It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Tuesday, May 04, 2010

Gemuruh

--==[[ Kidnap dari Facebook Mel & diedit semula oleh saya
Sunset di Jeram, Kuala Selangor, 2 Mei 2010 ]]==--



Lama betul tak update blog nih. Tadi masa log in, macam banyak perkara yang nak ditaip. Bila dah log in, hilang pula segala bagai ayat yang plan nak karang tadi. Benci la gini. Kalau diikutkan, waktu sekarang ni sepatutnya tengah bergulung dengan selimut. Tapi, kenapa tah?

Sejak kebelakangan ni, payah betul nak lena. Mengantuk tu memang tak dinafikan lah kan? Saat jari jemari menaip ayat ni pun rasa macam dah juling2 biji mata. Tapi, bila baring, stenbai nak tido, mata terjegil2. Tak mahu pula lelap. Geram. Rasa macam nak cungkil keluar letak tepi sekejap pun ada. Haih!

**************************************

Tadi, jam 10 lebih, Ayun datang. Tujuan asal nya nak angkat PC. Tapi, tak jadi pula. Sudahnya angkat meja sahajalah. Masa Ayun sampai, saya tengah test monitor2 yang ada ni. Satu monitor yang flat skrin ni kembang pula gambarnya. Sayang betul lah! Satu lagi ok, sharp gambarnya. Sebelum ni, satu monitor rosak. Gambarnya kecik. Huhu.

Dah siap angkat keluar masuk bilik 3 biji monitor, Ayun bukak satu meja. Nak angkat katanya. Bawak ke mana tak tau pula. Ada juga bertanya tadi, tapi macam buat syarat je terima jawapan yang Ayun bagi tu. Blur. Tak berminat pula nak bertanya lebih lanjut.

Ketepek! Ketepok! Selesai bukak meja. Lepas tu turun bawah, bawak hanger besi. Tujuan nya nak congkel pintu kereta. Hehe. Kunci tertinggal dalam kereta.

"Aku ada masalah besar ni Badak!"
"Hah? Masalah apa lak ko nih ..."
"Aku tertinggal kunci dalam keta ..."
"Laa .. Macamana buleh tertinggal lak?"
"Entah .. Aku lupa tadi .. Ko ada hanger besi tak?"
"Ada kot .."
"Meh la nak bukak pintu keta .. "
"Eh .. Nanti2. Takpa2. Ko masuk dulu. Setel dulu yang kat atas nih .."
"Aku nak cepat, ada budak2 jamming sekarang ni .."
"Masuk. Setel dulu PC ngan meja ni. Kang lagi lambat ko kang .."
"Hmm .. Ye lah .."

Itu serba sikit lah dialog masa Ayun sampai tadi. Macam biasalah, Ayun memang selalu kelam kabut kalau ada perkara2 yang seperti ini berlaku. Kadang2, mendatangkan kemarahan juga pangai Ayun nih. Tapi, payah betul nak tunjuk rasa marah ngan dia. Pasal? Pasal dah paham sangat pangai dia. Akekeke ..

Pernah jugak la sekali dua dalam sepuluh terlepas kata. Lepas tu sure tarik muka lah. Sekejap je la tapi. Hue hue hue. Bukan apa lah, kadang2, kelam kabut dia tu buat lagi saru sapa2 yang ada di tempat kejadian. Itulah Ayun. Bila time cool, tersangat lah cool nya dia. Bila time saru, abeh semua orang jadi saru. Hek hek!

Arr.. Sambung balik cerita tadi. Sejam lebih godek2 pintu keta. Siap boleh naik mandi lak kejap. Kerimasan. Dengan berpeluh2 nya. Dengan belum makannya. Lepas mandi, turun semula lah. Tengok dia dah start godek2 tingkap belakang pula. Weyuh.

"Belum buleh lagi ke Yun?"
"Belum la doh. Ko tak nampak aku dah berpeluh2 nih?"
"Hehe. Gini lah. Tinggalkan dulu, kita gi minum. Kang sambung balik."
"Takpe2. Ko pegi la minum. Aku nak bukak ni jap."
"Aku nak belanja engko la bengong!"
"Bukan masalah ko nak belanja ke apa, tapi ni kang tak setel2 kang, lagi lambat aku kang!"
"Betul jugak tu. Mana hanger lagi satu tadi?"
"Atas ni ha. Ko nak buat apa?"
"Aku try belah sana lah!"
"Eh, jangan2. Tingkap sana tu dah teruk dah asik kena umpil je."
"Ooo... Ha ah kan? kalo gitu, ko buat lakang, aku buat depan."
Bla.. Bla.. Bla..

Tak sampai 5 minit, 'Ktak!'
"Ahh... Alhamdulillahh....."
"Hehe ... "
"Cemana ko buat?"
"Entah? Hanger yang ni tebal sikit kot?"
"Alhamdulillahhh.... Nasib baik buleh. Dari sehari ke sehari aku nak buat kunci spare."
"Buat la Yun. Banyak kali dah keta ni kena umpil. Sian dia..Heheee.."
"Belum sempat2 lagi nak buat. Nak kena buat jugak besok2 ni"
"Ha .. Buat2 .. Bla .. Bla .. Bla .."

Bila dah dapat bukak, kena la pasang balik getah tingkap tu kan? Datang pula satu lagi masalah. Getahnya teramat la payahnya nak pasang balik. Akekeke. Dari sabar kemain dua2 ni tadi, dah jadi marah2 pulak dah. k0h! k0h! Macam2 gaya la buatnya kan. Dua2 la dapat kecederaan minor. Ayun kena skru driver kat jari. Saya bengkak pergelangan tangan pasal ketuk2 getah tingkap yang bengong tersebot. Heuheuheu.

Dah okey pasal kereta, naik atas, angkat barang2, turun, pegi minum di Bistro depan. Milo ais dua, maggi goreng satu, ais kosong satu, winston 14 satu, beger ayam satu, berger daging satu. Semua sekali RM20.80. Hah? Percaya tak itu dua beger berharga RM8.00? Akekek. Dah datang lagi marah memasing. Miakakak!!!

Saba an yo lah!!
Sabau kan aje le!!
Sabo je lah!!

Tiga dialek untuk ayat 'sabar'. Hambek!!! Kompom2 la Mamak2 tu kena marah, kan? Sampai 3 orang Mamak terkaku2 nak menjawab. Huhuhu. Padan la muka. Sapa suruh buat set kan? Mandai2 buat set beger. Hadehlahhh ... Tobat la nak order beger kat situ lagi dah. Dah memang la tak penah order beger pun sebelum2 ni kan. Akeke.

Sudahnya, dekat 12.30 baru pulang ke rumah masing2.

**************************************

Ah. Jam sudah 5.00 pagi. Hari ke-3 saya di rumah ni dalam masa 2 minggu. Langsung tak boleh nak lena. Hmm. Sampai bila lah agaknya ni. Gara2 Man tedung la nih. Elok2 tak rasa apa2, tiba2 je rasa lain macam pula di rumah ni. Kalau hari Khamis masih lagi macam ni, maka genaplah 2 minggu hari dapattau perkara ni dari Man. Macam2 lah!


  • Burung2 berkicauan di luar sana.
  • 5.22 pagi. Sekejap lagi azan Subuh akan berkumandang.
  • Lepas Subuh kang, bukak tingkap, landing jap.
  • Harap2 tak la kena etek macam 3 minggu lepas lagi. Hmm ...
  • Jumpa nanti siang ya Nainjin ...=)
  • Ayun, aku doakan persahabatan kita kekal sampai tua. =)
  • Eh~~ Ayun oih! Gi la repair gambut ko tuh. Cam gampang je la aku tengok! Ahak!



4 comments:

  1. Miakakkakaa..
    Hihi.. Satu soklan! Sapa yg berjaya buka itu pintu etceli? Ayunkah? Kamukah? Egege..
    3 dialek..
    1.Nogori
    2.Mlaka
    3.Joh hor..
    Egegge.. Tgk vc tuh rasa terkilan lak takpat g konsert dabel trabel ituari.. =(

    ReplyDelete
  2. k0h! k0h! k0h! Cuba baca dialog tuh bebetul.
    Konsert tuh.. Erm .. tiket pree tu dapat. Dah tak dapat nak pegi. Nak buat cemana. =(

    ReplyDelete
  3. Hoh! Baru pasan komen Cegu kat atas tuh!
    Mana ada pindah la Cegu Sayam ... Tang mana lak ayat yang tetiba kata pindah tuh.. nGa~~

    ReplyDelete

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)