It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Sunday, October 30, 2011

Tum Bin.

Assalammualaikum Warahmatullah & Salam Sejahtera Sahabat...


Ada sesiapa yang masih ingat lagi dengan entry tentang asal keturunan saya? Saya berasal dari bumi Gemencheh, Negeri Sembilan. Bonda saya, yang kami adik beradik panggil Omak, dan Ayahanda, yang kami panggil Ayah, kedua2nya berasal dan lahir dari bumi Gemencheh, Negeri Sembilan.


Kami adik beradik juga membesar di bumi Gemencheh walaupun ada antara kami 5 beradik menuntut ilmu di lain2 negeri Semenanjung Malaysia. Saya misalnya, bersekolah di Sekolah Methodist Kuala Lumpur dan kembali semula ke bumi Gemencheh semasa tingkatan 4 dan 5 apabila Ayah saya bersara awal pada tahun 1996.


Susur galur keturunan sebelah Bonda saya adalah kacukan dari bumi Pagar Ruyung dan asli Gemencheh. Majoriti seluruh keturunan adalah di bumi Gemencheh dan lain2 daerah di seluruh Negeri Sembilan. Malangnya, saya kurang periksa pula kami adik beradik adalah merupakan keturunan yang keberapa.




Ada juga pernah saya risik2 daripada sepupu Bonda, iaitu bapa saudara saya yang lebih mesra dengan panggilan Pakteh lebih kurang 2 tahun yang lalu. Tidak pula saya meng'explore' lebih lanjut. Apa yang saya tahu, saya adalah keturunan kerabat yang membuka dan berperang demi bumi Gemencheh.


Arr.. Sebenarnya, apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah susur galur sebelah Ayahanda. Entah kenapa, hati saya meronta2 untuk mencari Datuk yang kata Ayah lebih mesra dengan panggilan Dadaji. Ayah telah terputus hubungan dengan DadaJi sejak bertahun dahulu.


Apa yang saya diberitahu, kali terakhir Ayah bertemu dengan DadaJi adalah semasa saya berumur 3 tahun. Sudah tentu saya langsung tidak ingat bagaimana rupa paras DadaJi yang berasal dari Banglore, India. Orang dagang dari India yang datang bersama arwah moyang yang dikenali dengan gelaran Tanggal Al-Malbari.




DadaJi berkahwin dengan Nenek, Biah Binti Kechut yang berasal dari Gedok Sawah, Gemencheh. Apa yang saya diberitahu lagi, DadaJi kembali ke India dan meninggalkan Ayah yang ketika itu masih kanak2 bersama Nenek di Kampung Gedok Sawah, Gemencheh.


Kemudian, semasa Ayah berkahwin dan melahirkan kami 5 beradik, DadaJi kembali semula ke bumi Gemencheh dengan membawa bersama isteri baru dan anak sulung mereka dari India. Kata Ayah, adik tiri Ayah yang bernama Ismail sebaya dengan Kaklong saya. Rupa parasnya saling tak tumpah seperti Ayah. Itu kata Ayah.


Entah kenapa, hari ini, hati saya tiba2 terasa sayu apabila mendengar lagu2 Hindi di youtube. Kami adik beradik memang membesar dengan filem2 Hindi lama, yang saya tidak sengaja terhafal beberapa lagu. Mungkin kerana darah keturunan India yang mengalir dalam tubuh kami 5 beradik.




Kata Ayah lagi, bahasa pertuturan DadaJi adalah bahasa Urdu dan Hindi. Mungkin juga kerana itu, saya sedikit boleh faham Bahasa Hindi. Hanya kakak saya yang nombor dua sahaja yang ada rupa paras Melayu. Yang lain2, sekali imbas, memang nampak wajah kacukan India. Cuma kami berkulit sawo matang.


Walaupun boleh diambil kira sebagai Melayu, kami sedikit sebanyak membawa genetik India dari keturunan sebelah Ayah. Kadang2, kalau lepak kedai mamak, ada juga mereka bertutur dalam bahasa Tamil dengan saya. Begitu juga dengan adik beradik saya yang lain.


Teringat saya ketika hari pertama orientasi di Universiti 13 tahun dahulu, ada seorang sahabat Singh memulakan perbualan dengan bahasa Urdu. Saya boleh faham apa yang dia cuba sampaikan. Tetapi, saya hanya menjawab dalam Bahasa Inggeris.




Ayah sudah semakin dimakan usia. Kadang2 , ada ketikanya akan menyebut DadaJi yang telah sekian tahun tidak berjumpa. Iyalah, pepatah ada menyebut, carik2 bulu ayam, lama2 bercantum juga. Inikan pula hubungan seorang Bapa dengan Anak.


Saya, kalau boleh mahu mencari DadaJi. Ingin juga sempurnakan harapan Ayah yang meminta saya untuk mencari DadaJi. Entah bila akan ketemu kembali. Kalau DadaJi sudah tiada sekalipun, mungkin boleh saya ketemukan Ayah dengan adik2nya.


Berita terakhir yang Ayah tahu, DadaJi membuka sebuah kilang rempah di Batang Berjuntai, Selangor. Saya tidak tahu bagaimana mahu mulakan pencarian ini. Bolehkah mereka terima jika sekiranya tiba2 saya pergi ke sana dan mengaku saya cucu yang tidak tahu sahihnya?


Entahlah. Buntu. Teringat lagi kata2 Lina yang menyuruh saya cari DadaJi. Tapi bagaimana? Bawa surat beranak Ayah? Gambar DadaJi? Sudah tiada. Bawa terus Ayah ke kilang rempah tersebut? How? I dont know where to begin. How to introduce. Who to talk. Which way to go. I dont even know. DNA test? How? :(




  • Arrr.. Bola menang kan? Den goma boto tu. Monang! Hobin Jang Hobin!
  • Saya sudah pun tertidur sebelum saya menaip entry ini.
  • Sudah nya sampai ke Subuh mata saya tidak mengantuk.
  • Cadang nak lelapkan mata seketika sebelum keluar ke majlis perkahwinan adik sahabat saya jam 11 nanti.
  • Gambar2 chilhood memory tersangat lah olskul! Sila cari yang mana satukah saya.. ;)
  • Tolong kejutkan saya ya!
  • Terima kasih sahabat... :)
  • Salam Sayang Dan Rindu Selalu....


VC di bawah dua versi lagu Hindi bertajuk Tum Bin. 1st version by Kishore Kumar lagu daripada Ayah untuk Anak. 2nd version Mohd Rafii Sahab, lagu cinta. Both are two songs yang saya hafal dari kecil, hingga ke saat ini. Jujur. setitis dua airmata mengalir ketika mendengar lirik lagu2 di bawah ini. Sorry kalau tak suka.








6 comments:

  1. Hehek... Ngah ... Tau tak pasal Atuk Maidin? Paklong Atuk lain. Pakngah kan Atuk lain kan. Maklang sampai Busu Atuk lain. Tau tak tu?

    ReplyDelete
  2. olololo tetomei je gambo kekecik tuh.. tapi u yang mana satu? lama dok perati hehe..

    ReplyDelete
  3. Kan dah kata tu.. "Sila cari yang mana satukah saya"... Akekeke.. Ai nobo Alang .. Nobo 3 dlm family :)

    ReplyDelete
  4. hekhek.. kok di blow rambut ayah maso mudo tuh, dah sejibik cam rambut kamu sekarang.. ejjejejejje..

    ReplyDelete
  5. Ekkk ehhh .... Gambut ni kira kategori kiting jugak ke apa... Ikal2 gitu.. Akakakakak...

    ReplyDelete

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)