It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Saturday, August 22, 2009

--==[[ Harapan Ramadhan!~ ]]==--


Assalammualaikum warahmatullah ...


Rata2 entry rakan2 blogger semuanya update tentang puasa. Bulan Ramadhan tiba lagi. Kita umat Islam akan mejalani ibadah puasa selama satu bulan. Bersahur pada waktu dinihari, menahan lapar dahaga, mengawal nafsu dan menjaga perbuatan.


Tidak lengkap rasanya bagi kita menjalani ibadah puasa apabila belum bermaaf-maafan dengan semua orang yang kita kenal. Untuk berbuat baik, tentu harus diawali dengan hati yang bersih bukan?


Datangnya Ramadhan tahun ini saya sambut dengan keadaan kesihatan yang tidak membolehkan saya berpuasa. Demam. Muntah2. Saya bersahur. Tetapi, menjelang tengahari, saya tidak mampu lagi untuk menahan kesakitan yang saya alami.


Badan terlalu panas. Sendi2 semua terlalu sakit. Pedih. Kepala bagai nak pecah. Mual, muntah2. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Semalam, dalam perjalanan pulang ke rumah, saya terpaksa berhenti beberapa kali di bahu jalan kerana tidak dapat menahan rasa sakit yang teramat di kepala.

Kalau ikutkan hati, mahu saja saya berpuasa. Tapi, apabila memikirkan H1N1 yang semakin merebak sekarang ini, saya menjadi takut pula. Saya berseorangan. Kalau apa2 berlaku, tiada siapa yang tahu. Jujur, saya memang rasa semua symptom H1N1.


Berat hati. Terhuyung hayang saya berjalan ke dapur. Masak air. Rendam oat. Buat air milo. Tapi, saya terduduk. Saya hanya mampu memandang sahaja semangkuk kecil oat dan segelas air milo. Saya tidak mampu mengangkat kedua2 nya ke atas meja makan di ruang tamu.


Agak lama, hampir sejuk air milo, baru saya mampu untuk bergerak. Sedih. Terasa rugi tidak berpuasa pada hari pertama. Tapi, apa yang harus saya buat? Kalau tidak makan, badan jadi terlalu lemah. Perut terlalu pedih kerana muntah2. Badan akan jadi semakin panas kalau ubat tidak ditelan. =(


Waktu ini, saya baru sahaja terjaga dari lena. Panas badan pun dah kurang. Bantal, tilam, basah dek kerana peluh. Pagi tadi, selepas bersahur, saya bercadang untuk pulang ke kampung, ingin berbuka bersama keluarga. Tapi, apakan daya. Saya tidak mampu untuk memandu dalam keadaan diri saya seperti ini. =(


Malam? Kepala terlalu sakit. Entahlah... Kalau larat, Kalau mampu, saya akan pulang juga malam ini. Erm.. Doakan saya semakin sihat ye. =( Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berbuka Puasa kepada semua.


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak ..
Selamat Menjalani Ibadah Puasa ...
Jgn Ponteng Pose Kalo Takde sebab ..
Heuhue ..


Harap2 Puasa Tahun Ni Penuh .. InsyaAllah ...
Harap2 Dapat Habiskan Mengaji Puasa Tahun Nih .. InsyaAllah ..
Harap2 Dapat Beli Baj...u Raya Tahun Nih ... InsyaAllah ...
Harap2 Ayah Tak Bagi Tender Cat Rumah Untuk Raya Tahun Nih .. Ekekek ..
Harap2 Dapat Duit Raya Lagi Dari Pakcik2. Ahak!~ Ai Laik!~
Harap2 Bertemu Jodoh Raya Tahun Nih . AHak!~
Harap2 Rakan2 Semua Pose.. Jagan Tak Pose.. Heuheuhue..


Dah .. Abeh .. Doa Dan Harapan .. Semoga Sahabat2 Semua Bahagia Selalu Hendaknya Di Samping Apa Jua Tugasan Harian Di Sepanjang Bulan Ramadhan Tahun Ini .. =)


Ikhlas .. Bard Syah .. =D




  • Sedih bila tak dpt puasa pada hari pertama. Tapi, bila time sihat tak puasa tak rasa macam ni pulak. Isk.
  • Apa lah yang Omak ngan Ayah masak untuk berbuka puasa ari ni agaknya.
  • Tak tau lah nak taip apa lagi.
  • Next entry .. Rasanya nak pindahkan entry Ramadhan tahun lepas di fotopages ke sini. Tapi, tak tau lah bila .. Huehue ..
  • Atas tu sbnrnya ucapan kat Fesbuk .. Kopipes kat sini..
  • Oke .. Nak mandi. Siap2 balik Moncheh.
  • Harap2 balik nanti demam dah oke.
  • Ermm ... =(





Friday, August 21, 2009

--==[[ Kepsi!~ ]]==--

Signbord yang menandakan anda telah pun sampai ke pekan koboi Gemencheh..
I do love my Kampung .. =D


Haa... Assalammualaikum warahmatullah para sahabat ...

Sudah lama tidak update. Apa khabar semuanya? Sihat? Sudah makan? Hehe!~ Ahad, 3 Mei 2009. Saya pulang ke kampung. Gemencheh, Negeri Sembilan. Terjaga dari lena pada pukul 1.03 tengahari. Terima kasih kepada dia yang buat panggilan. Kalau tidak kerana panggilan daripada dia, entah jam berapa pula saya bangun tidur agaknya.

Bangun. Mandi. Bersiap. Masukkan seluar slack berwarna krim, 'underware' dan keperluan lain ke dalam beg. Capai 2 helai t-shirt dan sehelai kemeja di dalam almari. Keluar. Singgah ke rumah Bujal di Puchong Intan. Ada hal penting. =D

Bertolak dari puchong jam 3 petang. Lebih sikit! Hek! Lebuhraya lenggang pada awalnya. Perut terasa lapar. Berkira2 untuk berhenti menjamah makanan di Hentian Nilai. Ramai sangat pula! Teruskan perjalanan.

Setengah jam kemudian, lebuhraya mula sesak. Elok2 120km/j, tiba2 brek kecemasan pula. 20 minit semua kenderaan jadi siput. Hek! Rupa2nya ada kemalangan. 4 buah kereta di lorong tiga. Mujur tiada sesiapa yang cedera. Lebuhraya kembali lengang. Speeding lagi.

Tak sampai 15minit, semua pemandu brek kecemasan lagi. Kali ini agak lama. Jadi siput sedut pula. Ahak! Kejang kaki main2 pedal minyak. Lebih setengah jam. Hampir terlelap pun ada juga. Cuaca panas terik.

....Nobody wanna see us together...But it don't matter no...Cause I got you babe...Nobody wanna see us together...But it don't matter no...
"Ha! hello!"
"Hello! Kenapa nampak hidung aje tu?"
"Ha? Hidung apa lak?"
"Angkat la hp tu..."
"Dah angkat la nih.. Guna headphone.. "
"Video call la! Ish dia nih!"
"Ha? Eh.. Tak pasan la... ekekekek!"
"Kat mana tu?"
"Hiway.. Somban.. Jem gile ni jalan.."
"Jem? Nak ke KL ke .. ke mana tu?"
"Aih! Nak balik moncheh la..."
"Kenapa jem lak? Sebelah sana jem?"
"Tak pulak... sana clear.. ke selatan yang jem.."
"Bagus la macam tu.. betul ke tak jem sblh sana tu?"

Buka tingkap, angkat hp tinggi2 ke arah lebuhraya sebelah.
"Tu. tengok2.. tak jem langsung.. clear!"
"Iye? Clear nya.. clearnyaa.... hakhakhak!"
"Ceh! Main2 pulak..."
"Yelah2.. oklah.. tataa!"
"Hah! Oke.. daa!~~"

Tutt! Tutt! Tutt! Panggilan daripada dia. Tiba2 hilang rasa mengantuk. Perjalanan diteruskan lagi dengan kelajuan ala2 siput sedut meniti batu. Sabar! On radio. Payah pula cari fm yang menarik di tengah2 lebuhraya.


  • Entry jaman bila entah nih .. terbengkalai .. tergantung .. baca je la . ekeke .. Tarikh draft ni 4 Mei 2009 ..
  • Ada dlm draft .. Rasanya taip kat gumah Moncheh kot.. Tapi tak publish ..
  • Nih tetiba lak ter publish . Ehueheu ...
  • Entry yg ter eksiden . Ekeke ..
  • Lagu .. layan kan ajelah! Ahakhakhak!~
  • Moral Of The Story .. Jangan Buat Panggilan Video Semasa Org Yg Ingin Anda Call Tu Tgh Memandu .. Nanti Nampak idong jeh.. Wakakakaka!~



Wednesday, August 19, 2009

--==[[ Selamat Datang Qaseh!~ ]]==--



Abang dgn Kakngah planned nak letak nama "Qaseh Naurah Zunurrain" yang bermaksud "Kasih Bunga yang mempunyai 2 cahaya".

Tapi, ramai yang komen nama tu panjang sangat.

Mungkin Qaseh Zunurrain kot? Belum dibincang lagi.


Email yang saya dapat daripada abang ipar saya, Abang Razib, suami kepada Kakngah saya. Kakngah baru sahaja selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada subuh semalam. Selasa malam Rabu. Waktu yang paling tepat tidak pula saya ketahui. Ekekeke...

Saya doakan Qaseh dikurniakan dengan cahaya seperti maksud yang terkandung pada namanya. Bertambah lagi seorang cucu Paklah. Tambah lagi sorang baby girl. Jadi lima semua sekali. Sulung lelaki, empat perempuan. Harap2 bertambah2 meriah lah Raya tahun ni. Ehehe.. Puasa pun belum, dah cerita Raya pula.

Lama betul nak tunggu Qaseh ni keluar. Dari Rabu minggu lepas Kakngah masuk ward bersalin Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Dekat seminggu baru dia lahir. Alhamdulillah. Selama itu jugalah kami sekeluarga menunggu dengan penuh risau. Mana tidaknya, lama tu. Katil sebelah2 katil Kakngah dah berganti2 orang, Kakngah masih menahan sakit lagi. Isk . Kesian Kakngah.

Alang doakan Qaseh akan menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti. Lamo boto la Alang nak tunggu ekau kua. Maso Alang ado kek sanun 3 aghi, ekau dok diam2 tak maun kua. Alang dah balik sinya baghu ekau nak kua. Uhuk!~ Daghipado tak soba2 nunggu, sampai dah takdo ghaso nak tunggu baghu ekau lahir. gRr...

Nanti dah bosa jangan naka2 eh. Donga kato Kakak Nabila, Kakak Natasya ngan Kakak Arissa. Kakak Bila tu garang tu. Kakak Tasya suka mengusik. Kakak Usha tak tau pangai dia camano. Kojap oke. Kojap tak oke. Ikot mood dio la. Hueheuheu...

Oke.. Done.. =D


  • Selamat datang ke dunia yang penuh pancaroba ini ...
  • 5 tahun nak tunggu anak Kakngah ngan Abg Razib nih ... Alhamdulillah ..
  • Mak Sue kem salam kat Qaseh .. Oke.. Hueheuheu..
  • Lagu bawah nih utk Qaseh. Sebab .. Ibu Ayah Qaseh suka sangat2 dengan lagu ni..
  • Sesuai lagu ni untuk Qaseh .. =)




Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)