It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Sunday, July 10, 2011

--==[[ Yellow!~ ]]==--




Assalammualakum warahmatullah...


Bersih tak tu? Kalo belum bersih.. Gi la bersih kan dulu yerr.. Akekekeke..


Saya meng-update entry ni bukan bertujuaan untuk berpolitik atau apa, cuma, ingin menyatakan dan memberi pendapat sebagai rakyat Malaysia. Rasanya, belum pernah saya menaip atau mengarang ayat2 berbahasa pasar. Kok ada la campur2 bahasa, mintak maap lah ya.


Pada saya, apa yang berlaku di negara kita semalam adalah sesuatu yang menyusahkan. Bukan ke bersih sepatutnya membawa maksud yang menyenangkan? Apakejadahnya buat bersih bodoh tu tapi menyusahkan? Tak pasal2 terpaksa lalu jalan jauh untuk sampai ke tempat kerja. Tak pasal2 jugak habis rm9.80 bayar tol semata2 nak menyelinap ke jalan yang tak ada roadblock. Perjalanan sepatutnya tak sampai 15mint, dah jadi 45minit. Kan ke bangang dan bodoh namanya tu?


Yang belah2 pusat bandar sana tu dah memang tentu arah la tutup premis kan? Yang belah2 dekat dengan jalan masuk ke KL? Tak ada pun yang tutup pejabat, balik awal suma bagai. Kan ke menyusahkan namanya tu? Yang pihak polis pun satu, kejadahnya roadblock kalau masih ada yang boleh meramaikan majlis di tengah2 bandar sana tu? Makan gaji buta ke hapa? Tak dapat nak paham apa motif pelbagai sekatan jalan raya yang menyusahkan semalam. Melekat! Padat! Langsung tak bergerak!


Lautan manusia yang berjaya berkumpul tu satu hal lah. Apa untung yang engkau dapat? Seronok sangat huru hara macam tu? Yang mati pulak apa cerita? Yang cedera? Yang bagai2 semua lah. Apa untungnya? Apa yang diperjuangkan? Sedar atau tidak engkau tetap berada di bumi Malaysia? Tanah Melayu? Mana kesopanan dan kesusilaan yang engkau tanam masa sekolah rendah dulu? Apa yang engkau dapat?


Yang berbaju merah pun satu hal. Apakejadah engkau join together2? Mana keluhuran perlembagaan yang engkau agung2kan? BODOH! Konon nak tenangkan keadaan. Kejadahnya engkau canang dalam Buletin Utama konon tindakan warga kuning tu tak betul sedangkan engkau pun sama menggamatkan suasana? Apa yang engkau dapat?


Orang2 muda yang terlibat semua tu, engkau dah mendaftar pilihanraya ke belum? Ada engkau mengundi? Pelisssslahh... Kalau masih kencing bercabang, tak payahlah terikut2. Konon best sangat la terkinja2 tiru perlakuan bangsa asing tunjuk perasaan gitu? Apa yang engkau dapat? BODOH!


Pergi balik sekolah rendah, study balik 5 rukun negara. Memang negara semakin kucar kacir. Tapi, tak ada gunanya engkau melibatkan diri dalam perkara2 anti kerajaan macam tu. Engkau lahir di hospital kerajaan juga kan? Engkau sekolah di sekolah kebangsaan kan? Nikah kahwin engkau daftar dengan kerajaan kan?


Apa surat beranak engkau daftar di badan2 swasta ke apa? IC engkau? Lesen memandu engkau? Cukup2lah membodohkan diri. Tak payah bodoh2 jadi mangsa keadaan. Apa engkau mampu ke tanggung kerugian premis2 atau syarikat2 terpaksa ditutup? Apa engkau mampu ke bayar balik duit minyak mangsa2 sekatan jalanraya yang sampai berjam2?


Engkau duduk diam2, tarbiah diri, muhasabah diri, renung balik apa kemudahan atau keistimewaan yang engkau dapat dari mula celik mata, sampai saat sekarang ni. Semua dari kerajaan. Betul? Engkau masuk universiti pun guna duit kerajaan. Yang baju merah semua tu, berdirinya engkau dengan pembesar suara dengan sponsor duit kerajaan juga.


Moral of the story, sedarlah diri. Jangan terikut2 dengan tindakan bodoh sampai menyusahkan diri sendiri dan semua pihak. Sekian. Terima kasih. Sila baca dan hayati semula 5 rukun negara yang ada di akhir perenggan. Tak kiralah engkau pro-kerajaan ke, engkau anti-kerajaan ke, Sila baca. Oke? Majulah sukan untuk negara.


Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan




3 comments:

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)