It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Showing posts with label Chef Bard. Show all posts
Showing posts with label Chef Bard. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

Ayam Masak Halia


Ayam masak halia. Bukan ayam tu tetiba amek halia buat masak oke! Nih nama masakan ayam halia. KohKoh!~ Masakan simple yang paling saya suka lah!~ Simple tak simple la kan. Agak leceh gak la. Ahaha! Kalo nak tau leceh ke tak leceh ... Sila la cuba ye! nGe .. Ini makanan saya pada hari Sabtu lepas.

Bahan :::

Ayam 3 ketul.
Lobak merah.
2 biji bawang merah.
5 ulas bawang putih.
Cili api tak tau byk mana. Belen2 je tuh. Jangan mara aa.. ahaha..
1 stgh inci halia.
Minyak masak. Jangan lupa beli kalo tadak! ahak!
Garam secukup rasa.
Air asam jawa.
Minyak bijan. 2 titik.

Cara2 Memasak :::




Mula2, stenbai la apa2 bahan yang perlu. Bawang putih, halia dan bawang besar semuanya dicincang halus. Bahan2 cincang sendiri oke. Guna pisau. Ikut la nak guna pisau apa jenis sekali pon. Jangan guna pisau lipat yg harga 5sen tu suda. Ahaha.. Dulu la harga 5sen. Sekarang dah jadi 20sen. Ada gak yang 30sen. Mahal dah. Isk.. nGaa... Sila klik la kat gamba tu kalo nak tengok halus ke tak halus cincang nya tuh. Ahak!~




Ini semua bahan2 yang dah siap dicincang2. Dipotong2. Dihiris2 suma bagai lah kan... Bawang besar cincang. Bawang putih cincang. Halia cincang. Bawang besar satu lagi tu hiris2 jeh. Lobak merah tu potong kecik2 aaa.. Cili api potong2 halus2. Tapi kan, kalo nak lagi menarik, lagi sedap, lagi berasa masakan ni, sila lah kisar. Blender lagi elok. Rumah saya ni tak ada blender. So, cincang2 je lah. Kalo potong2 je, tak sedap.





Ayam ni 3 ketul. Tak kisah lah part mana pun. Ikut suka. Bila ayam nya 3 ketul, maksud, bahan2 tadi tu untuk 3 ketul ayam lah! Tapi buleh la nak tambah 2 ketul. Jadi 5 ketul la maksima untuk semua bahan2 yang disediakan tadi tu. Lebih2 kena la tambah lagi bahan2. Oke? Pandai2 la gandakan bahan2 kalo nak guna seekor ayam pulak ye! Aiseh! Lari konsep! Nih .. ayam nih .. terpulang nak gaul dengan apa. Ada orang suka gaul dengan garam jeh. Ada orang suka letak kunyit. Saya suka letak kunyit.





Sebenarnya aktiviti menggoreng ayam ni tergendala selama lapan jam. Sebab lupa nak beli minyak masak masa kua gi beli ayam suma bagai nih. Huehuehue!~ Bahan2 nya dah siap time tengahari. Tapi mula memasak nya jam 9 malam. Huehueheu .. **sipu2 jap!** nGe! Pastikan minyak betul2 panas sebelum masukkan ayam tu oke!




Ini bahan2 bersama ayam yang dah siap digoreng. So .. kira mula lah aktiviti menumis lepas ni. Jaga2 cik selamah.. ahak!~ **buat muka ala2 samseng kampung dusun jap! o_O ** kOh! kOh!





Lepas dah keluarkan ayam, buangkan sedikit minyak dari dalam kuali. Masukkan saja semua bahan2 yang dah siap dicincang2. Letak garam sikit. Benda normal ni kalo time menumis. Untuk saya lah kan? Untuk orang lain tak tau lak! Hehe .. Somebody told me bout that b4!~ tQ! =D





Dah agak2 nak masak bahan2 ni, kecikkan api. Macamana nak tau dah masak ke blm? Tu pandai2 sendiri lah! Ahak!~ Saya kalo tengok bahan2 cam dah ala2 nak garing tu saya kata dah masak. Tapi, kadang2, tak tunggu masak atau garing pun. nGe!~ Erm.. rasanya .. dah naik bau tumisan tu kira dah masak la kot? Pandai2 sendiri ek!! aGagagaa... Lepas tu letak air sikit. Air asam pun dah buleh letak gak nih...





Masukkan ayam yang dah siap digoreng tadi. Air tadi untuk bagi rasa tumisan meresap ke dalam ayam. Haih!~ Lupa pula! Kalo tak suka ayam digoreng dulu pun takpa. Masukkan ayam masa ni. Tapi, kalau ayam tak digoreng dulu, kenalah letak air banyak sikit. Kena masak lama2 gak! Kalo tak nanti, ayam nye mentah. Masak lua jeh. Dalam tak masak. Dah penah kena dah ni .. Ahaha! lagi sedap kalo digoreng dulu. Time ni gak letak air asam kalo tak silap. Ke sblm letak ayam. Ntah? Lupa dah. Hehe..





Lepas tu masukkan bawang dan lobak yang dipotong2 tadi. Sebenarnya ada lagi sayur saya nak letak. Tapi, tertinggal pula kat tempat beli tadi. Tak ingat langsung! Dah on d way balik baru perasan takde. Bahan2 yang tertinggal tu lada benggala dengan sayur pokok tu. Apa tah nama dia. Kobis yang macam pokok2 tuh. Ada yang kaler hijau. Ada yang kaler putih. Masa kecik2 panggil sayur pokok, sampai ke tua pun panggil pokok gak! Ahahahahakkk!! Jangan gelak oke! Ahaha!!~ Jangan lupa tutup sekejap untuk bagi sayur2 empuk.





Time ni buka penutup, kecikkan api. Kacau2. Rasa masam masin manis ke apa semua rasa yang ada lah! Ke time ni kot letak asam? Entah? Tak kisah la letak masa bila pun. Yang penting, letak. Asam ni untuk hilangkan hanyir pada ayam tu. Kalo tanak letak air asam pun takpa. Boleh guna asam keping. Omak saya selalu guna asam keping. Hehe!~ Terpulang...




Dah siap! Gamba2 entry yang ni kureng sikit. Sebab snap guna hp. Camera ada orang guna. Hehe.. Siyes buleh leleh2 air lio kalo gamba ni terang cam gamba masak kacang buncis ituari. Ahahaa!~ Siap dengan asap2 nya.. Peeh .. Terasa lapa lak tetiba.. Isk..





Minuman macam biasalah kan? Air teh O panas. Sapa2 tak tahan pedas, stenbai la air sejuk. Huehue. Sebab, rasa pedas masakan akan jadi sangat2 terasa kalo ada halia. Sebab? Akan rasa macam berangin dalam mulut. Ni saya tau masa tengok Rasa Ayamas kat tv3 ituari. Hehe..





Yiiihaaa!~ Dah siap masuk dalam pinggan nasi! Sedap gile nih! gRrr..


So, that's it! Ini rezeki saya pada hari Sabtu. Yang tak best nye, siap bahan2 nya awal, masaknya malam. Makan pun lewat. Isk!~ Barang2 dibeli around 10 ke 11 pagi entah. Bahan2 dah siap sebelum Zohor kot? Pasal siap je potong2, cincang2 suma2 tu, saya duduk tengok tv, tetiba azan Zohor dah. Hekhek!~ Lepas tu, nak mula masak, tengok minyak takde lak. Haha!~ Overall, jangka waktu untuk memasak ayam halia ni adalah selama lapan jam. Koh! kOh!

Itu saja lah.. Sila cuba kalo nak rasa. Kalo taknak cuba, datanglah rumah bawak bahan2. Ahaha!~
Sekian. Terima kasih. =D


Tuesday, July 14, 2009

--==[[ Kacang Buncis Goreng!~ ]]==--

Kacang buncis ni saya masak pada hari Ahad ituari. Yang ni agak aneh sikit lah! Sebabnya, minyak masak dah habis. Jadi, saya guna marjerin Daisy untuk gantikan minyak. Malas nak pergi ke kedai. Penah buat macam ni tak? Kalau tak pernah, cubalah! nGe!~


Bahan2 :::

226g kacang buncis. Sorang2 je, sikit pun cukup. Hehek!~
3 ulas bawang putih.
1 biji bawang besar yang sederhana.
Sejemput ikan bilis.
20 tangkai cili api.
Garam secukup rasa.
5 sudu marjerin Daisy.


Gamba ni saja je amek.
Nak kasik bukti kacang nye sikit jeh. Ahak!~
Tuh nama pasaraya yang dulunya nama FNG.
Sekarang nama CS Brothers Sdn. Bhd.



Kacang buncis yang dah disimpan 2 hari. Ekekeke!~

5 sudu marjerin Daisy dah masuk dalam kuali.


Kuatkan api. Bagi marjerin cair cepat.


Bila dah cukup panas, masukkan ikan bilis.
Ada orang suka guna udang kering.
Terpulang nak guna apa saja pun, janji ada bahan. Ahak!~



Ini semua bahan2 yang akan digunakan.
Bawang putih saya hiris2 jeh.
Bawang besar yang tak berapa nak besar ni saya cincang2 sikit.
Ikan bilis yang dah siap digoreng tadi.
Cili api potong2.
Kacang buncis yang dipotong2 guna gunting. Ahahahak!~



nGa! Itu kepala Junior.
Tiba2 je ada.
Cita2 dia nak kidnap ikan bilis. Huehuehue...



Tumiskan dulu semua bahan2 yang ada.
Letakkan garam secukup rasa.
Kalau tak silap, ada letak minyak bijan sikit.
Kasik lagi sedap.



Bila dah siap tumis, masukkan kacang.
Siap asap2 tuh..
Jangan tak caya... Agagaga...
Ada bau tak? Hekhek!~



Kacau2. Lepas tu tutup.
Untuk bagi cepat sikit kacang tu empuk.



Bukak penutup, lepas tu letak air sikit.
Terpulang nak letak air banyak mana.
Kalau suka berkuah, letak lah banyak sikit.
Saya suka kering2. Macam Omak masak. Hek hek!~


Kacau2. Gaul2.
Bila rasa macam dah masak, padamkan api.
Angkat ke dalam bekas.



Dah siap! Nampak macam sedap tak?
Kacang buncis yang digoreng menggunakan marjerin. Huehuehue...



Ini menu saya pada hari Ahad yang lalu. Side menu tadak.
Makan nasik putih dengan kacang buncis goreng jeh...
Minuman, satu gelas air putih ngan satu gelas teh O suam.



So.. macamana? Nampak sedap tak? Kalau nampak cam best, cuba la masak. Tapi, jangan guna minyak! Cuba tukar, gunakan marjerin pulak. Air minum tu nampak je dua gelas. Tapi, setengah gelas air teh O je yang berjaya diminum. Sebab? Perut penuh. Dua kali tambah. Ada belen tak sampai setengah mangkuk je kacang yang tinggal untuk makan malam. Makan malam saya pulak around tengah malam. Sebab tersangatlah bizinya pada hari tersebut. Uhuk!~

Oke? Sesuai? Sekian. Terima kasih. Huehuehue ...

Monday, July 13, 2009

--==[[ Sambal Sardin!~ ]]==--


Saya sangat suka sardin. Sardin sangat suka saya. Huehuehue. Tak tau macamana nak mulakan ayat. Sambal sardin ni untuk makan tengahari Jumaat lepas. Barang2 suma beli kat FNG. Dulu la nama pasaraya FNG. Sekarang dah tuka nama. Apa tah nama baru dia. Tak penah ambik tau pon. nGe! Yang penting, tempatnya sama. Hekhek!! Harga semua barang2 untuk menu + kacang buncis + sebuku roti gardenia hanya RM8.85 sahaja.

Baeklahhh .. stret tu de poin... Haw tu kuk sambal sadin bai saye. AhaKk!~


Bahan2 :::

  • Sardin setin. Saya beli satu tin besar. Sebab dah lama tak makan sardin..kikikiki~~
  • Bawang besar 2 labu.
  • Bawang kecik tadek.
  • Bawang putih 3 ulas. Hiris2.
  • Cili boh. Terpulang la nak letak banyak mana.
  • Asam jawa. Setengah sudu.
  • Gula. Secukup rasa.
  • Garam. Secukup rasa.
  • Minyak masak.


Cara2 Memasak :::

Mula2, kopek bawang, hiris2. Pastu, perkara paling wajib kalo nak masak sardin, wajib bukak tin sardin kalo tak takleh nak masak. Huehue... Amek asam jawa, cairkan. Bukak bungkusan cili boh. Pastu lagi, asingkan sardin daripada sos dia. Gaulkan dengan kunyit + garam sikit. Jangan lupa panaskan minyak.

Goreng sardin. Tang menggoreng nih, terpulang la nak kasik garing ke atau tidak. Lagi sedap kalo garing. Belah2 la tengah2 sardin tu kalo nak bagi lebih garing, lebih masak.


Ini ialah bawang yang belum dihiris. Ehek!~ 2 bawang besar ngan 3 bawang putih. Kalo suka banyak2, kopek la banyak. Tapi kan, rasanya, kalo letak bawang putih lagi banyak pon buleh jadi lebih sedap jugak kot? Itu kalo sadin tin kecik la kan... Kalo sadin tin beso, letak la banyak2. Pandai2 la agak2. Ikut selera.


Ini ialah bawang2 yang telah dikopek tadi. 1 je bawang besar yang dicincang, sebab nak guna untuk menumis. Satu lagi untuk ending.


Ini sardin yang dah siap digoreng. Sangat2 komproh lak. Wat malu jeh. Miakaka!~ Sardin ni macam silap beli. Pasal buleh hancur pulak. Uhuhuhu!~ Tapi takpelah... Lepas ni jangan beli jenama yang tak besh ini. Huehue... Jenama ape ntah. lupa lak. Maap. Beli cap ayam je kalo nak masak sardin. Maksud saya, Ayam Brand. Yang tu sedap. EheKk!~


Tumiskan bawang2. Letak garam sikit. Tang goreng ni takyah lama2 sangat. Agak2 macam naik bau aroma dia, kecikkan api sikit. Sebab nak masukkan cili boh lepas nih.


Ini cili boh cap Puteri. Cili boh yang ni memang dah siap ada garam. Maybe lain2 bahan campuran untuk menumis jugak kot? Saya suka beli yang ni sebab tak kering bila digoreng. Lagi satu, cili boh brand yang ni bau cili dia pekat. Ada satu jenis tu apa nama ntah? Cili boh dia kaler oren. Pastu kering pulak bila dah masuk dalam kuali.


Air asam jawa ni cam pekat lak ek? Huehuehue. Kat atas tu saya kata setengah sudu kan? Tapi, yang ni saya amek guna tangan jeh. Ade la dalam 2 cobet gitu .. ahak!~ Agak2 la nak guna banyak mana. Kalo suka masam, letak la banyak. Saya pun tak tau camana nak sukat asam jawa nih.. Jangan mara aaa.. Ahahahakk!~


Yang ni bawang yang lagi satu. Hiris2 jeh. Sebab nak guna cam hiasan jeh.. nGahaha!~ Bawang ni masukkan lepas tumis cili boh. Gamba takde lak. Lupa nak snap. Lepas tumis bawang2 tadi, masukkan cili boh. Dah agak2 masak cili boh tu, masukkan bawang yang di hiris nih. Cili boh tu kalo nak bagi cam cepat masak, letak air sikit. Yang ni saya punya teori. Koh! Koh! Kalo tak betul jangan tiru.. Paling elok kalo guna minyak yang banyak sikit masa tumis. Agak2 la jugak ikot banyak mana cili yang digunakan. Kalo tak kang, tak masak cili nye, saket perot lak! Paling teruk, buat bersin jeh. Kikikiki!~ Tapi kan, penah jugak orang gitau, kalo orang bersin masa masak, maknenye orang yang masak tu garang. Benarkah? nGa!~


Gamba ni, sardin dah masuk sekali. Lepas masukkan bawang yang dah dihiris tadi lah kan... Saya masukkan bawang ni lepas tumis cili boh. Lepas tu masukan air asam jawa tadi. Pastu, letak la air sikit. Pastu kecikkan api, biarkan sampai betul2 masak. Jangan lupa rasa garam. Haa.. lupa lak! Letak gula sikit. Pandai2 la rasa. Ada orang suka masin. Ada orang suka manis. Saya suka masin yang ada rasa manis + pedas yang teramat. Well... saya kan orang n9. Tak best kalo tak pedas. nGe!~


Ini menu saya pada tengahari jumaat ituari. Sambal sardin + telur dadar + air limau nipis. Huehuehue!~ Dua kali tambah nasik. Kenyang bangat! Last makan lauk sardin bila entah. Tahun lepas kot? Ahak!~~


Cara2 nak masak telur dadar ni tak sempat nak snap lak. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, potong2 la bawang sikit ngan cili api ikot suka banyak mana nak letak. Pastu garam sikit. Kaco2, pastu lebur kan aje dalam kuali. Kalo tak pandai masak telo dada tu kira tipu la tu kan.. AhaKk!~


Ini sambal sardin yang dah siap dihidang. Tunggu masa nak kena nGap sahaje. Leleh2 liur jap. gRrr .. nGa! Lupa lak! Kalo nak bagi ada rasa cam sardin, letak la sikit sos yang dalam tin sardin tu. Saya ikut selera. Kalo rasa nak letak, saya letak. Tapi selalu nya buang je sos tu. Huehuehue...


Ini air limau nipis. Air ni saya buat dulu sebelum mula memasak. Saya guna 3 biji limau nipis. Gula berapa sudu entah. Limau ni tersangat la masamnya. Mula2 letak 5 sudu gula, tapi masih masam lak! Sudah nya saya tuangkan saja belen gula yang ada sampai habis. Arrrr.. time tu gula memang dah nak abeh sebenarnya.. Huehuehue...


Oke!!~ Siap dah menu sambal sardin nih. Siap ada side menu lagi ... agagagaga .. Masa yang diambil lebih dari 1 jam. Koh! Koh!~ Overall .. sambal sardin nya oke. Cuma cam ada rasa ikan lak. Isk! Lenkali jangan beli brand yang ni lagi. Pastu, air limau nya cam ade rasa pahit2 lak. Sebab terendam lama lak ngan kulit2 nya. Huehuehue... Dan yang paling sangat tidak best nya, satu rumah bau sardin sampai semalam. nGahahahahaha!~

Percaya atau tidak? Harga menu ini selepas ditolak harga roti gardenia + kacang buncis yang dibeli sama hanya RM5.15 sen sahaja. Siap ada belen lagi untuk makan malam. Maksudnya, kalo makan menu yang sama di kedai untuk makan tengahari dan makan malam, harga nya dah jadi RM10. 30 sehari. Kalo campo harga untuk 2nd round dah jadi RM15.45. Uhuk!!~ Untung betul owner restoren kan? Ciss!!~

Saturday, July 11, 2009

--==[[ Ayam Masak Kicap!~ ]]==--


Wokeh! Ni menu pertama. Ayam masak kicap. Very2 the simple one. Hidangan untuk 2 orang.


Bahan2 :::

3 ketul dada ayam = RM4.35
2 ketul bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
30 cili api

Kicap agak2 la nak letak banyak mana pun
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak bijan sikit


Cara2 Memasak :::

  • Cuci ayam, salut ngan kunyit + garam
  • Kopek bawang, hiris2.
  • Halia, hiris.
  • Cili api potong2.
  • Stenby la bahan2 lain gak, garam, gula, kicap, minyak bijan tuh suma2.



Panaskan minyak. Terpulang la nak panaskan minyak sebelum stenbai kan ayam ke, selepas stenbai kan ayam ke... Yang penting minyak cukup panas masa nak masukkan ayam ke dalam kuali.


Mula2 gaul ayam + kunyit + garam. Pandai2 la jaga. Takyah garing2 sangat. Kalo tak nanti kang ayam keras bila dah masuk kicap.


Dah siap goreng tu angkat la kan. Arr.... Seketul ayam tu cam ala2 nak hangus sket. Sebab terleka layan tv jap. nGa...


Lepas dah angkat ayam, tumiskan bawang2 ngan segala2 yang nak ditumis. Guna minyak yang goreng ayam tadi jek. Senang, jimat, takyah leceh2. Letak garam sikit nak bagi naik bau tumisan.


Pastu letak kicap. Gumah ni kicap pekat je ade. So... letak sikit jeh kalo nak letak kicap pekat jeh. Agak2 la. Kalo nak cam berkuah, letak la byk. Kalo nak kering2, cam ala2 ada rasa kicap jeh, letak la sikit. 2 atau 3 sudu kicap pekat kira oke dah. Lepas tu tambah air sikit. Nak bagi kicap tu cair. Tambah gula sikit, sebab kicap pekat selalu nya rasa pahit sikit. Pandai2 la secukup rasa.


Masukkan bawang besar yang dihiris2. Kalo hantu bawang, letak la 2, 3 labu bawang. Kalo elergik bawang, satu pon dah cukup. Ahak!!!~


Dah agak2 masak bawang tadi, masukkan ayam. Pastu, rasa la masam, pahit, manis, masin. Tambah2 la apa yang rasa2 tak cukup tu kan. Kalo nak tambah pedas, buleh letak lada hitam sikit.


nGa!~ Gamba time angkat dari kuali tak sempat nak snap. Tetiba je ayam dah masuk lam pinggan yang ada nasik. Tu maksudnya tengah kebuluran. Tak sabar nak makan. Kikiki~


Sedia dimakan bersama sapa2 yang anda suka. nGe!~ Alas meja bunga2 kaler ping. Weewitt!~ Jangan mara aaa.. ahak!~


Wokeh2. Nih la dia Ayam masak kicap. Cara memasak tu agak2 komproh sket. Pasal nak cepat. Bahan2 pun bedal je apa2 yang ada. Kalo tak silap, ada tambah kiub ayam jugak nih. Gamba2 cam blur2 sikit pasal amek guna hp. Pastu2, etceli nye, ni xtvt memasak bersama mem. Mem punya masa kejap jeh. Setangah jam kurang lebih dah siap. Kalo saya punya cara, paling awal 1 jam kot! aGaGaGa~ Tengkiu mem!~ Huehuehue... Jemput2 makan semua... Jangan malu2.. agaga~

Friday, July 10, 2009

--==[[ Chef Bard!~ ]]==--

nGa!~

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Salam sejahtera...
Selamat pagi...
Selamat petang...
Selamat malam...


Blog ni utk saya share xtvt memasak saya. Saya bukanlah seorang yang suka memasak, tapi, sekali sekala memasak tu nak gak la share2 kan? Ehek! Tapi, depen la kan. Ada resepi yang ada gamba2. Ada resepi yang takde gamba. Kalo nak try, sile2... Jangan malu2.


Well... masa yg sesuai utk memasak tu kadang2 tak menentu. Masa yang diambil untuk memasak sesuatu menu pon kadang2 lagi la tak menentu gak! Ada yang ambik masa kurang dari setengah jam, dah siap masak. Ada juga yang sampai 3 jam baru siap. Saya la orangnya tu. Huehuehue...


Apa yang ingin saya sharekan di sini? Erm... Maybe harga barang2 masakan. Maybe cara2 penyedian. Maybe cara2 memasak. nGa! Maybe apa2 sahajalah yang berkaitan dan sewaktu dengannya... Kan?


Sedap tak sedap tu lakang kira... Yang penting... Memasak cara saya... Makan cara saya... Pilihan menu pun cara saya gak! Gendang gendut tali kecapi, kenyang perot suka hati. AhaKk!~


Kalo nak try, sile2... Jangan malu2... Jangan segan2... Kalo ada yang terkurang, terlebih, sila lah komen2 gak!~ Almaklum lah kan... Sebulan 2, 3 kali je memasak...Huehuehue... Kalo takde yang sudi2 nak cuba try test pun takpe gak la kan? Janji sok lusa saya buleh rujuk2 balik di blog ni..Yihaaa~


Dah... Tu jeh intro... Kang meleweh2 lak... nGe!


Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)