It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Tuesday, July 21, 2009

Ayam Masak Halia


Ayam masak halia. Bukan ayam tu tetiba amek halia buat masak oke! Nih nama masakan ayam halia. KohKoh!~ Masakan simple yang paling saya suka lah!~ Simple tak simple la kan. Agak leceh gak la. Ahaha! Kalo nak tau leceh ke tak leceh ... Sila la cuba ye! nGe .. Ini makanan saya pada hari Sabtu lepas.

Bahan :::

Ayam 3 ketul.
Lobak merah.
2 biji bawang merah.
5 ulas bawang putih.
Cili api tak tau byk mana. Belen2 je tuh. Jangan mara aa.. ahaha..
1 stgh inci halia.
Minyak masak. Jangan lupa beli kalo tadak! ahak!
Garam secukup rasa.
Air asam jawa.
Minyak bijan. 2 titik.

Cara2 Memasak :::




Mula2, stenbai la apa2 bahan yang perlu. Bawang putih, halia dan bawang besar semuanya dicincang halus. Bahan2 cincang sendiri oke. Guna pisau. Ikut la nak guna pisau apa jenis sekali pon. Jangan guna pisau lipat yg harga 5sen tu suda. Ahaha.. Dulu la harga 5sen. Sekarang dah jadi 20sen. Ada gak yang 30sen. Mahal dah. Isk.. nGaa... Sila klik la kat gamba tu kalo nak tengok halus ke tak halus cincang nya tuh. Ahak!~




Ini semua bahan2 yang dah siap dicincang2. Dipotong2. Dihiris2 suma bagai lah kan... Bawang besar cincang. Bawang putih cincang. Halia cincang. Bawang besar satu lagi tu hiris2 jeh. Lobak merah tu potong kecik2 aaa.. Cili api potong2 halus2. Tapi kan, kalo nak lagi menarik, lagi sedap, lagi berasa masakan ni, sila lah kisar. Blender lagi elok. Rumah saya ni tak ada blender. So, cincang2 je lah. Kalo potong2 je, tak sedap.





Ayam ni 3 ketul. Tak kisah lah part mana pun. Ikut suka. Bila ayam nya 3 ketul, maksud, bahan2 tadi tu untuk 3 ketul ayam lah! Tapi buleh la nak tambah 2 ketul. Jadi 5 ketul la maksima untuk semua bahan2 yang disediakan tadi tu. Lebih2 kena la tambah lagi bahan2. Oke? Pandai2 la gandakan bahan2 kalo nak guna seekor ayam pulak ye! Aiseh! Lari konsep! Nih .. ayam nih .. terpulang nak gaul dengan apa. Ada orang suka gaul dengan garam jeh. Ada orang suka letak kunyit. Saya suka letak kunyit.





Sebenarnya aktiviti menggoreng ayam ni tergendala selama lapan jam. Sebab lupa nak beli minyak masak masa kua gi beli ayam suma bagai nih. Huehuehue!~ Bahan2 nya dah siap time tengahari. Tapi mula memasak nya jam 9 malam. Huehueheu .. **sipu2 jap!** nGe! Pastikan minyak betul2 panas sebelum masukkan ayam tu oke!




Ini bahan2 bersama ayam yang dah siap digoreng. So .. kira mula lah aktiviti menumis lepas ni. Jaga2 cik selamah.. ahak!~ **buat muka ala2 samseng kampung dusun jap! o_O ** kOh! kOh!





Lepas dah keluarkan ayam, buangkan sedikit minyak dari dalam kuali. Masukkan saja semua bahan2 yang dah siap dicincang2. Letak garam sikit. Benda normal ni kalo time menumis. Untuk saya lah kan? Untuk orang lain tak tau lak! Hehe .. Somebody told me bout that b4!~ tQ! =D





Dah agak2 nak masak bahan2 ni, kecikkan api. Macamana nak tau dah masak ke blm? Tu pandai2 sendiri lah! Ahak!~ Saya kalo tengok bahan2 cam dah ala2 nak garing tu saya kata dah masak. Tapi, kadang2, tak tunggu masak atau garing pun. nGe!~ Erm.. rasanya .. dah naik bau tumisan tu kira dah masak la kot? Pandai2 sendiri ek!! aGagagaa... Lepas tu letak air sikit. Air asam pun dah buleh letak gak nih...





Masukkan ayam yang dah siap digoreng tadi. Air tadi untuk bagi rasa tumisan meresap ke dalam ayam. Haih!~ Lupa pula! Kalo tak suka ayam digoreng dulu pun takpa. Masukkan ayam masa ni. Tapi, kalau ayam tak digoreng dulu, kenalah letak air banyak sikit. Kena masak lama2 gak! Kalo tak nanti, ayam nye mentah. Masak lua jeh. Dalam tak masak. Dah penah kena dah ni .. Ahaha! lagi sedap kalo digoreng dulu. Time ni gak letak air asam kalo tak silap. Ke sblm letak ayam. Ntah? Lupa dah. Hehe..





Lepas tu masukkan bawang dan lobak yang dipotong2 tadi. Sebenarnya ada lagi sayur saya nak letak. Tapi, tertinggal pula kat tempat beli tadi. Tak ingat langsung! Dah on d way balik baru perasan takde. Bahan2 yang tertinggal tu lada benggala dengan sayur pokok tu. Apa tah nama dia. Kobis yang macam pokok2 tuh. Ada yang kaler hijau. Ada yang kaler putih. Masa kecik2 panggil sayur pokok, sampai ke tua pun panggil pokok gak! Ahahahahakkk!! Jangan gelak oke! Ahaha!!~ Jangan lupa tutup sekejap untuk bagi sayur2 empuk.





Time ni buka penutup, kecikkan api. Kacau2. Rasa masam masin manis ke apa semua rasa yang ada lah! Ke time ni kot letak asam? Entah? Tak kisah la letak masa bila pun. Yang penting, letak. Asam ni untuk hilangkan hanyir pada ayam tu. Kalo tanak letak air asam pun takpa. Boleh guna asam keping. Omak saya selalu guna asam keping. Hehe!~ Terpulang...




Dah siap! Gamba2 entry yang ni kureng sikit. Sebab snap guna hp. Camera ada orang guna. Hehe.. Siyes buleh leleh2 air lio kalo gamba ni terang cam gamba masak kacang buncis ituari. Ahahaa!~ Siap dengan asap2 nya.. Peeh .. Terasa lapa lak tetiba.. Isk..





Minuman macam biasalah kan? Air teh O panas. Sapa2 tak tahan pedas, stenbai la air sejuk. Huehue. Sebab, rasa pedas masakan akan jadi sangat2 terasa kalo ada halia. Sebab? Akan rasa macam berangin dalam mulut. Ni saya tau masa tengok Rasa Ayamas kat tv3 ituari. Hehe..





Yiiihaaa!~ Dah siap masuk dalam pinggan nasi! Sedap gile nih! gRrr..


So, that's it! Ini rezeki saya pada hari Sabtu. Yang tak best nye, siap bahan2 nya awal, masaknya malam. Makan pun lewat. Isk!~ Barang2 dibeli around 10 ke 11 pagi entah. Bahan2 dah siap sebelum Zohor kot? Pasal siap je potong2, cincang2 suma2 tu, saya duduk tengok tv, tetiba azan Zohor dah. Hekhek!~ Lepas tu, nak mula masak, tengok minyak takde lak. Haha!~ Overall, jangka waktu untuk memasak ayam halia ni adalah selama lapan jam. Koh! kOh!

Itu saja lah.. Sila cuba kalo nak rasa. Kalo taknak cuba, datanglah rumah bawak bahan2. Ahaha!~
Sekian. Terima kasih. =D


3 comments:

  1. aduh lapar laaa.. tengok makanan ekau masak ni obert..leh bikin den nye pewut munyik2.. hik3..

    ReplyDelete
  2. oberto, aku tak sangka ko ada blog memasak..

    omg..

    ReplyDelete
  3. tu maknanya aku ni kategori rajen la cipud.. nGehehhee..

    ReplyDelete

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)