Hah!~ Baru sampai ke rumah. Tak tau apa nak buat. Tadi, aTunG sms. Katanya, dia di Times Square. Masa tu baru je pukul 2 ptg kalau tak silap. Hendak pergi. Tapi, kesibukan mengatasi segalanya. Balas sms aTunG, sambung menyibukkan diri.
Hampir jam 4ptg, sms ke dia. Beritahu hendak ke tempat dia untuk berjumpa dan makan bersama. Katanya mahu ke 'carwash' mencuci kereta. Kami tetapkan untuk menunggu di lot kedai di kawan rumah dia. Maksud, siapa sampai dulu, dia tunggu.
Jam 5 petang. Keluar. Ke Kajang. Niat makan bersama dia + kembalikan kemesraan seperti biasa. Tak lama, lebih kurang sejam habiskan masa bersama dia. Seronok. 'Blebeb!~ Blebeb!~' Bunyi katak di hp. Sms daripada aTunG mengatakan dia dan yang lain berada di KTV Jln Imbi.
Hampir jam 7mlm saya memandu ke arah KL semula. Cadang mahu ke Jln Imbi menyertai mereka. Tiba2 hujan lebat ketika sampai di tol Sg. Besi. Memikirkan keadaan lalulintas di 'Starhill' membuatkan saya menagguhkan dahulu tujuan saya. Berhenti seketika di Stesen Petronas Bkt Jalil kerana keadaan jalanraya yang sangat kabur. Tidak sampai 10 minit berhenti, saya lihat semakin ramai pemandu yang memberhentikan kenderaan. Macam berkonvoi pula. Hehe!
15minit saya masih lagi di Petronas Bkt Jalil. Masih lagi menunggu keadaan cuaca reda. Tapi malangnya hujan seakan tidak mahu berhenti. Akhirnya saya membuat keputusan untuk pulang sahaja ke rumah. Perjalanan diteruskan ke arah Puchong melalui Stadium Bkt Jalil. Hujan semakin lebat. Jalanraya di hadapan stadium seolah dinaiki air. Semua pemandu memperlahankan kenderaan. Perasaan malas di hati saya berkata, alangkah baiknya kalau saya teruskan ke arah Lebuhraya Kesas tadi. Sememangnya saya malas memandu dalam kesesakan lalulintas.
Lebih kurang 8.30mlm sampai di hadapan IOI Mall. Mata melirik ke HP. Ingatan terpanggil untuk mendail nombor Buntal. "Aku di Jln Semarak, kem Futsal", jawapan darinya membuatkan saya melajukan kereta terus ke rumah. Hujan masih lagi membanjiri jalanraya membuatkan semua pemanduan menjadi sangat2 perlahan. Rasa lenguh menekan pedal minyak membuat saya berhenti seketika di tepi jalan selepas masuk ke simpang arah Puchong Perdana. Malas betul rasanya memandu dalam keadaan kesesakan begitu.
Sampai ke rumah, parking penuh pula. Satu petak kosong di blok sebelah. Naik ke atas, hp tertinggal dalam kereta. Turun semula ambil hp. Dua misscall dari ayah. Masuk ke rumah. Bergayut sekejap dengan ayah. Layan perasaan dengan 'keyboard' sekejap. Pergi ke dapur, masak air. Masukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh. Baring di dalam bilik. Layan Rubik's Cube. Bosan. On pc dan terus mengarang. =) Hujan sudah berhenti semasa saya tamat menaip entry ini =P
