It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, April 15, 2009

--==[[ Cats!~ ]]==--


Burung lagi satu yang berjaya dihancurkan oleh Junior petang semalam =)



Assalammualaikum warahmatullah...


Saya susah hati. Petang tadi, balik rumah, saya terus ke belakang blok sembilan rumah saya ini. Tujuan saya mahu parking kereta di tempat cuci kereta kejiranan Ruvena Villa. Belum pun turun dari kereta, saya nampak Tejin berlari2 ke arah saya. Kasihan. Kakinya terdengkot2. Saya berhentikan kereta, pergi ke arah Tejin. Kebetulan pula saya bawa pulang lebihan nasi goreng yang saya makan di kedai bersama Ayu pulang tadi. Berikan sepotong ayam goreng kepada Tejin. Saya pergi ke kereta semula selepas itu.


Memang tujuan saya mahu mencuci kereta. Tiga bulan tidak cuci. Terasa seperti naik tong sampah bergerak pula. Warna putih bertukar jadi warna kelabu. Kah! Kah! Sebenarnya sudah agak lama saya tidak mencuci kereta di situ. Hampir 2 tahun agaknya. Kalau ada pun, semasa di kampung sahajalah. Lebih mudah. Boleh jemur kereta tengah panas. Di sini, lepas cuci, lap2, parking. Serupa tidak cuci lah! Turun dari kereta selepas parking, tiba2 terdengar pula suara jiran menegur.


"Kereta baru ke?"
"Hah? Tak ah! Ni lah kereta saya bang! Mana ada lain?"
"Owh.. nampak macam baru pulak. Ingatkan kereta baru."
"Takde lah. Baru cuci tadi. Dah kotor sangat"
"Lama pulak tak nampak kereta ni? Memang dah lama takde sini ke?"
"Ah? Tak pulak bang, saya parking sebelah sana. Ni penuh pulak. Parking sini ajelah."
Bla.. Bla.. Bla..


Itu antara butir perbualan saya dengan abang yang tinggal di rumah bawah. Banyak lagi perkara lain, tapi tak perlu untuk saya taipkan di sini kot? Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah, apakah perasaan anda sekiranya jiran anda bertanyakan sedemikian selepas anda mencuci kereta yang sudah seperti lori sampah bergerak? Kahkah! Sabarkan ajelah. Naik ke atas, saya ketawa terbahak2. Punyalah kotor kereta saya sampai ada yang kata beli kereta baru pula bila dicuci. Kah! Kah!


Ada satu lagi perkara yang membuatkan saya ketawa sendiri. Berdiri di beranda rumah, mahu mengangkat semua pakaian yang dijemur. Ada 4 bantal yang saya jemur. Di bawah, ada seorang ibu dengan dua orang kanak2 lelaki. Sedang berjalan pulang ke rumah agaknya. Tiba2...


"Pakcik! Pakcik kencing malam ke?"
"Hah? Sapa ajar adik cakap macam tu?"
"Mama kata, kalau kencing malam, kena jemur tilam dengan bantal."
"Hek! pandai je ko ni dik..."
"Eh! Mama panggil!"
"Ceh! Budak nih!"


Kah! Kah! Kah! Sabarkan ajelah! Seorang kanak2 lelaki baru pulang dari mengaji. Spontan bertanya. Jujur pula percakapan dia. Dia terus lari selepas terdengar suara Mama dia panggil. Macamana dia boleh tegur agaknya. Dia berjalan di bawah. Saya di atas, tingkat satu. Macam2 hal. Kemas2 kan beranda. Rapatkan sliding door, turunkan langsir. Kemaskan pula meja makan yang bersepah. Selesai. Duduk di ruang tamu. On tv. Tidak ada cerita menarik. Off tv. Makan ubat, masuk ke bilik, ngadap pc. Leka.


Tiba2 Junior mengiaw. Lagaknya seperti mahu buang air. Ah.. Saya tinggalkan PC, angkat Junior, buka pintu, bawa dia turun ke bawah. Dalam minggu ini memang Junior selalu buat perangai. Kencing, berak sepah2. Mati akal saya dibuatnya. Seperti biasa, Junior akan meronta2 apabila saya membawanya keluar dari rumah. Dulu tidak begitu. Sejak kejadian dia cedera parah, ketakutan dia menjadi2. Belum pun sempat saya letakkan dia atas tanah, Junior melompat, lari naik ke atas. Tiada pilihan. Saya nak ke atas semula. Macamana? Biarkan sahajalah. Masuk ke rumah, ngadap pc semula. Leka lagi.


Selang setengah jam, Junior berpelakuan seperti tadi semula. Sekali lagi saya bawa dia keluar. Tapi, perkara yang sama berlaku. Kali ini dia lari pula ke arah tempat letak kereta. Hampir saya terjerit kerana tiba2 sebuah kereta lalu ketika dia berlari melintas jalan. Nasib baik kereta itu sempat brek.


Malam. Suasana agak malap. Lampu jalan pula samar2. Junior yang hitam legam hilang dari pandangan. Cari. Terdengar suara dia dari bawah kereta. Cuba untuk menarik ekor dia. Berjaya. Menggeletar pula badannya. Pelik. Apa yang ditakutkan sangat agaknya. Bawa semula ke tempat tadi. Tujuan untuk biarkan dia buang apa2 yang patut la kan. Tapi, sekali lagi dia lari. Kali ini terus ghaib. Hilang dari pandangan. Ah! Sudah! Masalah!


Geram. Malas untuk mencari lagi. Naik ke atas. On air di MobileircFM. Selepas 2 3 lagu, tiba2 terasa risau. Teringat pula Tejin yang terdengkot2 petang tadi. Tinggalkan pc. Turun ke bawah. Cari Tejin dan Junior. Berjalan macam orang gila, panggil2 nama kucing. Sampai ke blok depan, dewan, padang, blok belakang, dua2 hilang. Terkilan pula rasanya tidak bawa Tejin pulang ke rumah petang tadi. Menyesal pula bawa Junior ke bawah sehingga dia lari. Sambil mencari, sambil menyumpah2 di dalam hati.


Teringat pula semua kucing2 yang pernah dibela satu ketika dulu. Bohsia, hilang diambil orang. Garet, hilang tanpa kesan. Uteh, mati diracun. Nacitam, mati di dalam kereta, on d way ke vet selepas 2 minggu hilang. Tempang, kucing tempang yang tiba2 muncul, keluar dari rumah dalam keaadaan sihat selepas 2 minggu menumpang. Choi, hilang diambil orang. Grey, mati di dalam sangkar kerana tidak sempat dihantar ke vet selepas seminggu lebih hilang. Sheperd, kucing hutan yang mati selepas 3 jam keluar dari ICU vet UPM kerana tidak sesuai dengan makanan yang diberi. Simba, kucing cokelat yang ditemui tidur di depan pintu rumah, hilang.


Semua kucing2 yang pernah dibela adalah kucing2 kampung biasa. Kecuali, Uteh, kucing dari baka kucing siam. Tejin anak kucing parsi, tapi tidak pula seperti ibunya. Junior, anak kucing yang diselamatkan di parking blok sebelah sebab terlalu bising. Saya bawa balik ke rumah, beri makan. Rawat luka di hidungnya. Hantar semula ke tempat asal. Tapi, dibawa pulang oleh Tejin pula. Hak! 8 bulan umur Junior sekarang.


Sebenarnya, ada lagi dua ekor anak kucing yang dibawa pulang oleh Tejin. Hitam legam. Sama seperti Tejin dan Junior. Kelakar. Kan? Tejin seekor kucing jantan. Tapi, sangat2 bertanggungjawab, sehingga bawa pulang anak2 kucing yang sama seperti dia. Bela? Tidak sanggup pula rasanya nak bela banyak2 kucing yang berwarna hitam. Haha! Sebab apa saya kata Tejin yang bawa pulang? Sebab dua kali itulah saya keluar rumah, Tejin sedang tidur dengan anak2 kucing itu di dalam sangkar yang saya letakkan di hadapan pintu. Kedua2nya sudah besar pula sekarang ini. Yang Junior ini saya kurang pasti dari mana pula datangnya. Hampir satu jam saya merayau2 mencari Tejin dan Junior.


Rasa kesal masih lagi terasa. Apa nak buat? Teringat pula kata2 Ayu petang semalam ketika saya nyatakan hasrat mahu biarkan Junior di luar rumah setiap malam. Kucing, hilang ke mana sekalipun, dia tetap akan balik ke rumah kata Ayu. Jujur, hati saa sangat2 risau. Pertama, Tejin suka tidur di tengah2 jalan. Tapi dia dah tua. Pandai jaga diri. Junior? Terlalu manja sehinggakan takut bila terserempak dengan manusia2 lain. Alahai.


TwitTwit!~ TwitTwit!~ Esemess~~~
"Sygg.. Bila u pree kol i leh? Da sampai ni..."


Ah.. Katanya mahu pergi esok pagi. Malam ni pula dia gerak. 12.04 tengah malam. Sampai disini sahajalah. Saya mahu ke kedai beli topap. Maybank2u tidak boleh guna pula. TAC ke nombor maxis. Nombor maxis tidak buleh guna. Argh! Malasnya....Tapi rasa dalam hati mengatasi segala2nya. Huhu~




**Keluar pergi 7E. Beli topap. Call. Sambung carik Junior dengan Tejin. Kesian Tejin. Injured. HueHueHue~ Daa!~~ Muah2!~ Wishin for both 3 of them. I'm lonely. =(
**Bela kucing sebab rasa tanggungjawab.
**Dia memang sengat2 suka dengan kucing. Hek! Hek!
**Sanggup tak makan kalo mknn kucing abeh time duit tadak! Isk! =(

**I do really missin u too.. =(


6 comments:

auM Chak @ eiMyLiciOus said...

uishhh biaq betul nama BOHSIA bertt!!!
awat dnamakan BOHSIA?????
aduyaiiiiiii

Alang AD said...

miakak! sbb dia gatal...
miakakak!~
kua ngan 4 eko kucing jantan...
k0h! k0h! k0h!

EvoIVGSR said...

pakai la post paid... bukan student lagik...
huhuhu...

Alang AD said...

nobo meksis yg tak buleh guna tu la.
isk2..
**tajang gigi eVo!
hak!

CeMeY said...

Jr. tu kalo da tue ckit mesti cam dak teJin kan? kan? huhu~

Alang AD said...

olh .. kalo dia cam dak tejin.. sok2.. dah tadek teman tido dah~ s0b!~ s0b!~ =(
yu je la tmnkan ai tido.. nGaaa . .
hekhekhek~ =D

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)