It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, July 21, 2010

Selimut Hati

Sebahagian ahli keluarga saya pada Majlis Perkahwinan adik sepupu di Kuantan. Tahniah Kakteh. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Dari kiri: Amar yang jadi Along doti tuh dan isterinya Kaklang Kuantan, Peah adik ipar saya yang bongsu, Omak tersayang, Acik Ibab adik kesayangan Ayah, Pengantin: Kakteh dan Adlan, Si kenit Sarah, anak bongsu Acik Ibab, Ayah tercinta, Angah Kuantan dan isterinya Ina.




Tetiba rasa macam menyampah lak tengok gamba2 perkahwinan sedara mara dan sahabat handai. Meluat tetiba. Mula2 memang sangat teruja. Tapi, bila dah banyak2 tengok, lama2 jadi macam nak merusuh pula. Haih! Jeles kot? Jeles sebab lom kahwin. Ahak!


Tak pernah pula rasa macam ni sebelum ni. Rasa macam Immortal tu ada la kot? Immortal pasal asyik tengok orang kahwin sahaja. Mana kan tidak? Mei dan Jun penuh dengan majlis nikah kahwin. Tiap2 minggu. Awal Julai pun ada. Adik sepupu. Adik? Walah! Berbendul2 dah kena langkah. Kikikik.


Dulu, zaman Atok Nenek Moyang kita, ramai yang berkahwin awal. Belum pun umur 20, dah jadi Ibu atau Ayah. Umur paling muda yang pernah saya dengar, 11 tahun. Boleh? Macamana la agaknya tu kan? Masih terkinja2. Masih main lompat2. Masih berlari2 di halaman rumah. Masih lagi mudah merengek dan menangis. Boleh? Tapi, tak ada pun yang gagal dalam alam rumah tangga. Kan?


Zaman Mak Ayah pula, masih ada juga yang berkahwin awal. Orang2 kampung lah kot? Omak dan Ayah saya orang berkerjaya. Kahwin lambat. Omak kata, Kaklong saya lahir semasa Omak berumur 29 tahun. Ada juga makcik2 atau pakcik2 yang saya kenal, berkahwin awal. Awal yang tak berapa nak awal lah, dalam umur 20-an gitu. Paling awal pun selepas habis sekolah. Majoriti gagal kerana krisis ekonomi. Bukanlah maksud saya kesemuanya gagal. Majoriti dari segelintir. Ingat lagi krisis ekonomi satu ketika dulu?


Zaman kita pula, kalau ada sesiapa yang berkahwin awal, itu adalah perkara yang agak aneh. Paling ramai pun yang berkahwin awal, sebab dah termengandung. Itu pendapat saya. Mana yang memang berkahwin kerana dah sampai jodoh, itu adalah yang terbaik. Ada juga beberapa orang rakan perempuan saya yang berkahwin selepas habis SPM. Dah besar panjang anak2 mereka sekarang. Ada juga yang bercerai berai. Isk. Majoriti sahabat handai saya dah beranak dua, atau tiga. Senang faham, berkeluarga lah kan?


Zaman adik2 kita, maksud:sekarang. Kalau ada yang berkahwin awal, majoriti kerana sebab dah terlanjur. Zaman makin berubah kan? Bila dah kahwin awal, macam2 pula masalah yang timbul. Kalau dulu, semasa bercanda ria, mereka hanya tahu nak seronok. Tidak fikir perasaan orang tua agaknya. Susah payah orang tua mendidik, bila dah besar, lain pula jadinya. Ada juga yang zaman kanak2 nya terabai. Bila besar, tak jadi orang. Kesian.


Sekarang ni juga banyak kes kanak2 yang mati kena dera. Kalau dulu, majoriti kes dera adalah berpunca daripada ibu bapa, sekarang, banyak pula kes dera yang berpunca dari panti asuhan atau pusat jagaan kanak2. Atau, lebih mesra dengan panggilan nursery. Huhu. Kesian kan? Itu bahagian mereka. Simpati pada ibu bapa yang kehilangan anak dek kerana kecuaian mereka2 yang prihatin membuka nursery.


Bukan apa kan? Ada yang membuka nursery kerana ikhlas atau berbunga2 hati nak menjaga bayi atau kanak2. Ada juga yang membuka nursery atau menjadikan rumah mereka sebagai nursery semata2 kerana wang ringgit. Mana yang ikhlas, Alhamdulillah. Mana yang mata duitan, susah lah. Menyusahkan diri buat apa kan? Baik pergi cari kerja lain daripada menyakiti fizikal bayi atau kanak2. Paling tidak pun, pergi kursus untuk menjaga kanak2 dulu. Bukan senang untuk melayan kerenah kanak2. Kuatkan dulu fizikal dan mental. Sabar kena ada.


Saya pun, dulu, bukan suka sangat dengan kanak2. Pada saya, kanak2 menyusahkan. Nak kena dukung. Nak kena bagi makan. Nak kena pujuk kalau menangis. Nak kena itu. Nak kena ini. Pernah juga lah saya lempang adik sepupu saya yang menangis melalak macam nak pecah gegendang telinga. Balasannya, belakang saya birat kena baling dengan kayu. Padan muka saya. Akeke. Kisah ini berlaku semasa saya di tingkatan dua. Memang akan ketawa sendirian jika diingat kembali. Dah nak habis sekolah pun dia.


Tapi, itu dulu lah. Sekarang, saya agak bermoral sikit. Sekarang? Tak juga kot? Saya boleh terima kehadiran bayi atau kanak2 selepas Kaklong saya melahirkan anak yang pertama. Darah daging kan? Sapa tak sayang? Dah ada 7 orang pun anak2 saudara saya. Sayang saya kepada mereka adalah separuh nyawa saya. Terluka mereka, terluka saya. Kadang2 ada juga saya lukakan hati mereka. Akekeke... Well... Kids... Rite? Kalau tak di marah, kang kot tak jadi orang pula kan? Huhu.


Mohd. Syahmi Adly. Nabyla Bilqis. Natasya Bilqis. Aerisa Sofiya. Merrah Amanie. Qaseh Naurah Zunnurrain. Serie Diannie. Nama kan main mantap masing2 nih! Ramai betul anak2 perempuan saya kan? Dua orang sahaja lelaki. Akekek... Saya sayang mereka sangat2. Saya doakan mereka akan membesar dengan baik. Jadi pandai. Bijak. Sekolah elok2. Menjadi anak2 yang soleh dah solehah. Besar nanti, jangan susahkan ibu abah. Jangan malukan mereka. Jaga adab. Jaga maruah diri. Jangan lupakan Uwan, Atok, Mak tok, Abah tok, Awe. Atok. Jangan lupakan Alang. =)


Arr.. Baeklah. Dah melalut2 pula. Emosi pula tiba2. Akekek.. Mesin basuh pun dah habis putar. Mau sidai baju, pagi2 esok iron sebelum pergi kerja. Unifom dah tadak! *menguap* Kalau ada orang yang tolong buat, kan bagus? Tinggal sarung atau pakai ke badan sahaja. Hue hue. Lagi satu, entry ni tidak ada kaitan dengan sesiapa, mahupun yang hidup atau yang dah tak ada. Maaf kalau ada sesiapa yang berkecil hati pada mana2 ayat2 yang saya karang. Maafkan saya. Hanya sekadar pendapat sahaja. Langsung tak ada niat apa2 pun. Maaf ya!


  • Tadi, balik, sampai rumah, ada bau cam ala2 lemak2 gitu. Terus gi dapo, amek sampah, buang ke rumah sampah lakang. 2 hari lupa nak bawak turun sebelum kua pagi2. Hek!
  • Masuk ke rumah semula, cuci tangan, bukak baju, sejukkan badan depan pc. Kunun2 je la sejukkan badan! Sebbaek la tak menahan nak 'pee'. Ahak!
  • Gi dapo lagi, putar mesin basuh, masak air, mandi, Maghrib.
  • Gedebak gedebuk, ngadap pc. Sampai lah sekarang ni ha. Akekekek...
  • Dah jam 11mlm. Jap gi nak sidai baju, belek2 fail yang di bawak balik dari semalam tapi langsung tak bukak tuh, sambil layan House. Multitasking lagik! Agagaga.
  • Tak tau la jam brp terlelap nya ni karang. dah terbuat neskepe pula tadi. Huhu.
  • Tolong bangun kan saya ye!
  • Lagu khas buat semua yang menbaca entry ini.
  • Sedang menunggu call juga nih. Isk.
  • Sekian. Terima kasih.
  • Selamat malam. Tata. =)










3 comments:

  1. lagi satu kan.. perasan x if non muslim kan biasanya kawen lambat.. pasaipa ya? maybe semua sibuk mengejar career/uwang ringgit kot..

    dan ada jugak segilintir orang yang kawen sebab semua orang lain dah kawen, bukan sebab betul2 dah bersedia kan.. tu yang x pepasal gaduh and perang x abis2.. x paham dgn orang yg cenggini.. huh!

    ReplyDelete
  2. hmm... kalo yg non muslim tuh.. esp cayanunalif tuh sebab diorg akan kawin bila betul2 dah ready n ada aset.. cth mcm rumah, kereta, insuran dll.. itu yg saya tau lah.. sbb abg ipar saya cina convert.. hihi..

    lagi satu tgk artis kita.. kawin cerai cam perkara biasa je.. arini kawen sok cerai.. ntahapaapa jeh.. huhh

    **Pssttt:: kamu amacam lak? jgn takut nak kawen suda.. /me selalu doakan yg terbaek buat kamu.. kehkeh.. ^skema^**

    ReplyDelete
  3. Sempat bace kumen je nih. Lom sempat reply kumen. Nanti bace lik~ nGa!

    ReplyDelete

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)