It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, October 19, 2011

Laguku 1st Oct 2011 ...



Know what? Orang lain besdei satu hari je kan? Saya sampai ke hari ni masih besdei. Ada lagi hadiah saya dapat. Tak henti2 ni since 1st Oct 2011. Paling meriah hadiah ni seumur hidup. Sebenarnya tidak adalah mewah sangat pun hadiah2nya. Cuma, rasa meriah sebab asyik sahaja dapat hadiah. Bahagia. Terasa semakin tualah jawabnya. Macam baru umur satu tahun gitu. Tak mau taip banyak. Nak share gamba2 hadiah jeh bagi orang lain jeles. Akeke. Sebahagian gambar2 yang ada dalam handphone. Lain2 malas nak snap. Akekekeke....




Frame dengan gambar yang diambil 10 tahun yang lalu. Sama dapat dengan kemeja biru kotak2 pada entry lepas dan kek yang di atas tu. Ini gambar yang terkhir bersama sahabat yang ada sekali tu sebelum saya menghilangkan diri dan bertemu kembali awal tahun ini. Orang yang dalam gambar itu jugalah yang bagi frame ni.



Pejabat serahan tingkap Pos Laju ni pun kira hadiah juga ni. Sebab kena pusing2 satu Puchong cari lokasinya yang dah pindah ke tempat baru. Keluar jam 10.30 pagi, sampai ke lokasi jam 3.30petang. Siap pergi makan dulu bagai. Yang Pos Laju ni pun satu hal, pindah la ke tempat yang orang senang nampak, kan senang? Akeke...



Ni Hadiahnya yang di tuntut di Pos Laju. Sepatutnya dah dipulangkan balik kepada orang yang beri sebab tidak dituntut. Bukan sengaja tak mau tuntut, tapi tak sempat2 sampai la terperasan due date nya pada sticker Currier yang ditampal di depan pintu rumah pada 30 September 2011 ituari. Terperasannya pun dah lebih 2 minggu. Call, lepas tu minta mereka hold kan sampai sabtu. Ni hadiah misteri. Tak tahu siapa yang bagi. Tak ada nama. Jauh tu pos laju tu. Kemaman sana. Terima kasih daun keladi, tahun depan beri lagi. Saiz L yer. Kecil sangat yang ni. Dah jadi macam Aaron Aziz gitu pakai. Padat. Akekekeke.. Warna yang sangat melambangkan Celcom gitu. Tak pernah pula beli baju yang kaler terang2 gini. Kikikik.. Anyway, thanks again to the mysterious sender. Chatters? Sampai petang ni kena bahan pasal Abg Aidil. Akekek..



Rubik's Slide. Hadiah daripada rakan sekerja di tempat lama dulu. Sebab? Saya memang suka putar2 Rubik's Cube kalau tengah pening2 waktu kerja. Rubik's yang ni kira special sikit pasal guna bateri. Ada suara cakap2, ada lampu2. Dua hari je dah habis bateri dia. Maklumlah, jakun, putar2 sebelum tidur. Akekek.




Cupcake. Sepatutnya ada sembilan. B A R D S Y A H dan bentuk love. Lapan sahaja yang dibawa pulang. Yang bentuk love tu dah kena sebat awal2 di tempat kejadian.



Kasut ni, tengah jalan2 di IOI Mall, tujuan asalnya makan2. Lebih afdalnya temankan seorang sahabat yang mengidam asam laksa. Laki2 yer, bukan wanita. Dah lama tak pekena katanya. Boleh tahan juga asam laksa tersebot. Arr.. Kasut di atas terus disarung selepas dibayar oleh pemberi. Akekek...



Hadiah yang terakhir untuk tahun ini. Kikikik... Masih virgin. Belum jejak tanah. Baru acu2kan ke kaki semasa memandu. Boleh? Huehue... Arrr.. Akan ada hadiah lagikah selepas ni? Weewitt!!~ Mahu lengkap dulang hantaran ni kalo buat hadiah kawin. Akekekekek...


Itu sahajalah. Meriah? Mungkin ada antara anda yang dapat hadiah melampau2 banyaknya kan? Tahniahlah. Bagi saya, sambutan hari lahir saya yang 31 tahun inilah yang paling meriah seumur hidup. Jubli Perak lebih sikit je kan? Terima kasih kepada semua sahabat yang mengingati hari lahir saya. Terima kasih kepada yang memberikan ucapan dan juga hadiah2.


Ada juga yang tidak disharekan di sini. Sebab? Malas nak ambil gambar. Malas nak keluarkan dari simpanan. Hadiah yang paling mahal berharga RM 468.00. Apa dia? Biarlah rahsia. Diberi oleh seseorang yang saya sayang, saya cinta, hingga akhir waktu. :)


Salam Rindu dan Sayang Selalu....




Friday, October 14, 2011

Nobody ...



Itulah topik yang saya nak bicara kan di sini. Macam pelik? Rasanya, dalam blog ni, hanya kematian artis sahaja yang rajin saya karang. Hari ni, apa yang dibaca di Yahoo!NEWS-World begitu menarik perhatian saya.


Apa yang bakal saya taip adalah bukan sesuatu yang boleh dibanggakan seperti karangan perihal artis yang sebelum2 ni. Kalau sebelum2 ni ada entry pasal kematian artis, kali ni pasal artis yang belum mati pula.


Sebenarnya sudah lama saya menyampah dengan artis bangang nak mampos yang mengisi tajuk utama entry ni. Kelainan yang diketengahkan macam membodohkan diri sendiri.


Anda boleh klik link ni kalau nak tengok. Wildest looks katanya. Katanyalah. Tapi nampak macam serupa binatang pun ada. Malas untuk saya mengolah. Anda tengok dah nilailah sendiri.


Mungkin ada antara anda yang fanatik tidak suka dengan apa karangan saya ni, maafkan saya. Tapi, memang keterlaluan fesyennya. Sebelum ni cuma tak suka gitu2 je.


Dengan fesyen melampaunya, dengan lagu2nya yang macam2. Ramai yang suka. Saya juga suka lagu2 yang dimasa awal kemunculan dia ni.


Maklumlah. Dah adik2, anak2 buah suka kan, kenalah suka jugak. Best lah juga dengar tu. Pakai daging buat baju pejadah? Kan ke bangang namanya tu. Anehlah konon kan. Akekek..


Fesyen ala2 alas meja, dengan hanya memakai seluar kecik yang hanya tutup bulunya sahaja. Mantap! Baiklah tak payah pakai apa2 terus. Sudahlah net tu disarung sekali ke kepala.


Ada juga yang baju ala2 jaring ikan, lepas tu tampal puting dengan salotape. Nampak gaya berjalannya memang sangat selamba. Engko tetek kok lawa takpela kan?


Dah aku lak kejadahnya nak kutuk lak ek? Haha! Apa yang pastinya saya memang menyampah tengok since keluar fesyen mengarut dia di dada akhbar. Tahap anti pun ada dah. Boleh?


Overall lagu2 nya memang menarik dan sedap musik dan iramanya untuk didengar. Cuma kadang2 lirik lagu2nya ada yang bersifat perkauman dan keugamaan. Itu pandangan sayalah.


Kalau ada salah, sila jangan malu, jangan segan untuk memberikan sebarang komen yang paling bernas anda. 'Gaga' kan diri anda untuk membangkang saya. Oke?


Sekian. Terima Kasih.



  • Tiada sebarang gambar yang saya tampal dalam entry ni.
  • Aje mencemar sahaja nanti.
  • Sila klik link2 yang disertakan ya.
  • Ra ra ra a a rama ramma ma gaga u lala...
  • Layan Wonder Girls lagi best. Nobadi nobadi but you... Kiyut dan sopan gitu.. Aww! Nobadi nobadi but you~





Monday, October 10, 2011

Viva La Vida ...






So...

Today, 31 tahun 10 hari hah? Ganyut dah. Akekeke. Malas nak taip skema2 hari ni.

6 Oct yang lalu, Pakcik dan Makcik berangkat ke Tanah Suci. Alang doakan semoga segala2nya berjalan lancar dan dipermudahkan. Semoga dikurniakan kesihatan yang sejahtera dengan restu Ilahi untuk menunaikan ibadah. Semoga mendapat Haji Mabrur. Amin. InsyaAllah.


Last three weeks, conversation with one of my Chinese junior colleague di depan pintu opis...

"Morning, Sunny."
"Morning, hi!"
"How r u today?"
"Im good. Thank you."
"Im sorry i forgot to let the door open for you."
"It's okey. Nevermind."
"Arr.. Can i ask u something?"
"What?"
"Are u English or Malay?" (Kejadahnya itam legam ni dia tanya gitu ek? Apa motip?)
"Hah? Malay of course. Why? English? Do i?"
"I heard you talk to Mr. Chang yesterday. Your English is so great. How old are u?."
"Im going 31 for about 3 weeks from now."
"Really? I dont believe."
"Why?"
"No, i thought you are 24 or 25 years old. Just grad from any university. Like me.."
"Hehe. Naa .. The fact is, im too old to speak broken English."
"Aa.. Im sorry."

Bla.. Bla.. Bla... Bla...


Perbualan tu bukan nak berlagak yer. Tapi nak nyatakan betapa babyface nya muka ini. Hahaha! 24 - 25 tahun okek! Muda 5-6 tahun dari usia sebenar. Boleh berlakon jadi student ni. Kalaulah student card tak ada expiry date, maka akan bahagia hidup berlakon seperti orang muda remaja gitu. Aww.




Saya tak rasa pula saya dah kuasai bahasa penjajah 100%. Kadang2 ada salah2 juga. Kalau tak tau apa2 perkataan, kadang2 akan rujuk kamus juga. Tak perfect pun. Cuma, kalau di peringkat umur ini masih lagi terkangkang terkayap nak guna bahasa penjajah dalam percakapan harian, rasanya macam looser la kot?




Kalau rasa tak yakin, guna sajalah Bahasa Melayu, bahasa ibunda. Kalau loghat Negeri Sembilan tu boleh dikira perfect juga. Negeri Sembilan yer, bukan Minang. Kalau loghat Minang, masih banyak lagi kena explore.




Semalam, berjalan2 di Taman Rekreasi Bukit Jalil bersama2 Lina dan anak2, Merrah Amanie b. Azrul Hisham dan Serrie Diannie bte Azrul Hisham. Adalah dalam 1 jam beriadah. Tak riadah mana pun, cuma berjalan2 sahaja. Peluh pun ala2 segan nak keluar. Akeke...




Kalau ikutkan, mahu juga berjogging atau jalan laju2 bagi baju basah dek peluh. Tapi, disebabkan peha kejang time melompat2 kejar dan pukul bulu tangkis pada malam Sabtu, maka terpaksa dibatalkan niat. Naik tangga apartment pun seksa, inikan pula berjogging sakan. Haih!




Dah lama sangat tak melompat2 di MBA Puchong bersama rakan2 MobileIRC. Berbulan ada mungkin. Inilah jadinya bila otot dah lama terperap. Sakit sini, sakit sana. Dengan salah kasutnya lagi. Macamana boleh terlupa kasut dalam bonet kereta lagi satu agaknya. Terpaksa guna kasut futsal. Mana tidaknya boleh kejang peha? Dah la memang tak hebat kan? Hadeh...





Masuk hari ni, dah satu badan pula sakit2. Padanlah muka. Siapa suruh tak strecthing dulu kan? Ahh.. Malas nak teruskan mengarang. Sambung esok2 pula. Tata...


[[ 1st October 2011 ]]


  • Masih sakit2 badan.
  • Dada belah kiri masih sakit juga kena sebat dengan raket oleh Al-Amar. Haih!
  • Mau makan ubat sakit badan dan terus menidurkan diri.
  • Arrr.. Mereka dalam entry ni adalah family sahabat saya. Dia izinkan mereka berjalan2 bersama saya. :)
  • Maybe start hari ni akan update blog mcm dulu2 balik. Banyak gamba dan guna youtube sahaja insteed of autoplay sound. Jadi, sila klik sendiri untuk dengar lagu. Sila abaikan lirik yg menyebut Jerussalem ngan Roman Cavalry tu yer...
  • Arr.. entry ni autopublish. Thanks sudi baca.
  • Assalammualaikum warahmatullah.

Salam rindu dan sayang selalu.... :)





Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)