It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Friday, August 21, 2009

--==[[ Kepsi!~ ]]==--

Signbord yang menandakan anda telah pun sampai ke pekan koboi Gemencheh..
I do love my Kampung .. =D


Haa... Assalammualaikum warahmatullah para sahabat ...

Sudah lama tidak update. Apa khabar semuanya? Sihat? Sudah makan? Hehe!~ Ahad, 3 Mei 2009. Saya pulang ke kampung. Gemencheh, Negeri Sembilan. Terjaga dari lena pada pukul 1.03 tengahari. Terima kasih kepada dia yang buat panggilan. Kalau tidak kerana panggilan daripada dia, entah jam berapa pula saya bangun tidur agaknya.

Bangun. Mandi. Bersiap. Masukkan seluar slack berwarna krim, 'underware' dan keperluan lain ke dalam beg. Capai 2 helai t-shirt dan sehelai kemeja di dalam almari. Keluar. Singgah ke rumah Bujal di Puchong Intan. Ada hal penting. =D

Bertolak dari puchong jam 3 petang. Lebih sikit! Hek! Lebuhraya lenggang pada awalnya. Perut terasa lapar. Berkira2 untuk berhenti menjamah makanan di Hentian Nilai. Ramai sangat pula! Teruskan perjalanan.

Setengah jam kemudian, lebuhraya mula sesak. Elok2 120km/j, tiba2 brek kecemasan pula. 20 minit semua kenderaan jadi siput. Hek! Rupa2nya ada kemalangan. 4 buah kereta di lorong tiga. Mujur tiada sesiapa yang cedera. Lebuhraya kembali lengang. Speeding lagi.

Tak sampai 15minit, semua pemandu brek kecemasan lagi. Kali ini agak lama. Jadi siput sedut pula. Ahak! Kejang kaki main2 pedal minyak. Lebih setengah jam. Hampir terlelap pun ada juga. Cuaca panas terik.

....Nobody wanna see us together...But it don't matter no...Cause I got you babe...Nobody wanna see us together...But it don't matter no...
"Ha! hello!"
"Hello! Kenapa nampak hidung aje tu?"
"Ha? Hidung apa lak?"
"Angkat la hp tu..."
"Dah angkat la nih.. Guna headphone.. "
"Video call la! Ish dia nih!"
"Ha? Eh.. Tak pasan la... ekekekek!"
"Kat mana tu?"
"Hiway.. Somban.. Jem gile ni jalan.."
"Jem? Nak ke KL ke .. ke mana tu?"
"Aih! Nak balik moncheh la..."
"Kenapa jem lak? Sebelah sana jem?"
"Tak pulak... sana clear.. ke selatan yang jem.."
"Bagus la macam tu.. betul ke tak jem sblh sana tu?"

Buka tingkap, angkat hp tinggi2 ke arah lebuhraya sebelah.
"Tu. tengok2.. tak jem langsung.. clear!"
"Iye? Clear nya.. clearnyaa.... hakhakhak!"
"Ceh! Main2 pulak..."
"Yelah2.. oklah.. tataa!"
"Hah! Oke.. daa!~~"

Tutt! Tutt! Tutt! Panggilan daripada dia. Tiba2 hilang rasa mengantuk. Perjalanan diteruskan lagi dengan kelajuan ala2 siput sedut meniti batu. Sabar! On radio. Payah pula cari fm yang menarik di tengah2 lebuhraya.


  • Entry jaman bila entah nih .. terbengkalai .. tergantung .. baca je la . ekeke .. Tarikh draft ni 4 Mei 2009 ..
  • Ada dlm draft .. Rasanya taip kat gumah Moncheh kot.. Tapi tak publish ..
  • Nih tetiba lak ter publish . Ehueheu ...
  • Entry yg ter eksiden . Ekeke ..
  • Lagu .. layan kan ajelah! Ahakhakhak!~
  • Moral Of The Story .. Jangan Buat Panggilan Video Semasa Org Yg Ingin Anda Call Tu Tgh Memandu .. Nanti Nampak idong jeh.. Wakakakaka!~



1 comment:

  1. Yang nih tadak org komen lak!~
    HEuehueheueueeh!~


    ReplyDelete

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)