It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Tuesday, January 19, 2010

--==[[ My Sacrifice!~ ]]==--

--==[[ Ini TinGkap BiLik. View dari tempat tidur. Huehue ..
Camera Hp. ]]==--



Hmm ..


Tak tau nak kata apa. Payah perkataan 'tak nak' tu keluar dari mulut ni. Jangan fikir yang saya penting diri sendiri atau apa. Saya memang tidak mahu. Tiada sebab. Tiada sebarang alasan untuk saya berikan. Memang saya tidak mahu. Dan saya tidak tahu juga mengapa saya tidak mahu. Sangat2 tidak mahu.


*******************************


"Bad. Ko kat mana?"
"Rumah. Ada apa tu?"
"Ada ke mana2 hari ni?"
"Tak tau lagi. Kenapa bang?"
"Aku nak mintak tolong ni..."
"Kenapa tu?"
"Boleh datang rumah aku?"
"Erm... Nak pergi mana?"
"Takde pegi mana2. Nak mintak ko tolong datang sini je ... "
"Sekarang tak boleh kot. Tengah tunggu orang..."
"Pukul 5 boleh?"
"Tak tau lagi. Nanti saya bagitau"
"Okelah."


Panggilan daripada sahabat yang dah dianggap macam abang. Dalam suaranya. Macam sangat2 memerlukan nadanya. Itu panggilan yang ke 5 saya jawab. Panggilan semasa masih lagi dibuai mimpi. Termenung seketika. Diam. Tertanya2. Kenapa? Agak risau juga rasanya. Dia baru discaj dari Hospital Ampang semalam. Apa yang berlaku? Ada apa2 ke? Mata masih berat. Cuba untuk lena semula. Tapi tidak boleh pula. Ahh.. Bangun.


*******************************


"Ye Bang."
"Bad."
"Ha."
"Apa yang ko perlu untuk cuci luka kakak aku ni?"
"Ha? Kenapa lak tu?"
"Kakak aku ni kencing manis."
"Kenapa tak bawak ke hospital? Klinik?"
"Hospital dah reject. Jadi, aku nak mintak tolong ko ... "
"Erm ...."
"Boleh tak?"
"Hmm ... "
"Kenapa diam? Boleh tak?"
"Macam tak boleh. "
"Kenapa tak boleh? Aku mintak tolong ni..."
"Nanti saya bagitau .. "


Talian diputuskan. Panggilan selepas setengah jam. Termenung lagi. Dalam hati terdetik... 'I dont want. But i dont know how to tell that i dont want to'. Serba salah dibuatnya. Kenapa lah tidak cuba untuk faham agak nya. Saya memang tidak mahu. Mati hidup semula pun saya tidak mahu. Tanya lah alasan apa sekali pun. Saya memang tidak mahu. Memang tiada sebarang alasan untuk dinyatakan pun.


Andai kata ini amal jariah saya yang terakhir sekalipun, saya memang tidak mahu. Kata lah apa saja. Saya memang tidak mahu. Serba salah. Nanti apa pula katanya. Apa pula yang difikirnya? Tapi, mengapa dia tidak cuba untuk faham? Sesungguhnya saya tidak mahu memberikan sebarang alasan. Buat apa? Kan? Apa saja alasan sekalipun, jawapan saya tetap 'tak nak'.


*******************************


"Bad..."
"Ye bang ... "
"Macamana?"
"Saya tak dapat la bang. Saya taknak..."
"Tolong lah bad ... "
"Tak boleh. Kena ada barang2 dia. Saya tak berani. Saya taknak. Risiko."
"Kakak aku ni dah nak habis nyawa dia. Bla.. Bla.. Bla...... "
"Tak boleh bang. Saya taknak..."
"Aku datang sana ambek ko. On the spot..."
"Erm .. "


Talian putus. Termenung lagi. Berbelah bagi. Hati kata mahu. Akal kata tak mahu. Banyak risiko dia. Saya bukan doktor yang sedang on duty. Perlu juga ada peralatan yang lengkap. Luka kudis akibat diabetes yang dah sangat2 teruk bukan luka sembarangan. Sentuh sedikit pun, boleh tertanggal daging badan. Katalah apa sahaja. Saya tetap tidak mahu.


*******************************

"Hello. Bad."

"Ye bang..."
"Boleh tak?"
"Hmm .... "
"Kenapa diam .. Boleh tak ni..?"
"Hmm. Saya kena ada pembantu."
"Kakak2 aku yang lain ada ni. Ko tak payah buat pun takpa. Tunjukkan cara saja.. "
"Hmm .. "
"Barang2 suma ada. Cuma tak tau macamana nak guna. Tak tau macamana nak mula.."
"Erm.. Tak boleh bang. Saya tak nak. Saya tak mau..."
"Tolong lah bad...."
"Saya taknak"
"Saya tak berani ambik risiko..."
"Takda sapa salahkan engko pun nanti..."

"Tak boleh bang .. Tak boleh... "
"Aku on d way ambik engko ni"
"Tak mau bang... Tolong lah. Saya tak mau..."
"Jangan macam tu Bad. Aku mintak tolong sangat ni..."
"Hmm.. Payah nak cakap ni. Serba salah dibuat nya..."
"Boleh tak?"
"Tak. Saya tak nak. Saya tidak mahu. Sa.. Saya mintak maaf ..."
"Takpa lah Bad. Mintak tolong hal macam ni pun taknak..."


Panggilan mati. Termenung lagi. Berbelah bagi lagi. Marah. Sedih. Geram. Tolong lah faham. Ada sebab mengapa saya mati2 kata tidak mahu. Anggap lah apa saja. Tapi, tolong lah faham. Hmm...


*******************************


Sangat mudah untuk mengatakan 'tidak mahu' kepada ibu bapa daripada kawan atau sahabat. Kan? Betul? Kalau dengan keluarga, pertalian tidak akan putus. Bak kata pepatah, carik2 bulu ayam, lama2 bercantum juga. Berbunuhan. Bermakian. Bersumpah seranah. Hubungan tetap sentiasa akan utuh. Betul?


Tapi ini lain. Kawan. Sahabat. Tiada pertalian darah. Rasa tidak puas hati tetap ada. Tetap akan tersemat sampai mati. Walaupun maaf dituturkan, dendam tetap akan wujud. Itu yang saya takutkan. Banyak sebab yang tidak dapat saya nyatakan. Sebab yang saya sendiri tidak tahu mengapa.


*******************************
*******************************


Aku ada pendirian aku. Engkau ada pendirian engkau. Engkau seolah memaksa untuk aku setuju. Aku juga memaksa engkau untuk terima jawapan tidak setuju. Engkau fahamkan aku untuk aku jawab ya. Aku fahamkan engkau untuk terima jawapan tidak. Engkau rayu. Aku juga rayu. Engkau berfikir, mengapa aku amat payah untuk faham situasi engkau. Aku juga terfikir, mengapalah susah sangat untuk engkau faham situasi aku.


Maafkan aku wahai sahabat. Sesungguhnya memang tiada sebab yang utuh untuk diberikan. Cuma hati aku tidak keruan. Aku sangat risaukan ibuku yang mengadu kesakitan sebelum aku lena diulit mimpi malam tadi. Memang aku begitu ambil berat hal2 keluarga aku. Janganlah engkau katakan yang aku 'jual ikan'. Maaf. Tidak sama sekali. Keluarga aku lebih memerlukan aku. Keluarga aku lebih penting daripada diri aku sekalipun.


Maafkan aku sahabat. Maafkan aku. Sampai detik ini, aku masih tidak tahu, betul atau tidak keputusan aku. Aku risau persahabatan ini terputus. Aku juga risau kiranya mereka menyalahkan aku jika sesuatu yang tidak diinginkan berlaku. Aku juga risau andai kata nyawanya diambil ketika tangan aku sedang melakukan apa yang engkau pinta.


Engkau kata tiada sesiapa yang akan menyalahkan aku kalau apa2 berlaku. Tapi, itu kata engkau. Apa pula kata ahli keluarga engkau yang lain nanti? Terlalu banyak sebabnya. Pelbagai aspek aku fikirkan. Positif dan negatif. Lain lah kalau aku tidak kenal engkau. Bagi aku, kerja adalah kerja. Boleh engkau terima apa yang aku buat jika aku perlakuan aku berbeza ketika itu? Keluarga engkau tetap akan anggap aku kawan engkau. Betul?


Aku harap engkau faham apa yang cuba aku sampai kan. Aku tidak mahu disebabkan perkara ini, engkau akan buang aku jauh2. Aku tidak mahu juga engkau akan menoleh daripada memandang ke arah aku di kemudian hari jika sesuatu yang diluar kemampuan berlaku. Aku juga tidak mahu engkau menyalahkan aku di atas sebarang risiko yang timbul. Aku juga tidak mahu kiranya aku yang mengundur diri satu hari nanti.



  • KepaLa sanGat2 gataL.
  • Rasa macam ada kutu jeh. Ahak!~
  • Rambut dah gugur2 puLak! Haih!~
  • Tak sabar nak tunGGu hari esOk.
  • Kejap LaGi nak tidO.
  • Harap2 ceLik mata esOk paGi denGan hati yG Gumbira tanpa panGGiLan yG menGejutkan LaGi.
  • Rindu Omak. Rasa bersalah pada Omak masih beLum hiLanG LaGi. =(
  • Maaf Omak. Anakmu ini tidak tahu Hosp PiLah tak sehebat baGai dikata. =(
  • Doa dan harapan semoGa tanGan Omak puLih seperti sedia kaLa.
  • P/s: EsOk inGatkan hy caLL Omak eh.
  • Aku rindu kamu....










No comments:

Post a Comment

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)