It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, November 09, 2011

Panggilan Haji




So...
Salam Aidiladha buat semua.
Saya tiada apa2 yang menarik tentang Aidiladha untuk dikongsi. Sabtu gerak balik kampung selepas lunch bersama mem di Kajang. Kali pertama lalu LEKAS. I mean, alone. Hehe. Memang selalu lalu PLUS. Pemanduan yang sangat2 perlahan ala2 santai gitu. Konon mahu elak traffic jammed. Tapi, tetap banyak juga kenderaan lain yang menyesakkan tol. For the 1st time juga saya tidak topup T'n'Go. Padan muka saya.




Sampai around 6pm. Tolong nyibuk2 apa yang patut. Malam, lepas maghrib gerak ke Tampin dengan parents, beli2 dan ngepow apa yang patut di Giant Tampin. Balik, melayan anak2 buah yang dah nak tidur. Layan movie di HBO. Tengah malam layan baby Amanie Mardhiah binti Ahmad Syaufiq pula. Sampai mengantuk.




Pagi raya, bangun tidur jam 10am++. Memang tidak ke masjid. Mandi2, sarapan pagi nasi Impit + lauk2 bersama adik beradik. Kemas2 apa yang patut. Lepak2 tengok tv. Tengahari, bersama Ayah, kerjakan daging + kaki lembu korban untuk dibuat sup. Hidupkan api, Rebus daging, sambil + bersihkan halaman rumah + main bakar2 semak.




Lepas Zohor, layan tv. Layan kerenah anak2 buah lagi menonton filem2 3D. Sambil membuli + paksa rela anak2 buah urut2 belakang. nGehehe. Rasanya ada 3 filem yang ditonton. Juga ada rancangan2 tentang Haji di Oasis. Mant0p! Memang hantu tv rupanya saya kan?




Malam, selepas maghrib, ada tamu. Pekerja2 Indon datang makan2. Layan2 sekejap sampai jam 9pm++. Lepak santai bersama family sambil makan2. 10pm++ adik beradik start berkemas2 untuk pulang ke rumah mertua masing2. Malam, sunyi. Layan TV sampai subuh.





2nd day, bangun pagi dalam 10am juga. Mantap! Sapu + mop satu rumah. Sangat rajin! Breakfast bihun goreng + mee goreng + coffee tongkat ali. Layan TV lagi. Dan lagi dan lagi sampai tak tau nak pilih channel mana. Hehe.




Lepas Zohor, bersama2 Omak dan Ayah gerak ke Melaka cari sparepart lori. Berhenti lunch di Durian Tunggal, Melaka. Balik, sampai rumah, tidur sekejap. 5pm++ Ayah kejutkan, tanya jam berapa nak balik sebab kata Ayah, kereta dah banyak.





So, mandi2. Siap2 packing. Check enjin. Panaskan enjin kereta, 6.30pm gerak balik ke Puchong. Jalan sangat sesak. Cadang ikut jalan kampung tak sesak macam PLUS. Rupanya sama juga. Sudahnya, masuk Plus juga di Pedas pada jam 10pm++.






1st time memandu dalam keadaan mengantuk + letih. Berapa kali terlelap agaknya. Ke tepi ke tengah kereta. Alert sekejap bila kala di hon oleh kereta di sebelah lorong. Around 11pm berhenti di Hentian Nilai. Tidur sekejap. Tidak dapat mengingat pula jam berapa teruskan perjalanan.




1am sampai di Ruvena Villa. Salin baju. Kemas2 apa yang patut. Baring. Menyesal sekejap kerana tidak dengar kata Omak yang suruh balik selepas Subuh Selasa. Terbayang2 sekejap betapa seksanya pemanduan yang normalnya hanya 1 jam setengah atau 2 jam pada hari2 biasa. Berangan2 sekejap. Terus lena sampai pagi.





  • Orait! Serupa diari pula kan?
  • Sila abaikan toto bunga2 di atas katil tersebut kerana it's the best 'sarang' ever. Toto pinjam bilik Omak Ayah. Akekeke..
  • Di kala ini, Takbir Memuji Ilahi masih lagi berkumandang di surau Ruvena Villa. :)
  • Sila karoke di VC di bawah ya. Lagu ni sangat glemer dulu jaman kanak2 tiap kali musim haji. Huhu.
  • Tata. Assalammualaikum warahmatullah.
  • Salam Sayang dan Rindu Selalu. =)





2 comments:

ed shokolath said...

hamboi... panjangnyer entri.. hahahahaahahahah

Alang AD said...

Pasal ada gamba tu yg jadi panjang tu.. Akekekekekkk... Ada mana dah? Salam Paktam Maktam yerr..

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)