I wonder how
I wonder why
Yesterday you told me 'bout the blue blue sky
And all that I can see is just a yellow lemon-tree
I'm turning my head up and down
I'm turning turning turning turning turning around
And all that I can see is just another lemon-tree
Lama tak dengar lagu nih ..
...Sedang melayan sahabat lama.. Juan Danza ke udara di Wheelerz Net Radio. Baru sahaja saya invite hari ni untuk sama2 memeriahkan suasana Wheelerz yang kekurangan DJ aktif. Satu ketika dulu ramai. Terlalu ramai sampai berebut nak On Air sampai gaduh2 manja gitu. Sekarang hanya tinggal Dj2 yang tegar tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas..Hehe.. yang masih mencuri masa - masa peribadi yang terluang untuk menemani para pendengar yang masih lagi setia memberi sokongan mereka. Berapa banyak "yang" entah.. belasahhhh.. haha...
Seketika terimbau kepada kenangan betapa meriahnya Dj2 online bersatu di satu siaran yang boleh dikatakan begitu gah satu ketika dulu. Hari ini, majoriti antara Dj2 yang pernah berpaksi di bawah satu akar dulu sudah pun menerbitkan channel2 sendiri. Ada yang berjaya. Ada yang terlungkup. Ada juga Dj2 yang terus hilang mem-bizi-kan diri dengan kehidupan masing2.
Saya? pernah juga menghilang dan menerbitkan channel sendiri sekadar suka2 melayan pendengar2 yang masih lagi setia selepas tiba2 tersungkurnya channel yang begitu gah dulu. Masa yang sama, masih lagi ber-Dj jika dijemput untuk On Air di channel rakan2 Dj yang lain. Sahabat yang dah macam adik badik yang memperkenalkan saya dengan radio online yang satu dulu itu pun sudah semakin menyepi. Unless kalau saya tiba2 gatal menggodek software di pc ketika melepak di rumahnya, dia akan tumpang On Air sama. Itu pun sudah sekian lama saya tidak jejak kan kaki ke rumah Atok dan Neneknya. Ouh! Lupa nak info .. Dia tinggal dengan Atok Nenek.
Terima kasih kepada Dj Tom Kuruzz yang sudi mengajak saya Dj di WNR ketika mula channel ini diwujudkan. Terima kasih kepada saudara Mohd Rizan yang memberi kepercayaan kepada saya untuk terus bergelar Dj di WheelerzNetRadio sehingga ke saat ini.
Tenggelam timbul saya dalam WNR. Namun anda berdua masih lagi mengekalkan saya di WNR.
Terima Kasih kepada Dj Qaseh Anna Delaila yang boleh dikatakan antara Dj tegar yang sama2 menaikkan WNR sehingga kini.
Selamat Datang dan terima kasih kepada Dj Sam Kazuma yang sudi meng-offer diri untuk menjadi salah seorang Dj di WNR.
Selamat datang dan terima kasih juga kepada sahabat Juan Danza yang sudi menerima tawaran saya untuk menjadi Dj WNR pagi2 tadi. Sorry uols! Ai tak gtau pun invite Juan pasal ai tau kebolehan dan bakat dia. hehe.
Doa dan harapan semoga WheelerzNetRadio Lemon Tree ini akan kekal di persada dunia radio atas talian dan akan gah seperti nama2 besar radio tempatan di Megahertz satu hari nanti. InsyaAllah .. :)
Maghrib dah...
Afk dulu. Bila2 nanti update lagi. InsyaAllah.
Salam RIndu Dan Sayang Selalu. Ta. Ta.
Salam RIndu Dan Sayang Selalu. Ta. Ta.