taken form my balcony, 2004.



Sudah 1 jam. Masih senyum. Sayu. Entah. Terkedu. Macam tak percaya pun ada juga. Isk ... Tak tau apa nak ditaip. Tadi sebelum log in macam banyak benda nak karang. Tiba2 hilang pula semuanya.


Kalaulah diberi peluang, mahu saja hati ini menjerit. Laung kuat2. Mahu saja rasanya turun semula ke bawah, menjerit sekuat hati di tengah2 parking lot Ruvena Villa Apartment. Rasanya mahu saja beritahu semua orang.


"Sahabat Aku Sudah Kembali!!!!!!"


Kalaulah ...


Today i saw a change in my behavior. Something different about me. I engaged myself thinking about things. Things that not normal. Haha! Finally, in the end, i will remember not the words of my enemies, but the silence of my very true friend.


In life, many thoughts are born in the course of a moment, an hour, a day. Some are dreams, some visions. Often, we are unable to distinguish between them. To some, they are the same. However, not all dreams are visions. But visions are messages from the Great Spirit, each for a different purpose in life.


One person's vision may not be that of another. To have a vision, one must be prepared to receive it, and when it comes, to accept it. Thus when these inner urges become reality, only then can visions be fulfilled. The spiritual side of life knows everyone's heart and who to trust.


Hehe.. Dah mengarut. Abaikan .. Abaikan .. Huehuehue .. Apa yang ditaip entah. Sangat lama persahabatan ini terputus. Hampir 5 tahun. Campur tolak lama2 punya hal. Payah betul nak nyatakan kemaafan pada seseorang yang bergelar sahabat. Kan?


Masing2 ada salah. Masing2 ada silap. Cuma masing2 ego untuk menggali di mana tertanamnya salah dan silap. Kalaulah diumpamakan salah dan silap itu sebagai harta, jongkong emas, intan, berlian, atau apa sahaja yang sangat2 berharga, rasanya dah lama masing2 gali. Korek dalam2 sampai jumpa. Tunjuk kemegahan masing. Betul?


Terima kasih sahabat. Terima kasih. Terima kasih kerana menerima dan memberi maaf. Kalaulah aku berkeras untuk tidak mahu datang hari itu, rasanya sampai bila2 lah kita bermusuhan. Sampai bila2 lah kita berpaling. Berlagak. Sombong. Angkuh.


Sebenarnya, kalau difikirkan insiden depan rumah dulu tu, memang aku tidak mahu langsung untuk terima kehadiran engkau. Tapi, aku sayang persahabatan ini. Kita membesar sama2. Jahat sama2. Matang sama2. How dare kalau aku buat begitu juga pada engkau.


Satu ketika dulu, kalau kita pergi ke mana2, rata2 mereka akan kata kita adik beradik. Ingat lagi? Pada aku, kawan membesar lain. Kawan dewasa lain. Kawan matang lain. Tapi, kita punya segalanya dengan persahabatan ini. Kita pernah menangis. Kita pernah gembira. Kita pernah senang. Kita pernah korek tabung sama2 bila kala kita tidak punya wang.


Engkau tahu apa yang aku rasa bila nampak muka engkau tersengih macam kerang busuk depan tingkap bila aku selak langsir tingkap bilik tu? Menggeletar seluruh badan aku. Seram sejuk. Bukan kerana aku takut atau apa, tapi, aku rasa sangat2 gembira. Spontan aku balas senyuman engkau. Terlalu manis rasanya senyuman itu.


SMS yang engkau beri kepada aku 28 Ogos 2004 masih lagi kuat terpahat dalam minda aku. Kata2 yang tidak akan aku lupa sampai bila2. Memang aku coretkan SMS itu ke dalam diari coklat aku. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran aku waktu ini. Tapi, bila engkau datang tadi, aku kebuntuan kata2.


Engkau tahu betapa berharganya persahabatan ini? Pada aku, tidak akan ada sesiapa pun yang boleh menggantikan tempat engkau sebagai seorang sahabat yang paling aku sanjung. Paling aku sayang. Paling aku hormat. Dulu, engkau juga berkata begitu kepada aku.


Engkau tahu betapa seksanya aku menunggu saat2 seperti itu tadi? Pada aku, kiranya ajal aku sampai sebelum aku terima kata ampun dan maaf dari engkau, kalau boleh, mahu saja aku mohon supaya maut ditangguhkan untuk kita bermaaf2an.


Engkau tahu betapa aku ingin sekali tunjukkan pasangan hidup aku kepada engkau? Kalau boleh, engkaulah orang yang pertama sekali menilai, melihat betapa aku sayangi dia semahunya seperti aku sayangi seseorang yang bersama engkau ketika ini.


Engkau tahu betapa manisnya senyuman engkau tadi? Sesungguhnya aku tidak lagi melihat semanis itu senyuman engkau selepas peristiwa yang berlaku di Bandar Tasik Permaisuri 5 tahun yang lalu. Dan aku juga, sudah sekian lama tidak lemparkan senyuman yang engkau lihat tadi pada sesiapa pun sahabat yang aku punya sekarang ini.


Engkau tahu betapa aku rindu untuk berbual2 seperti tadi? Sesungguhnya, kalau boleh, mahu saja aku tahan engkau. Mahu saja aku call Belo, Ayid, Fariz, untuk sama2 lepak sampai 5 6 pagi seperti dulu. Engkau masih ingat Zatt Corner? Dah makin maju kedai tu. Dah jadi Bistro pun.


Maaflah. Sebenarnya memang tiada apa di rumah ini untuk aku jamu kedatangan engkau. Dulu, aku sangat suka memasak. Aku tahu akan ada orang yang habiskan masakan aku. Tapi sekarang, aku lebih suka makan di luar. Aku hanya akan memasak bila kala aku rasa teringin untuk memasak.


Engkau tahu aku berangan mahu jadi seperti Jamie Oliver dalam Naked Cheff? Satu hari nanti, jika aku diberi peluang untuk berbuat demikian, akan aku ubahsuai ruang dapur rumah aku. Akan aku panggil engkau sekeluarga untuk datang makan seperti mana dulu sewaktu bujang, engkau suka makan, walaupun aku tahu, aku tidak pandai memasak. Haha!


Sesungguhnya aku sangat2 sayang pada persahabatan ini. Aku tahu engkau juga begitu. Aku tahu segalanya. Kalau tidak, mana mungkin engkau mahu lagi menjejakkan kaki ke rumah ini. Selepas engkau dan juga sahabat2 lain melangkah keluar, aku sudah tidak punya keinginan lagi untuk berkongsi rumah dengan orang lain.

Pernikahan engkau bersama dia betul2 membunuh kehidupan aku. Aku lebih rela tinggal seorang diri. Aku lebih rela berbual, bercakap2 dengan kucing2 yang pernah dibela di rumah ini. Ada juga sahabat2 aku yang lain datang. Tumpang tidur. Lepak2. Tapi, semuanya tidak sama. Tidak seindah kemesraan kita dulu. Daun pakau dulu pun aku masih simpan. Haha!


Hari ini, 6 Oktober 2009, aku terima kembali engkau dalam hidup aku. Engkau juga begitu. Cuma, aku terkilan kerana tiada satu gambar pun yang aku ambil untuk membuktikan detik dan ketika ini. Hari ini, engkau dan dia sudah punya seorang anak, dan lebih kurang 4 atau 5 bulan lagi engkau dan dia akan menyambut cahaya mata yang ke-2. Aku doakan segala2nya yang terbaik untuk engkau sekeluraga.


Ahh.. Kalau diikutkan kata hati, mahu saja aku luahkan segalanya di sini. Tapi, aku tahu. Engkau tidak mungkin baca apa saja kata2 yang aku taip ini. Kepada engkau Sahabat ... Doa dan harapan aku semoga persahabatan ini akan berkekalan sampai bila2. Sampai ke anak cucu cicit. Sampai ke akhir hayat. InsyaAllah...


Ikhlas. Aku yang kau panggil Badak. =)




6 comments:

sya_zachery said...

uhukS..no komended

Bard said...

Wuhuh .. Tak yah la komen kalo begitu.. Ekeke..

Lina~ said...

For a long long time... :-D i've been waiting for ths lovely moment.. everyday blessing, wshing n hoping for ths...
Alhamdulillah~... semoga berpanjang hingga ke anak cucu.. :-P

nofa.... said...

aku amat memahami da story behind da scene...
xper..kita doakn yg terbaik utk sumer org yer.....

p/s: ada nama lakiku ler terselit skali....namaku tadek ker??? ekekeke......

Bard!~ said...

<span>Tadak Lak. PsL time tu ai Lom mesra2 nGan yu n0ff.. Tak Tau juGak La yu wujud ke tidak jaman kat Putra Perdana nih. Ahak!~ </span> :-P

Bard!~ said...

I Do drOp my tears .. Isk .. :'(

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)