It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Monday, August 23, 2010

Dugaan Bulan Puasa...




Assalammualaikum Warahmatullah Sahabat ... :)



Macamana puasa hari ke-12? Mantap? Ke ada tuang2? Huehue. Hari ni tadi macam biasa saya bekerja. Malas2 pun kena pergi juga kan? Jam 11 lebih baru keluar. Sampai saja di tempat kerja, datang pula tugasan yang non-stop. Isk. Sampai jam 4 petang baru rasa lega sikit.



Tekak punya lah kering. Kalau bukan Ramadhan, mau teguk Ribena satu botol agaknya. Ribena okek! Peberet tu. Huhu. Memang tiap2 hari lepas non-stop punya kerja, saya akan teguk Ribena Mobile one shot. Bagi tenaga kembali semula. Lepas tu rehat la kejap. Itu kalau bukan bulan puasa lah kan. Jangan salah anggap pula eh!



Macam siang tadi, memang sangat2 terasa keletihannya. Istighfar .. Istighfar .. Istighfar .. Sampai terlelap pula sekejap. Tersedar semula jam 5 lebih. Sambung lagi review file yang macam tak reti2 nak selesai. 13 file. Sukses? Takde maknanya lah! Huhu.



Dekat jam 7 baru terasa lega sikit. Kemas2 barang, terus keluar ke bazar Ramadhan. Agak banyak juga membeli tadi. Karipap sardin, ayam percik dan nasi kerabu. Sedap la juga kan. Cuma, agak terlewat sikit berbuka tadi. Tak perasan pula dah azan. Makan2, rehat kejap, Maghrib, jam 8 sambung semula. Sampai jam 12 baru siap2 pulang ke rumah.



Sampai rumah, cuci tangan, masak air, mandi2, ngadap pc, semata2 nak update blog ni. Cadang tadi nak transfer entry puasa 3 tahun lepas dari fotopages ke sini. Tapi macam tak larat pula. Nanti2 saja lah. Akeke. Nak iron baju pun malas pula rasanya. Esok pagi sajalah. Mata dah berat pula.



Baiklah. Selamat malam sahabat... Selamat berpuasa esok. =)



  • Tolong kejutkan saya bangun sahur esok eh!
  • Selamat malam.
  • Tata...





7 comments:

CeMeY said...

Ngehehehee... Selamat Berpuasa Sayang...
Apa Yang Penting???????? BAngun Sahur okek!~

Aida Ikmal said...

bila puasa datang.. perasaan malas pun mula lah melanda-landa kan? XD

Alang AD said...

Cemey Sayang ::: Bangun sahur? Sangat penting okek! Bangun tapi tak makan pon oke juga tuh.. Koh koh ...

Shegu adikku ::: Malas melanda2? Mane ade... Malas menjadi2 la baru betul.. Akekekek!!

CeMeY said...

"Cadang tadi nak transfer entry puasa 3 thn lepas dari fotopages ke sini..." <=== tahun lepas pun u ckp ayat mcm ni jugak.. i igt thn dpn pun u akan ckp yg sama gak tp tukar 4 thn laa... ngiahahaha.. pasan tak?

Alang AD said...

Hoh? Ha ah la!! Miakakakakak!~~ Tak tuka2 pun kan? MIakakk!!

Anonymous said...

Selamat terus berpuasa =)
kikikiki!~

::: aFaiSh :::

Alang AD said...

Uii.. Syape kah ituh ... Agaga...

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)