It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, January 06, 2010

--==[ SeLaGi Ada Waktu!~ ]]==-- 1

Pokok depan bilik yang dah jadi ranting. Gambar selepas Subuh.


Hello. Hai. AssaLammuaLaikum WarahmatuLLah. =)

Sudah terlalu lama rasanya saya tidak mengarang di blog ini. Ini entry saya yang pertama pada 2010. Selamat tahun baru semua! Terlambat 6 hari untuk saya ucapkan. Tidak mengapa kan? Blog sudah semakin saya abaikan semenjak Facebook menjadi fenomena yang semakin menghantui majoriti sesiapa sahaja di dunia yang penuh pancaroba ini. Wuceh!

Tahun ini juga umur saya akan menjangkau ke angka 30. Masih lagi di sini, leka, lupa segalanya yang penting untuk dicapai dalam hidup. Tahun lepas, saya amat2 berharap yang saya akan bernikah dan mempunyai keluarga sebelum umur 30. Tapi, macam hanya tinggal harapan sahaja. Rasa macam dah tawar hati juga untuk mencari2 calon yang akan menemani hari tua nanti. Tidak mengapalah. Pasrah.

Soronok tengok kawan2 yang dah berkeluarga. Menimang cahaya mata. Berblog tentang anak2 yang baru mengenal dunia. Iya lah. Teknologi semakin maju. Belum pandai berkata2. Belum pandai ABC. Belum pandai mengeja. Belum pandai membaca. Tetapi sudah pun mempunyai blog, facebook, friendster, myspace atau segala2nya lah yang laman web sosial percuma yang ada.

Dah macam filem 'The Truman Show' lakonan Jim Carrey pula lagaknya. Segala perkembangan direkodkan untuk pengetahuan umum. Mungkin ibu bapa bayi2 bertuah ini tidak sedar apa yang berlaku ini mungkin akan mendatangkan masalah kepada bayi2 mereka kelak. Mana lah tau kan? Satu hari nanti, mereka mungkin berasa malu melihat gambar2 mereka terpampang untuk tatapan umum di sana sini. Mana lah tau kan? Heuheu.

Setiap apa yang dilakukan ada baik dan buruk nya. Iya lah. Dulu, zaman kita benda2 ni semua tidak ada. Semua ibu bapa mesti mahukan yang terbaik untuk anak2 kan? Tahniah juga saya ucapkan kepada sahabat2 yang dah berumah tangga dan berkeluarga. Semoga kekal hingga ke akhir hayat hendaknya. Kita tidak mungkin akan tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan kan? =)

*****************************

Andai kata lah saya mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu di luar jangkauan akal manusia, akan saya minta untuk kembali semula ke zaman umur saya 13 tahun. Akan saya tumpukan sepenuh perhatian saya terhadap apa sahaja yang saya pelajari. Akan saya pastikan keluarga saya sentiasa bahagia seperti keluarga saudara mara saya yang lain.

Kadang2, terasa sangat2 sebak apabila memikirkan keadaan keluarga saya yang kucar kacir. Umur saya dah 30. Umur adik2 kembar saya dah 27 tahun. Yang bongsu akan berkahwin pada bulan Mei nanti. Saya doakan juga yang terbaik untuk kesemua adik beradik saya. InsyaAllah. Doa dan harapan juga saya berikan kepada kedua2 Omak dan Ayah saya. Semoga mereka dikurniakan dengan kebahagian dan kesihatan yang gemilang hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

*****************************

Hari ini, dah masuk tahun ke - 6 saya menetap di Ruvena Villa, Apartment, Putra Perdana ini. Macam2 perubahan yang berlaku di sini. Anak2 jiran tetangga yang dulu kanak2 hingusan pun dah remaja dah. Semoga mereka berjaya dalam hidup lah ya. Ada juga rumah2 yang dah bertukar penghuni nya. Dulu, hanya 4 5 buah rumah sahaja yang di huni. Sekarang, dah penuh. Tempat letak kereta juga, dulu, boleh dikira bilangan kenderaan yang parking. Yang pastinya, penghuni 09-01-06 mempunyai 4 buah kereta di parking bawah. Melebihi kuota 2 kotak tempat letak kereta dan 2 sticker untuk setiap rumah. Huehue.

Teringat pula kepada Abang Jiji + Kak Aishah + anak mereka yang dah lama berpindah. Rumah mereka dihuni pula oleh Abang Shaari + bini dia + Alip anak tunggal mereka yang dulu kanak2 hingusan. Dah tingkatan 2 dah pun. Teringat juga Abang Man di tingkat atas yang baru sahaja meninggal dunia pada Hari raya ke-3 yang lalu. Meninggalkan 3 orang anak dan bekas isterinya yang kadang2 ada datang ke sini. Aunty sebelah juga dah jarang2 ada di rumah selepas pemergian suaminya yang dikebumikan di Taiwan, negara asalnya.

Semuanya silih berganti. Taman Putra Perdana juga dah semakin maju. Kalau dulu, hanya 3 buah kedai sahaja yang dibuka di lot rumah kedai depan sana. Sekarang, dah penuh. Kedai makan sahaja dah ada 3. Kedai runcit ada 2. Kedai gunting 1. Kedai handphone 1. Cyber Cafe 1. Majukan? Itu kedai2 yang paling hampir lah. Tidak pula saya ceritakan kedai2 lain yang bagai cendawan tumbuh di Taman ini.

Di depan sana pula dah ada fly over yang sedang dalam pembinaan. Highway apa entah. Buat sesak jalan saja. Kalau dulu, Putra Perdana masih lagi dalam pembinaan. Jalan keluar masuk masih lagi berhabuk, berdebu, berbatu kerikil, tiada lampu jalan, hanya ada 1 sahaja lampu trafik. Sekarang jalan untuk keluar masuk dah cantik. Dah ada 8 lampu trafik dari dalam hingga ke fly over untuk ke jalan utama hiway LDP sana.

*****************************


Err. Omak dah call pula. Nak pulang ke Gemencheh. Nanti sambung di sana. =)

2 comments:

  1. jodoh.pertemuan.ajal.maut.ditangan.tuhan.yg.maha.esa.
    apa.yg.mampu.hanyalah.berdoa.moga.diketemukan.dan.dcepatkn.smpi.jodoh.
    jgnlah.kita.terburu2.kelak.menyesal.dikemudian.hari...
    doa.dan.harapanku...seiring.dgn.perjalananmu.sygku...
    muah!muah!...hihi~

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Sayangku ... :)

    My friend, did not remain my Friend.
    My love, did not remain my love.
    The trust I had for you all my life did not even remain.

    ReplyDelete

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)