Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52
Kepada Seluruh Rakyat Malaysia!~~~
Bagaimana dengan sambutan Hari Merdeka anda? Tahun ini, tarikh Hari Merdeka adalah di bulan Ramadhan. Semalam, terdengar di IKIM.Fm, Masjid Negara akan buat Tarawikh, Majlis Doa Selamat dan Qiamullalil sempena Sambutan Hari Merdeka. Alhamdulillah. Kalau tiap2 tahun begitu kan bagus?
Dulu, masa kecil2, Ayah selalu bawak kami satu famili pegi Dataran Merdeka untuk sambut Merdeka. Boleh dikatakan tiap2 tahun lah! Sebab, Ayah dulu jurugambar sambilan. Jadi, suka ambil gambar2 yang seperti itu. Agaknya lah kan. Huehue...
Paling tidak boleh lupa, pertandingan kereta berhias. Paling seronok sebab macam2 jenis rupa bentuk kenderaan dihias. Dengan lampu2, dengan tumbuhan2, berbagai2 lah. Seronok! Bunga api dibakar di atas bangunan Dayabumi apabila tepat jam 12 tengah malam. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Ah .. Sangat2 seronok!
Sekarang? Sambutan Merdeka dah lain. Kalau dulu kanak2 akan dibawa oleh ibubapa. Sekarang? Kanak2 dilepaskan keluar sendirian bersama rakan2 tanpa pengawasan yang sepatutnya daripada ibu bapa.
Aneh? 20 tahun yang lalu ianya adalah satu perkara yang sangat2 aneh. Sekarang sudah menjadi kebiasaan. Kanak2 di bawah umur berbasikal beramai2 dengan bendera Malaysia. Tahukah mereka apa erti Kemerdekaan? Merdeka kerana dapat keluar sampai awal pagi?
Merdeka kah kalau ada perkara buruk berlaku? Merdeka kah kalau kanak2 seperti itu membesar sebagai remaja yang rosak akhlak? Merdeka kah sekiranya laungan Kemerdekaan dilaungkan dengan cara yang terlalu kurang ajar? Terpekik terlolong macam orang gila. Merdeka kah sekiranya Jalur Gemilang diikat dan diheret di belakang basikal?
Meluat! Menyampah! Umur setahun jagung, berlagak seperti dewasa. Bertahan kah Kemerdekaan Negara jika kanak2 seperti ini yang bakal memimpin negara suatu hari nanti? Bertahan kah kemerdekaan sekiranya hilang rasa hormat kanak2 terhadap ibu bapa?
Sia2 lah perjuangan para mantan Perdana Menteri mempertahankan Kemerdekaan yang telah diwarisi. Apa bagusnya slogan "1 Malaysia" jika anak2 seperi ini yang mewarisi Malaysia 20 - 30 tahun akan datang? Kenapalah ibubapa mereka biarkan. Sedih. Tidak tahu apa lagi yang mahu ditaip.
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
Sesungguhnya tida ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah,
Tidak ada yang lebih menyedihkan dari
membiarkan bangsaku dihina,
Airmata tiada ertinya,
sejarah silam tiada maknanya,
sekiranya bangsa tercinta terpinggir,
dipersenda dan dilupakan,
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa
selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan
Biar bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara,
air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita,
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi keringat
dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik meniya dan menidakkan
mengangguk dan membenarkan kerana
sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
Banngsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pemngembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga,
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah? lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan kita belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai kerana
hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.
Nukilan: Tun Dr Mahathir Mohamad
Mei 1996
- Entry ni ditaip selepas sahur Hari Merdeka 2009.
- Matahari dah timbul pun skrg nih.
- VC untuk lagu ni takde di yutiub. Jadi, amek yg ni lah. Best jugak, psl autoplay. Bukak2 je page ni dah buleh dgr. Kan? =)
- Layan .. Selamat Hari Merdeka sekali lagi personally drpd BardSyah utk semua warga pembaca blog ini khasnya, utk seluruh rakyat Malaysia amnya.
- Selamat menjalani ibadah puasa utk hari hari ni. Puasa! Jangan tak puasa!!~ Hehuehue...
- Lagu ni jugak antara lagu yang dlm maksudnya utk "1 Malaysia".
- Dan .. Lagu ini sgt bermakna dlm hidup kami... =)
- Spesel 4 u ...