It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Monday, December 12, 2011

Yassin Untuk Nenek I

Nenek.

Dah dua minggu Nenek sakit. Keluar masuk hospital. Dari hospital private ke hospital biasa. Doc in-charge sudah tidak boleh buat apa2.


Jumaat. 9 December 2011. Emergency Leave. Balik ziarah Nenek di Hospital Daerah Jempol, Negeri Sembilan.


7.00am, panggilan telefon daripada Ayah.

"Balik lah tengok Nenek."
"Iyo Ayah. InsyaAllah. Ujung minggu ni balik. Esok kojo."
"Kalau buleh, balik ari ni. Ayah tunggu."
Diam...
"Baliklah. Nenek dah tak kona orang."
"Iyo Ayah."
"Kek Hospital Jempol."
"Ha? How to get there?"
"Halo ko Bahau. Ikut Pilah. Samo jalan nak ko Serting."
"Haa.. Ok Ayah. Nanti Apo2 hal, Ad call."
"Kok tak tau jalan nanti, tanyo orang. Jangan tak balik."


Panggilan diputuskan. Termenung di birai katil. Macamana nak balik? Road tax kereta masih tidak diperbaharui. Bangun. Call dia.

"Awak. Dah siap nak pergi kerja ke?"
"Tengah siap2. Kenapa? Kenapa suara lain?"
"Ermm... Kita balik. Tengok Nenek. Nak?"
"Bila?"
"Hujung minggu ni. Ayah call tadi. Kata Nenek dah tak kenal orang."
"Tengoklah macamana nanti."
"Ok. Saya nak mandi."


10 minit selepas itu, sms masuk.

'Jom balik hari ini lah. Apply EL.'


Baca sms, bersiap2. Niat mahu reply semasa on the way ke tempat kerja nanti. Selepas lebih kurang 10minit, telefon rumah pula berdering.

"Hello. Assalammualaikum. "
"Ha.. Mak. Waalaikumussalam Mak."
"Dah siap nak poie kojo ko? Balik tak?"
"Tongah siap2 ni Mak. Bilo? Hari ni? Bolom tau lagi Mak."
"Baliklah. Tanah arwah Maklong merah lagi. Ni Nenek pulak sakit. Sodeh boto Ayah tu. Crying since morning. Balik. Speak to your Dad."
Diam.
"Balik tak ni?"
"InsyaAllah Mak. Nak masuk kojo dulu. Kalau takdo apo2, buleh balik."
"Naik apo balik? Road tax tak renew lagi kan?"
"Ha.. Tak tau lagi tu."
"Apo2 hal nanti bagitau."
"Iyolah Mak. InsyaAllah."


Panggilan dimatikan. Sarung stokin. Embil beg. Keluar. Panaskan enjin kereta. Telefon berbunyi lagi. Sayu terdengar suara Ayah di hujung talian.

"Ad..Baliklah..."
"Hello, Ayah. Ayah janganlah menangis Yah."
"Balik tak?"
"Iyo Ayah. Nanti ambik E.L. Masuk office kojap."
"Iyolah. Elok2 jalan nanti."


Hati berbelah bahagi. Ambil telefon. Call dia lagi.

"Hello. Awak ada mana?"
"On the way nak pergi kerja dah ni."
"Boleh hari ni? Balik hari. Esok saya kerja."
"Boleh. Tak kisah. Hari ni Jumaat tak banyak kerja sangat. Awak aja lah. Kot ada apa2 urgent."
"Hmm. Tak apalah. Biar lantak urgent ke apa. Keluarga lagi penting. Saya masuk kerja dulu."
"Apply je E.L. Dah gerak dari office nanti bagitahu."
"Hmm.. Iyalah. Nanti saya call."


Sampai office. Masuk. Ambil borang E.L. Tunggu sekejap rakan sekerja sampai untuk take over task file, 9.12am keluar. Terus ke Bangi. Parking kereta di pejabat dia. Call, beiritahu dah sampai.


Dalam kereta. Di stesen Petronas Bangi. Selepas check kondisi kereta. Perbualan dimulakan oleh dia.

"Nak lalu mana?"
"Entah? I don't know how to get there. Hehe."
"Tak tanya Ayah?"
"Tak sempat nak tanya pun tadi."
Sengih.
"Senyum pulak? What time nak sampai kalau tak tahu jalan? Call lah Ayah."
"Aaa.. Use my GPS. Ok?"
"Ok. Try lah."


Lebih kurang 20 minit, GPS langsung tak detect Hospital Jempol. 3 kali restart. Masih tak detect. Ketawa dengan kejahilan diri. Nama saja orang Negeri Sembilan. Jalan nak ke Jempol langsung tidak tahu.


Perbualan dimulakan lagi oleh dia.

"Eh.. How?"
"Entah? Jalan ajalah. Ikut LEKAS."
"LEKAS? Dah kat sini nak ikut LEKAS, jauhlah."
"Woo. Ya kan?"
"Awak ni. Betul2lah."
"Aaa.. Jalan ajalah. Lalu tol Bangi. Sambil jalan nanti ok kot GPS bengong ni. Meh saya drive. "
"Tak payah. Awak call lah Ayah. Tanya nak lalu mana. Lambat sampai nanti."
"Haa. Jalan dulu. Kejap lagi call."


Lebuhraya Utara Selatan. Berhenti seketika di Hentian Nilai. Dia mahu ke tandas. Saya mahu membeli makanan untuk sarapan. Perut terasa lapar dek kerana tidak langsung menjamah sebarang makanan malam tadi.


Perjalanan diteruskan sambil bercerita tentang kenangan bersama Nenek semasa masih kecil. Bermacam2 cerita. Setengah jam kemudian, Plaza Tol Exit ke Seremban. GPS masih lagi di on-off. Jempol tidak langsung di detect. Call Ayah.


Perjalanan diteruskan sampai ke daerah Kuala Pilah. Pemandangan kiri dan kanan jalan agak menarik. Sawah padi. Saujana mata memandang. Apa lagi. Klik2 camera di tangan. Hilang sekejap rasa sedih di hati. Maklumlah, jadi co-pilot. Bercerita pula tentang rekabentuk rumah2 tradisi Negeri Sembilan yang berbeza2 mengikut pangkat dan kuasa.


Dia menegur.

"Awak jangan nak mengada2 macam pelancong pulak eh. Bukannya orang luar pun?"
"Haa? Hehe. Ala. Sawah ni. Sebelum2 ni tak ada padi pun. Dulu, Nenek ada sawah. Pernah jugakla rasa tampi2 padi. Kena sebat mandi parit. Hehe."
"Nak masuk Kuala Pilah ke apa ni?"
"Ikut jelah signboard. Ayah kata tadi, ke arah Bahau, kena lalu Pilah dulu, lepas tu Serting. Terus, baru jumpa Jempol."
"Awak kan selalu pergi sini? Takkan tak tau jalan?"
"Aaa.. Sampai sini dah tau dah. Dah cam jalan. Terus jelah. Tapi tak tau nak masuk Pilah ke tak."
"Tu ada signboard Jalan Pintas Ke Bahau."
"Haa.. Masuk2. Hee.."
"Betul ke ni?"
"Masuk jelah...."

...........

"Awak nak tau tak?"
"Apa?"
"Dulu kan, masa kecik2, saya cucu yang paling rapat dengan Nenek. Nenek selalu pergi Kuantan, Pasoh, rumah adik2 Ayah. Saya yang temankan. Kitorang kan antara cucu2 sulung. Sampailah satu hari tu, masih ingat lagi, Nenek pernah cakap...
'Alang ni cucu kesayangan Nenek. Esok, kalau Nenek panjang umur, tapi dah tak larat nak berjalan, dah sakit2, Alang yang jago Nenek kan? Tido dengan Nenek. Tomankan Nenek. Alang sayang Nenek kan?'
...Macam tu lah lebih kurang kata Nenek dulu. Tapi, bila dah besa, dah remaja, saya dah tak manja dengan Nenek. Tengoklah sekarang ni. Macam tak mampu buktikan kata2 Nenek dulu..."

Diam. Sebak. Suasana dalam kereta sunyi seketika.

"Saya sedih. Teringat masa jaga Nenek sebelum Raya ituari. Nenek macam dah tak berapa nak ingat apa2."
"Awak jangan macam tu. Nenek dah tua. Doakan Nenek. Semoga segalanya dipermudahkan untuk dia."
Diam.
"InsyaAllah. Nenek boleh kenal lagi. Lupa2 tu biasalah. Nenek dah tua sangat."
Diam.
"Kita dah sampai Jempol ni. Call lah Ayah."
"Entahlah... Tak sabar rasanya nak jumpa Nenek. Bacakan Yassin untuk Nenek."


Lebih kurang 12 tengahari, tiba di Hospital Daerah Jempol. Setelah 3 jam perjalanan yang serupa main teka teki.


....Bersambung pada entry esok....



  • Kepala tiba2 terasa amat sakit.
  • Guruh juga sudah berbunyi.
  • Hujan turun selebat2nya.
  • Gambar malas nak upload.
  • Selamat malam.
  • Assalammualaikum warahmatullah....





1 comment:

  1. errr... doakan semoga dipermudahkan segalanya untuk nenek!~~ amin!~~~

    *mana pic? kata byk gambo amek tu... tak sabau nak tgk.*

    ReplyDelete

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)