It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Thursday, February 24, 2011

Fix You

Port Dickson. Mei 2009.


Hari ini. Keputusan saya adalah muktamad. Last week, surat perletakan jawatan saya telah direject oleh one of main board tempat saya bekerja. Saya tahu, saya faham ramai yang akan berasa sangat terkejut di atas pemberhentian saya ini. Tapi, untuk apa? Mereka faham kah apa yang ada dalam fikiran saya? Mereka sanggup kah rasa apa yang saya rasa sekarang ini? Mereka kah yang menentukan masa depan saya yang dah tua bangka ini? Tadi pun tetap direject jugak! Wohoo! That's it lah...



Memang, bagi sesetengah orang, mereka akan menganggap keputusan saya ini kurang bijak. Tapi, ini lah keputusan saya. M.U.K.T.A.M.A.D. Lepas 3 bulan, akan keluarlah cek bernilai RM******* ke atas nama saya. Mamfus lah next three months ni akan dok sangap ngan belen gaji bulan lepas. Akeke... Andai kata lah kan. But, anyway, soon, InsyaAllah, i will work with another job. Itu pun kalau saya dah sihat sepenuhnya lah.



Tidak pernah lagi rasanya saya bercerita pasal kerjaya saya dalam blog yang tidak seberapa ini. Jarang kot? Ke? Entah? Rasanya tidak pernah. Akeke... Pada saya, perkhidmatan swasta dan kerajaan adalah jauh berbeza. Dalam perkhidmatan keraajan, walau setinggi mana pun jawatan, bos adalah kerajaan. Yang dikejar adalah kenaikan gaji. Bukan pangkat. Dalam perkhidmatan swasta, pangkat akan jadi keutamaan. Gaji akan bergantung kepada pangkat yang dimiliki. Ini adalah pendapat saya. *Feel free to argue*.



Buat apa pangkat tinggi2 tetapi life zero? Memang senang lenang boleh kumpul kekayaan, tapi, pada saya, apa perlu kekayaan tanpa kehidupan yang normal? Keluar pagi, balik malam. Itu pun bernasib baik lah dapat balik malam. Boleh dikira juga berapa kali saya pulang betul2 ikut waktu bekerja. Paling lewat saya pulang? 48jam selepas waktu bekerja. Hahah! Mandi pun di tempat kerja. Anda pernah buat macam saya? Makan entah ke mana. Tidur pula tidak lena. Telefon di pangkal telinga. Kalau tidak diangkat, maka akan merana. Boleh? Macam2 lah yang perlu dijawab apabila menapak masuk ke pejabat esoknya. Walaupun saya juga seorang bos. Huhu...



Tujuh bulan bukan lah satu jangka waktu yang lama. Tetapi, masa tujuh bulan ini cukup untuk buat hidup saya huru hara. Memang seronok semasa mula2 diterima bekerja. Tiga kali interview. Memang sangat teruja lah! Siap beli seluar slack baru lah bagai pasal semua seluar saya jenis Khakis bermacam2 kaler. Dalam erti kata lain, tujuh bulan saya telah berjaya mengumpul 5 uniform yang sangat payah untuk diiron dan sentiasa mendatangkan kemarahan setiapkali tibanya hujung minggu. Sebab? Kompom tidur lambat sebab sudah jadi kebiasaan saya iron baju untuk seminggu terus. Hahah!



Soon, all that will be in my memory. And, 7 months is worth. Since i am a very low profile person indeed, i will always like that. Rite? People will see me and know me as who i am. The best part is, i will be sick for the whole rest in my life. If this is my holly mistakes, i will not regret for this things is my choice. And i'll consider this as my destiny. Just set in mind that... *Rezeki saya di tempat ini hanya sampai di sini...*



Esok, saya bakal menjadi penganggur yang terhormat sehinggalah saya kembali pulih seperti biasa. Sehingga saya mula bekerja di tempat lain. Entahlah... Bila hidup ini akan clear daripada ubat2an pun, saya tidak tahu. Bercinta betul nak menelan pil2 yang macam2 atas meja di ruang tamu sana. Berjaya la juga tadi menelan sebiji. Ni kira on the way nak mamai juga lah ni. Huhu. Sehingga itu, selamat malam sahabat. Jumpa lagi di lain waktu... Terima kasih kerana masih sudi mengadap ayat2 yang tak berapa nak best ni.



"Allahuakbar.. Allahuakbar.."

Julung2 kali menghayati laungan azan Maghrib di Surau Ruvena Villa selepas tujuh bulan. Baeklah... Solat time. Assalammualaikum warahmatullah ..

Salam Sayang...



Plan hari esok:
  • Mentenen rumah. Rasa macam nak ubah kedudukan perabot living hall.
  • Mendobi. Kok rajen la nak menyidai .. kan... Akeke...
  • Jap gi nak cas camera untuk xtvt amek2 gamba yang dah lama gile berwsawang. Lokasi? Tak tau lagi di mana. Huhu....
  • Lain2 entah lah.. Tak tau nak taip apa dah. Tetiba rasa cam poyo lak nak plan2 utk hari esok. Ahahahahahah!!~









1 comment:

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)