It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Showing posts with label Disember. Show all posts
Showing posts with label Disember. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

One Sweet Day




Currently Klik2 Blog2 sahabat.


Lama betul rasanya tak update apa2 entry. Memang ada keinginan untuk update, tapi, kemalasan mengatasi segala2nya.


Bz? Memang tidak sangat lah. Kadang2 bz. Kadang2 tak bz. Perkara biasa. Cuma, terlalu banyak perkara yang mencabar emosi diri sejak 2, 3 minggu kebelakangan ni.


Bermacam2 perkara juga yang berlaku yang boleh dikatakan majoritinya di luar jangkaan. Banyak juga perkara2 penting yang terpaksa diabaikan demi satu perkara yang lebih penting untuk diutamakan.


Arrr.. Tiba2 maleh nak menaip pula. Nanti2 sambung.


Ermmm... Yassin Untuk Nenek tidak dapat saya teruskan. Nantilah, apabila hati sudah sedia untuk menerima kehilangan. InsyaAllah saya sambung. Itu pun kalau ada yang sudi untuk membacanya.


Salam Sayang Dan Rindu selalu .. =)


Monday, December 12, 2011

Yassin Untuk Nenek I

Nenek.

Dah dua minggu Nenek sakit. Keluar masuk hospital. Dari hospital private ke hospital biasa. Doc in-charge sudah tidak boleh buat apa2.


Jumaat. 9 December 2011. Emergency Leave. Balik ziarah Nenek di Hospital Daerah Jempol, Negeri Sembilan.


7.00am, panggilan telefon daripada Ayah.

"Balik lah tengok Nenek."
"Iyo Ayah. InsyaAllah. Ujung minggu ni balik. Esok kojo."
"Kalau buleh, balik ari ni. Ayah tunggu."
Diam...
"Baliklah. Nenek dah tak kona orang."
"Iyo Ayah."
"Kek Hospital Jempol."
"Ha? How to get there?"
"Halo ko Bahau. Ikut Pilah. Samo jalan nak ko Serting."
"Haa.. Ok Ayah. Nanti Apo2 hal, Ad call."
"Kok tak tau jalan nanti, tanyo orang. Jangan tak balik."


Panggilan diputuskan. Termenung di birai katil. Macamana nak balik? Road tax kereta masih tidak diperbaharui. Bangun. Call dia.

"Awak. Dah siap nak pergi kerja ke?"
"Tengah siap2. Kenapa? Kenapa suara lain?"
"Ermm... Kita balik. Tengok Nenek. Nak?"
"Bila?"
"Hujung minggu ni. Ayah call tadi. Kata Nenek dah tak kenal orang."
"Tengoklah macamana nanti."
"Ok. Saya nak mandi."


10 minit selepas itu, sms masuk.

'Jom balik hari ini lah. Apply EL.'


Baca sms, bersiap2. Niat mahu reply semasa on the way ke tempat kerja nanti. Selepas lebih kurang 10minit, telefon rumah pula berdering.

"Hello. Assalammualaikum. "
"Ha.. Mak. Waalaikumussalam Mak."
"Dah siap nak poie kojo ko? Balik tak?"
"Tongah siap2 ni Mak. Bilo? Hari ni? Bolom tau lagi Mak."
"Baliklah. Tanah arwah Maklong merah lagi. Ni Nenek pulak sakit. Sodeh boto Ayah tu. Crying since morning. Balik. Speak to your Dad."
Diam.
"Balik tak ni?"
"InsyaAllah Mak. Nak masuk kojo dulu. Kalau takdo apo2, buleh balik."
"Naik apo balik? Road tax tak renew lagi kan?"
"Ha.. Tak tau lagi tu."
"Apo2 hal nanti bagitau."
"Iyolah Mak. InsyaAllah."


Panggilan dimatikan. Sarung stokin. Embil beg. Keluar. Panaskan enjin kereta. Telefon berbunyi lagi. Sayu terdengar suara Ayah di hujung talian.

"Ad..Baliklah..."
"Hello, Ayah. Ayah janganlah menangis Yah."
"Balik tak?"
"Iyo Ayah. Nanti ambik E.L. Masuk office kojap."
"Iyolah. Elok2 jalan nanti."


Hati berbelah bahagi. Ambil telefon. Call dia lagi.

"Hello. Awak ada mana?"
"On the way nak pergi kerja dah ni."
"Boleh hari ni? Balik hari. Esok saya kerja."
"Boleh. Tak kisah. Hari ni Jumaat tak banyak kerja sangat. Awak aja lah. Kot ada apa2 urgent."
"Hmm. Tak apalah. Biar lantak urgent ke apa. Keluarga lagi penting. Saya masuk kerja dulu."
"Apply je E.L. Dah gerak dari office nanti bagitahu."
"Hmm.. Iyalah. Nanti saya call."


Sampai office. Masuk. Ambil borang E.L. Tunggu sekejap rakan sekerja sampai untuk take over task file, 9.12am keluar. Terus ke Bangi. Parking kereta di pejabat dia. Call, beiritahu dah sampai.


Dalam kereta. Di stesen Petronas Bangi. Selepas check kondisi kereta. Perbualan dimulakan oleh dia.

"Nak lalu mana?"
"Entah? I don't know how to get there. Hehe."
"Tak tanya Ayah?"
"Tak sempat nak tanya pun tadi."
Sengih.
"Senyum pulak? What time nak sampai kalau tak tahu jalan? Call lah Ayah."
"Aaa.. Use my GPS. Ok?"
"Ok. Try lah."


Lebih kurang 20 minit, GPS langsung tak detect Hospital Jempol. 3 kali restart. Masih tak detect. Ketawa dengan kejahilan diri. Nama saja orang Negeri Sembilan. Jalan nak ke Jempol langsung tidak tahu.


Perbualan dimulakan lagi oleh dia.

"Eh.. How?"
"Entah? Jalan ajalah. Ikut LEKAS."
"LEKAS? Dah kat sini nak ikut LEKAS, jauhlah."
"Woo. Ya kan?"
"Awak ni. Betul2lah."
"Aaa.. Jalan ajalah. Lalu tol Bangi. Sambil jalan nanti ok kot GPS bengong ni. Meh saya drive. "
"Tak payah. Awak call lah Ayah. Tanya nak lalu mana. Lambat sampai nanti."
"Haa. Jalan dulu. Kejap lagi call."


Lebuhraya Utara Selatan. Berhenti seketika di Hentian Nilai. Dia mahu ke tandas. Saya mahu membeli makanan untuk sarapan. Perut terasa lapar dek kerana tidak langsung menjamah sebarang makanan malam tadi.


Perjalanan diteruskan sambil bercerita tentang kenangan bersama Nenek semasa masih kecil. Bermacam2 cerita. Setengah jam kemudian, Plaza Tol Exit ke Seremban. GPS masih lagi di on-off. Jempol tidak langsung di detect. Call Ayah.


Perjalanan diteruskan sampai ke daerah Kuala Pilah. Pemandangan kiri dan kanan jalan agak menarik. Sawah padi. Saujana mata memandang. Apa lagi. Klik2 camera di tangan. Hilang sekejap rasa sedih di hati. Maklumlah, jadi co-pilot. Bercerita pula tentang rekabentuk rumah2 tradisi Negeri Sembilan yang berbeza2 mengikut pangkat dan kuasa.


Dia menegur.

"Awak jangan nak mengada2 macam pelancong pulak eh. Bukannya orang luar pun?"
"Haa? Hehe. Ala. Sawah ni. Sebelum2 ni tak ada padi pun. Dulu, Nenek ada sawah. Pernah jugakla rasa tampi2 padi. Kena sebat mandi parit. Hehe."
"Nak masuk Kuala Pilah ke apa ni?"
"Ikut jelah signboard. Ayah kata tadi, ke arah Bahau, kena lalu Pilah dulu, lepas tu Serting. Terus, baru jumpa Jempol."
"Awak kan selalu pergi sini? Takkan tak tau jalan?"
"Aaa.. Sampai sini dah tau dah. Dah cam jalan. Terus jelah. Tapi tak tau nak masuk Pilah ke tak."
"Tu ada signboard Jalan Pintas Ke Bahau."
"Haa.. Masuk2. Hee.."
"Betul ke ni?"
"Masuk jelah...."

...........

"Awak nak tau tak?"
"Apa?"
"Dulu kan, masa kecik2, saya cucu yang paling rapat dengan Nenek. Nenek selalu pergi Kuantan, Pasoh, rumah adik2 Ayah. Saya yang temankan. Kitorang kan antara cucu2 sulung. Sampailah satu hari tu, masih ingat lagi, Nenek pernah cakap...
'Alang ni cucu kesayangan Nenek. Esok, kalau Nenek panjang umur, tapi dah tak larat nak berjalan, dah sakit2, Alang yang jago Nenek kan? Tido dengan Nenek. Tomankan Nenek. Alang sayang Nenek kan?'
...Macam tu lah lebih kurang kata Nenek dulu. Tapi, bila dah besa, dah remaja, saya dah tak manja dengan Nenek. Tengoklah sekarang ni. Macam tak mampu buktikan kata2 Nenek dulu..."

Diam. Sebak. Suasana dalam kereta sunyi seketika.

"Saya sedih. Teringat masa jaga Nenek sebelum Raya ituari. Nenek macam dah tak berapa nak ingat apa2."
"Awak jangan macam tu. Nenek dah tua. Doakan Nenek. Semoga segalanya dipermudahkan untuk dia."
Diam.
"InsyaAllah. Nenek boleh kenal lagi. Lupa2 tu biasalah. Nenek dah tua sangat."
Diam.
"Kita dah sampai Jempol ni. Call lah Ayah."
"Entahlah... Tak sabar rasanya nak jumpa Nenek. Bacakan Yassin untuk Nenek."


Lebih kurang 12 tengahari, tiba di Hospital Daerah Jempol. Setelah 3 jam perjalanan yang serupa main teka teki.


....Bersambung pada entry esok....



  • Kepala tiba2 terasa amat sakit.
  • Guruh juga sudah berbunyi.
  • Hujan turun selebat2nya.
  • Gambar malas nak upload.
  • Selamat malam.
  • Assalammualaikum warahmatullah....





Monday, December 27, 2010

Tuesday, December 29, 2009

--==[[ All Mixed Up!~ ]]==--

ComeL kan? Agagagaga!~



AssaLammuaLaikum WarahmatuLLah.

Lama betuL tak menGaranG nih.

Tapi, tak ada idea puLa untuk menGaranG.

Cuma nak baGi tau nak tukar LayOut sahaja.

Hueheu.

Oke. Tata!~



-----------------------------------------------------------------------

You've got to trust your instinct
And let go of regret
You've got to bet onyourself now star
'Cause that's your best bet
Watch me now with a wicked andwild and I said
We come with the funky style that gets us known for the show
Andwe'll mix the hip hop reggae if we say it is so
And fuck the naysayers causethey don't mean a thing
Cause this is what style we bring
Now it's morning butlast night's on my mind
There's something I need to get off my chest
And nomatter what may come to shine
The dream will always be mine
All mixed up, youdon't know what to do
Next thing you turn around and find the person is you
Thought a freak might be the thing
But the first could be the last, so just getoff of your ass
All mixed up, you don't know what to do
Next thing you turnaround and find the person is you
Thought a freak might be the thing
But youknow this will pass, so just get off of your ass
You've got to trust yourinstinct
And let go of regret
You've got to bet on yourself now star
`Causethat's your best bet
Watch me now with a wicked and wild and I said
Sick sickbit got to have it
Like bustin' in on a session but you got to call it quits
Sick sick bit just can't quit
Fact that you don't even know makes it fully legit
Now it's morning but last night's on my mind
There's something I need to get offmy chest
And no matter may come to shine
The dream will always be mine
You keepme coming,
That is a gal that'll kill dem stunning
You keep me coming,
That is agal that'll kill dem stunning
You keep me coming,
That is a gal that'll kill demstunning
You keep me coming,
That is a gal that'll kill dem stunning
You make menervous, throat dry
My brain is empty, don't know why
But I saw you doingsomething
Which is really truly nothing
But you could bust me out all day
Manymoons since first I saw you
Many moons since first we did the do
Many moonssince first I saw you
Many moons since first we did the do
And why did I trywhen I knew it was no and
Why did I try when I say it was so
But save it forlate we should just let it skate
'Cause the waiting feel is fine

-----------------------------------------------------------------------




  • SedanG bLur.
  • SanGat2 bLur.
  • KeLaparan.
  • Rasa macam nak tidO baLik.
  • KemaLasan menGatasi seGaLanya.
  • HuwarGh~!





Thursday, December 17, 2009

--==[[ Salam Hijrah!~ ]]==--

Assalammualaikum Warahmatullah.

Lama betul tak menaip di blog ni. Rasa macam nak mengarang. Tapi, mata mengantuk pula. Ish. 7.48mlm. Solat kejap. Nak mengaji sikit. Baca Surah Yassin mungkin. Dah lama sangat tak buka Al-Quran sejak tamat Ramadhan 3 bulan yang lalu. Itu pun tak sempat khatam. Hmm. Sayup2 kedengaran suara Imam dan Makmum mengalunkan doa taubat di surau bawah. Arr.. Dah lewat. Nanti malam sambung mengarang lagi. Tata.

Ucap SeLamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijrah. SemoGa BeroLeh Kesejahteraan Hendaknya. InsyaALLah. :)

  • Lagu untuk semua rakan2 yang membaca blog ini. :)
  • Salam Hijrah.
  • Salam Sayang.
  • =)






Friday, December 04, 2009

--==[[ KiLLinG Me SoftLy!~ ]]==--





I love you today and i will love you tomorrow.

Just some words to clear the sorrow that will never leave my heart or yours.

From this day forward you are so special to me.

I love you with all my heart always have and always will that never end.

You will always be with me as i will always be with you.

We will always be together until the end.

No doubt. :)







Wednesday, December 31, 2008

--==[[ ArGh!~ ]]==--


Banyak hal yang berlaku hari ini. Tapi dah lewat sangat. Malas nak taip banyak2.
  • Minum pagi bersama dia.
  • Kunci tertinggal dalam kereta. Ada spare key di rumah. Tapi, kunci rumah segugus dengan kunci kereta. 2 jam nak setelkan. Nanti sambung stori mori.
  • Dinner dengan Uj, aTunG, As.
Okek! Itu sahaja. Esok ulasan. Malas. Tak larat dah. Sangat2 mengantuk. Tata!~ Nite2!~ Muah2!@~


Tuesday, December 30, 2008

--==[[ H0w ]]==--




How? To live a moral and compassionate existence. Fully aware of the blood. The horror inherent in life. Finds darkness not only in one’s culture, but within oneself. Live in the middle of contradiction. If all contradiction were eliminated at once, life would collapse.

There are simply no answers to some of the great pressing questions. Continue to live them out, making life a worthy expression of leaning into the light. Dreams pass into the reality of action. From the actions stems the dream. This interdependence produces the highest form of living.

Time is a companion that goes with on a journey. It reminds to cherish each moment, because it will never come again. What leave behind is not as important as how have lived.

There are as many nights as days. The one is just as long as the other in the year’s course. A happy life cannot be without a measure of darkness. The word ‘happy’ would lose its meaning if it were not balanced by sadness.

I love my past. I love my present. I’m not ashamed of what i’ve had. I’m not sad because i have it no longer. You have been my friend. That in itself is a tremendous thing. I wove my webs for you because i liked you, i love , i do missin u. After all, what’s a life, anyway? We’re born. We live a little while. Then we die.

Courage. Nothing less than the power to overcome. Danger. Misfortune. Fear. Injustice. while continuing to affirm inwardly that life with all its sorrows is good. Everything is meaningful even if in a sense beyond our understanding. And that there is always tomorrow.

Over the years. Developed a picture of what a human being living humanely is like. A person who understand. Values and develops body. Finding it beautiful and useful. A person who is real and is willing to take risks. To be creative. To manifest competence. To change when the situation calls for it. Find ways to accommodate to what is new and different. Keeping that part of the old that is still useful. Discarding what is not.

Everything has been figured out, except how to live. Looked at life from both sides. From win and lose and still somehow. It’s life’s illusions. Really don’t know life at all…

–==[[ PrOpErTy Of BaDtZ ]]==–

Monday, December 29, 2008

--==[[ SaLam ]]==--

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

................................................................................................................

Semalam. Sebelum pulang ke KL, saya salam, cium dan memeluk omak. Saya meminta ampun dan maaf daripada omak supaya memaafkan segala kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang tahun 1429H.

"Jangan tinggal solat, jaga kesihatan..."

Itu pesan omak sebelum melangkah keluar dari pintu rumah. Sebenarnya dah bersiap untuk pulang ke KL around 5ptg. Tapi, tersangkut pula depan TV. Omak on channel mana entah? Ada cerita Bobby. Layan Bobby sampai habis. Menjamu makan malam bersama omak. Omak meminta saya untuk pulang selepas waktu Maghrib.

Hampir jam 7mlm, ayah pulang. Beberapa minit kemudian azan Maghrib berkumandang. Ayah mengajak ke masjid. Ada kenduri sambutan Maal Hijrah. Saya menolak, dengan alasan hendak pulang ke KL.

Solat. Baca doa awal tahun dan akhir tahun. Tunggu omak menghabiskan bacaan surah Yassin. Salam. Peluk. Cium. Melangkah ke kereta sambil berkata dalam hati meminta omak ayah mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini. Start enjin. Balik. Sampai rumah, tertidur. 5.36pg terjaga dari lena. Sakit perut. Masuk bilik termenung. Ngadap PC. Train RV. Terus menaip entry ini. =D

Saya mengucapkan
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430H
kepada semua...





Saturday, December 27, 2008

--==[[ 1 januari 2009 ]]==--




apa ek ?
nak update..
byk benda nak stori ..
tp .. mcm malas lak nak pk ayat2..
huehue .. upload gamba2 je la ek ...
cousin ai kawen!~
nak buat ayat skema lagik.. tp.. cam maleh nak karang ..
so ..esok je la update. .
ngantok sgt nih..
nak tido lak. heuue!~

*****err.. software utk movie maker ni bermasalah pulak ..
esok malam la buat ..
tak larat dah mate.
huehue!~

Tarikh Asal : 27 Disember 2008


Thursday, December 25, 2008

Don't Stop Dancing ...



Hah!~ Baru sampai ke rumah. Tak tau apa nak buat. Tadi, aTunG sms. Katanya, dia di Times Square. Masa tu baru je pukul 2 ptg kalau tak silap. Hendak pergi. Tapi, kesibukan mengatasi segalanya. Balas sms aTunG, sambung menyibukkan diri.


Hampir jam 4ptg, sms ke dia. Beritahu hendak ke tempat dia untuk berjumpa dan makan bersama. Katanya mahu ke 'carwash' mencuci kereta. Kami tetapkan untuk menunggu di lot kedai di kawan rumah dia. Maksud, siapa sampai dulu, dia tunggu.


Jam 5 petang. Keluar. Ke Kajang. Niat makan bersama dia + kembalikan kemesraan seperti biasa. Tak lama, lebih kurang sejam habiskan masa bersama dia. Seronok. 'Blebeb!~ Blebeb!~' Bunyi katak di hp. Sms daripada aTunG mengatakan dia dan yang lain berada di KTV Jln Imbi.


Hampir jam 7mlm saya memandu ke arah KL semula. Cadang mahu ke Jln Imbi menyertai mereka. Tiba2 hujan lebat ketika sampai di tol Sg. Besi. Memikirkan keadaan lalulintas di 'Starhill' membuatkan saya menagguhkan dahulu tujuan saya. Berhenti seketika di Stesen Petronas Bkt Jalil kerana keadaan jalanraya yang sangat kabur. Tidak sampai 10 minit berhenti, saya lihat semakin ramai pemandu yang memberhentikan kenderaan. Macam berkonvoi pula. Hehe!


15minit saya masih lagi di Petronas Bkt Jalil. Masih lagi menunggu keadaan cuaca reda. Tapi malangnya hujan seakan tidak mahu berhenti. Akhirnya saya membuat keputusan untuk pulang sahaja ke rumah. Perjalanan diteruskan ke arah Puchong melalui Stadium Bkt Jalil. Hujan semakin lebat. Jalanraya di hadapan stadium seolah dinaiki air. Semua pemandu memperlahankan kenderaan. Perasaan malas di hati saya berkata, alangkah baiknya kalau saya teruskan ke arah Lebuhraya Kesas tadi. Sememangnya saya malas memandu dalam kesesakan lalulintas.


Lebih kurang 8.30mlm sampai di hadapan IOI Mall. Mata melirik ke HP. Ingatan terpanggil untuk mendail nombor Buntal. "Aku di Jln Semarak, kem Futsal", jawapan darinya membuatkan saya melajukan kereta terus ke rumah. Hujan masih lagi membanjiri jalanraya membuatkan semua pemanduan menjadi sangat2 perlahan. Rasa lenguh menekan pedal minyak membuat saya berhenti seketika di tepi jalan selepas masuk ke simpang arah Puchong Perdana. Malas betul rasanya memandu dalam keadaan kesesakan begitu.


Sampai ke rumah, parking penuh pula. Satu petak kosong di blok sebelah. Naik ke atas, hp tertinggal dalam kereta. Turun semula ambil hp. Dua misscall dari ayah. Masuk ke rumah. Bergayut sekejap dengan ayah. Layan perasaan dengan 'keyboard' sekejap. Pergi ke dapur, masak air. Masukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh. Baring di dalam bilik. Layan Rubik's Cube. Bosan. On pc dan terus mengarang. =) Hujan sudah berhenti semasa saya tamat menaip entry ini =P



Wednesday, December 24, 2008

--==[[ Hero Of The Day!~ ]]==--







Tanda Meja Gathering Berbuka Puasa TC 2006


1st Gathering Torncity DALnet 2006 yang menjadikan muka2 di dalam gambar ni Ahli2 Federal Jail TC! Ahak!!~



Saya sebenarnya mahu 'copy' dan 'paste' semula semua blog2 saya yang lain ke dalam blogger ini. Tapi, baru 3 topic sahaja yang baru di 'copy - paste'. Itu pun hanya friendster blog sahaja yang sempat. Malas? Bukan sebab. Tiada masa? Bohong.


Bukanlah susah untuk buat apa yang sepatutnya dibuat. Cuma, kadangkala leka dengan perkara lain yang sememangnya melekakan. TC - RV. RV - TC. Sampai terlupa hendak melakukan apa yang lebih penting daripada itu. Kalau sehari tidak dapat 'log in', rasa gelisah yang akan bersarang.


Sanggup tidak menjamah makanan selagi tidak 'klik2' apa yang ada di dalam TC dan juga RV. Malas pula hendak mengarang. Saya 'copy - paste' sahajalah log perbualan ahli2 federal jail TC di #torncity DALnet setahun yang lalu. Hehe!~


Sila lah baca ye!~ Selepas ini nanti saya sambung semula 'copy - paste'.


***Ahak!~ Bialaa~~ Nak skema2!~ Jangan gelak!~ Jangan gelak!~


Session Start: Fri Jul 06 03:50:07 2007
Session Ident: #torncity


Tak Berjaya Lak Nak Jadikan Dialog Biasa ..
Sapa2 nak baca ..
Sila Klik Di Sini Lah Ye! Ahak!!~


Session Close: Sat Jul 07 03:28:28 2007


kalo nak komen, komen di sini okek! nGee!~









Tuesday, December 23, 2008

--==[[ Starlight!~ ]]==--









I know what u gonna say. U say it every time. And i know i wont be fine. I know that u don't care. I know there’s nothing there. U can say what u want. Do as u please. So u can think what u want about me. That wont change ur mind about what u think. If i'll ever be over u completely there will one thing that I don't know.



I've made my mistakes, caused my troubles. But i didnt get a clue, yet i know i pay. I have driven hatred into this world. To which you offered peace and safety. Yet i wanted chaos and confusion. For only a moment time. Weary n hastily i got these things. With a whirl wind of consequences.



I did not mean for things to end this way. For them to be in such an up roar. My heart pleads with you. Do not forgive me but understand i am lost in a world i myself created. Though i know they are not. I have trapped myself within. Forgive me not for the heartache. Forgive me not for the troubles i've caused. But u know i apologize.









Monday, December 22, 2008

Friday, December 19, 2008

--==[[[ gRr ]]==--


Geram dengan facebook.
Rasa macam nak delete akaun facebook.
Rasa macam nak hantar nuklear ke rumah orang yang design facebook.
Rasa macam nak hantar virus ke pc semua orang yang ada facebook akaun.
Sebab? Jangan tanya. Perhatikan sahaja gambar di atas.
Itu saja untuk hari ini.
Sekian.
Terima kasih.

Thursday, December 18, 2008

--==[[ Kah Kah Kah! ]]==--


Tadi. On DJ di MobileIRC.fm. Lama gak! 5 jam lebih. 'Standard time' lah tu. Huhu. Hati rasa macam ada bunga nak keluar! Ahak! Dah lama tak nampak id dia online malam2. Sangat2 gumbiraaa.. yiihaa!! Tak dapat nak gambarkan perasaan gumbira inih! HueHueHue!~ Tadi juga saya on live 2 buah lagu My Baby You dan Goodbye. Huhu! Sebelum ni pernah gak. On air dua2 radio. Huhu.

Hari ni satu radio sahaja. Bila mood tu datang, terus je jadi macam2. Kan? Tak pernah terfikir pun nak melalak macam tu tengah2 malam. Kira macam hadiah saje lah ye. Kepada semua pendengar MobileIRC.fm yang mendengar tadi, harap2 tiada yang mencebek atau mempersendakan saya ye! Kepada that someone, that's the special for you. You'd requested. You deserved.

Hari ini. Jam ini. Saat ini. Saya nak cuba mengarang dalam Bahasa Melayu. 2 3 hari kebelakangan ini saya selalu rasa bosan. Hari ini diganti pula dengan rasa yang sangat2 gembira. Jadi, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mengarang dalam Bahasa Melayu. Jangan ketawakan saya ye! Huhu...

Untuk Sahabat:
Sejambak ros diberi kepadamu. Terlalu kecil, tetapi ia melambangkan sesuatu yang indah. Sekuntum ros untuk ikatan persahabatan. Sekuntum ros untuk sentuhan rasa persahabatan. Sekuntum ros untuk kepercayaan yang dikongsi bersama. Sekuntum ros untuk kebaikan dan keperihatinan. Sekuntum ros untuk keselesaan yang diberikan ketika diri diselubungi rasa yang kurang menyenangkan. Sekuntum ros untuk gelak ketawa yang dilimpahi kegembiraan. Sekuntum ros untuk sebuah memori yang akan menjadi kenangan yang paling indah. Sekuntum ros untuk rasa hormat yang tinggi kepada sahabat. Sekuntum ros untuk kasih dan sayang seorang sahabat. Sekuntum ros untuk nasihat dan kata2 perangsang. Sekuntum ros untuk hari2 yang penuh cahaya persahabatan. Dan sekuntum ros yang terakhir untuk rasa bangga menjadi seorang sahabat. Dua belas kuntum ros melambangkan dirimu adalah seorang sahabat yang terbaik yang pernah dimiliki.

Untuk Yang Dikasihi:
Aku sayang dirimu sepenuh nafasku. Wargh!! Jiwang! Tanak2! Tukar bahasa! Ahak!
I love u with my every breath. With all i have left. From the deepest depths of my heart. I love u with all of my strength. With ten miles length. Every thought i think that i love you. For the length of forever, as long as we're together through good and bad weather. For always, i love you. Until the very end of days. Until God takes my breath away. Until death separates our ways. Until then, i love you. When no one is there. When you think no one cares. When love seems too rare. Remember, i love you. When everything's gone. When all has withdrawn. When hopelessness dawns. Don't forget, i love you. When you fall down. When your dreams come unwound. When hope can't be found. Be happy, i love you. When you make mistakes. When you're filled with hate. When you're old and gray. Even then, i'll love you.

Okek! Tidur! Kr0ih!~ Kr0ih!~

Wednesday, December 17, 2008

--==[[ Whats This Life For!~ ]]==--


















Kenapalah rasa bosan yang teramat agaknya ni. Apa yang anda akan lakukan jika ada rasa sangat2 bosan seperti saya? Apa yang akan anda makan jika anda rasa sangat2 bosan seperti saya? Apakah tempat yang anda fikir akan pergi sekiranya anda terasa sangat2 bosan seperti saya?



Sangat2 suka:

  • Layan RV.
  • Layan TC.
  • Menulis dan mengarang.
  • Melukis.
  • Muzik.
  • Ngadap PC sampai cramp.
  • Keluar dating.
  • Rubik's cube.



Suka (ikut mood):


  • Main masak2.
  • Men DJ kan diri.
  • Layan movie.
  • 'Mentenen' rumah.
  • Mendobi.
  • Melepak minum @ makan sambil layan astro movie di kedai mamak.


Tidak suka:


  • Makan.
  • Keluar berjalan2.
  • Tidur.
  • Menonton televisyen.
  • Cuci kereta.
  • Tempat2 yang saya fikir saya akan pergi semasa bosan:
  • Balik n9.
  • Kajang.
  • Putrajaya.
  • IOI Mall.
  • Mid Valley Megamall.
  • KLCC.
  • Karaoke.
  • Port Dickson.
  • Rumah Maklang saya di Pasoh 4.
  • Zoo.


Tempat yang saya sangat2 teringin nak pergi:


  • Tanah Suci. Mekah.
  • Kashmir.
  • India.
  • Paris.
  • London.
  • Mongolia.


Yang lain2 esok saya fikir. Haha!
Itu saja untuk kali ini.
Sekian terima kasih.
Bosan kan?
So, gambar takde kaler okek! =D





Tuesday, December 16, 2008

--==[[ What If!~ ]]==--









If all the world were but a room and i an inmate in it, i should sleep day and night and watch the fan tracing circles on the wall. If my room were all the world and i could stay inside it always, i should sit in my chair with my mind adrift and watch the leaves as they changed.



If my room and the world were one and the same, and i could live inside it, i would drift happy from morning to night, dreaming dreams of dreams and watching the light hovering like butterflies on my brain, shifting and melting and flowing into the wall.



Inside my bedroom. Break the silent. Holding back my dream. Checking the skies for rain. A constant reminder. Holding on to a shooting star. Nothing left to wish on. Left me drowning in hopes. Inside my wishing well. To ask for saving. There's nothing out there. Shatter the windows that look out on nowhere.



  • KekenyaGan
  • Letih
  • nGant0k tahap Gaban naik unta!~ aHak!
  • tid0rr.. kr0ih!~ kr0ih!~~









Monday, December 15, 2008

--==[[ Lullaby!~ ]]==--






Kenapa ek? Time kat pc dengan time kat blogger ni tak sama? Huehuehue .. Waktu original skrg 8pm. Kejap lagi tengok lah apa yang akan berlaku bila psot ini di publishkan. So ... apa yang berlaku hari ni ye? 15 Disember 2008. Umur Merrah Amani genap 1 tahun.


Happy Birthday To You!~
Happy Birthday To You!~
Happy Birthday To Merrah!~
Happy Birthday To You!~


A ball. Liverpool's Ball. Birthday present for him. Hope that he will be a fan of Liverpool! Yeay!~ And one more thing. A lorry. A BackHoe. As he deserved it to be a lovely great child of engineers!~ Hehe!~

That's all. Nothing much ... But, there's something i wld like to say ...



A baby boy are here. And for sure u always be a dear. U always be loved from head to toes. There are oohs and aahs whereever u goes. All that really matters is that u will be a lucky child. Ur mom kiss away boos boos and wipe away tears. Ur dad teach u lots of things over the years. Although u will grow up one of these days. U will give lots of memories in so many ways. Enjoy ur precious gift sent from above. And u'll always remember how much u will be loved. But then ..



When True Love stays aside of any human 's life. Loneliness takes the place prolonging nights and days. When True Love is not near, what song u use to hear? What means time and space? Which are the special days? When Love remains so far and u resemble tire, to whom u will require? Where will be ur desire? When True Love is abide, with whom u can comply? Who will respond ur call and hear u at all?



When True Love stays inside the soul enjoys it's truthfulness, will u hear a voice reply ur heart and remains rely? When True Love overflows something makes ur face glows, will love enjoys ur free soul? Will u looking at the Great Goal? When True Love states ur kingdom, will u recover the reason? Will u retrieve ur lost smile for becomes a new life? When True Love really arrives, will u be abide?



For beloved Merrah ...



Please remember and promise that u will live in Victory. Since u are seeing a Glory. Today, on ur 1st birthday, u cannot read. Or even understand any single word. But, one day, u will realized that there are the one who really care bout u... =)





--==[[ LaguKu!~ ]]==--


Read it. Hear it. :)




Assalammualaikum warahmatullah...
M0w!~ m0w!~ m0wnin!~
Apa ye ? Hari ni ? A bright nice day! Yeay!~
Dunno what to say ..
But .. There's Something i wld like to share ..
A song from Ungu .. Called : Laguku :)
I woke up early morning, n heard this song from my pc.
I think it's such a wonderful song.



Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)