It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Sunday, March 17, 2013

Untitled

Hulala. Assalammualaikum Warahmatullah Salam Sejahtera Sahabat.

Hari ni, Ahad. Seperti biasa, masa terluang hujung minggu akan dihabiskan dengan menonton tv sampai lebam. Kalau dulu, time kanak2, Omak selalu kata baca buku dari kulit ke kulit. Sekarang, tengok tv dari cenel ke cenel lah pulak. Kan? Haha! Apa aktiviti uols hari ni?

Riuh betul bunyi di bawah nun! Semalam, pengumuman di dewan bunyinya macam ada gotong royong bersihkan kawasan apartment. Tapi, macam tak meriah pula bila dijengok? Abaikan aje la...

Hari ni juga ada jemputan makan preeeeeee di Kapar, Klang. Motip letak eee banyak2? Sebab dah lama teruk tak rasa nasi minyak orang kenduri kahwin. Haha! Jam dah menunjukkan pukul 12. Tik tok! Tik tok! Tik tok! Liatnya nak pergi mandi.

Semalam, jam 12 baru terjaga dari lena. Kenyang tidur! Petang lepas Zohor terlena lagi sampai jam 7. Terabai sahabat yang ajak berpeleseran di Sunway semalam. Macamana boleh lena agaknya entah?

Ni kejap lagi mahu mandi manda, pahtu siap2 terus keluar. Ke mana? Entahlah... Tengoklah ke mana arah stereng dipusingkan nanti. Akeke. Tempat pertama nak pergi: Kedai Suba. Rambut dah ala2 nak kena denda dengan pengawas kalo time sekolah dulu. Tak pun, ala2 nak kena gunting dengan cikgu disiplin. Haha!

Cadang macam nak lepak Kajang. Ada juga terfikir nak ajak Uj lepak karaoke. Ada juga terlintas nak ajak Lina tengok wayang di Alamanda. Cadang aja tu. Silap2 kang, sampai ke malam melepet macam lempeng layan tv. Haha! And the worst is... terasa macam nak pergi kerja. Cemerlang sangat!

Okay! Salam Rindu Dan Sayang Selalu.... Tata! ;-)

No comments:

Post a Comment

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)