Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

................................................................................................................
Semalam. Sebelum pulang ke KL, saya salam, cium dan memeluk omak. Saya meminta ampun dan maaf daripada omak supaya memaafkan segala kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang tahun 1429H.
"Jangan tinggal solat, jaga kesihatan..."
Itu pesan omak sebelum melangkah keluar dari pintu rumah. Sebenarnya dah bersiap untuk pulang ke KL around 5ptg. Tapi, tersangkut pula depan TV. Omak on channel mana entah? Ada cerita Bobby. Layan Bobby sampai habis. Menjamu makan malam bersama omak. Omak meminta saya untuk pulang selepas waktu Maghrib.
Hampir jam 7mlm, ayah pulang. Beberapa minit kemudian azan Maghrib berkumandang. Ayah mengajak ke masjid. Ada kenduri sambutan Maal Hijrah. Saya menolak, dengan alasan hendak pulang ke KL.
Solat. Baca doa awal tahun dan akhir tahun. Tunggu omak menghabiskan bacaan surah Yassin. Salam. Peluk. Cium. Melangkah ke kereta sambil berkata dalam hati meminta omak ayah mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini. Start enjin. Balik. Sampai rumah, tertidur. 5.36pg terjaga dari lena. Sakit perut. Masuk bilik termenung. Ngadap PC. Train RV. Terus menaip entry ini. =D
Saya mengucapkan
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430H
kepada semua...

4 comments:
uhukS..haa dengar pesanan omak tuh..jangan tak dengar lak..huhuhuhu..
InsyaAllah... =)
anak omak nih hehehe
ehek!~
aida akmal ?
cegu kah ituh ?
ehuehuhue ..
=D
sapa tak sayang mak ayah oih!~~
heuhue!~
Post a Comment