
Tadi, waktu lepas sahur, macam biasalah, saya akan on mana2 radio internet yang ingin saya dengar. Dah memang sedia maklum, ada 7 siaran radio internet yang tersenarai di winamp saya di pc ni. Klik2 mana2 yang menarik, akhirnya saya on kan sahaja MobileIRC.FM yang di autorun kan oleh saudara NoeTech @ Nordin.
Sedang saya leka dengan RV dan TC, tiba2 terdengar lagu ni di corong speaker. Rasa2 macam biasa dengar satu ketika dulu. Tapi tidak ingat pula di mana. Flashback2. Sesungguhnya lagu ini mengingatkan saya kehidupan saya semasa di Kerinchi beberapa tahun dulu. Agaknya lah! Lagu ini sangat2 familiar. PKNS 17 tingkat, Vista Angkasa. Ke Kota Damansara. Akhirnya ke Kerinchi semula.
Dalam diam bibir mengukir senyum. Pelbagai ingatan masa lalu terpamir di minda. Terbayang segala memori pahit manis, suka duka semasa saya bergelar seorang remaja satu ketika dulu. Bermacam2 kisah. Bermacam2 peristiwa. Dari mula bergelar sebagai seorang mahasiswa sehinggalah akhirnya saya menetap di rumah ini pada tahun akhir pembelajaran saya.
Bersama Sue. Bersama Ayun. oBERt @ Khir (owner sbnr nick oBERt), AbgChik, Maestro, Dell, Pet, Weddy, Malau, Coyok, Milo, Otot, Man, Sopi, Fuad. Semuanya nama2 yang sangat tidak asing dan tidak mungkin akan saya lupakan setiap kali teringat kembali kenangan semasa di Kerinchi. Apa khabar mereka agaknya.
Kerinchi Clan. Haha! Mereka menggelar diri mereka seperti itu. Apa yang saya tahu, hampir kesemuanya sudah pun berkahwin dan berkeluarga. Wajib sangatlah kerana semuanya pangkat abang2 bagi saya. Ahh .. Kenangan hanyalah sebuah kenangan yang mendewasakan sesiapa sahaja yang punya kenangan. Dewasa kah? Sama sahaja. Huhu.
Bagi saya, Kerinchi adalah tempat saya dewasa. Tempat saya mengenal erti kehidupan. Tempat saya melalui liku2 hidup yang tidak begitu sukar, tapi, boleh dikatakan agak payah. Almaklumlah umur pada ketika itu baru awal 20-an. Seperti lalang. Silap satu langkah, mampu mendorong ke arah yang kurang baik.
Alhamdulillah. Kini, saya masih lagi diri saya. Clubbing, keluar berpoya2 bersama rakan2 ketika itu adalah antara perkara yang biasa di ketika itu. Darah muda. Pergi pun untuk suka2. Bukanlah membangga diri. Bukanlah maksud saya tidak terjebak langsung dengan apa2 gejala yang kurang waras. Tapi, boleh dikatakan apa sahaja yang pernah dicuba, hanyalah cuba2 sahaja.
Pada umur ini, kalaulah diajak untuk melakukan perkara2 seperti itu lagi, rasanya mungkin akan difikir lapan juta kali agaknya. Macam tidak sesuai. Bohonglah kiranya saya kata tidak mahu langsung. Pernah sahaja terlintas untuk melakukan seperti dulu. Tapi, apa bangangnya nak terlompat2 terkinja2 seolah umur sentiasa remaja. Kan?
Biarlah semuanya berlalu. Apa yang penting, saya bukanlah seperti dahulu. Kalau dulu, pantang sahaja ada yang mengajak, saya akan pergi, saya akan buat. Pantang sahaja sesiapa yang mencari pasal, saya akan 'naik tangan'. Mana sahaja tempat yang saya pergi, diri ini akan sentiasa dalam keadaan bersedia. Berlagak betul! Nak buat macamana kan? Cari pasal dengan 2nd Dan black belt. Koh! Koh!
Eh. Sudah2. Makin mengarut pula nanti. Matahari pun dah menampakkan diri sepenuhnya. Langit sudah semakin cerah. Burung2 pun turut berkicau menyanyikan lagu indah.
Eceh! Kepada rakan2 yang pernah kenal dengan seseorang yang bergelar 'badang' satu ketika dulu, saya menyimpan hasrat untuk bertemu kembali dengan anda semua. Cuma, saya sekarang adalah seorang yang kiyut miyut. Sudah tidak garang seperti dulu. K0h! K0h! Pasan jap.
Andai kata diberi peluang untuk kembali semula ke masa lalu, saya ingin kembali semula ke bangku sekolah. Ke Sekolah Menengah Methodist Kuala Lumpur. Kerana di situlah bermulanya kehidupan saya berdikari. Disitulah bermulanya kematangan diri. Disitulah saya bergelar sebagai seorang pelajar terpilih. Disitulah saya mengenal erti hidup sebagai seorang remaja yang cerdik. Pandai. Yang skema. Yang selalu kena buli. Huhuhu...
Ini Gambar dengan Kak Suriaa. Baru2 lepas habis study kot time nih? Ke...Awal2 bekerja. Entah...
Baru bertemu meraka2 di MobileIRC. nGahaha!
Macam ala2 sopan2 kepit2 je kan? k0h!k0h!~
- Pagi tadi tak sempat sahur!! Huwaa!!! Bangun. Masuk toilet. Buang air. Cuci muka. Kuar jek dari bilik air, tetiba jek dah azan. Huwa!!
- Tekak rasa macam nak pecah! Batuk tak hengat punya... Isk..
- Malam tadi lepas Isyak terus tidur. Kepala sgt2 sakit.
- Pesan dengan Cemey & Uj utk bangunkan. Tapi, langsung tak bgn masa mereka2 call. Ngahaha! Mamfuss...
- Lagu ni rasanya baru je lagi. tapi tak tau lah knp zaman Kinci je yang terlintas bila dgr lagu ni tadi. Layan kan aje lah!
- Esok update lirik dengan VC lagu nya pula. Kang kalo update sekali kang, macam panjang sgt2 lah pula. Kan?
- Selamat berpuasa!!~ Ailebiu!~