It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, September 28, 2011

Grenade




Saya tak boleh vie blog saya.
Tak tahu pula kenapa.
Tapi saya boleh buat yang lain2.
Termasuk update entry ni.
What happen hah?
Isk.

Mesej ni yangkeluar bila saya nak view. Ada sesiapa boleh beri pendapatkah?

Services for this domain have been discontinued





Tuesday, September 27, 2011

Price Tag




Hello careline may i help you?
Hello... Can i speak Malay? (cam bangang nye soklan kan? Haha)
No, can accept only standard English.
Sir, i lost my Bla bla bla...
Bla bla bla...Bla bla bla...
Bla bla bla...Bla bla bla...Bla bla bla...
Bla bla bla...Bla bla bla...Bla bla bla...Bla bla bla...
Bla bla bla...Bla bla bla...Bla bla bla...Bla bla bla...Bla bla bla...
Can i get it back? Is there any possible to block or what ever u can do?
We cannot block, but we can trace wherever the place can be. We will forward this report to all over Malaysia
Bla bla bla...Bla bla bla...Bla bla bla...
Bla bla bla...Bla bla bla...
Bla bla bla...



So, harap2 boleh dapat balik. Sayang woh. Macam2 ada dalam tuh. Isk... Dia kata boleh trace kan? Harap2 dapat lah dia trace. Sekali dia trace ada dalam rumah lak kan? Padan muka lah.. Kikikik...


Hmm.... Sangat sedih ni... Isk .. Isk.... Bukan kecik2 angka tu nak milik tu. Isk... Macam2 ada dalam tu. Haih! Doa dan harapan akan dapat balik... Hmm ..


Kok ada sesiapa ambil, harap2 orang tu pulangkanlah balik yer.. Isk...





Thursday, September 15, 2011

You Had Me From Hello

Omak dan Ayah selepas pulang dari solat sunat Aidilfitri.
Haji Abdullah B. Maidin & Hajah Mahayani bte Haji Dahalan.
Motif frame bunga2? Sebab hati saya berbunga2 bila tengok gambar ni.
Omak Ayah belum sempat menyarung baju raya.
Elok2 je selesai bersalam salaman, rumah dah diserbu oleh kerabat. Huhu.




Assalammualaikum warahmatullah.


Salam sahabat. Masih boleh Salam Aidilfitri tak? Ada lebih kurang 13 hari lagi ke hari akhir Syawal 1432H. Rata2 sahabat blogger update cerita pasal raya. Open house sana sini. Duit raya. Serdak kuih raya. Macam2 lah yang sesuai untuk dikongsikan tentang raya.


Saya?


Gambar raya pun tak ada. Apakan lagi baju raya? Pinjam jeh. Tidak sempat hendak beli. Tiada keinginan untuk membeli pun ada juga. Apa yang pastinya, tahun ini saya dapat beraya di kampung halaman. Tahun lepas macam orang gila. 3 hari sebelum raya langsung tidak sempat untuk memejamkan mata. Mandi pun di opis. Opis dah jadi macam rumah kedua waktu tu.


Puasa pun macam ala2 tidak berpuasa. Manakan tidak? Dah kata langsung tak tidur. Waktu sahur dan berbuka pun dah jadi sama serupa. Mujur ada orang2 kanan atau senang cakap, staff yang sudi meninggalkan makanan dan minuman sebelum saya masuk kembali ke opis. Tau2 sahaja ada air kotak dan roti di atas meja. Bila kala waktu tu sudah terlebih dari waktu sahur, maka akan dijamah pada waktu berbuka di sebelah petang.


Rutin menjelang raya tahun lepas sangat kelam kabut. 24jam di opis. Kalau pulang ke rumah sekaipun, cuma bertujuan untuk menukar pakaian yang dah lunyai dek kerana seharian bekerja. Mujur ada uniform. Sekurang2nya tidaklah berbau sangat. Aje sama dengan ketiak Nepal pula nanti kan? Kadang2 terpaksa mandi di opis juga. Sampai kan saya hanya memakai selipar sahaja di foh.


Pernah satu ketika staff saya ketawa melihat saya keluar dari opis denga kaki seluar yg dilipat dan hanya memakai selipar ketika mengambil dokumen2 dan rekod2 di foh. Selamba saya senyum, buat apa yang patut dan kembali semula ke opis. Tak mampu untuk ketawa walaupun perlakuan saya semacam lawak bagi mereka. Lawak ke?


Bukan tidak pernah sebelumnya saya tertidur di dalam kereta sebelum masuk semula waktu bekerja keesokan harinya. Sambung bekerja seperti biasa selepas tertidur 2 3 jam di dalam kereta sehingga jam 5ptg adalah perkara biasa. Kadangkala akan terlebih juga waktu bekerja. Bayangkan perkara ni berlaku ketika sedang berberpuasa. Mujur saya punya staff yang sangat prihatin walaupun gaji saya lebih 1 angka daripada gaji mereka. Isk.


Kenapa mesti macam tu ya? Gila. Rasa macam segala2nya tidak sempat. Makan entah ke mana. Tidur entah ke mana. Rasa macam poyo pun ada juga. Macam menghambakan diri pula. Mata dah ala2 zombaaaaaaaaa... bak kata Que Haidar dalam filem Zombi Kampung Pisang. Tahu ke tahu tu? Sila tonton yer. Sangat mantap movie tersebut. Memang saya akan gelak sampai muntah walaupun dah lebih 8 kali layan.


Tahun ini, saya pulang ke kampung 4 hari lebih awal. Khamis malam sudah ada di hadapan mata Omak Ayah saya. Cuma, hari raya ke-2 saya sudah kembali ke Puchong untuk mula bertugas pada hari raya ke-3. Tidak mengapalah. Sekurang2nya saya beraya di kampung. Dapat juga membantu apa yang patut untuk menyambut raya. Maklumlah. Masih bujang. Memang dikerah tenaga.


Suka juga saya nak bercerita, raya tahun ni, saya jadi pengaturcara majlis. Semua disusunatur mengikut kehendak saya. Kalu tahun2 sebelum ni makanan akan dihidang kepada setiap tamu, Tahun ini semuanya buffet. Sebab? Kerana tahun ini Nenda tercinta beraya di rumah saya kerana Ayahanda selaku sulung selepas Paklong saya diserang stroke 4 tahun lalu.


Nenda tercinta sudah tidak punya daya yang kuat untuk menguruskan diri sendiri. Jadinya, teratak PakLah diserbu lebih 20 buah kereta pada hari raya pertama. Lupa pula saya ambil gambar halaman rumah yang dah serupa parking lot. Kalau tidak, boleh dikongsi di sini. Tetamu memang tidak terlayan. Percaya atau tidak? Saya berapron sepanjang hari sampai ke petang sebelum semua kerabat berkonvoi ke rumah Paklong pula.


Teringat juga rata2 kerabat saya kata badan sudah kurus. Kecil. Spontan saya jawab bukan sudah kurus, tapi sudah tua. Soalan rutin tiap2 tahun juga sudah lali dipangkal telinga. Mujur juga saya tiada dirumah semasa kerabat adik bongsu Nenda atau lebih mesra dipanggil Atok Busu datang beraya. Kalau tidak, mahu cair tahi telinga kena sekolah kerana masih belum ada pasangan hidup.


Tahun lepas hanya sempat pulang 5 jam pada hari raya pertama. Jam 11pg bertolak dari tempat kerja, sampai di Gemencheh jam 2ptg, pengsan selepas makan sampai 4ptg, bertolak ke Puchong semula selepas Maghrib. Jam 9mlm saya sudah tercongok di foh. Selepas itu, rutin bermula seperti biasa sampailah hari cuti rasmi saya pada hari Ahad minggu yang sama.


Sangat mantap kan? Itu cerita tahun lepas. Tahun sudah2 lebih kurang serupa juga. Cuma malas untuk bercerita. Tahun ini, ada sedikit sedih kerana tidak membeli baju raya. Kalau dulu, tahun2 sebelumnya saya tidak kisah ada baju raya atau tidak, tetapi tetap akan beli. Paling tidak pun, tahun lepas ada juga dapat pelikat baru dari Ayah. Tahun ini saya gelisah. Tapi, finally, memang tidak sempat juga untuk dibeli. Poket kering kontang berdebu.


Sempat jugalah shopping sakan bersama2 anak2 saudara saya di pekan Gemencheh 2 hari sebelum raya. Itu pun kerana rasa kasihan kepada mereka yang Ibu dan Abah tiada. Tidak mengapalah, Alang tak kisah tidak beraya. Asalkan anak2 Alang bahagia beraya. Sedih juga bila terkenangkan perlakuan mereka yang seperti sudah lali dengan ketiadaan Ibu dan Abah mereka. Hmm... Off topic. Aje saya pula yang bermuram durja karang. Kikikik...


Jadi, bagaimana cerita sahabat pula?
Bahagia?
Raya sakan?
Bergaya ala2 mak datin atau yb celup? Apaa celuuupp??
Badan dah naik?
Berpuasa sunat?
Nak buat open house minggu ni? Jangan jemput saya yer. Huhu.
Esok, 3 hari cuti. Apa plan?


Baiklah. Assalammualaikum warahmatullah. Salam Aidilfitri kepada semua sahabat....



Sunday, September 11, 2011

Paint It Black


Paint It Black by The Rolling Stones
SILA KLIK PLAY BUTTON UNTUK DENGAR LAGU.






Assalammualaikum warahmatullah.
Salam sahabat. Masih mood raya? Selamat Hari raya.. Maaf Zahir & Batin.
Rumah Terbuka di sana sini kan?

Arrr..
Dah lupa nak karang apa.
Topiknya SAHABAT.
Tapi dah hilang pula isi2 penting yang dah tersenarai tadi.

RM15.
Giant.
Bandar tasik Permaisuri.
Gambar tiada kena mengena dengan entry.
Lagu memang sangat2 kena dengan situasi tadi.

Abaikan sahaja.
Macam nak buat2 lupa pun ada juga.
Salam Rindu dan Sayang Selalu.

Wednesday, September 07, 2011

The Time



New look hah?
Alang2 dah new interface, tuka la sekali blog ni.
Tak salah kan?
Amacam?
Ok tak?
Baeklah. Stop typing.
Malas nak update panjang2.
Mau tidur sudah.
Sambil2 mengupdate software aipet di atas katil.
Selamat malam sahabat.
Salam rindu dan sayang selalu.
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir & Batin.
Saya dapat duit raya tadi.
Ada dua keping dalam sampul tuh.
Rasa cam nak share sini.
Tapi malas nak snap gambar pula.
Esok lah ya.
Hehe.




Sunday, August 21, 2011

--==[[ Moments ]]==--



Rasa macam nak mengarang.


Tapi rasa tu hilang pula tiba2.


Mood sudah lari.


Jadi, batalkan niat.


Arrr... Baju raya dah beli kah?


Ramadhan dah makin ke penghujung.


Yassin pun belum sampai... Sempat ke? Isk.. =(


Tiba2 rindu Junior yang teramat.


Kenapa pula ni.


Haih!


Esok ada urusan penting yang perlu dilakukan.


InsyaAllah ... Isk..




Saturday, August 20, 2011

--==[[ Boring-Sleep All Day ]]==--



Bosan! Tak tau apa yang nak dibuat. Cuaca pula mendung dari pagi. 4.16pm. Hujan tengahari tadi sudah lama berhenti. Matahari pula baru menonjolkan diri. Kepala ligat memikirkan menu berbuka petang ni. Malas nak drive ke kedai. Jalan kaki ke bazar Ramadhan? Lagilah malas!



Pergi ke dapur. Tengok je rice cooker dari jauh. Hehe! Kemalasan melanda diri. Macam nak masak nasi goreng. Dalam hati ada juga terfikir nak tanya siapa2 yang sudi belanja buka puasa hari ni. Bajet glemer lah pula konon. Akekeke. Maybe nasi goreng sahaja. Bahan2 memasak pun masih banyak di dapur.




Sebenarnya entry ini saya ambil dari fotopages saya. Dah lama niat nak tutup fotopages, tapi baru hari ni ada kelapangan untuk buat. Basic ayat2 dalam dua perenggan di atas dari fotopages. Saya ubah sikit bagi ikut peredaran zaman. Macam berzaman2 pula.


Saya buat entry ni macam di fotopages. Setiap perenggan selang seli dengan gambar.


Kenapalah negeri Putra Perdana ni sejuk sangat. Rasa macam on air-cond pula. Bila hujan nak berhenti agaknya.
Arghh! Tension. Tejin Jr leka dengan bola kertas dia. Seronok tengok dia main sampai melompat - lompat.
Kalaulah dia tau apa yang ada dalam hati ni. Huhu.... Malas nak taip apa - apa dah. Layan TC & RV je sampai lebam.



Atas ni antara ayat asal di entry fotopages. Biarlah abadi. Ada sedikit kenangan bersama Junior. Kan? Hmm... Tiba2 pula terasa rindu nak bela kucing lagi. Alahai....


  • Arr.. Ni entry ke 3 yang di delete. Isk isk...
  • Disebabkan entry ni tajuk nya boring, jadi, lagu pun boringlah yer. Huhu ..
  • Otak ligat pikir pasal call dari sahabat sehidup semati tadi..
  • Hmm.. Macamana ya... $4K. I'll try my best my dear fren.. I'll try..






Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)