It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Friday, January 02, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

1 Januari 2015.

Tahun baru. Agenda baru? Azam baru? Ada tiga azam yang ditanam dan digali semula semalam. Laksana? Belum habis tahun, belum tahu. Cuma berharap ia dapat dilaksanakan sehingga sempurna.

Pagi. Subuh. Terlajak. Lagi 5 minit jam 7 pagi baru tersedar. Macam selalu, akan ke bilik air belakang (dapur) dulu sebelum buat apa2. Sempat solat subuh. Alhamdulillah.

Rutin, on suis water dispenser, on suis mesin basuh, ambik gelas powerpuff girl (jangan gelak), tuang sesachet chocolat malt jenama tesco, letak susu sesudu, quaker oat 2 sudu, refill makanan Hery, tuang air panas ke dalam campuran tadi, dan minum sambil hadap Hery makan.

Selesai segala, landing sekejap sambil berfikir tentang kerja. On lappy, buka file yang dibawa pulang dua hari lepas, klik-klik, taip-taip. Refer. Baca. Fokus. (Konon). Urut-urut belakang kepala, tengkuk dan bahu yang rasa kebas.

Selang 30 minit, urut-urut belakang kepala, tengkuk dan bahu yang terasa kebas. Termenung sekejap memikirkan nasib. Tarik nafas dalam-dalam. Sengih. Klik icon Google Chrome dan klik Facebook. Scroll ke atas ke bawah. Bosan. Layan Crime Scene. Hehe.

Sakit. Tapi kena habiskan jugak. Detik hati ketika membilas pakaian di dalam mesin basuh manual yang dikeluarkan dari stor dan digunapakai semula dek kerana mesin basuh automatik yang rosak tidak langsung sempat untuk dibaiki.

Spin. Tinggalkan mesin basuh. Perlahan kaki melangkah ke dalam bilik untuk baring seketika dek kerana sakit yang tiba2 rasa menyucuk ke tulang belakang. melayang-layang badan rasanya. Gagahkan juga.

.........Bersambung.... Mata dah mengantuk sangat. Kuat betul kesan ubat yang baru diterima tempoh hari.

Selamat Malam!

Salam Rindu dan Sayang Selalu...





2 comments:

@zma said...

Hi Abg bad....Ingat dah bubar blog ni... Nice to know u r still writing - Azma

@zma said...

Hi Abg bad....Ingat dah bubar blog ni... Nice to know u r still writing - Azma

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)