It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, March 11, 2009

--==[[ Letih!~ ]]==--






Hari ini, waktu malam saya dihabiskan di Rubik's Zone. Niat hati ingin hantar 5 buah kerusi yang baru sahaja dibeli di Kajang bersama dia selepas waktu bekerja tadi. Sempat juga singgah di Watson. Saya beli L'oreal Studio Invisi'FX Gel yang berharga RM16.70. Dia beli Neutrogena yang berharga RM0.77. Ha? 77sen? 77sen?? Haha! Sempat pula juruwang Watson kata jangan tanya banyak2 kali. 77sen? Tidak boleh diterima akal betul! Ahak!

Sampai di Putra Perdana. Belok kiri ke Rubik's Zone. Parking. Matikan enjin kereta. Turun. Angkat kerusi2 ke dalam. Susun di sebelah monitor2. Duduk bersila di tengah2 Rubik's Zone. Berfikir. Apa yang akan berlaku esok lusa. Apa yang akan dilakukan esok lusa. Apa yang bakal dihadapi esok lusa. Macam2 yang bermain di fikiran. Berjayakah? Majukah? Tiba2 rasa keliru hadir. Bangun. Ambil berus cat. Buka tin cat berwarna 'ocean blue'. Terus sapukan cat ke bahagian dinding yang masih lagi putih bersih.

Dalam perangkaan, sepatutnya operasi bermula pada awal Mac. Esok, Rabu, 11 Mac. Khamis, Jumaat. Sabtu majlis perkahwinan Pak Kerul. Bapa saudara yang hanya beza 2 tahun umurnya dengan saya. Huehue. Adik Pak kerul, Ucu Siti, sebaya saya dah ada dua orang anak. Kena balik Gemencheh pula hujung minggu nanti. Rubik's Zone sudah 60% siap. Lambatnya!! Aduh!!

Semalam, Uncle, Obiwan, AtokGenit dan Kokak datang melawat2. Uncle check semua lampu. Obiwan buat ukuran meja yang akan dibuat. Tapi, tidak jadi pula suruh Obi buat meja. Harga yang Obi tentukan lebih mahal dari harga meja2 yang telah ditempah. Macamana ya? Semalam ada juga beritahu Obi, kalau tidak jadi, jangan kecil hati. Harap2 Obi tidak kisah. Khamis mungkin Uncle datang untuk siapkan beberapa perkara yang masih terbengkalai. InsyaAllah.

Jarum jam hampir ke nombor 1. Mata semakin kelat. Semakin dara bak kata Hotun. Cet! Letih betul rasanya. Mandi? Malas. Esok pagi sahaja. Sejuk! Ahak! Negeri Putra Perdana memang sentiasa sejuk. Cuci muka. Tidur. Huehuehue! Baiklah. Doa dan harapan saya, minggu depan Rubik's Zone akan siap sepenuhnya. Niat mahu buat doa selamat nanti. InsyaAllah.

Salam Rindu Dan Sayang Selalu...
--==[[ PrOpErTy Of BadTz ]]==--

**Vc dari lagu yang saya guna untuk background muzik semasa saya 'on-air' [ dalam kenangan ajelah! =( ada sapa2 yang familiar dengan lagu ini? =(
**Bawak diri jauh2.... =(
**Rindu nak on-air =(



Friday, March 06, 2009

--==[[ Sigh!!~ ]]==--


I love the way u make me laugh. I love the way u make me cry. Tears of joy stream from my eyes. As i hear ur voice, a loving surprise. I love u when u're angry. I love u when u're sad. I love u when u're glad. When u tell me of the day u had.

I love u truly. I love u deeply. Ever since the day. I let u meet me. I missed u when u left. I miss u now more than ever. When i made a mistake that i regret. Hoping that u are a forgiver.

Without u, my life is strife. Be with me. Together forever, an eternal dance. I wait for u as the days go by. My love is growing inch by inch. I cannot wait to see u again. But i wait for u, n ur warm kiss. I love u... =)


Tuesday, March 03, 2009

--==[[Normalkah ?!~ ]]==--





Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

Pertama.
Terima kasih untuk 'mem' dan diri sendiri sebab bertungkus lumus (kunun2 je nih) keluar masuk TM Point selama lebih kurang 2 minggu lebih (ni pun kunun2 gak! ahak!~). Tapi memang ada juga keluar masuk TM Point itu. Huehuehue!~


Kedua.
Terima kasih tidak terhingga untuk Hotun yang membantu saya menyelesaikan hal2 streamyx yang macam2 ini. InsyaAllah ai lanje yu sate Kajang nanti. Huehuehue!~ Muah2!~


Ketiga.
Terima kasih juga untuk streamyx yang men'down'kan diri sepanjang waktu tersebut. Sebab? Rutin harian saya berubah sama sekali. Maksud: Saya jadi orang normal. Huehuehue!~



Entry terakhir saya sebelum talian internet saya bermasalah adalah entry --==[[ Junior!~ ]]==--. Semenjak itu saya berubah jadi manusia paling normal (untuk diri sendiri okek!). Haha!~ Tidak pula saya ingat bila mulanya melanggan streamyx. Cuma, sejak ada internet, kehidupan boleh dikatakan sangat2 tidak normal. Selagi celik mata, selagi itulah saya di depan pc. Sebelum ada internet pun begitu juga. Layan permainan komputer sahaja. Kalau dikira koleksi permainan komputer yang dah khatam, saya rasa, boleh buka gerai jualan 'second hand' agaknya. Normalkah?



Biasanya pc akan sentiasa on berhari2. Selagi tidak keluar dari Puchong, selagi itu lampu modem akan menyala, pc akan menyala, kipas akan berputar ligat. Seminggu. Berminggu - minggu. Kadang - kadang sampai sebulan online tanpa henti. Mungkin lebih. Keluar dari rumah pun pc akan on. Pendek kata, kalau tiada sebab yang munasabah, saya akan sentiasa online. Normalkah?



Kenapa saya jadi manusia normal? Sebab rutin harian saya berubah 100%. Kalau dulu, 3 minggu lepas, pc akan jadi sahabat paling setia semasa berada di rumah. Sekarang, pandang sebelah mata sahaja. Rasanya hampir sebulan pc ni berehat. Casio Keyboard pula menjadi tempat untuk melentik2 kan jari jemari. Hampir sebulan juga kipas di ruang tamu ini tidak berputar. Hampir sebulan juga router keluaran AzTech ini tidak berkedip2. Hampir sebulan juga Junior tidak bersantai dia atas meja pc ini. Hampir sebulan juga saya terperap di dalam bilik sepanjang malam. Sebab, televisyen saya letakkan di hadapan katil di dalam bilik. Normalkah?



Kenapa saya jadi manusia normal? 3 minggu lepas dan hari2 sebelumnya waktu tidur saya tidak menentu. Paling awal sekitar jam 3 atau 4 pagi. Pagi saya akan jadi pagi yang kelam kabut. Rasa seperti mahu merusuh. Cepat marah. 'Blur'. Bunyi jam loceng juga selalu terabai. Sekarang, belum sampai waktu tengah malam saya dah mula rasa mengantuk. Paling awal saya tidur jam 9 malam. Bangun pagi sebelum jam berbunyi. Keadaan yang sangat2 segar. Gembira. Senyum sentiasa. Selagi tidak mengganggu emosilah. Normalkah?



Kenapa saya jadi manusia normal? 3 minggu lepas saya akan keluar rumah dengan pakaian yang tidak bergosok! Ahak! Pemalas! Keluar dari kereta dengan kaki yang berstokin dan selipar jepun dah menjadi kebiasaan. Sekarang, rajin pula menggosok pakaian. Kalau terlebih rajin, stokin pun licin. Dulu, keluar dari rumah dengan perut kosong. Sekarang, rajin pula masak air. Dulu, mandi pagi ala kadar sahaja. Sekarang, mandi pagi paling cepat 15 minit (Jangan tanya buat apa okek!!~). Ahak! Normalkah?



Kenapa saya jadi manusia normal? 3 minggu lepas saya tidak hiraukan keadaan rumah. Selagi tapak kaki tidak rasa berpasir, selagi itulah rumah tidak berkemas. Tidak teratur. Sekarang, bersepah sikit sahaja akan buat saya rasa sakit mata. Dulu, mesin basuh tidak akan berputar selagi tidak habis 'underware' bersih dalam simpanan. Kadang2 sebulan sekali baru mendobi. Sekarang, belum sempat penuh bakul pakaian kotor, maka berputarlah mesin basuh automatik di dapur tersebut. Hakhak! Normalkah?



Sebenarnya, internet bukan sebab utama saya tidak online. Tetapi, boleh dikatakan banyak perkara buruk yang jadi lebih baik semenjak internet saya bermasalah. Dulu, resah gelisah saya ke arah TC dan juga RV. Sekarang, banyak hal lain yang lebih penting yang perlu difikirkan. Rubik's Zone sudah 40%. InsyaAllah, bulan April nanti akan siap 100%. Maka akan berubah juga rutin harian saya nanti. Semua yang berlaku ada hikmahnya.



Kepada sahabat2 saya di dunia maya, saya mohon maaf sekiranya ada antara anda yang menanti2 kehadiran saya di YM atau di mana2 ruangan chat yang selalu adanya saya. Mungkin ada, mungkin tiada. Ada juga saya online menggunakan broadband atau internet yang sentiasa dc. Tapi, cukup sekadar melayan online game. Itu pun ID utama sahaja. Hari ini, internet saya sudah pulih sepenuhnya. Cuma, saya sudah tidak ghairah melayari internet seperti dulu.



Ghairah saya lebih kepada tumpuan saya untuk Rubik's Zone. Terima kasih kepada Cemey yang memberi peluang dan mempercayai saya untuk menjayakan Rubik's Zone. Terima kasih juga di atas segala bantuan yang tidak kenal erti penat lelah. Mungkin ada antara anda yang tidak tahu apa itu Rubik's Zone. InsyaAllah, siap sepenuhnya nanti akan saya update ke dalam blog saya ini. Terima Kasih semua. Terima Kasih.



Salam Rindu dan Sayang Selalu...
--==[[ PrOpErTy Of BadTz ]]==--




Wednesday, February 25, 2009

--==[[ Jangan!~ ]]==--

Sudah lama tidak update.
Sangat2 sibuk.
Tiada masa terluang untuk mengarang.

Jangan tanya ke mana hilang.
Jangan ditunggu kemunculan.
Jangan dijejak kemana pergi.
Jangan muram jika tiada lagi senda gurau.
Jangan marah jika tiada jawapan.
Jangan berkecil hati jika kedatangan hanya seketika.
Jangan dirayu pemergian.
Jangan merajuk jika tiada balasan.
Jangan apa2 sajalah.
Jangan jangan jangan.

Tiada idea untuk menyusun kata2.
Tiada kata pemuas hati.
Tiada tiada tiada.

Ada waktu bersua lagi.

Ahak!~
Huehuehue!~
nGa!~
aGaGaGa!~
Miahahaha!~

Tata!~
Da!~
Muah2!~

;))
\m/
>:D<
:-*
@};-
Assalammualaikum Warahmatullah!~
Sekian.
Salam Sayang.
Salam Rindu.
--==[[ BardSyah @ oBERt ]]==--


Wednesday, February 11, 2009

--==[[ I Don't Want To Miss A Thing!~ ]]==--

--==[[ Nacitam In Memory ]]==--

--==[[ He Died .. 3 Years Ago .. On My Two Hands .. In The Car .. Just Opposite Vet's Clinic .. Cemey Was Cryin Bad That Day ]]==--



Semalam. Junior hilang. Cari. Tidak jumpa. Sedih. Sunyi.


Hari ini. Terdengar suara Junior. Sangat2 kuat. Suara yang sayu. Cari. Jumpa di rumah tingkat satu tangga sebelah. Dia terbaring di dalam pagar rumah tersebut. Panggil. Tidak datang. Dia boleh bangun. Tapi terjelepok semula. Mati akal.


Berlari ke kereta. Hidupkan enjin. Pergi ke kedai depan. Beli makanan basah perasa tuna kegemaran Junior. Balik. pergi semula ke rumah tadi. Umpan Junior dengan tuna whiskas. Sedih. Junior langsung tidak bergerak.


Panggil punya panggil, Tejin pula yang datang. Tejin macam keliru. Keliru mana satu rumah dia. Hek! Turun bawah, bawa Tejin naik atas. Tejin macam tahu Junior kesakitan. Tejin datang dekat dengan Junior. Ditolak2nya punggung Junior dengan muncungnya. Macam menyuruh Junior bangun.


Hati saya semacam sayu. Kasihan Junior. Kesal. Kenapalah semalam tidak nampak dia di situ. Mati akal. Tiba2 seorang kakak keluar dari hadapan rumah tersebut.


"Kak. Rumah ni ada orang?"
"Belum balik lagi rasanya. Kenapa?"
"Tu. Kucing saya. Ituhari saya balik kampung. Semalam balik dia takde kat rumah."
"Mana?"
"Tu. Kat dalam pagar tu. Dia macam sakit. Langsung tak bergerak."
"Tuan rumah ni belum balik. Kena tunggu sekejap kot. Biasanya time macam ni dah ada orang.Adik duduk mana?"
"Sebelah sana. Dia memang selalu sesat ke rumah ni."
"Dia sakit kot tu?"
"Mungkin la kot. Sebab dia ni memang lincah.
"Tu yang besar kucing adik jugak ke?"
"Haah. Itu bapak dia."
"Hitamnya. Tunggulah. Sekejap lagi baliklah tu."
"Erm. Takpelah kak. Terima kasih ye!"


Senyum kelat. Saya pula terjelepok di situ. Tejin masih lagi di sebelah Junior sambil mengeow. Ditolak2nya Junior. Junior cuba untuk bangun. Tapi macam tidak berdaya. 2 3 langkah, dia baring semula. Kasihan. Makanan yang dijadikan umpan juga tidak dapat menarik perhatian Junior untuk bergerak. Sebak.


"Assalammualaikum. Kak.... ooo kakk..."
"Ye. Kejap2."
"Saya nak mintak tolong akak bagi saya air sikit."
"Kenapa tu?"
"Nak cuba guna air pulak. Kucing kan takut air."
"Ye kan? Sekejap ye."


Kakak anak dua yang baik hati tadi keluar bawa semangkuk air. Ucap terima kasih. Cuba pula renjis2 air ke arah Junior. Tejin datang dekat. Mundar mandir sambil mengeow sayu. Geram kerana Junior langsung tidak mahu bergerak, saya simbahkan semangkuk air itu. Junior bangun. Susah payah melangkah ke arah Tejin dan saya.


Saya angkat Junior. Pulangkan mangkuk. Bawa Junior pulang ke rumah dan Tejin mengekori di belakang. Sampai di rumah, saya membelek2 seluruh badan Junior. Ada luka2 kecil. Saya berdirikan Junior. Jatuh. Kakinya belakang belah kanannya terkulai. Angkat Junior ke dapur, beri makan. Hanya sedikit sahaja dijamah. Lebih makanan dihabiskan oleh Tejin. Cet!


Saya bersila di depan pinggan makanan. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tejin dah bersantai kekenyangan di beranda. Peluk Junior. Panas. Junior demam. Saya panaskan air. Mandikan Junior dengan sabun antiseptic. Keringkan. Hancurkan suku PCM. Beri Junior telan ubat. Paksa dia minum.


Hati saya terkilan kerana tidak jumpa dia semasa operasi mencari malam semalam. Junior masih lagi dipangkuan dengan gulungan tuala yang membalut seluruh badan. 10 minit kemudian, Junior cuba untuk berjalan ke arah makanannya. Saya hanya perhatikan sahaja geraklaku Junior. Setelah makan sedikit, Junior masuk ke bilik. Menjilat2 bulunya, tidur.



Esok, kebetulan hari cuti saya tiap2 minggu.Cadang mahu bawa Junior ke Veterinar UPM esok. InsyaAllah. Jauh di sudut hati saya takut tragedi kematian Nacitam pada 3 tahun lepas berlaku kepada Junior. Sedih.






Tuesday, February 10, 2009

--==[[ Burn!~ ]]==--



You sit there watching me as i burn. Why don't you help me? You just sit there and watch me yearn. Flame of fire. You sit there watching me burn as the blood drips down like rain. The weight of my burdens it too much to bear. But you're still just sitting there.

Im disappearing and slowly fading away. But still you sit there watching me burn. You seem to have nothing to say. As the fire finally swell up. But still you sit there watching me burn. Smile. Happy. Knowing that I'm about to disappear. Woke up in a world where a person close to me felt like a stranger. I no longer annoyed this abusive behavior.

Couldn't imagine it really happening. As i realized these twisted thoughts of nightmares were realities. Trusting inside. Figuring the pleasure drained out my pleads. I saw nothing but greed. Feeling unvalued like an empty soul. What did i do to deserve this?

How did i end up? What so perfect? Now, no longer did i care about the bullshit! When it's nothing compared to the shit that starts up in the brain. Things began to change. Automatically fell silent and pushed people away. It never mattered when no one wants to hear of this kind of shit.

All of this shit made it hard to trust anyone. Even brainwashed myself to thinking i would never known nor be known. With no direction to turn. Since everybody goes through their own problems. Tired of comparing my life with others. Is all that supposed to take away my troubles and dissolve them?

Demanding all of my time. My concentration is captured. You just have to notice. Feeding from my every thought. Demanding all of my time. My concentration is captured. Just have to notice. Feeding from my every thought. Listening to my madness chime. Maturing from my every action. Cradling my happiness in its cold, gray cape. Capturing my relativity. Living in void. Depression is my friend.




Thursday, February 05, 2009

--==[[ Friendship!~ ]]==--


Knock~Knock~Knock!~
"Kejap! Kejap!"
Pintu dibuka.
"Owh! Aunty."
"Ini kasi u makan sikit. Buat punya. U boleh makan."
"Apa ni Aunty?"
"Kuih raya. U tada keluar?"
"Tak. Saya baru balik."
"Sudah makan?"
"Sudah. Tadi makan sebelum balik. Selamat Tahun Baru Aunty."
"Okey. Okey. Selamat. Selamat."
"Thank you Aunty. Thank you."
"U makan aaa. U sudah sangat kurus. Mesti makan aaa.."
"Hehe~ Baik Aunty."
"Okey babai."
"Babai Aunty. Terima kasih."
Jabat tangan. Ucap Gong Xi Fa Chai sambil buat aksi ala2 orang Cina tu. Ahak!~

Aunty sebelah rumah. Tiap2 tahun beri kuih raya. Empat tahun berjiran. Mesra. Macam anak dia dibuatnya. Dulu, saya demam. Sedang termenung di beranda luar, Aunty tegur. Aunty buatkan bubur nasi. Sedap. Rasa seperti bubur McD. Tiap kali dia beri apa2 makanan dia akan kata 'Jangan risau, u boleh makan.'

Beberapa bulan lepas, Aunty bersama Uncle pergi ke Bangkok. Dibelikan juga sedikit ole2 untuk saya. Boleh dikatakan setiap bulan mereka akan bercuti ke luar negara. Bahagia. Tetapi kesian. Tiada anak walaupun sudah lebih 20 tahun berkahwin. Terima kasih Aunty. =)

Suasana semakin gelap di luar. Terdengar suara orang mengaji dari Masjid di belakang sana. Maghrib. Tadi, seperti biasa, Junior akan tunggu di hadapan pintu. Sakit pula mata memandang keadaan rumah yang bersepah. Buka pakaian. Bertuala. Layan keyboard. Main 4-5 lagu, bersantai sekejap di beranda.

Cadang mahu terus mandi. Tapi, lain pula yang dibuat. Habis satu rumah dibersihkan. Hehe. Letih. Berpeluh2. Baring sekejap. On laptop. Ada 5 offline msg di YM. Minggu Kawan Sedunia? Tidak tahu pula! Datang pula satu idea mengarut. Copy-paste. Hue~Hue~Hue!~

Awie (2/5/2009 12:41:21 PM):
Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda? Mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama dan tido bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara 1 sama lain. Perhubungan seharusnya seperti itu. Kehidupan bagai neraka tanpa kawan. Hari ini adalah 'MINGGU KAWAN SEDUNIA' siapa kawan anda? Hantar mesej ini untuk semua kawan anda termasuk saya jika saya adalah seorang kawan anda. Lihat berapa banyak anda dapat balik dari mereka. Jika anda mendapat lebih dari 3 itu bermakna anda adalah seorang kawan yang penyayang

noor_arin1809 (2/5/2009 1:48:27 PM):
Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda? Mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama dan tido bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara 1 sama lain. Perhubungan seharusnya seperti itu. Kehidupan bagai neraka tanpa kawan. Hari ini adalah 'MINGGU KAWAN SEDUNIA' siapa kawan anda? Hantar mesej ini untuk semua kawan anda termasuk saya jika saya adalah seorang kawan anda. Lihat berapa banyak anda dapat balik dari mereka. Jika anda mendapat lebih dari 3 itu bermakna anda adalah seorang kawan yang penyayang

Aishun Rafiq (2/5/2009 3:02:31 PM):
Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda? Mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama dan tido bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara 1 sama lain. Perhubungan seharusnya seperti itu. Kehidupan bagai neraka tanpa kawan. Hari ini adalah 'MINGGU KAWAN SEDUNIA' siapa kawan anda? Hantar mesej ini untuk semua kawan anda termasuk saya jika saya adalah seorang kawan anda. Lihat berapa banyak anda dapat balik dari mereka. Jika anda mendapat lebih dari 3 itu bermakna anda adalah seorang kawan yang penyayang

maxtor019 (2/5/2009 5:59:46 PM):
Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda? Mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama dan tido bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara 1 sama lain. Perhubungan seharusnya seperti itu. Kehidupan bagai neraka tanpa kawan. Hari ini adalah 'MINGGU KAWAN SEDUNIA' siapa kawan anda? Hantar mesej ini untuk semua kawan anda termasuk saya jika saya adalah seorang kawan anda. Lihat berapa banyak anda dapat balik dari mereka. Jika anda mendapat lebih dari 3 itu bermakna anda adalah seorang kawan yang penyayang

bella 85 (2/5/2009 6:08:39 PM):
Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda? Mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama dan tido bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara 1 sama lain. Perhubungan seharusnya seperti itu. Kehidupan bagai neraka tanpa kawan. Hari ini adalah 'MINGGU KAWAN SEDUNIA' siapa kawan anda? Hantar mesej ini untuk semua kawan anda termasuk saya jika saya adalah seorang kawan anda. Lihat berapa banyak anda dapat balik dari mereka. Jika anda mendapat lebih dari 3 itu bermakna anda adalah seorang kawan yang penyayang


***Baiklah! Mahu mandi manda. Azan sudah berkumandang.
***SELAMAT MINGGU KAWAN SEDUNIA ya! HueHueHue!~
***Terima kasih kepada mereka yang meng-kopipes msg ini kepada saya.
***Err. Itu gambar kaki saya memakai selipar rumah yang ada bunga yang sangat besar, sambil memandu kereta. Kalau nak tau knp, sila buzz YM saya. Ahak!~


Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)