It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, March 11, 2009

--==[[ Letih!~ ]]==--






Hari ini, waktu malam saya dihabiskan di Rubik's Zone. Niat hati ingin hantar 5 buah kerusi yang baru sahaja dibeli di Kajang bersama dia selepas waktu bekerja tadi. Sempat juga singgah di Watson. Saya beli L'oreal Studio Invisi'FX Gel yang berharga RM16.70. Dia beli Neutrogena yang berharga RM0.77. Ha? 77sen? 77sen?? Haha! Sempat pula juruwang Watson kata jangan tanya banyak2 kali. 77sen? Tidak boleh diterima akal betul! Ahak!

Sampai di Putra Perdana. Belok kiri ke Rubik's Zone. Parking. Matikan enjin kereta. Turun. Angkat kerusi2 ke dalam. Susun di sebelah monitor2. Duduk bersila di tengah2 Rubik's Zone. Berfikir. Apa yang akan berlaku esok lusa. Apa yang akan dilakukan esok lusa. Apa yang bakal dihadapi esok lusa. Macam2 yang bermain di fikiran. Berjayakah? Majukah? Tiba2 rasa keliru hadir. Bangun. Ambil berus cat. Buka tin cat berwarna 'ocean blue'. Terus sapukan cat ke bahagian dinding yang masih lagi putih bersih.

Dalam perangkaan, sepatutnya operasi bermula pada awal Mac. Esok, Rabu, 11 Mac. Khamis, Jumaat. Sabtu majlis perkahwinan Pak Kerul. Bapa saudara yang hanya beza 2 tahun umurnya dengan saya. Huehue. Adik Pak kerul, Ucu Siti, sebaya saya dah ada dua orang anak. Kena balik Gemencheh pula hujung minggu nanti. Rubik's Zone sudah 60% siap. Lambatnya!! Aduh!!

Semalam, Uncle, Obiwan, AtokGenit dan Kokak datang melawat2. Uncle check semua lampu. Obiwan buat ukuran meja yang akan dibuat. Tapi, tidak jadi pula suruh Obi buat meja. Harga yang Obi tentukan lebih mahal dari harga meja2 yang telah ditempah. Macamana ya? Semalam ada juga beritahu Obi, kalau tidak jadi, jangan kecil hati. Harap2 Obi tidak kisah. Khamis mungkin Uncle datang untuk siapkan beberapa perkara yang masih terbengkalai. InsyaAllah.

Jarum jam hampir ke nombor 1. Mata semakin kelat. Semakin dara bak kata Hotun. Cet! Letih betul rasanya. Mandi? Malas. Esok pagi sahaja. Sejuk! Ahak! Negeri Putra Perdana memang sentiasa sejuk. Cuci muka. Tidur. Huehuehue! Baiklah. Doa dan harapan saya, minggu depan Rubik's Zone akan siap sepenuhnya. Niat mahu buat doa selamat nanti. InsyaAllah.

Salam Rindu Dan Sayang Selalu...
--==[[ PrOpErTy Of BadTz ]]==--

**Vc dari lagu yang saya guna untuk background muzik semasa saya 'on-air' [ dalam kenangan ajelah! =( ada sapa2 yang familiar dengan lagu ini? =(
**Bawak diri jauh2.... =(
**Rindu nak on-air =(



Friday, March 06, 2009

--==[[ Sigh!!~ ]]==--


I love the way u make me laugh. I love the way u make me cry. Tears of joy stream from my eyes. As i hear ur voice, a loving surprise. I love u when u're angry. I love u when u're sad. I love u when u're glad. When u tell me of the day u had.

I love u truly. I love u deeply. Ever since the day. I let u meet me. I missed u when u left. I miss u now more than ever. When i made a mistake that i regret. Hoping that u are a forgiver.

Without u, my life is strife. Be with me. Together forever, an eternal dance. I wait for u as the days go by. My love is growing inch by inch. I cannot wait to see u again. But i wait for u, n ur warm kiss. I love u... =)


Tuesday, March 03, 2009

--==[[Normalkah ?!~ ]]==--





Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

Pertama.
Terima kasih untuk 'mem' dan diri sendiri sebab bertungkus lumus (kunun2 je nih) keluar masuk TM Point selama lebih kurang 2 minggu lebih (ni pun kunun2 gak! ahak!~). Tapi memang ada juga keluar masuk TM Point itu. Huehuehue!~


Kedua.
Terima kasih tidak terhingga untuk Hotun yang membantu saya menyelesaikan hal2 streamyx yang macam2 ini. InsyaAllah ai lanje yu sate Kajang nanti. Huehuehue!~ Muah2!~


Ketiga.
Terima kasih juga untuk streamyx yang men'down'kan diri sepanjang waktu tersebut. Sebab? Rutin harian saya berubah sama sekali. Maksud: Saya jadi orang normal. Huehuehue!~



Entry terakhir saya sebelum talian internet saya bermasalah adalah entry --==[[ Junior!~ ]]==--. Semenjak itu saya berubah jadi manusia paling normal (untuk diri sendiri okek!). Haha!~ Tidak pula saya ingat bila mulanya melanggan streamyx. Cuma, sejak ada internet, kehidupan boleh dikatakan sangat2 tidak normal. Selagi celik mata, selagi itulah saya di depan pc. Sebelum ada internet pun begitu juga. Layan permainan komputer sahaja. Kalau dikira koleksi permainan komputer yang dah khatam, saya rasa, boleh buka gerai jualan 'second hand' agaknya. Normalkah?



Biasanya pc akan sentiasa on berhari2. Selagi tidak keluar dari Puchong, selagi itu lampu modem akan menyala, pc akan menyala, kipas akan berputar ligat. Seminggu. Berminggu - minggu. Kadang - kadang sampai sebulan online tanpa henti. Mungkin lebih. Keluar dari rumah pun pc akan on. Pendek kata, kalau tiada sebab yang munasabah, saya akan sentiasa online. Normalkah?



Kenapa saya jadi manusia normal? Sebab rutin harian saya berubah 100%. Kalau dulu, 3 minggu lepas, pc akan jadi sahabat paling setia semasa berada di rumah. Sekarang, pandang sebelah mata sahaja. Rasanya hampir sebulan pc ni berehat. Casio Keyboard pula menjadi tempat untuk melentik2 kan jari jemari. Hampir sebulan juga kipas di ruang tamu ini tidak berputar. Hampir sebulan juga router keluaran AzTech ini tidak berkedip2. Hampir sebulan juga Junior tidak bersantai dia atas meja pc ini. Hampir sebulan juga saya terperap di dalam bilik sepanjang malam. Sebab, televisyen saya letakkan di hadapan katil di dalam bilik. Normalkah?



Kenapa saya jadi manusia normal? 3 minggu lepas dan hari2 sebelumnya waktu tidur saya tidak menentu. Paling awal sekitar jam 3 atau 4 pagi. Pagi saya akan jadi pagi yang kelam kabut. Rasa seperti mahu merusuh. Cepat marah. 'Blur'. Bunyi jam loceng juga selalu terabai. Sekarang, belum sampai waktu tengah malam saya dah mula rasa mengantuk. Paling awal saya tidur jam 9 malam. Bangun pagi sebelum jam berbunyi. Keadaan yang sangat2 segar. Gembira. Senyum sentiasa. Selagi tidak mengganggu emosilah. Normalkah?



Kenapa saya jadi manusia normal? 3 minggu lepas saya akan keluar rumah dengan pakaian yang tidak bergosok! Ahak! Pemalas! Keluar dari kereta dengan kaki yang berstokin dan selipar jepun dah menjadi kebiasaan. Sekarang, rajin pula menggosok pakaian. Kalau terlebih rajin, stokin pun licin. Dulu, keluar dari rumah dengan perut kosong. Sekarang, rajin pula masak air. Dulu, mandi pagi ala kadar sahaja. Sekarang, mandi pagi paling cepat 15 minit (Jangan tanya buat apa okek!!~). Ahak! Normalkah?



Kenapa saya jadi manusia normal? 3 minggu lepas saya tidak hiraukan keadaan rumah. Selagi tapak kaki tidak rasa berpasir, selagi itulah rumah tidak berkemas. Tidak teratur. Sekarang, bersepah sikit sahaja akan buat saya rasa sakit mata. Dulu, mesin basuh tidak akan berputar selagi tidak habis 'underware' bersih dalam simpanan. Kadang2 sebulan sekali baru mendobi. Sekarang, belum sempat penuh bakul pakaian kotor, maka berputarlah mesin basuh automatik di dapur tersebut. Hakhak! Normalkah?



Sebenarnya, internet bukan sebab utama saya tidak online. Tetapi, boleh dikatakan banyak perkara buruk yang jadi lebih baik semenjak internet saya bermasalah. Dulu, resah gelisah saya ke arah TC dan juga RV. Sekarang, banyak hal lain yang lebih penting yang perlu difikirkan. Rubik's Zone sudah 40%. InsyaAllah, bulan April nanti akan siap 100%. Maka akan berubah juga rutin harian saya nanti. Semua yang berlaku ada hikmahnya.



Kepada sahabat2 saya di dunia maya, saya mohon maaf sekiranya ada antara anda yang menanti2 kehadiran saya di YM atau di mana2 ruangan chat yang selalu adanya saya. Mungkin ada, mungkin tiada. Ada juga saya online menggunakan broadband atau internet yang sentiasa dc. Tapi, cukup sekadar melayan online game. Itu pun ID utama sahaja. Hari ini, internet saya sudah pulih sepenuhnya. Cuma, saya sudah tidak ghairah melayari internet seperti dulu.



Ghairah saya lebih kepada tumpuan saya untuk Rubik's Zone. Terima kasih kepada Cemey yang memberi peluang dan mempercayai saya untuk menjayakan Rubik's Zone. Terima kasih juga di atas segala bantuan yang tidak kenal erti penat lelah. Mungkin ada antara anda yang tidak tahu apa itu Rubik's Zone. InsyaAllah, siap sepenuhnya nanti akan saya update ke dalam blog saya ini. Terima Kasih semua. Terima Kasih.



Salam Rindu dan Sayang Selalu...
--==[[ PrOpErTy Of BadTz ]]==--




Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)