It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Thursday, August 04, 2011

--==[[ Sad ]]==--


Hujan sangat lebat di luar sana.
Hari ni dah masuk hari ke empat puasa. 4 Ramadhan. Peristiwa 4 Ramadhan masih segar dalam ingatan. Malas nak taip banyak2. Saya kopipes kan sahaja entry di fotopages bertarikh 4 Ramadhan : 4 September 2008.

***************************************************

4 Ramadhan 1429
4 September 2008
Hari Keempat Puasa
-------------------------------------------


Sahur. Nasi putih + rendang daging semalam. Red Guara Coffe + segelas air masak.

0605hrs
Kringg! Kringg!
"Bad"
"Ha. cakap. Aku takde suara"
"Bad"
"Ye. Cakap."
"Bad"
"Aku ada ni. Cakap la..."
"Bad... Ibu dah tak ada"
"Haaa????? Innalillahhhh...."
"Bad..."
"Bila Tung?"
"Tadi..."
Tutt.. Tutt....

Mandi. Keluarkan pakaian. Sarung. 'Kedut sangat...' Ambil iron. 'Ahhh...lantak la.. takde sapa nak ngorat pun. Tak payah gosok.' Ambil kunci kereta. Start enjin. Gerak terus ke rumah Atung.

0702hrs
Kringg!! Kringg!!
"Ye"
"Ada mana bad?"
"Aku sangkut kat MRR2"
"Oke"

0726hrs
Kringg!! Kringg!!
"Ha.."
"Dah sampai mana?"
"Kat kepala paip" (pili gergasi kat atas tangki air area Ampang)
"Oke"

0754hrs
"Assalammualaikum...."
"Ibu dah tak ada nak..."

Salam disambut oleh nenek dengan jasad Ibu yang terbujur kaku disisi. Nenek memeluk dengan linangan air mata dan cerita tentang pemergian ibu. Lama. Aku kaku tanpa suara. Perlahan aku renggangkan sedikit pelukan nenek. Tanya di mana aTunG. Naik ke atas mencari aTunG. Perlakuan yang macam ibu kucing hilang anak ditegur oleh makcik aTunG.

"Sham pergi balai."
"Owh. Balai mana?"
"Ampang."

Telefon aTunG. Terus pergi ke balai ditemani adik dia. Selesai urusan di balai. Pulang semula ke rumah aTunG. Tetamu semakin ramai datang menziarah. Baca Yassin. Kali ke-5 ulang bacaan, dada terasa sebak. Keluar. Ajak aTunG ke kereta. Sunyi sepi di dalam kereta.

"Aku nak ambik CeMeY"
Diam.
"Kebumi bila?"
"Lepas Zohor"
"Aku pergi Kajang nanti aku datang balik"

Fikiran melayang pada kali terakhir bersembang dengan arwah Ibu. 'Ini last jumpa ibu, esok ibu dah tak ada...' Terngiang suara ibu di telinga 2 hari lepas. Berhenti membuat pangilan di public phone selepas tol Sg. Besi. (tak sempat nak topup! Huhu!)

Perjalanan ke Kajang diteruskan. Balik semula ke rumah aTunG. Tunggu jenazah diuruskan. Lebih kurang pukul 4, pengebumian selesai. Pulang ke rumah. Mandi. Hantar CeMeY ke Kajang.

1900hrs
Berhenti di Petronas Bangi beli sekotak Milo. On radio:IKIMfm. Azan. Berbuka di dalam kereta dengan sekotak Milo.

  • There's no picture to describe. Semoga arwah Ibu aTunG ditempatkan dikalangan orang-orang beriman & solehah. Al-Fatihah.....
  • Sory TunG. Aku bukan nak recall. Tapi nak kopipes entry fotopages ke sini sebab nak close akaun fotopages.
  • Entry 3 tahun lepas dari fotopages saya.
  • Selamat berbuka puasa wahai sahabat... :)





2 comments:

  1. Salam Bard...


    Bila arwah ibu Abg Atung meninggal? Pagi tadi ye? Moga arwah dicucuri rahmat...


    BTW, Bard nampak kurus... Dulu la... :D

    ReplyDelete
  2. Erk...
    4 Ramadhan 2008 tu sis Nad oih.. Isk isk..
    3 tahun lepas... :)

    ReplyDelete

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)