It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Showing posts with label March. Show all posts
Showing posts with label March. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

--==[[ Leavin' On A Jet Plane!~ ]]==--

--==[[ I Do Really Like This Sign Board ]]==--



Hmm... Dunno what to say.
But i would like to say something here.
Last week, Friday, went to KLIA.
Nothing important to do.
Just, there's no place to go .. hehe!
So, here some picture.
Not really nice.
Kira ok la tu kan? Hak hak!!



--==[[ Is It Cookie Monster ? ]]==--











Friday, April 08, 2011

Happiness




Everyone's life is a picture, painted by only one person. Life itself. The picture shows everything we're doing. Everything that have done. But sometimes, life gets tired. Doesn't want to paint a picture. So, Life send problems to stop it. If give up, picture is finished. If keep going, so does the picture.


The question is: How soon do you want to see your picture? Do you want to see it now? When it could be so much more? Or later, when there's so much more than before? It's a choice, will keep going.




Hide behind a mask. Can't see face. Looking at first glance in a happy place. The truth is, that's a lie. Can't really tell that in the back of my mind. What's the point of living? What's the point of being happy if in the end we're going to cry.


But this is something no one sees. This is something no one knows n yet deep inside of me this feeling of hatred grows. So even though this mask reveals a happy side of me, i'll use the mask as a shield to look at what others can never see. =)




Sunday, March 27, 2011

--==[[ Mr. Lonely!~ ]]==--

--==[[ Merrah Amanie at Fiza's Wedding, Taman Tasik Titiwangsa ]]==--



Apa ni? Tiba2 rasa tak best...

Apa ni? Tiba2 rasa berdebar2...

Apa ni? Tiba2 rasa sayu...

Apa ni? Tiba2 rasa sedih...

Apa ni? Tiba2 rasa kurang senang...

Apa ni? Tiba2 rasa nak keluar jalan2...

Apa ni? Tiba2 rasa nak melaung kuat2...

Apa ni? Tiba2 rasa nak bawak diri jauh2...

Apa ni? Tiba2 rasa nak makan banyak2 sampai termuntah...

Apa ni? Tiba2 rasa nak pergi berenang2 di Putrajaya...

Apa ni? Tiba2 rasa nak melepak di karoke sampai pagi esok...

Apa ni? Tiba2 rasa nak layan piano sampai puas...

Apa ni? Tiba2 rasa nak minum ribena banyak2... Haha!

Apa ni? Tiba2 rasa nak balik kampung tanam nenas...Buleh?

Apa ni? Tiba2 rasa nak bawak kereta laju2 tanpa arah... Walah!

Apa ni? Tiba2 rasa nak Huwaaa!!!

Apa ni???

Apa ni???

Apa ni???

Apa ni???

Apa ni??? Tiba2 rasa dah lama tak baca Yassin...

Astaghfirullah...

Tolong! Tolong! Tolong!

Rasa tak keruan ni!!!!

Tolong!!!!!!!

Tiba2 rasa LONELY... Hue... Hue... Hue... =P~







Thursday, March 24, 2011

You Raise Me Up ...

16.31 :
Ringtone You'll be in my heart nyanyian Phill Collins beebunyi di hp atas katil...


"Hello... Assalammualaikum... Ayah..."
"Ha.. Ado mano tu?"
"Kek gumah ni.. "
"Ayah nak tanyo ni..."
"Tanyo apo tu Yah?"
"Takdo.. Ayah mimpi bondo tak elok malam tadi..."
"Apo lak tu Ayah?"
"Ayah nak tanyo ni... Sakit macam dulu lagi ko?"
"Arr.. Konapo lak Ayah tanyo macam tu?"
"Takdo la... 2 3 kali balik kampung... Ayah tengok lain macam yo... Ubek bolambak2 dalam beg tu Ayah nampak... Tido yo.. Tak corio macam solalu pun"
"Apo lak yang lain eh tu Yah... Bilo lak Ayah tengok beg lak... Hehehe... "
"Kok sakit lagi macam dulu.. bagitau lah Omak Ayah... Jangan la simpan... Apo2 sok kok susah... Sorang2 tu..."
"Erm.. Takdo la Yah.. Ok yo nih..."
"Ok.. Ok.. Omak pun nanyo yo tu.. Sampai domam2 Omak risau.. Umo dah 30.. Ayah ngan Omak makin tuo. Carik la toman dogheh. Ado orang jago makan pakai. Kok sakit ko.. Apo ko.. Ado orang samo2..."
"........."
"Hello... Apo diam yo? Sakit ko tak? Jawab la Ayah tanyo ni..."
"Erm.. Takdo apo2 la Yah.. Ok yo ni..."
"Hmm.. Kalau macam tu takpo lah.. Jago diri elok2.. Ajak2 la kawan datang ghumah tu.. Nomankan.."
"InsyaAllah Ayah... Hehehehe..."
"Yo lah... Kalau tak sihat balik la kampung... Ayah ngan Omak risau..."
"Iyo Ayah..."
"Ayah takdo apo2 nak cakap lagi dah... Makan jangan tingga tu..."
"Iyo Ayah... Tak..."
"Ok lah... Ayah nak poie Gomeh ni..."
"Yo lah Ayah.. Assalammualaikum..."
"Waalaikummussalam..."

Tutt... Tutt... Tutt... :( :( :(


Panggilan dari Ayah petang tadi.
Terus mood merudum.
Isk.
Terus rasa badan seram sejuk.
Ish...
:(
Speechless...

************************************************

Yang sebenarnya saya tidak tahu apa topik utama perbualan antara saya dan Ayah saya petang tadi. Macam tentang rasa risau Omak Ayah terhadap kesihatan diri saya. Macam juga tentang rasa risau Omak Ayah terhadap status bujang terlajak saya ini. Entah lah. Macam2 juga yang saya rasakan buat masa sekarang.

Gembira.

Sedih.

Kelakar.

Sayu.

Terpinga2.

Blur.


Dah tak ada idea nak taip apa. Tadi macam nak bercerita sikit2. Tapi dah hilang pula. Mana pergi entah idea yang tak berapa nak idea tadi. Esok la pulak sambung. Hendak tidur sekejap. Azan Isyak dah. Rehat2 baring2 jap.

Assalammualaikum Warahmatullah ....
Salam Sayang...




Monday, April 05, 2010

--==[[ Yesterday ... ]]==--


Yesterday, all my troubles seemed so far away
Now it looks as though they're here to stay
Oh, I believe in yesterday

Suddenly, I'm not half the man I used to be
There's a shadow hanging over me.
Oh, I yesterday came suddenly

Why she had to go I don't know she wouldn't say
I said something wrong, now I long for yesterday

Yesterday, love was such an easy game to play
Now I need a place to hide away
Oh, I believe in yesterday

Why she had to go I don't know she wouldn't say
I said something wrong, now I long for yesterday

Yesterday, love was such an easy game to play
Now I need a place to hide away
Oh, I believe in yesterday
Mm mm mm mm mm mm mm






Tuesday, March 02, 2010

'Till I Collapse

Picture taken at Hospital Ampang.

Hmm ..

Waktu sekarang ni dah masuk hari kedua Mac 2010. Lembaran baru. Bulan baru. Tahun ini. Agak lewat sangat. 2.58am. Mata sangat2 mengantuk. Tapi tidak mahu pula baring dan lena. Tadi, dalam kereta tersengguk2.

Tadi, berhenti di 7 Eleven. Niat mahu beli sebotol air mineral. Tapi, terlalu mahal pula harganya. Tidak berbaloi. Kalau beli sekotak yang boleh tahan sampai sebulan baru RM8 lebih. Adakah patut sebotol RM2.80? Gila. Balik rumah masak air lah lagi baik.

Air paip di Putra Perdana ni kadang2 karat. Masak air, esok pagi tengok berkeladak termendap. Nak minum pun segan. Bulan ni terlupa pula hendak beli mineral sekotak. Itu hari mahu beli, tapi, malas pula nak angkat. Huhu...

Agak lama juga tidak mengarang. Entahlah. Saya hanya akan mengarang kiranya ada perkara yang sangat2 baik atau sangat2 buruk sahaja. Lain2 hal kira remeh temeh lah. Buang masa buang karan sahaja kalo dikarang.

Bodoh.
Bangang.
Hilang akal.
Sial.
Cilaka.

Hmm .. Kenapa ya? Makin lama makin macam palat pula perangai. Macam2 hal. Kenapa lah tidak wujud rasa saling hormat antara sahabat? Semakin lama semakin hilang rasa hormat yang satu ketika dulu pernah wujud. Kalau boleh, mahu sahaja disepak terajang. Mahu tahu sangat kan? Orang bangang sahaja yang akan bertanya semula.

Tapi, apakan daya kan? Bukan kuasa saya untuk mengadili apa yang berlaku. Kalau saya punya kuasa untuk itu, akan saya hancurkan segalanya. Pernah juga terfikir untuk membuat sesuatu yang di luar batasan akal. Mujur rasa hormat itu masih wujud. Bukan semestinya kita tunjukkan apa yg kita rasa sepanjang masa setiap waktu. Katanya lah. =)

Marah.
Pendam.
Benci.
Dendam.

Saya bukanlah seorang pendendam. Saya bukan juga seorang yang suka membenci. Mujur juga ada sahabat lain yang masih prihatin. Masih ingin mengambil tahu apa yang berlaku. Masih sudi berfikir dari mana wujudnya kepincangan. Malangnya tiada siapa yang mahu bersuara. Tiada siapa yang mahu beritahu apa silapnya.

Setiap apa yang berlaku semuanya bersebab. Positif atau negatif. Pernah jugalah saya menyatakan hasrat untuk meludah ke muka nya. Tapi, bila difikirkan, apa gunanya? Apa yang akan dapat? Musuh? Atau kembalinya seorang sahabat? Akal kata "biarkan sajalah". Hati kata, "kalau aku jumpa engkau, aku ludah muka engkau". Boleh?

Geli.
Jijik.
Khakk!!
Ptuih!!

Doa dan harapan saya, berubah lah. Umur dah makin besar angkanya. Sampai bila? Kalau dimarah, kata tak sayang. Nak ditempeleng, anak orang. Nak dibelasah, boleh melawan. Nak diberitahu, dah besar panjang. Nak dinasihat, dah tua bangka. Nak disuruh fikir, tiada masa pula. Kita berada di dalam kelompok yang sama. Sudah2 lah tu jadi bangang. =)


  • Arr.. Ni karangan takde kaitan dengan sahabat2 yang bersama saya tadi.
  • Nak tidur dah.
  • Sesungguhnya kita sangat rindukan kamu. =P
  • Bila nak gi kursus lagi ni eh?
  • Tak sabar ni tunggu kursus nih....
  • Agagagaga...
  • Selamat malam. =)











Tuesday, March 24, 2009

--==[[ Tahniah!~ ]]==--




Waktu ini. Jam ini. Saat ini. Saya sedang 'on air' di MobileircFM. Ber YM dengan GG, Diya dan Hotun. Dengan topik2 yang berlainan. Ahak!~ Sedang menyekodeng blog2 rakan2. Saya juga nak mengucapkan selamat datang kepada GG dan Nadia ke dunia blogger. Selamat datang juga kepada Incik Nazri a.k.a Mr BeLL a.k.a Cupin ke blog saya. Untuk pengetahuan semua, banyak2 blog sahabat2 yang pernah saya baca, blog Incik Nazri lah yang paling bagus. Malangnye, Incik Nazri ni kedekut pula. Tidak mahu link kan blog dia ke sini. Sila link kan blog anda ye Incik Nazri! Saya sudah tidak aktif dengan blog fs. Ahak!~


Tidak tahu pula apa yang mahu di karangkan di sini. Kekeringan idea pula. Apa ya? Khairunisa Nadia, adik sepupu saya yang paling manja. Anak sulung, tapi manja sangat. Anak sulung kepada Makteh dan Pakteh adik ayah. Baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 14 februari 2009. Semalam, dapat satu berita yang sangat menggembirakan. Orang baru akan datang! Yeay!~

Di sini, saya mengucapkan Tahniah!~ Semoga akan lahirlah seorang bintang yang di sayangi. Ehek!~ Sebenarnya saya ketandusan idea mahu mengarang. Yang penting, Ucapan Tahniah itu yang mahu disampaikan. Hehehe!~ Azan maghrib sudah berkumandang. Saya minta diri. Assalammualaikum Warahmatullah...

Salam Sayang!~
--==[[ PrOpErTy Of BadTz ]]==--



Sunday, March 22, 2009

--==[[ Pathetique!~]]==--

If i could turn back the hands of time.. i wish that we'll never known each other...hmm .. apa ye? ahak! Rasa macam nak taip gitu je sampai habis. Tiba2 rasa tidak tahu bagaimana hendak susun ayat pula. Kalau taip London sampai habis nanti khuatir tidak sampai pula maksud ayatnya. Ahak! Lama betul tidak update. Baca2 semula semua entry, semua ayat2 skema2 belaka. HueHue!~ Untuk entry yang ni rasa macam malas hendak susun ayat2 skema. Tapi, setakat ini sahaja sudah ada unsur2 skema juga. Uhuk!~ Ahaaaaaaaaa!!~~ Apa kata saya menaip dalam loghat Negeri Sembilan pula. Faham2 sendiri lah ya! Kalau payah sangat nak faham, sila cari kamus dwibahasa Bahasa Melayu-Longhat Minang. Itu pun kalau ada wujud la kan.. ahak!~

Baiklah!
Warning! Kalau nak baca sampai habis. Sila tarik nafas dalam2 oke! Kalau tak faham ayat2 nya nanti, abaikan aje lah. Takyah baca pun takpe. Lagi bagus! Ahak!

Sobona eh, tadi laie dah den pikir ayat2 omputeh nang nak kanghang. Tapi, bilo mulo yo naip, tobantut lak ayat eh. Apokobondo eh tah gek'eh. Tadi nengok2 gamba2 lamo dalam pc ni. Tojumpo lak gamba2 jaman den baghu bojinak2 dgn torncity dulu. Lamo dah. 2006 kot? Kalo tak silap la kan. Pojam colik, dah hampir tigo taun dah kona ngan sado2 nih. Apo nang den nak naip mulo2 tadi, sobona eh, nak kato kalo la buleh pusing balik ko 2 3 tahun lopeh, kalo buleh la kan, den tanak do kona2 ngan sado2 nih. Sobab? Ontah. Sobab, tiap kali den molepak2 ngan nang lain2, tiap kali tu lah den toingat. Bukan apo la kan. Takdo la salah apo2 pun dio ngan den. Cumo, bilo nampak yo dio, tibo2 den jadi angin satu badan.

Kocik ati? Takdo. Tapi, den dondam dio. Tak elok dondam2 kan? Tak ponah gak la den dondam manusio2 keliling den. Ado kot? Ontah? Cumo, jangan la buek den bonci ngan ekau. Sokali ekau ludah, jangan pikir la ekau nak jilat balik. Pantang tu. Somalam, dio takdo. Den sonang ati lak. Takdo lak maghah2. Takdo lak lintang pukang main badminton semalam. Elok yo. Takdo gak la ghaso2 cam nak balik yo cam duo minggu lopeh. Bukan la dondam apo pon. Sokali den kato jangan, tolong la jangan. Sokali den tanyo boto2 tu, tolong la boghi jawapan nang pueh ati. Jangan la nak pusing2 kato taktau2. Ayo nak kono lompang yo la sok tu. Sobaek la den pikir kawan2 lain. Kalo tak, maun yo den sopak gek'eh. Sobaek la ekau pandai nak elak bilo kalo tangan den dah naik. Kalo tak, tak tau la apo jadi gek'eh. Congkam deyan tu ekau simpan yo la solaie ado kosan eh.

Duo minggu lopeh. Salam, salam gak Sonyum, sonyum gak. Tapi, dalam ati, den tau ekau pugho2. Lakon yo. Pok den pon, tak mampu den nak nahan maghah den doh. Daghipado den buek bondo tak boto, baekla den tingga'an yo majlis. Kang, den naik antu, takdo sapo lak nak tolong doh. Atan? Shean dio. Silap2, dio yang kono lompang. Sebbaek la dio ikot yo bilo den kato jom balik. Janang takdo lak maso tuh. Kalo ikot'an, maso kojadian sobolom tuh, muko den songeh2, sonyum2 yo maso tanyo2 tu. Golak2. Gughau2. Dalam maso samo, den ado gak la ghaso cam nak golak tobahak2 bilo nengok muko ekau kulat2 nak jawab soklan2 copu den tu. Yang lolain memang dah bantai golak golek gampang gak la kan. Den yo kontrol sikit2. Kalo den golak2 gak, tak abih lak kua soklan2 den kek ko pulak kan. Kahkah!

Den sobona eh dah lupo dah pasal bondo nih. Somalam lak sado2 ni tibo2 bukak lak balik. Tu yang den ghaso cam nak naip yo dalam ni. Tigo ko ompek minggu lopeh punyu cito ontah. Lupo dah den. Pueh ati? Ado gak la sikit2 yang tak pueh sobab ekau tak jawab jujo. Den nyampah tul la oghang2 tak jujo nih. Pantang tul den. Bukan la den ni baek bona la kan. Tapi, cubo la jawab dongan ati yang jujo ikleh. Jangan la nipu dighi sondighi. Sepo susah? Ekau gak kan? Den? Dah lamo dah den susah. Solaie den simpan, solaie tu la den susah. Ekau apo tau? Ceh! Sokali ilang pocayo den, payah la nak balik'an somulo. Sokali den dondam, ontah bilo la nak ilang pulak dondam den kek ekau. Den ponah kato kan? Jangan sampai den dondam ekau sampai mati.

Mungkin la solamo ni ekau buek, oghang diam yo. Bia yo ekau camtu. Ngan den, tidak la. Den ponah kato pon kan? Ekau buek. Den baleh. Jangan pikir la ekau buleh lopeh. Solaie bocacak koghieh ngan lombing, solaie ekau tak kato maap, solaie tu den dondam. Solaie tu ekau takkan lopeh. Ekau main ngan bolang. Den baleh ngan bolang. Ekau main ngan koghieh, den baleh ngan koghieh. Ekau pon tau kan? Sokali ekau jojak kaki kek tanah den, jangan arap ekau buleh lupo paneh eh tapak kaki ekau monapak. Ekau laghi la mano pon, satu aghi sok ekau jojak gak kek tanah situ. Ingat? Den dondam ekau sampai mati. Nang ponteng, caba den ekau sambot. Caba ekau den sambut.

Mano pon ekau poie, mano pon ekau napak, den doakan nang tobaek yo pok ekau. InsyaAllah. Elok langkah ekau, elok la poie eh. Songsang langkah ekau, songsang la poie eh. Bughuk lagak ekau, bunghuk la jadi eh. Elok lagak ekau, elok la jadi eh. Cumo satu yo den nak posan. Ekau poie tompek oghang. Ekau jago la pe'el ekau. Jangan la dibuek2 laie macam tu. Ekau anggap yo la apo nang den lopeh'an ituaghi sumo eh pongajaghan. Macam ayat den kek ateh2 tu, mungkin solamo ni ekau buek, ekau tak nampak silap ekau. Tak pun, mungkin la oghang tak bani nak kato ngan ekau. Den ngaghut ni sobagai waghieh. Den anggap ekau sobagai waghieh gak. Den susun ayat waghieh2 yo. Den tau ekau takkan baco, tapi den kaghang untuk den kato abih abih'an apo yang topikir pok den.

10.09mlm, 22 mac 2009. Kigho abih la kek sini. Kalo satu aghi sok ekau soda, ekau datang mintak mangap, den toghimo mangap ekau. Sobab den memang bukan pondondam. Den takkan bonci oghang kalo oghang tak buek den mombonci. Den pon ponah kato kan? Apo yang laku jadi'an padan yo pok den. Esok2, den jumpo laie nang cam ekau, den tau apo den nak ngadap. Den tau apo nak dibaleh. Den tau ekau pon pikir samo. Sobab den tau apo dalam ati ekau. Den tau apo yang ekau simpan. Apo yang ekau komam. Solaie ekau tak datang kato mangap, solaie itu den dondam ekau sampai mati.

***Kepada sahabat2 yang baca entry ini sampai habis, jangan ditanya untuk siapa dan mengapa. Baca, simpan, abaikan sahaja. Komen? Sila komen. Tanya maksud tidak mengapa. Tapi jangan tanya apa sebab dan punca. =) Kepada sahabat yang ada di tempat kejadian, anggap sahaja tiada apa yang berlaku. 3 orang yang sentiasa ada bersama saya pun tiada di tempat kejadian. =( Akhir kata, saya minta maaf kepada semua dengan ayat2 yang saya taip. Jangan ada yang berkecil hati. Saya hanya tujukan kepada seorang individu. Blog saya kan? Terpulanglah apa sahaja yang ingin saya taipkan. Betul? =)





Wednesday, March 11, 2009

--==[[ Letih!~ ]]==--






Hari ini, waktu malam saya dihabiskan di Rubik's Zone. Niat hati ingin hantar 5 buah kerusi yang baru sahaja dibeli di Kajang bersama dia selepas waktu bekerja tadi. Sempat juga singgah di Watson. Saya beli L'oreal Studio Invisi'FX Gel yang berharga RM16.70. Dia beli Neutrogena yang berharga RM0.77. Ha? 77sen? 77sen?? Haha! Sempat pula juruwang Watson kata jangan tanya banyak2 kali. 77sen? Tidak boleh diterima akal betul! Ahak!

Sampai di Putra Perdana. Belok kiri ke Rubik's Zone. Parking. Matikan enjin kereta. Turun. Angkat kerusi2 ke dalam. Susun di sebelah monitor2. Duduk bersila di tengah2 Rubik's Zone. Berfikir. Apa yang akan berlaku esok lusa. Apa yang akan dilakukan esok lusa. Apa yang bakal dihadapi esok lusa. Macam2 yang bermain di fikiran. Berjayakah? Majukah? Tiba2 rasa keliru hadir. Bangun. Ambil berus cat. Buka tin cat berwarna 'ocean blue'. Terus sapukan cat ke bahagian dinding yang masih lagi putih bersih.

Dalam perangkaan, sepatutnya operasi bermula pada awal Mac. Esok, Rabu, 11 Mac. Khamis, Jumaat. Sabtu majlis perkahwinan Pak Kerul. Bapa saudara yang hanya beza 2 tahun umurnya dengan saya. Huehue. Adik Pak kerul, Ucu Siti, sebaya saya dah ada dua orang anak. Kena balik Gemencheh pula hujung minggu nanti. Rubik's Zone sudah 60% siap. Lambatnya!! Aduh!!

Semalam, Uncle, Obiwan, AtokGenit dan Kokak datang melawat2. Uncle check semua lampu. Obiwan buat ukuran meja yang akan dibuat. Tapi, tidak jadi pula suruh Obi buat meja. Harga yang Obi tentukan lebih mahal dari harga meja2 yang telah ditempah. Macamana ya? Semalam ada juga beritahu Obi, kalau tidak jadi, jangan kecil hati. Harap2 Obi tidak kisah. Khamis mungkin Uncle datang untuk siapkan beberapa perkara yang masih terbengkalai. InsyaAllah.

Jarum jam hampir ke nombor 1. Mata semakin kelat. Semakin dara bak kata Hotun. Cet! Letih betul rasanya. Mandi? Malas. Esok pagi sahaja. Sejuk! Ahak! Negeri Putra Perdana memang sentiasa sejuk. Cuci muka. Tidur. Huehuehue! Baiklah. Doa dan harapan saya, minggu depan Rubik's Zone akan siap sepenuhnya. Niat mahu buat doa selamat nanti. InsyaAllah.

Salam Rindu Dan Sayang Selalu...
--==[[ PrOpErTy Of BadTz ]]==--

**Vc dari lagu yang saya guna untuk background muzik semasa saya 'on-air' [ dalam kenangan ajelah! =( ada sapa2 yang familiar dengan lagu ini? =(
**Bawak diri jauh2.... =(
**Rindu nak on-air =(



Friday, March 06, 2009

--==[[ Sigh!!~ ]]==--


I love the way u make me laugh. I love the way u make me cry. Tears of joy stream from my eyes. As i hear ur voice, a loving surprise. I love u when u're angry. I love u when u're sad. I love u when u're glad. When u tell me of the day u had.

I love u truly. I love u deeply. Ever since the day. I let u meet me. I missed u when u left. I miss u now more than ever. When i made a mistake that i regret. Hoping that u are a forgiver.

Without u, my life is strife. Be with me. Together forever, an eternal dance. I wait for u as the days go by. My love is growing inch by inch. I cannot wait to see u again. But i wait for u, n ur warm kiss. I love u... =)


Tuesday, March 03, 2009

--==[[Normalkah ?!~ ]]==--





Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

Pertama.
Terima kasih untuk 'mem' dan diri sendiri sebab bertungkus lumus (kunun2 je nih) keluar masuk TM Point selama lebih kurang 2 minggu lebih (ni pun kunun2 gak! ahak!~). Tapi memang ada juga keluar masuk TM Point itu. Huehuehue!~


Kedua.
Terima kasih tidak terhingga untuk Hotun yang membantu saya menyelesaikan hal2 streamyx yang macam2 ini. InsyaAllah ai lanje yu sate Kajang nanti. Huehuehue!~ Muah2!~


Ketiga.
Terima kasih juga untuk streamyx yang men'down'kan diri sepanjang waktu tersebut. Sebab? Rutin harian saya berubah sama sekali. Maksud: Saya jadi orang normal. Huehuehue!~



Entry terakhir saya sebelum talian internet saya bermasalah adalah entry --==[[ Junior!~ ]]==--. Semenjak itu saya berubah jadi manusia paling normal (untuk diri sendiri okek!). Haha!~ Tidak pula saya ingat bila mulanya melanggan streamyx. Cuma, sejak ada internet, kehidupan boleh dikatakan sangat2 tidak normal. Selagi celik mata, selagi itulah saya di depan pc. Sebelum ada internet pun begitu juga. Layan permainan komputer sahaja. Kalau dikira koleksi permainan komputer yang dah khatam, saya rasa, boleh buka gerai jualan 'second hand' agaknya. Normalkah?



Biasanya pc akan sentiasa on berhari2. Selagi tidak keluar dari Puchong, selagi itu lampu modem akan menyala, pc akan menyala, kipas akan berputar ligat. Seminggu. Berminggu - minggu. Kadang - kadang sampai sebulan online tanpa henti. Mungkin lebih. Keluar dari rumah pun pc akan on. Pendek kata, kalau tiada sebab yang munasabah, saya akan sentiasa online. Normalkah?



Kenapa saya jadi manusia normal? Sebab rutin harian saya berubah 100%. Kalau dulu, 3 minggu lepas, pc akan jadi sahabat paling setia semasa berada di rumah. Sekarang, pandang sebelah mata sahaja. Rasanya hampir sebulan pc ni berehat. Casio Keyboard pula menjadi tempat untuk melentik2 kan jari jemari. Hampir sebulan juga kipas di ruang tamu ini tidak berputar. Hampir sebulan juga router keluaran AzTech ini tidak berkedip2. Hampir sebulan juga Junior tidak bersantai dia atas meja pc ini. Hampir sebulan juga saya terperap di dalam bilik sepanjang malam. Sebab, televisyen saya letakkan di hadapan katil di dalam bilik. Normalkah?



Kenapa saya jadi manusia normal? 3 minggu lepas dan hari2 sebelumnya waktu tidur saya tidak menentu. Paling awal sekitar jam 3 atau 4 pagi. Pagi saya akan jadi pagi yang kelam kabut. Rasa seperti mahu merusuh. Cepat marah. 'Blur'. Bunyi jam loceng juga selalu terabai. Sekarang, belum sampai waktu tengah malam saya dah mula rasa mengantuk. Paling awal saya tidur jam 9 malam. Bangun pagi sebelum jam berbunyi. Keadaan yang sangat2 segar. Gembira. Senyum sentiasa. Selagi tidak mengganggu emosilah. Normalkah?



Kenapa saya jadi manusia normal? 3 minggu lepas saya akan keluar rumah dengan pakaian yang tidak bergosok! Ahak! Pemalas! Keluar dari kereta dengan kaki yang berstokin dan selipar jepun dah menjadi kebiasaan. Sekarang, rajin pula menggosok pakaian. Kalau terlebih rajin, stokin pun licin. Dulu, keluar dari rumah dengan perut kosong. Sekarang, rajin pula masak air. Dulu, mandi pagi ala kadar sahaja. Sekarang, mandi pagi paling cepat 15 minit (Jangan tanya buat apa okek!!~). Ahak! Normalkah?



Kenapa saya jadi manusia normal? 3 minggu lepas saya tidak hiraukan keadaan rumah. Selagi tapak kaki tidak rasa berpasir, selagi itulah rumah tidak berkemas. Tidak teratur. Sekarang, bersepah sikit sahaja akan buat saya rasa sakit mata. Dulu, mesin basuh tidak akan berputar selagi tidak habis 'underware' bersih dalam simpanan. Kadang2 sebulan sekali baru mendobi. Sekarang, belum sempat penuh bakul pakaian kotor, maka berputarlah mesin basuh automatik di dapur tersebut. Hakhak! Normalkah?



Sebenarnya, internet bukan sebab utama saya tidak online. Tetapi, boleh dikatakan banyak perkara buruk yang jadi lebih baik semenjak internet saya bermasalah. Dulu, resah gelisah saya ke arah TC dan juga RV. Sekarang, banyak hal lain yang lebih penting yang perlu difikirkan. Rubik's Zone sudah 40%. InsyaAllah, bulan April nanti akan siap 100%. Maka akan berubah juga rutin harian saya nanti. Semua yang berlaku ada hikmahnya.



Kepada sahabat2 saya di dunia maya, saya mohon maaf sekiranya ada antara anda yang menanti2 kehadiran saya di YM atau di mana2 ruangan chat yang selalu adanya saya. Mungkin ada, mungkin tiada. Ada juga saya online menggunakan broadband atau internet yang sentiasa dc. Tapi, cukup sekadar melayan online game. Itu pun ID utama sahaja. Hari ini, internet saya sudah pulih sepenuhnya. Cuma, saya sudah tidak ghairah melayari internet seperti dulu.



Ghairah saya lebih kepada tumpuan saya untuk Rubik's Zone. Terima kasih kepada Cemey yang memberi peluang dan mempercayai saya untuk menjayakan Rubik's Zone. Terima kasih juga di atas segala bantuan yang tidak kenal erti penat lelah. Mungkin ada antara anda yang tidak tahu apa itu Rubik's Zone. InsyaAllah, siap sepenuhnya nanti akan saya update ke dalam blog saya ini. Terima Kasih semua. Terima Kasih.



Salam Rindu dan Sayang Selalu...
--==[[ PrOpErTy Of BadTz ]]==--




Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)