It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Tuesday, August 13, 2013

Dari Jauh Ku Pohon Maaf

Assalammualaikum Warahmatullah...
Salam Sejahtera...
Salam Aidilfitri... Maaf Zahir Dan Batin...


Hari ni 6 Syawal 1434. Sepatutnya saya sudah mula bekerja hari ni. tapi masih lagi di atas katil. MC. Esok baru mula bekerja. Maka esok akan bermulalah hari2 sibuk.


How's Raya? Raya saya tak berapa nak meriah. Untuk saya sahajalah, tak sihat. Seperti tahun2 sudah, saya masih lagi balik raya sorang. Cuma tahun ni tak ada pula soalan dari Ayahanda "Sampai bila nak balik Rayo sorang2 ni..?" Akeke...


Ya lah. 33 sudah umur saya. Sudah tak terfikir pasal nikah kahwin. Sorang pun sorang lah .. Cuma ada sikit terfikir..... Sapa la yang akan jaga sakit makan pakai bila dah tua nanti. Huhu .. Macam sekarang inilah. Keseorangan kesepian. Wuceh! 


Saya dapat duit raya. RM4.00 Ahaha! Satu angpow RM2.00 daripada adik sepupu yang dah berkahwin dan ada anak. "Alang lom kawin .. Angah bagi yo lah...." Katanya. Akeke.. Satu lagi tak ingat dari sapa. RM2.00 juga nilainya.


Teringat dolu2.. palingbanyak duit raya yg saya pernah dapat adalah sikit.. dalam RM500.00 lebih gitu.. Time tu masih belajar kalau tak silap. Sekitar awal 20-an gitu. Meriah kan? Bagusnyalah kalau dah tua bangka ni masih dapat macam tu. Wahaha! Tapi hapgred sikitlah jadi RM5000.00. Huhu.


Kuih raya? Tadak! Sebab semuanya beli. Malas nak bawa balik. Serupa beli di Giant atau Tesco Puchong. Macam biasa, makanan rutin yang akan dibawa pulang ialah rendang maman. Makanan yang sangat popular dikalangan orang2 Negeri Sembilan atau di Gemencheh khasnya.


Baju raya? Ada 2 pasang. Hehe. Beli last minit. Malam sebelum pulang beraya. Pakai di Hari Raya Pertama sahaja. Gambar? Tadak! Tangan sibuk pegaang perut yang kesakitan. Huhu.


Apa lagi nak hapdet ni ya? Esok lusa lah pulak... Nak mandi manda. Kejap lagi nak makan. Pahtu nak pergi beli seluar slack murah di Tesco. 


Salam Rindu Dan Sayang Selalu.... =)






No comments:

Post a Comment

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)