It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Thursday, September 15, 2011

You Had Me From Hello

Omak dan Ayah selepas pulang dari solat sunat Aidilfitri.
Haji Abdullah B. Maidin & Hajah Mahayani bte Haji Dahalan.
Motif frame bunga2? Sebab hati saya berbunga2 bila tengok gambar ni.
Omak Ayah belum sempat menyarung baju raya.
Elok2 je selesai bersalam salaman, rumah dah diserbu oleh kerabat. Huhu.




Assalammualaikum warahmatullah.


Salam sahabat. Masih boleh Salam Aidilfitri tak? Ada lebih kurang 13 hari lagi ke hari akhir Syawal 1432H. Rata2 sahabat blogger update cerita pasal raya. Open house sana sini. Duit raya. Serdak kuih raya. Macam2 lah yang sesuai untuk dikongsikan tentang raya.


Saya?


Gambar raya pun tak ada. Apakan lagi baju raya? Pinjam jeh. Tidak sempat hendak beli. Tiada keinginan untuk membeli pun ada juga. Apa yang pastinya, tahun ini saya dapat beraya di kampung halaman. Tahun lepas macam orang gila. 3 hari sebelum raya langsung tidak sempat untuk memejamkan mata. Mandi pun di opis. Opis dah jadi macam rumah kedua waktu tu.


Puasa pun macam ala2 tidak berpuasa. Manakan tidak? Dah kata langsung tak tidur. Waktu sahur dan berbuka pun dah jadi sama serupa. Mujur ada orang2 kanan atau senang cakap, staff yang sudi meninggalkan makanan dan minuman sebelum saya masuk kembali ke opis. Tau2 sahaja ada air kotak dan roti di atas meja. Bila kala waktu tu sudah terlebih dari waktu sahur, maka akan dijamah pada waktu berbuka di sebelah petang.


Rutin menjelang raya tahun lepas sangat kelam kabut. 24jam di opis. Kalau pulang ke rumah sekaipun, cuma bertujuan untuk menukar pakaian yang dah lunyai dek kerana seharian bekerja. Mujur ada uniform. Sekurang2nya tidaklah berbau sangat. Aje sama dengan ketiak Nepal pula nanti kan? Kadang2 terpaksa mandi di opis juga. Sampai kan saya hanya memakai selipar sahaja di foh.


Pernah satu ketika staff saya ketawa melihat saya keluar dari opis denga kaki seluar yg dilipat dan hanya memakai selipar ketika mengambil dokumen2 dan rekod2 di foh. Selamba saya senyum, buat apa yang patut dan kembali semula ke opis. Tak mampu untuk ketawa walaupun perlakuan saya semacam lawak bagi mereka. Lawak ke?


Bukan tidak pernah sebelumnya saya tertidur di dalam kereta sebelum masuk semula waktu bekerja keesokan harinya. Sambung bekerja seperti biasa selepas tertidur 2 3 jam di dalam kereta sehingga jam 5ptg adalah perkara biasa. Kadangkala akan terlebih juga waktu bekerja. Bayangkan perkara ni berlaku ketika sedang berberpuasa. Mujur saya punya staff yang sangat prihatin walaupun gaji saya lebih 1 angka daripada gaji mereka. Isk.


Kenapa mesti macam tu ya? Gila. Rasa macam segala2nya tidak sempat. Makan entah ke mana. Tidur entah ke mana. Rasa macam poyo pun ada juga. Macam menghambakan diri pula. Mata dah ala2 zombaaaaaaaaa... bak kata Que Haidar dalam filem Zombi Kampung Pisang. Tahu ke tahu tu? Sila tonton yer. Sangat mantap movie tersebut. Memang saya akan gelak sampai muntah walaupun dah lebih 8 kali layan.


Tahun ini, saya pulang ke kampung 4 hari lebih awal. Khamis malam sudah ada di hadapan mata Omak Ayah saya. Cuma, hari raya ke-2 saya sudah kembali ke Puchong untuk mula bertugas pada hari raya ke-3. Tidak mengapalah. Sekurang2nya saya beraya di kampung. Dapat juga membantu apa yang patut untuk menyambut raya. Maklumlah. Masih bujang. Memang dikerah tenaga.


Suka juga saya nak bercerita, raya tahun ni, saya jadi pengaturcara majlis. Semua disusunatur mengikut kehendak saya. Kalu tahun2 sebelum ni makanan akan dihidang kepada setiap tamu, Tahun ini semuanya buffet. Sebab? Kerana tahun ini Nenda tercinta beraya di rumah saya kerana Ayahanda selaku sulung selepas Paklong saya diserang stroke 4 tahun lalu.


Nenda tercinta sudah tidak punya daya yang kuat untuk menguruskan diri sendiri. Jadinya, teratak PakLah diserbu lebih 20 buah kereta pada hari raya pertama. Lupa pula saya ambil gambar halaman rumah yang dah serupa parking lot. Kalau tidak, boleh dikongsi di sini. Tetamu memang tidak terlayan. Percaya atau tidak? Saya berapron sepanjang hari sampai ke petang sebelum semua kerabat berkonvoi ke rumah Paklong pula.


Teringat juga rata2 kerabat saya kata badan sudah kurus. Kecil. Spontan saya jawab bukan sudah kurus, tapi sudah tua. Soalan rutin tiap2 tahun juga sudah lali dipangkal telinga. Mujur juga saya tiada dirumah semasa kerabat adik bongsu Nenda atau lebih mesra dipanggil Atok Busu datang beraya. Kalau tidak, mahu cair tahi telinga kena sekolah kerana masih belum ada pasangan hidup.


Tahun lepas hanya sempat pulang 5 jam pada hari raya pertama. Jam 11pg bertolak dari tempat kerja, sampai di Gemencheh jam 2ptg, pengsan selepas makan sampai 4ptg, bertolak ke Puchong semula selepas Maghrib. Jam 9mlm saya sudah tercongok di foh. Selepas itu, rutin bermula seperti biasa sampailah hari cuti rasmi saya pada hari Ahad minggu yang sama.


Sangat mantap kan? Itu cerita tahun lepas. Tahun sudah2 lebih kurang serupa juga. Cuma malas untuk bercerita. Tahun ini, ada sedikit sedih kerana tidak membeli baju raya. Kalau dulu, tahun2 sebelumnya saya tidak kisah ada baju raya atau tidak, tetapi tetap akan beli. Paling tidak pun, tahun lepas ada juga dapat pelikat baru dari Ayah. Tahun ini saya gelisah. Tapi, finally, memang tidak sempat juga untuk dibeli. Poket kering kontang berdebu.


Sempat jugalah shopping sakan bersama2 anak2 saudara saya di pekan Gemencheh 2 hari sebelum raya. Itu pun kerana rasa kasihan kepada mereka yang Ibu dan Abah tiada. Tidak mengapalah, Alang tak kisah tidak beraya. Asalkan anak2 Alang bahagia beraya. Sedih juga bila terkenangkan perlakuan mereka yang seperti sudah lali dengan ketiadaan Ibu dan Abah mereka. Hmm... Off topic. Aje saya pula yang bermuram durja karang. Kikikik...


Jadi, bagaimana cerita sahabat pula?
Bahagia?
Raya sakan?
Bergaya ala2 mak datin atau yb celup? Apaa celuuupp??
Badan dah naik?
Berpuasa sunat?
Nak buat open house minggu ni? Jangan jemput saya yer. Huhu.
Esok, 3 hari cuti. Apa plan?


Baiklah. Assalammualaikum warahmatullah. Salam Aidilfitri kepada semua sahabat....



1 comment:

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)