It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Sunday, October 04, 2009

--==[[ Ride The Lightning!~ ]]==--

Sangat marah & bosan ...
lalu tidur ...
kr0ih ... kr0ih ...



Guilty as charged
But damn it, it ain't right
There's someone else controlling me
Death in the air
Strapped in the electric chair
This can't be happening to me

Who made you God to say?,
I'll take your life from you

Flash before my eyes
Now it's time to die
Burning in my brain
I can feel the flames

Wait for the sign
To flick the switch of death
It's the beginning of the end
Sweat, chilling cold
As I watch death unfold
Consciousness my only friend

My fingers grip with fear
What am I doing here?

Flash before my eyes
Now it's time to die
Burning in my brain
I can feel the flames


Someone help me
Oh please, God help me
They're trying to take it all away
I don't want to die

(SOLO)

Someone help me
Oh please, God help me
They are trying to take it all away
I don`t want to die

Time moving slow
The minutes seem like hours
The final curtain call I see
Im through with this
Just get it over with
If this is true, just let it be

Wakened by a horrid scream
Freed from this frightening dream

Flash before my eyes
Now it's time to die
Burning in my brain
I can feel the flames




Thursday, October 01, 2009

--==[[ HepiBesdeiTuMi!~]]==--








Ini kek besdei 1 Oct 2007

Gamba2 Masa 1 Oct 2007 .. Masa Umo 27 tahun TUh .. jGn tetipu .. Ekekek!~ Tak Tau La Nak Taip Apa ..


SMS :::


From: All My Baby You Happy birthday tu yu sygg.. Yg ke 29. Dah tua tu.. Cpt2 kawen.. Da. Nite. Muah..

From: All My Baby You M0wnin sygg.. Happy bday may ur bright day today make u happy n smile all day long. Where to celebrate? Hoyeh... Muah til die i luv u.

From: Bakhtiar Salam.. Happy birthday..

From: Ckin Buntal Hepi burfday.

From: F Chana Happy b'day..:-D smga pjang umur dan mrah rezeki..

From: C Ezu Happy birthday! May ur dream will comes true!

From: C ShahriL Selamat harijadi :-) moga bertemu kebahagian..


Chat :::


[02:02] <@RenTunG> VanHelsinG, happy birthday dear..
[02:06] <@RenTunG> VanHelsinG, happy birthday dear.. ;)

[11:44] hapi birthday to u.. hapi birthday to u.. hapi birthday to my lovely bard.. hapi besday to u :)

[11:43] <+arsenalfc> wasalam VanHeLsinG apy besday jerk muge hapy salu

[11:47] hapy besday to u

[11:45] <+Aiwa> waalaikumsalam... hepi besday :)
[11:47] <+Aiwa> hepi besday 2 u.....:)
[11:48] hepi besday erk... :) kite 23/10 :p

[14:01] <@kecik> !request birthday song utk VanHeLsinG ~ dgn ucapan sahutlah cabaran ku itu kekekkee

[11:48] Closing Link: 120.141.237.175 VanHeLsinG (Local kill by V (Happy Birthday to you :) semoga panjang umur n murah rezeki..))

[11:49] Closing Link: 120.141.237.175 VanHeLsinG (Local kill by None ( happy birthday to you bard ! Sejahtera dunia akhirat hendaknye))

[14:31] Closing Link: 120.141.237.175 VanHeLsinG (Local kill by KinG (hepi bday :)))

[21:10] * You were kicked from #chatxpress by uj (happy bday to u :))
[21:11] * You were kicked from #rakan by ChanServ (happy bday to u)
[21:11] * You were kicked from #kampung by ChanServ (happy bday to u (uj))

Ym:::

Baby Bie: happy beszday 2 uuuuuuuuuuu
Baby Bie: eppi beszdaaaaayyyyyyy 2 uuuu
Baby Bie: eppy bessday u 2 cik kedik
Baby Bie: eppy besday 2 u...
Baby Bie: hehhehehehe

miss fasha: happy bday bert

Jeli Meli: epi besday.. walaupun besday i u x wish

Kaka munGe: slmt ulang tahun cyg..
Kaka munGe: may all your dreams come true..
Kaka munGe: thniah coz de yg mlamar cintamu..

Aicha Ameer: eh hari ni besday obert Aicha Ameer: hepi besday yang ke 27


Fesbuk:::


Shahrol Nizam Happy Birthday ~!!~

Aida Amin Allah selamatkn kamu..
Allah selamatkn kamuu.
Allah selamatkn kamu Babardd..
Allah selamatkn kamuuu...
Best kn i nyanyi? Ehekk..
Hepi besday jgn sedey2 ;)

Mohd Shukri Salim Bro..slamat hari lahir..jgnla sedih2 naa..Jr x pi mana tuh..t dia balik la tuh..xpon..masa dia dah sampai..dia xmo tuan dia sedih tengok dia.. isskk3

Chemellys Omar eppy bday bard!!!! all d best dis year

Suffyan Razzaq selamat hari lahir~ ^^,

Jut Nt Bard..hapy bdayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy ;)


Forum
MobileIRC :::

Else
hepi besday to you...~
hepi bufday to ypu...~
hepi birthday to bardsyah....~~
hepi besdei to you...
wish you a great great hepi besday, hepi go lucky, hepi the best thursday ever..as well as hepi hari raya...
may: all your dreams come true,be hepi on your besday n watsoever...
glad to know you, glad to be one of your fren, fwen!..
dat's ol...
p.s. : awat la topik ni titled "apy besday abah"? whilst you're not yet an abah??

Nightmare
ni ni nak ucap befdei kt org len,bukan abah taw.. tp kt abard ngahah..
hope pjg umur dan murah rezeki..

MissNurul
Hepi bufday tu yu~
hepi bufday tu yu~ ♫♪
hepi bufday tu yu~~
Hepi bufday tu yuuuuu~~ ♫♫♪
**Hepi bufday bardsyah ..May u grow to be toothless! kuiikuii**

Redlipstik
Selamat menyambut hari lahir kepada my bebeh (BardSyah)
semoga dengan genapnya umo 29 tahun ini akan memberi seribu makna buat bebeh
selamat hari lahir bebeh...terima kasih diatas segalanya
terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada hidup saya
terima kasih diatas segala nasihat dan dorongan...
terima kasih kerana sentiasa berada disisi...
doaku juga sentiasa mengiringimu
pada setiap masa dan ketika,
harapanku agar semuanya dilipahi rahmat
ingatlah bebeh...bahawa ai juga akan sentiasa berada disamping yu...
selamat hari lahir....ai sesangat sayam yu~
p/s: adiah besday lambat cket



Ni pun Besdei 1 Oct 2007 Gak . Hekhek!~


  • Tima kasih kepada yG wish2 tuh ..
  • Wish je ke? Hadiah tadak? Ahak!~
  • Harap2 doa semua2 tu makbul la ye. nGa!
  • Doa dan Harapan diri sendiri .. Semoga aku diketemukan jodoh sebelum umur 30. Isk.. Tua dah. Kalo tak de gak. Berserah je lah. Kalo ade.. Adelah . Kalo takde.. takde lah .. s0b!~ s0b!~ s0b!~
  • Kepada All My Baby You tuh .. Kalo tak selebret ngan hyg dulu .. hy tamo selebret dgn yg lelain. Huheue .. Jangan mara aa .. =D Org besdei takleh kena marah.. Agagaga..








Tuesday, September 29, 2009

--==[[ Sad!~ ]]==--






Assalammualaikum warahmatullah ..


Beraya sakan. Lama betul tak update. Macam tiada apa yang penting atau menarik yang perlu dikarang. Entah lah.


Terasa kosong. Junior hilang. Rumah terasa sunyi. Kosong. Sepi. Tiada kawan untuk berlawan kata. Tiada bahan untuk bergurau senda. Tiada teman tidur. Tiada bahan untuk mendengki. Isk.


Kalau dulu, balik rumah, sampai depan pintu, Junior akan menunggu dengan mata kuyu dia. Paling tidak pun, dia akan mengiaw dari dalam rumah. Sekarang? Sunyi. Sangat2 sunyi.


Payah betul untuk terima hakikat kehilangan Junior. Apa sahaja yang dibuat akan teringatkan Junior. Serba tidak kena jadinya.


Junior seolah sebahagian dari hidup saya. Entah? Rasa macam darah daging pula. Isk. Kenapa lah sampai macam ini pula rasa sayang saya kepada Junior.


Bukan tidak pernah membela kucing. Tapi, rasa sayang kepada Junior macam melebihi dari yang sebelumnya. Tejin pula langsung tidak pulang. Apa lah khabar Tejin agaknya. Makanan yang ditinggalkan langsung tidak berusik.


........

.......

......

.....

....

...

..

.


Malas nak taip apa2 lagi dah. Nanti2 lah sambung ...


I have no more words to describe ...





Saturday, September 05, 2009

--==[[ Everybody's Changing!~ ]]==--

You say you wander your own land
But when I think about it
I don't see how you can
You're aching, you're breaking
And I can see the pain in your eyes
Says everybody's changing
And I don't know why

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same

You're gone from here
And soon you will disappear
Fading into beautiful light
Cause everybody's changing
And I don't feel right

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same


Friday, September 04, 2009

Everybody's Changing




Tadi, waktu lepas sahur, macam biasalah, saya akan on mana2 radio internet yang ingin saya dengar. Dah memang sedia maklum, ada 7 siaran radio internet yang tersenarai di winamp saya di pc ni. Klik2 mana2 yang menarik, akhirnya saya on kan sahaja MobileIRC.FM yang di autorun kan oleh saudara NoeTech @ Nordin.


Sedang saya leka dengan RV dan TC, tiba2 terdengar lagu ni di corong speaker. Rasa2 macam biasa dengar satu ketika dulu. Tapi tidak ingat pula di mana. Flashback2. Sesungguhnya lagu ini mengingatkan saya kehidupan saya semasa di Kerinchi beberapa tahun dulu. Agaknya lah! Lagu ini sangat2 familiar. PKNS 17 tingkat, Vista Angkasa. Ke Kota Damansara. Akhirnya ke Kerinchi semula.


Dalam diam bibir mengukir senyum. Pelbagai ingatan masa lalu terpamir di minda. Terbayang segala memori pahit manis, suka duka semasa saya bergelar seorang remaja satu ketika dulu. Bermacam2 kisah. Bermacam2 peristiwa. Dari mula bergelar sebagai seorang mahasiswa sehinggalah akhirnya saya menetap di rumah ini pada tahun akhir pembelajaran saya.


Bersama Sue. Bersama Ayun. oBERt @ Khir (owner sbnr nick oBERt), AbgChik, Maestro, Dell, Pet, Weddy, Malau, Coyok, Milo, Otot, Man, Sopi, Fuad. Semuanya nama2 yang sangat tidak asing dan tidak mungkin akan saya lupakan setiap kali teringat kembali kenangan semasa di Kerinchi. Apa khabar mereka agaknya.


Kerinchi Clan. Haha! Mereka menggelar diri mereka seperti itu. Apa yang saya tahu, hampir kesemuanya sudah pun berkahwin dan berkeluarga. Wajib sangatlah kerana semuanya pangkat abang2 bagi saya. Ahh .. Kenangan hanyalah sebuah kenangan yang mendewasakan sesiapa sahaja yang punya kenangan. Dewasa kah? Sama sahaja. Huhu.


Bagi saya, Kerinchi adalah tempat saya dewasa. Tempat saya mengenal erti kehidupan. Tempat saya melalui liku2 hidup yang tidak begitu sukar, tapi, boleh dikatakan agak payah. Almaklumlah umur pada ketika itu baru awal 20-an. Seperti lalang. Silap satu langkah, mampu mendorong ke arah yang kurang baik.


Alhamdulillah. Kini, saya masih lagi diri saya. Clubbing, keluar berpoya2 bersama rakan2 ketika itu adalah antara perkara yang biasa di ketika itu. Darah muda. Pergi pun untuk suka2. Bukanlah membangga diri. Bukanlah maksud saya tidak terjebak langsung dengan apa2 gejala yang kurang waras. Tapi, boleh dikatakan apa sahaja yang pernah dicuba, hanyalah cuba2 sahaja.


Pada umur ini, kalaulah diajak untuk melakukan perkara2 seperti itu lagi, rasanya mungkin akan difikir lapan juta kali agaknya. Macam tidak sesuai. Bohonglah kiranya saya kata tidak mahu langsung. Pernah sahaja terlintas untuk melakukan seperti dulu. Tapi, apa bangangnya nak terlompat2 terkinja2 seolah umur sentiasa remaja. Kan?


Biarlah semuanya berlalu. Apa yang penting, saya bukanlah seperti dahulu. Kalau dulu, pantang sahaja ada yang mengajak, saya akan pergi, saya akan buat. Pantang sahaja sesiapa yang mencari pasal, saya akan 'naik tangan'. Mana sahaja tempat yang saya pergi, diri ini akan sentiasa dalam keadaan bersedia. Berlagak betul! Nak buat macamana kan? Cari pasal dengan 2nd Dan black belt. Koh! Koh!


Eh. Sudah2. Makin mengarut pula nanti. Matahari pun dah menampakkan diri sepenuhnya. Langit sudah semakin cerah. Burung2 pun turut berkicau menyanyikan lagu indah.
Eceh! Kepada rakan2 yang pernah kenal dengan seseorang yang bergelar 'badang' satu ketika dulu, saya menyimpan hasrat untuk bertemu kembali dengan anda semua. Cuma, saya sekarang adalah seorang yang kiyut miyut. Sudah tidak garang seperti dulu. K0h! K0h! Pasan jap.


Andai kata diberi peluang untuk kembali semula ke masa lalu, saya ingin kembali semula ke bangku sekolah. Ke Sekolah Menengah Methodist Kuala Lumpur. Kerana di situlah bermulanya kehidupan saya berdikari. Disitulah bermulanya kematangan diri. Disitulah saya bergelar sebagai seorang pelajar terpilih. Disitulah saya mengenal erti hidup sebagai seorang remaja yang cerdik. Pandai. Yang skema. Yang selalu kena buli. Huhuhu...




Ini Gambar dengan Kak Suriaa. Baru2 lepas habis study kot time nih? Ke...Awal2 bekerja. Entah...
Baru bertemu meraka2 di MobileIRC. nGahaha!
Macam ala2 sopan2 kepit2 je kan? k0h!k0h!~



  • Pagi tadi tak sempat sahur!! Huwaa!!! Bangun. Masuk toilet. Buang air. Cuci muka. Kuar jek dari bilik air, tetiba jek dah azan. Huwa!!
  • Tekak rasa macam nak pecah! Batuk tak hengat punya... Isk..
  • Malam tadi lepas Isyak terus tidur. Kepala sgt2 sakit.
  • Pesan dengan Cemey & Uj utk bangunkan. Tapi, langsung tak bgn masa mereka2 call. Ngahaha! Mamfuss...
  • Lagu ni rasanya baru je lagi. tapi tak tau lah knp zaman Kinci je yang terlintas bila dgr lagu ni tadi. Layan kan aje lah!
  • Esok update lirik dengan VC lagu nya pula. Kang kalo update sekali kang, macam panjang sgt2 lah pula. Kan?
  • Selamat berpuasa!!~ Ailebiu!~


Wednesday, September 02, 2009

--==[[ Sebelum Cahaya!~ ]]==--

Ini ialah Ambulan PKB Gemencheh di halaman rumah saya ... Isk..


ArGhh .. Berapa hari dah ni. Puasa macam tidak puasa sahaja. Asyiknya lah tertidur sampai ke waktu berbuka. Hari ni tadi. Sedar2 je dah azan Maghrib. Ish. Semalam kira okey lah jugak, siap boleh masak nasik goreng. Hari ni? Isk. Ni pun masih menguap lagi. Rasa macamnak sambung tidur lagi pun ada juga nih.

Nak mandi, sejuk sangat pula. Menggigil2. Teruk betul puasa tahun ni. Nak mengaji, belum buka2 lagi Al-Quran. Dari lepas Maghrib sampai lah ke sahur. Dalam fikiran macam dah ambil A-Quran tu. Dah baca. Tapi, hakikatnya tidak pun. Astaghfirullah. Tahun lepas, dapat jugak buat sampai juzuk 23. Tak sempat nak habis.

Pagi2 bangun sahur.Dah memang dari dulu lagi saya rajin untuk bangun sahur. Masa belajar dulu pun saya yang jadi tukang bangunkan kawan2 untuk bersahur. Sampai sekarang pun. Alhamdulillah. Masih lagi rajin untuk bangun sahur. Makan sahaja apa yang ada. Minum sahaja apa yang ada. Pagi tadi, habis sahaja air minuman di dalam gelas, tiba2 sahaja azan berkumandang. Hehe. Nasib baik! Kekeke...

Tapi, bila dikira2. Rasanya, puasa yang betul2 puasa adalah semasa saya sakit teruk ituari. Minggu pertama puasa saya demam teruk. Kuarantin. Sampai ambulan datang rumah bagai. Bila dah rasa okey, saya gagahkan diri untuk berpuasa. Alhamdulillah. Berkat kesabaran, (sabar ke?) berjaya juga tanpa tidur seminit pun di siang hari. Siap menyibuk lagi di dapur time Omak memasak.

Balik sahaja ke sini, masa terluang saya banyak dihabiskan di atas tilam setebal berapa inci entah nih. Di bawah selimut yang ala2 baldu gitu. Di keliling 4 buah bantal. Haha! 2 3 hari lepas, agak awal lah juga bangun tidur nya. Semalam, tidur sekejap. Lepas tu bangun masak nasi, potong2 bawang, masak nasi goreng. Hari ni? ArrGhh! Celik2 je dah terdengar bunyi azan di pangkal telinga. On TV di luar, azan dah separuh berkumandang.

Apalah nak jadi ni? Masalahnya, waktu tidurnya adalah selepas waktu bekerja? Kikikikiki ... Alangkah bagusnya kalau2 ada teman. Isk. At least, tiada lah rasa sunyi sangat. Ini tidak, balik2 muka Junior juga yang ditenung semasa makan. Haha! Gilo. Kalau tidak ditenung pun, harus akan ada marah2 kerana Junior akan cuba duduk di tepi pinggan. Itu pun kalau ada makanan lah kan? Ish.

Macam 2 hari lepas, dah minum air, rehat2 sekejap. Maghrib. Lepas tu baru keluar cari makanan. Ahh .. Kenapa lah macam ni. Teringat pula semasa tahun pertama belajar dahulu. Berbuka dengan kurma, segelas air. Tarawikh. Habis Tarawikh baru sibuk2 cari makanan. Dah tempat tinggalnya sekangkang lipas sahaja dengan masjid. Tiada maknanya lah boleh duduk rumah diam2 sedangkan rakan2 lain pergi ke masjid. Heuheu ...

Itu dulu, cerita 7 8 tahun yang lalu. Sekarang? Jauh berbeza. Tarawikh di surau bawah rumah ini sahaja. Dari tahun pertama puasa sampai sekarang, dah masuk 4 tahun. Niat sahajalah. Perginya tidak. Alalala.. Sekejap lagi terdengar suara kanak2 mengaji dari corong speaker surau. Tiap kali terdengar sahaja suara mengaji, setiap kali itulah niat hati mahu bukak Al-Quran. Mengaji macam tahun sudah2. Tapi, niat hanya tinggal niat. Allah ...

Kitaretsu ke apa entah kartun di tv3. Sudah habis pun. Lagi 5 minit ke pukul 8 malam. Hanya 3 teguk air sejuk yang masuk ke dalam perut.Tak boleh jadi ni. Hari ni dah hari ke-12 Ramadhan. Kena buat juga. Setahun hanya sekali. 2 tahun lepas, mengaji sampai hilang suara. Siap menjerit dari tingkat satu marahkan mereka2 yang membakar mercun selepas Tarawikh. Menggangu betul!

Baiklah. Buletin Utama pun dah mula di tv3. Mahu mandi. Solat. Mengaji. Lewat2 nanti baru keluar cari makanan. Sahur sekali mungkin. InsyaAllah..


  • Terasa rindu segala2nya tentang dia.
  • Terasa rindu soto nasik masakan dia.
  • Terasa rindu ikan bakar masakan dia.
  • Hmm ..
  • Terasa rindu dengan masakan Omak di kampung.
  • Terasa rindu juga dengar suara Omak kejut utk bgn sahur.
  • Terasa rindu juga tunggu Omak sendukkan nasi di meja makan.
  • Terasa rindu juga tonton siaran langsung solat Tarawikh di Mekah bersama Omakayah.
  • Terasa rindu segala2nya.
  • Mata kanan ni dah merah sgt pulak. Isk. Mana ntah dpt sakit mata ni agaknya ..
  • Entahlah ... =(






Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)