It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Monday, January 18, 2010

--==[ SeLaGi Ada Waktu!~ ]]==-- II

--==[[ Ini Omak Saya... =) ]]==--


Hmm ..

Tak tau apa nak buat. Pagi tadi, bangun tidur jam 8 lebih. Niat hati nak pulang ke Gemencheh hari ni. Tapi, entah mengapa, diri ni masih di sini. Bukan di Gemencheh. Bukan di sisi Omak. Bukan di sisi Ayah. Bukan di sisi Nabila. Bukan di sisi Natasya. Sangat rindu dengan mereka.

Isnin minggu lepas, hati ni terasa sayu semacam. 'Home-sick'. Boleh? Mana tidak? Seminggu luangkan masa bersama keluarga. Macam2 berlaku. Sebab utama bercuti2 Malaysia di Gemencheh adalah kerana keadaan kesihatan Omak. Tangan Omak bersimen. Kasihan Omak. Sedih.

2 3 bulan lepas Omak ada mengadu tangannya sakit. Sendi2 jari ngilu kata Omak. Ada juga balik. Tolong urut2kan tangan Omak. Tapi, 2 minggu lepas, saya telefon ke kampung, Nabila yang jawab.

"Uwan pegi hospital dengan Atok"
"Ha? Kenapa lak tu kakak?"
"Uwan masuk hospital. Tangan Uwan sakit"
"Bila Atok ngan Uwan pegi tu?"
"Tadi. Kakak pun tak tau pukul berapa"
"Abeh tu, Kakak dengan adik tinggal dengan sapa tu?"
"Acu Apit ada. Dia jaga Kakak dengan Adik"
"Owh. Dah makan lom? Uwan masak apa tadi?"
"Uwan tak masak. Tapi Kakak dah makan..."
"Erm.. Ok2.. Jangan nakal2..."

Itu sikit sahajalah perbualan telefon dengan Nabila. Bijak dia ni. Sangat - sangat bijak. Tapi, payah nak dengar kata. Huehue. Sebenarnya, saya dan sahabat MobileIrc pergi ke Majlis Perkahwinan MatSpeed di Paroi. Memang niat nak pulang ke Gemencheh selepas itu. Tak sangka pulak ada sesuatu yang buruk berlaku.

Risau. Telefon pula ke Ayah.

"Ayah anta Omak kek Pilah ni. Tangan Omak sakit bona kato 'eh"
"Abih tu ado apo2 tak Yah?"
"Dah ok dah. Jumpo dokto yo. Dah nak balik dah ha..."
"Dokto kato apo?"
"Omak tak buleh la buek kojo rumah macam solalu lagi dah"
"Erm .. Kan memang dah bagitau itu ari... Tu dah ambek ubek lom?"
"Dah. Ayah nak bawak Omak poie makan ni ha."
"Owh. Oke lah. Ingat kok apo2 lak tadi..."
"Takdo apo2 doh. Nanti kono datang balik 7 aribulan"
"Yolah"
Bla.. Bla.. Bla..

Alhamdulillah... Lega rasanya. Dalam fikiran masa tu dah fikir macam2 juga. Huehue .. Lepas buat call, bersalam2an dengan semua, terus memandu laju pulang ke Gemencheh. Sampai di rumah, tengok semuanya berkumpul dalam bilik Omak Ayah. Letak bag di atas sofa, terus join juga lah! Hehe. Omak tunjukkan X-ray dengan ubat2 yang baru dapat.

Jelas nampak tulang2 jari Omak terkalih. Paling teruk ibu jari kanan. MCP Omak lari 75%. Hmm .. Macamana boleh jadi macam tu agaknya. Tapi tidak mengapalah, tunggu saja apa kata Ortho nanti. Melepak di Gemencheh sehingga Selasa. Pulang ke Puchong sekejap untuk ambil apa2 barang yang patut. Rabu, dalam jam berapa entah, gerak pula ke Gemencheh semula.

*******************************

Masa ni tengah panas kes bunuh keluarga Arwah Imam Atan. Hmm .. Besar sumpahan bumi Gemencheh. Satu Malaysia kecoh. Macam2 spekulasi juga tersebar. Macam2 forum juga tiba2 wujud. Marah. Geram. Kenapalah dikecoh kan sangat. Memanglah kes ni pembuka tirai jenayah 2010 Malaysia. Tapi, bila kena di tempat sendiri, angin tu lain.

Cuba la fikir kalau2 perkara yang sama berlaku pada keluarga sendiri? Rela kah kalau2 jadi bahan bualan seluruh Malaysia? Mestilah tidak. Kan? Keluarga saya tiada sebarang pertalian dengan keluarga tersebut. Tapi, apa yang berlaku membuat kan akal dan hati ni mengutuk sesiapa sahaja yang membincangkan kejadian ni di mana2 forum.

Mulut manusia. Lagi elok mulut tempayan. Betul? Pelbagai spekulasi yang timbul. Ada baik dan buruknya. Tidak salah kalau nak bincang2 dengan rakan taulan atau sahabat. Tapi, biarlah kena dengan caranya. Kalau cerita tu betul2 sahih, boleh lah dibincangkan. Kalau tak betul? Apa kata keluarga si mati? Tak elok gitu.

Saya juga tiada di tempat kejadian. Tapi, ada lah tau sikit2 apa yang telah berlaku. Nak bercerita pun ada tempat nya. Itu pun dari cerita yang saya dengar dari Busu saya yang memang wajib tahu apa yang berlaku. Afdal lah, sebab beliau Penghulu Mukim Gemencheh.

*******************************

7 Januari, bawa Omak ke HTAN. Sampai jam berapa entah. Pergi kaunter pendataran. Ambil nombor. 74. Isk. Selesai. Pergi semula ke Orthopedic. Letak surat ke dalam bakul kecil atas kaunter. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Geram. Lambat. Lembab. Sudahnya, pergi ke kaunter, ambil semula surat, cakap2 sikit, terus sahaja sorang nurse panggil masuk ke dalam. nGa. =D

Rupa2nya tak ada orang yang handle new case. Gedebak. Gedebuk. Nombor 74 naik. Agak lambat lah juga. Sempat bawa Omak pergi sarapan sekejap. Ketua unit pula yang ambil case Omak. Suka! Segala2nya cepat. Sampai nak simen pun buleh ke masuk 'plaster room' juga. Kalau dari awal macam ni kan senang. Nak kena tunjuk2 juga baru buat. Ish .. Kikikiki ...

*******************************

Saya berada di Gemencheh sehingga hari Isnin minggu lepas. Semua adik - beradik bergilir2 menguruskan keluarga. Saya minggu pertama. Kakngah minggu kedua. Minggu ni sepatutnya saya. Tapi, entah kenapa tadi masa dah sampai di Serdang, hati berbelah bagi pula untuk pulang. telefon dia. Telefon Omak. Tujuan untuk minta pendapat nak balik atau tidak. Omak kata KakLong ada di rumah. Alhamdulillah. Tak perlu balik.

Terus naik 'fly-over' Bangi, berhenti di Esso, parking. Blur. Tak tau nak buat apa dah. Hujan sangat2 lebat pula. Sudahnya, online di dalam kereta sampai jam 9 lebih. Offline. Itu pun sebab batery tinggal satu bar. Gila. Perut sangat2 lapar. Tapi tak tahu nak makan apa. Nak makan di mana. Ahh.. Blur. Start enjin. Terus memandu pulang ke Puchong semula. Terlupa pula untuk singgah beli makanan. Ish. Lapar lah sampai esok pagi. gRr.

*******************************

Macam2 hal berlaku bulan januari ni. Uj juga sedang berada di ward 5B Hospital Ampang sekarang. Malaria. Hmm. Dah masuk hari ke-6. Esok, genap seminggu. Harap2 blood test dia clear. Semalam, ada juga tengok2 medical rekod nya. Cepat juga recover. Kuat juga Abang Long nih. Hueheu .. Cepat2 lah discaj. Doa kami bersama kamu. =)

*******************************

  • Baiklah.
  • Dah 1.35am.
  • Masa untuk tidur.
  • Banyak agenda yang perlu diselesaikan esok.
  • Sangat sayang pada Kakak dan Adik. Tapi, kadang2 termarah2 juga. Erm...
  • Rindu mereka. =|
  • Sangat2 rindu dengan kamu juga. Isk ... =(
  • Lagu bawah ni dari filem Andaz. 1st time tengok cito ni dGn Omak. Maso umo bapo tah gek'eh. Tadika kot? Rumah di PKB Gemencheh. Sampai sekarang ni masih ingat lirik dia. Hehek.
  • Doa dan harapan agar semuanya sihat kembali seperti biasa.
  • Selamat malam. =)





No comments:

Post a Comment

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)