It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Monday, August 23, 2010

Dugaan Bulan Puasa...




Assalammualaikum Warahmatullah Sahabat ... :)



Macamana puasa hari ke-12? Mantap? Ke ada tuang2? Huehue. Hari ni tadi macam biasa saya bekerja. Malas2 pun kena pergi juga kan? Jam 11 lebih baru keluar. Sampai saja di tempat kerja, datang pula tugasan yang non-stop. Isk. Sampai jam 4 petang baru rasa lega sikit.



Tekak punya lah kering. Kalau bukan Ramadhan, mau teguk Ribena satu botol agaknya. Ribena okek! Peberet tu. Huhu. Memang tiap2 hari lepas non-stop punya kerja, saya akan teguk Ribena Mobile one shot. Bagi tenaga kembali semula. Lepas tu rehat la kejap. Itu kalau bukan bulan puasa lah kan. Jangan salah anggap pula eh!



Macam siang tadi, memang sangat2 terasa keletihannya. Istighfar .. Istighfar .. Istighfar .. Sampai terlelap pula sekejap. Tersedar semula jam 5 lebih. Sambung lagi review file yang macam tak reti2 nak selesai. 13 file. Sukses? Takde maknanya lah! Huhu.



Dekat jam 7 baru terasa lega sikit. Kemas2 barang, terus keluar ke bazar Ramadhan. Agak banyak juga membeli tadi. Karipap sardin, ayam percik dan nasi kerabu. Sedap la juga kan. Cuma, agak terlewat sikit berbuka tadi. Tak perasan pula dah azan. Makan2, rehat kejap, Maghrib, jam 8 sambung semula. Sampai jam 12 baru siap2 pulang ke rumah.



Sampai rumah, cuci tangan, masak air, mandi2, ngadap pc, semata2 nak update blog ni. Cadang tadi nak transfer entry puasa 3 tahun lepas dari fotopages ke sini. Tapi macam tak larat pula. Nanti2 saja lah. Akeke. Nak iron baju pun malas pula rasanya. Esok pagi sajalah. Mata dah berat pula.



Baiklah. Selamat malam sahabat... Selamat berpuasa esok. =)



  • Tolong kejutkan saya bangun sahur esok eh!
  • Selamat malam.
  • Tata...





Monday, August 09, 2010

Pathetique...




Apekejadah la on pc. Ngadap pc. Pegang tetikus nama gigabyte nih. Tapi tak klik apa2 pun. Dari jam 12 tadi langsung tak klik apa2 pun.Macam2 dalam fikiran nih. Serba tak kena. Apakejadah entah?


Rindu Junior. Tiba2 rasa rindu yang sangat dalam dengan Junior. Kalo dulu, balik ke rumah, belum buka pintu Junior dah terkinja2, melompat2 nak kena peluk. Kenapa entah? Tiba2 macam rasa sunyi.


Rindu Junior. Tiba2 tadi terbayang2 Junior sama2 melompat2 naik tangga. Terbayang2 juga Junior berlari2 turun dari tangga sebelah sana kerana salah rumah. Terbayang2 juga Junior buat muka tak bersalah bila kala dia bising2 di depan rumah tangga sebelah.


Rindu Junior. Terbayang2 lagak Junior yang suka buat2 tidur sedangkan jelas nampak lirik matanya memandang ke arah diri ni yang suka buat tak paham dengan pandangan mengharap dia.


Rindu Junior. Terbayang2 waktu main lawan mata dengan dia bila tiba2 rasa bosan datang. Terbayang2 tangan Junior yang cepat sampai ke muka ni bila kala dia tak boleh nak larikan matanya ke arah lain.


Rindu Junior. Terbayang2 Junior yang suka landing atas apa sahaja yang dia selesa. Terbayang2 Junior yang suka bawa makanan ke dalam bilik sampai bersemut merata2.


Rindu Junior. Terbayang2 waktu kali terakhir peluk dan cium Junior. Terbayang2 muka Junior dengan mata terbeliak yang sangat takutkan manusia2 lain yang tidak dikenalinya.


Rindu Junior. Rindu Tejin. Rindu Nacitam. Rindu. Sangat2 rindu. Sangat2 rindu. Sangat2 rindu. Kalaulah boleh kembali ke masa hampir setahun yang lalu, tak akan aku bawa Junior pulang ke kampung halaman pada Aidilfitri yang lalu.


Speechless. Im sorry Junior. Im sorry. Im sorry.








Saturday, August 07, 2010

Wednesday, July 21, 2010

Selimut Hati

Sebahagian ahli keluarga saya pada Majlis Perkahwinan adik sepupu di Kuantan. Tahniah Kakteh. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Dari kiri: Amar yang jadi Along doti tuh dan isterinya Kaklang Kuantan, Peah adik ipar saya yang bongsu, Omak tersayang, Acik Ibab adik kesayangan Ayah, Pengantin: Kakteh dan Adlan, Si kenit Sarah, anak bongsu Acik Ibab, Ayah tercinta, Angah Kuantan dan isterinya Ina.




Tetiba rasa macam menyampah lak tengok gamba2 perkahwinan sedara mara dan sahabat handai. Meluat tetiba. Mula2 memang sangat teruja. Tapi, bila dah banyak2 tengok, lama2 jadi macam nak merusuh pula. Haih! Jeles kot? Jeles sebab lom kahwin. Ahak!


Tak pernah pula rasa macam ni sebelum ni. Rasa macam Immortal tu ada la kot? Immortal pasal asyik tengok orang kahwin sahaja. Mana kan tidak? Mei dan Jun penuh dengan majlis nikah kahwin. Tiap2 minggu. Awal Julai pun ada. Adik sepupu. Adik? Walah! Berbendul2 dah kena langkah. Kikikik.


Dulu, zaman Atok Nenek Moyang kita, ramai yang berkahwin awal. Belum pun umur 20, dah jadi Ibu atau Ayah. Umur paling muda yang pernah saya dengar, 11 tahun. Boleh? Macamana la agaknya tu kan? Masih terkinja2. Masih main lompat2. Masih berlari2 di halaman rumah. Masih lagi mudah merengek dan menangis. Boleh? Tapi, tak ada pun yang gagal dalam alam rumah tangga. Kan?


Zaman Mak Ayah pula, masih ada juga yang berkahwin awal. Orang2 kampung lah kot? Omak dan Ayah saya orang berkerjaya. Kahwin lambat. Omak kata, Kaklong saya lahir semasa Omak berumur 29 tahun. Ada juga makcik2 atau pakcik2 yang saya kenal, berkahwin awal. Awal yang tak berapa nak awal lah, dalam umur 20-an gitu. Paling awal pun selepas habis sekolah. Majoriti gagal kerana krisis ekonomi. Bukanlah maksud saya kesemuanya gagal. Majoriti dari segelintir. Ingat lagi krisis ekonomi satu ketika dulu?


Zaman kita pula, kalau ada sesiapa yang berkahwin awal, itu adalah perkara yang agak aneh. Paling ramai pun yang berkahwin awal, sebab dah termengandung. Itu pendapat saya. Mana yang memang berkahwin kerana dah sampai jodoh, itu adalah yang terbaik. Ada juga beberapa orang rakan perempuan saya yang berkahwin selepas habis SPM. Dah besar panjang anak2 mereka sekarang. Ada juga yang bercerai berai. Isk. Majoriti sahabat handai saya dah beranak dua, atau tiga. Senang faham, berkeluarga lah kan?


Zaman adik2 kita, maksud:sekarang. Kalau ada yang berkahwin awal, majoriti kerana sebab dah terlanjur. Zaman makin berubah kan? Bila dah kahwin awal, macam2 pula masalah yang timbul. Kalau dulu, semasa bercanda ria, mereka hanya tahu nak seronok. Tidak fikir perasaan orang tua agaknya. Susah payah orang tua mendidik, bila dah besar, lain pula jadinya. Ada juga yang zaman kanak2 nya terabai. Bila besar, tak jadi orang. Kesian.


Sekarang ni juga banyak kes kanak2 yang mati kena dera. Kalau dulu, majoriti kes dera adalah berpunca daripada ibu bapa, sekarang, banyak pula kes dera yang berpunca dari panti asuhan atau pusat jagaan kanak2. Atau, lebih mesra dengan panggilan nursery. Huhu. Kesian kan? Itu bahagian mereka. Simpati pada ibu bapa yang kehilangan anak dek kerana kecuaian mereka2 yang prihatin membuka nursery.


Bukan apa kan? Ada yang membuka nursery kerana ikhlas atau berbunga2 hati nak menjaga bayi atau kanak2. Ada juga yang membuka nursery atau menjadikan rumah mereka sebagai nursery semata2 kerana wang ringgit. Mana yang ikhlas, Alhamdulillah. Mana yang mata duitan, susah lah. Menyusahkan diri buat apa kan? Baik pergi cari kerja lain daripada menyakiti fizikal bayi atau kanak2. Paling tidak pun, pergi kursus untuk menjaga kanak2 dulu. Bukan senang untuk melayan kerenah kanak2. Kuatkan dulu fizikal dan mental. Sabar kena ada.


Saya pun, dulu, bukan suka sangat dengan kanak2. Pada saya, kanak2 menyusahkan. Nak kena dukung. Nak kena bagi makan. Nak kena pujuk kalau menangis. Nak kena itu. Nak kena ini. Pernah juga lah saya lempang adik sepupu saya yang menangis melalak macam nak pecah gegendang telinga. Balasannya, belakang saya birat kena baling dengan kayu. Padan muka saya. Akeke. Kisah ini berlaku semasa saya di tingkatan dua. Memang akan ketawa sendirian jika diingat kembali. Dah nak habis sekolah pun dia.


Tapi, itu dulu lah. Sekarang, saya agak bermoral sikit. Sekarang? Tak juga kot? Saya boleh terima kehadiran bayi atau kanak2 selepas Kaklong saya melahirkan anak yang pertama. Darah daging kan? Sapa tak sayang? Dah ada 7 orang pun anak2 saudara saya. Sayang saya kepada mereka adalah separuh nyawa saya. Terluka mereka, terluka saya. Kadang2 ada juga saya lukakan hati mereka. Akekeke... Well... Kids... Rite? Kalau tak di marah, kang kot tak jadi orang pula kan? Huhu.


Mohd. Syahmi Adly. Nabyla Bilqis. Natasya Bilqis. Aerisa Sofiya. Merrah Amanie. Qaseh Naurah Zunnurrain. Serie Diannie. Nama kan main mantap masing2 nih! Ramai betul anak2 perempuan saya kan? Dua orang sahaja lelaki. Akekek... Saya sayang mereka sangat2. Saya doakan mereka akan membesar dengan baik. Jadi pandai. Bijak. Sekolah elok2. Menjadi anak2 yang soleh dah solehah. Besar nanti, jangan susahkan ibu abah. Jangan malukan mereka. Jaga adab. Jaga maruah diri. Jangan lupakan Uwan, Atok, Mak tok, Abah tok, Awe. Atok. Jangan lupakan Alang. =)


Arr.. Baeklah. Dah melalut2 pula. Emosi pula tiba2. Akekek.. Mesin basuh pun dah habis putar. Mau sidai baju, pagi2 esok iron sebelum pergi kerja. Unifom dah tadak! *menguap* Kalau ada orang yang tolong buat, kan bagus? Tinggal sarung atau pakai ke badan sahaja. Hue hue. Lagi satu, entry ni tidak ada kaitan dengan sesiapa, mahupun yang hidup atau yang dah tak ada. Maaf kalau ada sesiapa yang berkecil hati pada mana2 ayat2 yang saya karang. Maafkan saya. Hanya sekadar pendapat sahaja. Langsung tak ada niat apa2 pun. Maaf ya!


  • Tadi, balik, sampai rumah, ada bau cam ala2 lemak2 gitu. Terus gi dapo, amek sampah, buang ke rumah sampah lakang. 2 hari lupa nak bawak turun sebelum kua pagi2. Hek!
  • Masuk ke rumah semula, cuci tangan, bukak baju, sejukkan badan depan pc. Kunun2 je la sejukkan badan! Sebbaek la tak menahan nak 'pee'. Ahak!
  • Gi dapo lagi, putar mesin basuh, masak air, mandi, Maghrib.
  • Gedebak gedebuk, ngadap pc. Sampai lah sekarang ni ha. Akekekek...
  • Dah jam 11mlm. Jap gi nak sidai baju, belek2 fail yang di bawak balik dari semalam tapi langsung tak bukak tuh, sambil layan House. Multitasking lagik! Agagaga.
  • Tak tau la jam brp terlelap nya ni karang. dah terbuat neskepe pula tadi. Huhu.
  • Tolong bangun kan saya ye!
  • Lagu khas buat semua yang menbaca entry ini.
  • Sedang menunggu call juga nih. Isk.
  • Sekian. Terima kasih.
  • Selamat malam. Tata. =)










Sunday, July 18, 2010

Bedroom Window

See that? It's raining out there! HuwarGh!~~


HuwarGh!~
Mengantuk. Stim2. Sangat sejuk. Huhu.


Kronologi bangun tidur.

  1. 9.14pagi - Terjaga dari lena. Tengok hp. Ada sms dari dia."Morning Sayang ..."
  2. 12.37tgh - Terjaga lagi. Buka tingkap. Pergi dapur. Putar mesin basuh.
  3. 2.45ptg - Terjaga lagi. Tengok hp. Ada sms yang tak tersend. Call dia. Bla..Bla..Bla..
  4. 5.11ptg - Terjaga. Gosok2 muka. Berair. Bangun. Tengok hp lagi. Pergi dapur. Nak sidai baju. Rupanya suis mesin basuh tak on. Masuk bilik. Tengok luar. Wah! Hujan! Hahah!

HuwarGh!~
Mengantuk lagi. Hujan di luar sana. Ambil tuala. Lilit2 di kepala. Buat macam serban. Sengih2 macam hape je entah. Ngadap PC. Suasa sangat sejuk sekarang ni. Bangun tidur sebab terasa muka macam kena percikkan air. Tempias oke! Sebaek la buka tingkap dulu sebelum terlelap semula tadi. Kalo tidak!! Mau sampai ke malam agaknya. Hoho!


Perut terasa lapar pula. Nak keluar? Malas. Jeling ke dapur. Tengok saja cerek elektrik. Periuk nasi. Blender. Microwave. Elok saja tersusun. Kalau lah alat2 elektrik tu boleh berfungsi sendiri. Kan bagus? Pergi dapur. Makan. Lepas tu baring semula. Ahak!


Hujan makin lebat pula. Ambik selimut. Lilit2 seluruh badan. Hahah! Tolong! Tolong! Kenapa la sangat malas hari ni. Tuisyen pun tadak! Maaf ya. Cikgu tak berapa sihat hari ni. Cikgu sakit. sakit malas. Malas yang melampau2. Adeh.

Saya sangat benci dengan katil ini. Benci sebab jadikan saya seorang yang sangat malas. Untuk hari ini lah. Tertanggal pula serban tuala nih. Aaa.. Malas nya lah! Nak mandi pun cam ala2 segan gitu. Sangat sejuk! Tolong! Tolong!


Pandang lagi ke dapur. Baru pasan lampu bilik air dapur terpasang. Oww. Lupa. Tadi lepas cek mesin basuh, saya on lampu bilik air. Tujuannya nak buang air. Nak cuci muka. Lepas tu nak masak air. Konon2 la kan. Sekali terngadap PC lah pula. Semua nya macam banyangan sahaja. Tolong! Tolong! Ish.


Baeklah... Away from PC sampai lepas maghrib karang. Banyak perkara nak kena buat. Mandi. Masak nasi goreng. Tak punmasak nasi ngan goreng telur pun okey juga. Kan? Lepas tu potong kaki seluar yang baru beli ituari. Jahit. Sebbaek ada mesin jahit. Kikikik. Gosok baju. Lepas tu tak tau lagi nak buat apa. Arr.. Sidai pakaian la kot? Esok, jam 10 mesti ada di Subang. Whoaa.. Jangan malas lagi macam harini sudah.


  • Arr... Esok tolong bangun kan saya eh!
  • Mata macam nak terpejam lagi je nih. Adeh.
  • Lapa ... Lapa ... Lapa ...
  • Rasa macam nak ke Kajang. Rasa je la...
  • Rasa macam nak pulang ke Gemencheh pun ada juga nih. Pun, rasa je la...
  • Tata!
  • Assalammualaikum warahmatullah ...
  • Can't hardly wait for tomorrow... =P~
  • YiieeHueww~~






Saturday, July 17, 2010

--==[[ Laskar Pelangi!!~ ]]==--

Matahari terbenam. Pantai Jeram, Selangor. April 2010

Kepala rasa macam nak pecah. Tapi masih mengadap pc. Mata ala2 macam nak pejam je gitu. Huhu. Rutin. Setiap hari sampai ke rumah, saya akan ke dapur, cuci tangan. Jika tidak pun, masuk ke bilik air, cuci tangan dan kaki. Selepas itu buka semua baju. Bertowel. On PC. Kadang2, stokin yang terakhir saya buka kalau tidak terus ke bilik air. Macam apa je entah? Bertowel dengan stokin. Haha!

Rutin juga, saya akan melakukan apa sahaja perkara yang patut di hadapan pc. Selagi belum habis melayan game2 RPG online dan game2 di Facebook, selagi itulah saya tak akan bergerak dari depan PC. Saya hanya akan terus mandi sekiranya sampai ke rumah waktu maghrib. Kalau tidak pun, saya akan berhenti ketika terdengar azan berkumandang. Dan kalau lebih dari waktu Isyak, makanya, selagi tak juling2 lah mata mengadap PC, selagi itulah saya batukan diri.

Rutin juga, sambil layan game, saya akan on SAM4 untuk melayan lagu2 yang ada dalam simpanan saya. Kalau tidak melayan lagu, saya akan tonton drama bersiri House yang saya download. Sungguh multitasking kan? Kadang2, terabai juga salah satu. Ada juga episod yang ditonton lebih dari satu kali. Paling tidak pun, saya akan melakukan 3 perkara sekaligus. Game-lagu-karaoke. nGa.

Normal, lagu2 peberet yang ada di blog ini yang akan menjadi halwa telinga. Jika tidak, saya hanya biarkan autolari. Bila ada lagu yang tidak berapa nak sedap, saya akan skip. Bila skip2 pun sama juga, saya akan klik sahaja di folder 'Peberet'. Rela juga saya biarkan sahaja bilik ini senyap kalau kepala terlalu berserabut. Saya juga begitu semasa memandu. Lagu2 peberet di hp sambil melalak sorang2 dalam kereta, atau senyap sunyi.

Hari ini, saya layan game2 sambil mendengar lagu. Saya mengarang di waktu ini kerana sebuah lagu yang begitu menarik perhatian saya. "Laskar Pelangi", nyanyian Nidji yang menjadi lagu tema sebuah filem Indonesia yang juga bertajuk Laskar Pelangi. Sebenarnya, bukan pertama kali terdengar, tapi, hari ini saya betul2 tergoda.

Spontan, saya cari di YouTube. Klip video nya tak berapa nak mantap. Tapi, alunan muzik dan liriknya bagus. Saat ini, dah kali ke 5 ulang dengar. "Menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga. Bersyukurlah pada Yang Kuasa, cinta kita di dunia, selamanya." Tidak keterlaluan kalau2 saya kata jatuh cinta dengan lagu ini.

Tangan juga gatal klik link2 yang ada. Maka terjumpalah filem Laskar Pelangi. Cadang nak layan filem ni masa nak tidur nanti. Tapi, memandangkan jam dah 1 pagi, lain kali sajalah. Kalau dilayan karang, lambat pula tidurnya. Kalau dah mula, mesti nak tonton sampai habis kan? Tak payahlah. Lambat pula tidurnya karang.

Kalau tak kerana sms dari dia tadi, memang saya tak perasan waktu sekarang dah tengah malam. Tadi, selepas 2 orang tamu datang tengok bilik, saya ada masak air. Cadangnya nak buat air milo. Pun, dah terlupa juga. Airnya pun dah sejuk. Esok sajalah. Tak mahu lena pula mata ni nanti.

Oww, lupa. Bilik2 di rumah ni akan saya sewakan. Tapi, bila fikir2 semula, rasa macam tidak mahu pula. Dah lama sangat berseorangan di rumah ni. Aneh pula bila ada teman yang tidak pernah kenal tinggal bersama2. Rasa lebih senang hidup berseorangan. Privacy. Lonely. Buat apa pun orang tak kisah. Lainlah kalau teman yang dah memang masak dengan perangai masing2. Kan? Hmm. Macamana nih?

Aah. Baiklah. Mahu merehatkan badan pula. Mandi. Baring. Online guna hp sekejap. Tidur bila kala mata dah terlelap. Macam malas nak mandi pun ada juga ni. Hehe. Hujan di luar sana. Segan pula rasanya nak mandi. Sejuk. Kalau ada tab mandi dalam bilik air tu kan bagus? Hue hue.

  • Nak mandi ke tak ... Nak mandi ke tak ... Nak mandi ke tak ...
  • Nak buat milo ke tak ... Nak buat milo ke tak ... Nak buat milo ke tak ...
  • Arr... Tima kaseh Hayang sebab sms tadi.
  • Lagu yang anda dengar semasa baca karangan ni adalah lagu Laskar Pelangi.
  • Okey!
  • Sekian. Terima kasih.
  • Selamat malam.
  • Tata.







Wednesday, July 14, 2010

No Suprises ...

Ini Cicak. Nama dia Chokush.


Benci la gini.
Rasa macam hendak menaip.
Rasa macam hendak mengarang.
Tapi fikiran kosong.
Sebelum log-in tadi macam banyak sangat yang hendak di karang.
Bila dah ngadap, kosong.
Macam tin kosong yang boleh disepak terajang sampai kemek!

Kan ke bagus kalau2 masa terfikir tadi PC on sendiri.
Ayat2 terus taip sendiri.
Publish sendiri.
Huhu.
Gila.

Rasa macam hendak main belon air saja rasanya.
Boleh?
Lompat2.
Letupkan belon yang tak keluarkan sebarang bunyi.
Buih2.
Bubbles.
Suka!
Gembira!
Macam kanak2 ribena.
Kanak2 yang tak reti untuk fikir masalah sendiri.
Boleh?

Saat.
Minit.
Jam.
Hari.
Minggu.
Bulan.
Tahun.

Alangkah bagusnya kalau boleh kembali ke zaman kanak2.
Bangun pagi.
Mandi.
Sarapan.
Siap2 pakai kasut.
Pergi sekolah.
Buat kerja sekolah depan tv.
Kena rotan sebab tak buat kerja sekolah.
Kena marah sebab lambat tidur.
Makanan dah tersedia ikut waktu.
Sebat je apa yang terhidang atas meja makan.
Tak payah ada pantang larang masa makan.
Tak payah gosok baju sebab pembantu rumah dah buatkan.
Tak payah kemas tempat tidur sebab ada yang kemaskan.
Hanya tau main.
Main.
Main sampai dapat luka.
Makan jajan sampai sakit gigi.

Alangkah bagusnya kalau2 boleh kembali ke zaman remaja.
Tak ada teman.
Tak ada sahabat.
Hanya buku.
Buku.
Dan buku lagi.
Tusyen.
Taekwondo.
Badminton.
Hoki.
Kawad kaki.
Cagu kaki. Hehe.

Alangkah bagusnya kalau2 boleh kembali ke zaman siswa.
Tak payah nak fikir pasal pasangan hidup.
Tak payah fikir masa depan.
Tak payah fikir apa akan berlaku 10 tahun akan datang.
Hanya tau kuliah.
Hanya tau kelas.
Hanya tau tutorial.
Hanya tau kuiz.
Hanya tau exam.
Exam.
Exam.
Boleh mengendeng2 dengan lecturer.
Boleh membuli bila dah jadi senior. Huhu.
Boleh tonjolkan bakat yang ada.
Boleh tunjal2kan dahi junior.
Boleh buli junior cuci tandas dengan berus gigi.
Boleh melepak bila masa free sampai badan berdaki.
Boleh bersidai2 tepi kampus sambil tayang2 gigi.

Alangkah bagusnya....
Hmm...
Alangkah bagusnya kalau boleh sentiasa mengarut macam ni...
Hue hue hue...


  • Bosan!
  • Sakit perut!
  • Lapar!
  • Malas nak gi dapo carik makan!
  • Mengantuk!
  • Tidur.
  • Selamat malam!
  • Tata!









Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)