It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Monday, October 10, 2011

Viva La Vida ...






So...

Today, 31 tahun 10 hari hah? Ganyut dah. Akekeke. Malas nak taip skema2 hari ni.

6 Oct yang lalu, Pakcik dan Makcik berangkat ke Tanah Suci. Alang doakan semoga segala2nya berjalan lancar dan dipermudahkan. Semoga dikurniakan kesihatan yang sejahtera dengan restu Ilahi untuk menunaikan ibadah. Semoga mendapat Haji Mabrur. Amin. InsyaAllah.


Last three weeks, conversation with one of my Chinese junior colleague di depan pintu opis...

"Morning, Sunny."
"Morning, hi!"
"How r u today?"
"Im good. Thank you."
"Im sorry i forgot to let the door open for you."
"It's okey. Nevermind."
"Arr.. Can i ask u something?"
"What?"
"Are u English or Malay?" (Kejadahnya itam legam ni dia tanya gitu ek? Apa motip?)
"Hah? Malay of course. Why? English? Do i?"
"I heard you talk to Mr. Chang yesterday. Your English is so great. How old are u?."
"Im going 31 for about 3 weeks from now."
"Really? I dont believe."
"Why?"
"No, i thought you are 24 or 25 years old. Just grad from any university. Like me.."
"Hehe. Naa .. The fact is, im too old to speak broken English."
"Aa.. Im sorry."

Bla.. Bla.. Bla... Bla...


Perbualan tu bukan nak berlagak yer. Tapi nak nyatakan betapa babyface nya muka ini. Hahaha! 24 - 25 tahun okek! Muda 5-6 tahun dari usia sebenar. Boleh berlakon jadi student ni. Kalaulah student card tak ada expiry date, maka akan bahagia hidup berlakon seperti orang muda remaja gitu. Aww.




Saya tak rasa pula saya dah kuasai bahasa penjajah 100%. Kadang2 ada salah2 juga. Kalau tak tau apa2 perkataan, kadang2 akan rujuk kamus juga. Tak perfect pun. Cuma, kalau di peringkat umur ini masih lagi terkangkang terkayap nak guna bahasa penjajah dalam percakapan harian, rasanya macam looser la kot?




Kalau rasa tak yakin, guna sajalah Bahasa Melayu, bahasa ibunda. Kalau loghat Negeri Sembilan tu boleh dikira perfect juga. Negeri Sembilan yer, bukan Minang. Kalau loghat Minang, masih banyak lagi kena explore.




Semalam, berjalan2 di Taman Rekreasi Bukit Jalil bersama2 Lina dan anak2, Merrah Amanie b. Azrul Hisham dan Serrie Diannie bte Azrul Hisham. Adalah dalam 1 jam beriadah. Tak riadah mana pun, cuma berjalan2 sahaja. Peluh pun ala2 segan nak keluar. Akeke...




Kalau ikutkan, mahu juga berjogging atau jalan laju2 bagi baju basah dek peluh. Tapi, disebabkan peha kejang time melompat2 kejar dan pukul bulu tangkis pada malam Sabtu, maka terpaksa dibatalkan niat. Naik tangga apartment pun seksa, inikan pula berjogging sakan. Haih!




Dah lama sangat tak melompat2 di MBA Puchong bersama rakan2 MobileIRC. Berbulan ada mungkin. Inilah jadinya bila otot dah lama terperap. Sakit sini, sakit sana. Dengan salah kasutnya lagi. Macamana boleh terlupa kasut dalam bonet kereta lagi satu agaknya. Terpaksa guna kasut futsal. Mana tidaknya boleh kejang peha? Dah la memang tak hebat kan? Hadeh...





Masuk hari ni, dah satu badan pula sakit2. Padanlah muka. Siapa suruh tak strecthing dulu kan? Ahh.. Malas nak teruskan mengarang. Sambung esok2 pula. Tata...


[[ 1st October 2011 ]]


  • Masih sakit2 badan.
  • Dada belah kiri masih sakit juga kena sebat dengan raket oleh Al-Amar. Haih!
  • Mau makan ubat sakit badan dan terus menidurkan diri.
  • Arrr.. Mereka dalam entry ni adalah family sahabat saya. Dia izinkan mereka berjalan2 bersama saya. :)
  • Maybe start hari ni akan update blog mcm dulu2 balik. Banyak gamba dan guna youtube sahaja insteed of autoplay sound. Jadi, sila klik sendiri untuk dengar lagu. Sila abaikan lirik yg menyebut Jerussalem ngan Roman Cavalry tu yer...
  • Arr.. entry ni autopublish. Thanks sudi baca.
  • Assalammualaikum warahmatullah.

Salam rindu dan sayang selalu.... :)





No comments:

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)