It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Monday, August 23, 2010

Dugaan Bulan Puasa...




Assalammualaikum Warahmatullah Sahabat ... :)



Macamana puasa hari ke-12? Mantap? Ke ada tuang2? Huehue. Hari ni tadi macam biasa saya bekerja. Malas2 pun kena pergi juga kan? Jam 11 lebih baru keluar. Sampai saja di tempat kerja, datang pula tugasan yang non-stop. Isk. Sampai jam 4 petang baru rasa lega sikit.



Tekak punya lah kering. Kalau bukan Ramadhan, mau teguk Ribena satu botol agaknya. Ribena okek! Peberet tu. Huhu. Memang tiap2 hari lepas non-stop punya kerja, saya akan teguk Ribena Mobile one shot. Bagi tenaga kembali semula. Lepas tu rehat la kejap. Itu kalau bukan bulan puasa lah kan. Jangan salah anggap pula eh!



Macam siang tadi, memang sangat2 terasa keletihannya. Istighfar .. Istighfar .. Istighfar .. Sampai terlelap pula sekejap. Tersedar semula jam 5 lebih. Sambung lagi review file yang macam tak reti2 nak selesai. 13 file. Sukses? Takde maknanya lah! Huhu.



Dekat jam 7 baru terasa lega sikit. Kemas2 barang, terus keluar ke bazar Ramadhan. Agak banyak juga membeli tadi. Karipap sardin, ayam percik dan nasi kerabu. Sedap la juga kan. Cuma, agak terlewat sikit berbuka tadi. Tak perasan pula dah azan. Makan2, rehat kejap, Maghrib, jam 8 sambung semula. Sampai jam 12 baru siap2 pulang ke rumah.



Sampai rumah, cuci tangan, masak air, mandi2, ngadap pc, semata2 nak update blog ni. Cadang tadi nak transfer entry puasa 3 tahun lepas dari fotopages ke sini. Tapi macam tak larat pula. Nanti2 saja lah. Akeke. Nak iron baju pun malas pula rasanya. Esok pagi sajalah. Mata dah berat pula.



Baiklah. Selamat malam sahabat... Selamat berpuasa esok. =)



  • Tolong kejutkan saya bangun sahur esok eh!
  • Selamat malam.
  • Tata...





Monday, August 09, 2010

Pathetique...




Apekejadah la on pc. Ngadap pc. Pegang tetikus nama gigabyte nih. Tapi tak klik apa2 pun. Dari jam 12 tadi langsung tak klik apa2 pun.Macam2 dalam fikiran nih. Serba tak kena. Apakejadah entah?


Rindu Junior. Tiba2 rasa rindu yang sangat dalam dengan Junior. Kalo dulu, balik ke rumah, belum buka pintu Junior dah terkinja2, melompat2 nak kena peluk. Kenapa entah? Tiba2 macam rasa sunyi.


Rindu Junior. Tiba2 tadi terbayang2 Junior sama2 melompat2 naik tangga. Terbayang2 juga Junior berlari2 turun dari tangga sebelah sana kerana salah rumah. Terbayang2 juga Junior buat muka tak bersalah bila kala dia bising2 di depan rumah tangga sebelah.


Rindu Junior. Terbayang2 lagak Junior yang suka buat2 tidur sedangkan jelas nampak lirik matanya memandang ke arah diri ni yang suka buat tak paham dengan pandangan mengharap dia.


Rindu Junior. Terbayang2 waktu main lawan mata dengan dia bila tiba2 rasa bosan datang. Terbayang2 tangan Junior yang cepat sampai ke muka ni bila kala dia tak boleh nak larikan matanya ke arah lain.


Rindu Junior. Terbayang2 Junior yang suka landing atas apa sahaja yang dia selesa. Terbayang2 Junior yang suka bawa makanan ke dalam bilik sampai bersemut merata2.


Rindu Junior. Terbayang2 waktu kali terakhir peluk dan cium Junior. Terbayang2 muka Junior dengan mata terbeliak yang sangat takutkan manusia2 lain yang tidak dikenalinya.


Rindu Junior. Rindu Tejin. Rindu Nacitam. Rindu. Sangat2 rindu. Sangat2 rindu. Sangat2 rindu. Kalaulah boleh kembali ke masa hampir setahun yang lalu, tak akan aku bawa Junior pulang ke kampung halaman pada Aidilfitri yang lalu.


Speechless. Im sorry Junior. Im sorry. Im sorry.








Saturday, August 07, 2010

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)