It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Saturday, February 06, 2010

--==[[ Munajat Cinta!~ ]]==--

Picture taken from my bedroom window. Hehe. Maximun zoom.


Baru sahaja sampai di rumah. Tadi, meeting MobileIrc di Kelana Jaya. As, uj, Zam, Uncle, Rentung dan Obi yang hadir. Waktu yang ditetapkan jam 9 malam. Mula meeting nya jam 10 malam. Janji Melayu. Saya pula, lepas setengah jam menunggu baru ada hati nak call. Huhu. Meeting ditangguhkan sehingga minggu hadapan.

Entah kenapa, sepanjang perjalanan tadi hati terasa sayu semacam. Tidak tahu pula apa punca. Sunyi lain macam pula. Kenapa entah? Macam2 yang difikirkan. Lagu Munajat Cinta ni dah berapa kali main entah. Dari dalam kereta, dengar guna hp dalam perjalanan pergi dan balik. Sampai depan pc ni pun on kan lagu yang sama. Ish ...

Rindu? Rindu gelak tawa bersama mereka. Tapi, hati ni macam terlalu keras pula. Ada lah juga ketawa, tapi, tak macam selalu. Isk.. T0uching pula tiba2 ni. Tadi, selama 3 jam lebih bincang2, sikit pun tidak terlintas hati untuk bertanyakan khabar mereka. Kalau boleh, rasa malas untuk memandang wajah, bertentang mata.

Hmm. Terluka sangat kot? Tidak mengapalah. Lagi di fikir, lagi pening kepala. Kalau tidak kerana memang ada perkara penting yang perlu dinbincangkan, tidak mahu saya adakan meeting tadi. Arr... Taip dalam english boleh?

Dear My Best Friend ...

I was sitting there thinking of the words i wanted to say, but they just wouldn't come out right. So, i found a differnet way, i take a piece of paper and i wrote something for you. Just to say that i am sorry. For the 2nd time i guess. But, unfortunately, there's no way to give it to you .

Thank you my best friend. For everything you do. For always being nice to me. For staying by my side. For helping me fix my problems. For never leaving me behind these 2 years. For accepting my thoughts and feelings. Though you do not understand for never giving up on me and being my best friend.

For making me laugh and letting me cry in everything that mean to me. You could never know in some ways you've changed my life. But i could never show. A month before, you care in almost everything about me. And though it so incredible that's just the way you are.

Now, my friend, before i get to mushy, i think, it's time for me to go. But before i leave this ink-filled page, there's one thing you should know. As long as we are living, no matter when or where if you ever need me, just call and i'll try my best to be there.

Thank you my best friend. Thank you for being such a wonderful friend in my life. And good bye. =)

  • Sangat lapar.
  • On d way tadi makan 2 keping roti.
  • Balik pun makan lagi 2 kaping. Tapi, tak boleh nak habis pula. Huehue .. Mual.
  • Kejap lagi nak tidur lah.
  • Sangat mengantuk.
  • And for someone who deserved to be love. I miss you badly.
  • This song is for you my love.
  • Wish that we will meet together soon. =)
  • Selamat Malam Sahabat...







Tuesday, February 02, 2010

--==[[ Ka-ChinG!~ ]]==--


Hai .. Assalammualaikum warahmatullah ..

Macam2 hal berlaku 2 3 minggu kebelakangan ni. Hari ini, pagi2 bangun, terus call ayah. Beritahu tentang LaLa2 yang sedang sakit. Haih! Macam2 perkara juga yang perlu diuruskan. Call sana. Call sini. Macam2 jawapan pula yang diterima. Mana satu entah. LaLa LaLa masih lagi di Kajang Utama sana.

Memang, 2 3 minggu kebelakangan ni, masa banyak dihabiskan bersama keluarga. Bermula dari akhir Disember 2009, sehingga lah minggu lepas, saya banyak berulang alik dari Puchong ke Gemencheh. Entah apa masalah LaLa2 agaknya. Hmm ..

Tadi, call Ali, tanya2 dia kalau2 dia boleh datang ke Kajang tengok2 apa masalah LaLa2. Tengok lah esok macamana. Masalah besar ni. Isk . Bawak LaLa2 balik, niat mahu hantar jumpa pakar, rupa2nya tak sempat. Koma dah LaLa2. Haih!~

Buat masa sekarang ni juga rasa macam hilang. Entah? Perasaan je kot? Tapi, macam jelas sangat lah. Kenapa lah tak diberitahu sahaja masalah masing2. Kan ke senang? Tak payah susah2 untuk fikir benda2 remeh temeh ni semua. Leceh betul rasanya bekerja dengan orang2 yang emosi. Sikit hal akan jadi sangat2 besar.

Cuba la jadi seorang yang matang. Ada masa gurau, kita gurau. Ada masa kerja, kita kerja. Tidak boleh kah? Nak ditanya, malas. Malas nak pandang muka masing2 yang macam apa entah. Kalau jawab pun macam tak ikhlas. Mahu tak mahu je menjawab. Menyampah nya la. Entahlah. ~


  • Baek Lah. Nak Layan BejeweLed di fesbuk jap.
  • SesambeL mend0bi. Huehue ..
  • Payah dah nak meLanGkah dari biLik tid0r ke biLik air. Baju bersepah2 di sana sini. Heuheu ..
  • Err .. Pagi tadi buat juLunG2 kaLi nye jaLan kaki Gi kedai depan seLepas 4 tahun. Weyuh!~
  • Baru je Lepas upL0ad Gamba2 MajLis Birthday kat Fesbuk
  • TunGGu je apa yG akan berLaku es0k ... Hmm ...
  • Psst :: Have u ever feeL the spirits or s0uL between urseLf n ur car? Erm .. =|
  • Berapa La abeh s0k nih .. Isk ..
  • Lagu = Ka-ChinG. Lama GiLe tak denGar LaGu nih ..

We live in a greedy little world--
that teaches every little boy and girl
To earn as much as they can possibly--
then turn around and
Spend it foolishly
We've created us a credit card mess
We spend the money that we don't possess
Our religion is to go and blow it all
So it's shoppin' every Sunday at the mall

All we ever want is more
A lot more than we had before
So take me to the nearest store

[Chorus:]
Can you hear it ring
It makes you wanna sing
It's such a beautiful thing--Ka-ching!
Lots of diamond rings
The happiness it brings
You'll live like a king
With lots of money and things

When you're broke go and get a loan
Take out another mortgage on your home
Consolidate so you can afford
To go and spend some more when
you get bored

All we ever want is more
A lot more than we had before
So take me to the nearest store

Let's swing
Dig deeper in your pocket
Oh, yeah, ha
Come on I know you've got it
Dig deeper in your wallet
Oh

All we ever want is more
A lot more than we had before
So take me to the nearest store

Can you hear it ring
It makes you wanna sing
You'll live like a king
With lots of money and things
Ka-ching!







Tuesday, January 19, 2010

--==[[ My Sacrifice!~ ]]==--

--==[[ Ini TinGkap BiLik. View dari tempat tidur. Huehue ..
Camera Hp. ]]==--



Hmm ..


Tak tau nak kata apa. Payah perkataan 'tak nak' tu keluar dari mulut ni. Jangan fikir yang saya penting diri sendiri atau apa. Saya memang tidak mahu. Tiada sebab. Tiada sebarang alasan untuk saya berikan. Memang saya tidak mahu. Dan saya tidak tahu juga mengapa saya tidak mahu. Sangat2 tidak mahu.


*******************************


"Bad. Ko kat mana?"
"Rumah. Ada apa tu?"
"Ada ke mana2 hari ni?"
"Tak tau lagi. Kenapa bang?"
"Aku nak mintak tolong ni..."
"Kenapa tu?"
"Boleh datang rumah aku?"
"Erm... Nak pergi mana?"
"Takde pegi mana2. Nak mintak ko tolong datang sini je ... "
"Sekarang tak boleh kot. Tengah tunggu orang..."
"Pukul 5 boleh?"
"Tak tau lagi. Nanti saya bagitau"
"Okelah."


Panggilan daripada sahabat yang dah dianggap macam abang. Dalam suaranya. Macam sangat2 memerlukan nadanya. Itu panggilan yang ke 5 saya jawab. Panggilan semasa masih lagi dibuai mimpi. Termenung seketika. Diam. Tertanya2. Kenapa? Agak risau juga rasanya. Dia baru discaj dari Hospital Ampang semalam. Apa yang berlaku? Ada apa2 ke? Mata masih berat. Cuba untuk lena semula. Tapi tidak boleh pula. Ahh.. Bangun.


*******************************


"Ye Bang."
"Bad."
"Ha."
"Apa yang ko perlu untuk cuci luka kakak aku ni?"
"Ha? Kenapa lak tu?"
"Kakak aku ni kencing manis."
"Kenapa tak bawak ke hospital? Klinik?"
"Hospital dah reject. Jadi, aku nak mintak tolong ko ... "
"Erm ...."
"Boleh tak?"
"Hmm ... "
"Kenapa diam? Boleh tak?"
"Macam tak boleh. "
"Kenapa tak boleh? Aku mintak tolong ni..."
"Nanti saya bagitau .. "


Talian diputuskan. Panggilan selepas setengah jam. Termenung lagi. Dalam hati terdetik... 'I dont want. But i dont know how to tell that i dont want to'. Serba salah dibuatnya. Kenapa lah tidak cuba untuk faham agak nya. Saya memang tidak mahu. Mati hidup semula pun saya tidak mahu. Tanya lah alasan apa sekali pun. Saya memang tidak mahu. Memang tiada sebarang alasan untuk dinyatakan pun.


Andai kata ini amal jariah saya yang terakhir sekalipun, saya memang tidak mahu. Kata lah apa saja. Saya memang tidak mahu. Serba salah. Nanti apa pula katanya. Apa pula yang difikirnya? Tapi, mengapa dia tidak cuba untuk faham? Sesungguhnya saya tidak mahu memberikan sebarang alasan. Buat apa? Kan? Apa saja alasan sekalipun, jawapan saya tetap 'tak nak'.


*******************************


"Bad..."
"Ye bang ... "
"Macamana?"
"Saya tak dapat la bang. Saya taknak..."
"Tolong lah bad ... "
"Tak boleh. Kena ada barang2 dia. Saya tak berani. Saya taknak. Risiko."
"Kakak aku ni dah nak habis nyawa dia. Bla.. Bla.. Bla...... "
"Tak boleh bang. Saya taknak..."
"Aku datang sana ambek ko. On the spot..."
"Erm .. "


Talian putus. Termenung lagi. Berbelah bagi. Hati kata mahu. Akal kata tak mahu. Banyak risiko dia. Saya bukan doktor yang sedang on duty. Perlu juga ada peralatan yang lengkap. Luka kudis akibat diabetes yang dah sangat2 teruk bukan luka sembarangan. Sentuh sedikit pun, boleh tertanggal daging badan. Katalah apa sahaja. Saya tetap tidak mahu.


*******************************

"Hello. Bad."

"Ye bang..."
"Boleh tak?"
"Hmm .... "
"Kenapa diam .. Boleh tak ni..?"
"Hmm. Saya kena ada pembantu."
"Kakak2 aku yang lain ada ni. Ko tak payah buat pun takpa. Tunjukkan cara saja.. "
"Hmm .. "
"Barang2 suma ada. Cuma tak tau macamana nak guna. Tak tau macamana nak mula.."
"Erm.. Tak boleh bang. Saya tak nak. Saya tak mau..."
"Tolong lah bad...."
"Saya taknak"
"Saya tak berani ambik risiko..."
"Takda sapa salahkan engko pun nanti..."

"Tak boleh bang .. Tak boleh... "
"Aku on d way ambik engko ni"
"Tak mau bang... Tolong lah. Saya tak mau..."
"Jangan macam tu Bad. Aku mintak tolong sangat ni..."
"Hmm.. Payah nak cakap ni. Serba salah dibuat nya..."
"Boleh tak?"
"Tak. Saya tak nak. Saya tidak mahu. Sa.. Saya mintak maaf ..."
"Takpa lah Bad. Mintak tolong hal macam ni pun taknak..."


Panggilan mati. Termenung lagi. Berbelah bagi lagi. Marah. Sedih. Geram. Tolong lah faham. Ada sebab mengapa saya mati2 kata tidak mahu. Anggap lah apa saja. Tapi, tolong lah faham. Hmm...


*******************************


Sangat mudah untuk mengatakan 'tidak mahu' kepada ibu bapa daripada kawan atau sahabat. Kan? Betul? Kalau dengan keluarga, pertalian tidak akan putus. Bak kata pepatah, carik2 bulu ayam, lama2 bercantum juga. Berbunuhan. Bermakian. Bersumpah seranah. Hubungan tetap sentiasa akan utuh. Betul?


Tapi ini lain. Kawan. Sahabat. Tiada pertalian darah. Rasa tidak puas hati tetap ada. Tetap akan tersemat sampai mati. Walaupun maaf dituturkan, dendam tetap akan wujud. Itu yang saya takutkan. Banyak sebab yang tidak dapat saya nyatakan. Sebab yang saya sendiri tidak tahu mengapa.


*******************************
*******************************


Aku ada pendirian aku. Engkau ada pendirian engkau. Engkau seolah memaksa untuk aku setuju. Aku juga memaksa engkau untuk terima jawapan tidak setuju. Engkau fahamkan aku untuk aku jawab ya. Aku fahamkan engkau untuk terima jawapan tidak. Engkau rayu. Aku juga rayu. Engkau berfikir, mengapa aku amat payah untuk faham situasi engkau. Aku juga terfikir, mengapalah susah sangat untuk engkau faham situasi aku.


Maafkan aku wahai sahabat. Sesungguhnya memang tiada sebab yang utuh untuk diberikan. Cuma hati aku tidak keruan. Aku sangat risaukan ibuku yang mengadu kesakitan sebelum aku lena diulit mimpi malam tadi. Memang aku begitu ambil berat hal2 keluarga aku. Janganlah engkau katakan yang aku 'jual ikan'. Maaf. Tidak sama sekali. Keluarga aku lebih memerlukan aku. Keluarga aku lebih penting daripada diri aku sekalipun.


Maafkan aku sahabat. Maafkan aku. Sampai detik ini, aku masih tidak tahu, betul atau tidak keputusan aku. Aku risau persahabatan ini terputus. Aku juga risau kiranya mereka menyalahkan aku jika sesuatu yang tidak diinginkan berlaku. Aku juga risau andai kata nyawanya diambil ketika tangan aku sedang melakukan apa yang engkau pinta.


Engkau kata tiada sesiapa yang akan menyalahkan aku kalau apa2 berlaku. Tapi, itu kata engkau. Apa pula kata ahli keluarga engkau yang lain nanti? Terlalu banyak sebabnya. Pelbagai aspek aku fikirkan. Positif dan negatif. Lain lah kalau aku tidak kenal engkau. Bagi aku, kerja adalah kerja. Boleh engkau terima apa yang aku buat jika aku perlakuan aku berbeza ketika itu? Keluarga engkau tetap akan anggap aku kawan engkau. Betul?


Aku harap engkau faham apa yang cuba aku sampai kan. Aku tidak mahu disebabkan perkara ini, engkau akan buang aku jauh2. Aku tidak mahu juga engkau akan menoleh daripada memandang ke arah aku di kemudian hari jika sesuatu yang diluar kemampuan berlaku. Aku juga tidak mahu engkau menyalahkan aku di atas sebarang risiko yang timbul. Aku juga tidak mahu kiranya aku yang mengundur diri satu hari nanti.



  • KepaLa sanGat2 gataL.
  • Rasa macam ada kutu jeh. Ahak!~
  • Rambut dah gugur2 puLak! Haih!~
  • Tak sabar nak tunGGu hari esOk.
  • Kejap LaGi nak tidO.
  • Harap2 ceLik mata esOk paGi denGan hati yG Gumbira tanpa panGGiLan yG menGejutkan LaGi.
  • Rindu Omak. Rasa bersalah pada Omak masih beLum hiLanG LaGi. =(
  • Maaf Omak. Anakmu ini tidak tahu Hosp PiLah tak sehebat baGai dikata. =(
  • Doa dan harapan semoGa tanGan Omak puLih seperti sedia kaLa.
  • P/s: EsOk inGatkan hy caLL Omak eh.
  • Aku rindu kamu....










Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)