It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Thursday, August 11, 2011

--==[[ Kad Raya ]]==--


Kad Raya.
Bila kali terakhir dapat kad raya? Saya sudah lupa kali terakhir dapat kad raya yang dipos ke rumah.


10, 20 tahun dulu, kalau posmen tiba2 sampai depan gate, punya la suka. Belum sempat posmen letak dalam peti pos, penghuni rumah dah stenbai nak ambil. Lepas tu joget2 dari depan pintu sampai ke dalam rumah. Punyalah seronok.


Budaya dahulu, kalau dah dapat kad raya, mesti nak gantung kat dinding. Kan? Ada juga rumah2 yang separuh dinding ruang tamu penuh dengan kad2 raya yang pelbagai. Paling tidak pun, mesti ada tergantung di ruang dinding atas tv. Bangga! Punya la sedih kalau tak dapat kad raya. Betul tak?


Teringat 20 tahun dahulu, semasa zaman sekolah rendah. Masuk minggu ke-2 Ramadhan, wajib ada jualan kad raya di kantin sekolah. Dari semurah2 10sen sampai lah ke harga yang tak mampu untuk dibeli oleh budak2 sekolah rendah. Meriah! Bohonglah kalau tidak pernah beli kad raya masa sekolah rendah.


Naik tingkatan 1, saya tinggal di asrama. Lagilah meriah. Kalau ada rakan2 sebilik yang dapat kad raya, wajib juga dicanang2 sampai ke dalam tandas. Apalagi kalau kad raya tu datang nya dari asrama sebelah. Wajib rakan2 lain ambil tahu siapa gerangan orang yang beri. Kalau dapat tahu empunya diri, maka akan digossiplah sampai menjelang cuti Hari Raya.


Masih ingat lagi rakan2 perempuan yang beli kad raya berbungkus2 untuk dipos kepada sahabat handai dan kaum keluarga. Apa yang ditulis entah? Jenuh tengok mereka tulis2 dan tanda tangan kad2 raya. Ada juga yang kreatif sampai tampalkan syiling2 kononnya buat duit raya. Siap berpantun2 tu yang tak menahan tu.


Fenomena kad raya bertambah meriah bila kala tiba2 keluar version kad raya bermuzik di pasaran. Masa tu, harga punya lah mahal. 20 hengget ke atas. Tapi, tetap ada yang beli. Siapa yang dapat kad raya lagu2 tu, wajib seronok sampai melompat2. Mana tidaknya? Lagu raya dalam kad! Siapa tak seronok!


Pertama kali saya tengok kad raya yang ada lagu? Masa bila entah? Apa yang saya ingat, kad raya yang dipos kepada Kaklong saya. Masih sekolah rendah kalau tak silap! Jakun! Tak sampai 3 hari, kad dah jahanam sebab rasa ingin tahu saya macamana kad boleh ada bunyi bila dibuka. Sudahnya, lebam perut kena cubit.


Saya? Bila bermulanya kehidupan saya sebagai siswa, saya memang setiap tahun beli kad raya yang ada lagu2. Satu untuk Omak Ayah, satu lagi untuk dia. Lain2? Ada juga kadang2. Tapi bukan yang ada lagulah. Saya cukup malas hendak membalas kad raya. Kalau ada pun, beli, tandatangan dan pos.


Biasanya, saya akan beli yang rm2.50 satu bungkus. ada 10 kad dalamnya. Kedekut! Haha! Majoriti kad2 raya yang saya beri semuanya hand made. Hobi. Macam2 jenis kad raya. Panjang, pendek, sekeping, tampal2, lipat2, lukis2, semuanya lah. lepas tu mesti ada sticker handmade di belakang kad.


Sampul? Kalau malas beli, lipat2 kan saja kertas A4 jadi sampul. Pernah juga saya buat kad raya guna sehelai kertas A4 sahaja. Itu kad. Itu juga sampul. Design apa2 yang kreatif atas kertas, lipat2 jadi serupa sampul, tulis alamat, tampal stem, pos. Jimat! Hahah! Saya misekin... Tak mampu beli kad raya... Aww~


Kalau dulu, kena beratur beli stem berpuluh2 sebab nak pos kad raya, sekarang, tidak perlu lagi. Hanya perlu klik2 untuk hantar kad raya. Dulu, ada juga yang siap lukis stem sendiri "by hand". Itu kalau kad raya yang by hand lah.


Kalau hantar melalui pos guna stem lukis, mahunya kena maki2 dulu dengan tukang cop sebelum jadi kertas kitar semula. Buat kurang pahala puasa orang sahaja nanti. Ada juga yang tulis mesej untuk posmen "terima kasih encik posmen". Kembang hidung posmen hantar kad raya. Berbunga2 hati posmen. Huhu.


Apa yang pastinya, zaman sekarang fenomena kad raya dah semakin pupus. Orang sekarang lebih suka beri kad raya guna internet atau sms, mms. Apalagilah zaman facebook yang telah digunapakai dalam apa sahaja perkara rasmi. Jemputan kahwin pun dah guna facebook.


Silap2, budak2 zaman sekarang ni agaknya ada yang tak pernah tengok langsung rupabentuk kad raya. Makin hilanglah budaya 10, 20 tahun dahulu yang lebih mengeratkan silaturahim. Kenangan tu semua. Payah untuk dikembalikan semula. Bertuah siapa2 yang lahir tahun 80-an, 90-an. Kan?


  • Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas!
  • Pecah sampan pecah perahu, sudah baca kena balas tau!
  • Buka puasa makan pau, jangan lupa bagi angpau!
  • Ahak! Apa2 je entah lagi pantun mengarut kad raya. Akekeke...
  • Arrr.. Takde ke sapa2 yang nak pos kad raya ke rumah saya? Hehek!
  • Sapa2 nak kad raya hand made, silalah bagi alamat rumah kat tempat komen tu yer.. Kikikikik....










Anuar zain & Elina - suasana di hari raya.mp3

4 comments:

  1. RohrerStrasse 121,70771 Leinfelden-Echterdingen,Germany
    ;)

    ReplyDelete
  2. Aiyoh!~
    Tu nak guna stem apekahh....
    Kikikik~
    Erh.. Kad lagu2 yg yu bagi masa form 4 dulu ade lagi ai simpan..
    Hek hek :P

    ReplyDelete
  3. sy nakkk!!!

    23-1, jalan 3/76d, desa pandan ,55100 kl.

    ReplyDelete

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)