It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Sunday, November 13, 2011

Anak Soleh

Ni gambar tahun lepas ke awal tahun entah.


Assalammualaikum warahmatullah sahabat ...


Tak tau lah perkara ni sesuai di taip di blog ni atau tidak. Tapi, perasaan marah dalam hati ni macam payah nak dikawal tadi.


Ahh. Tak tau nak taip apa. Tak tau nak cerita macamana. Tapi, insdien di bawah tadi merupakan insiden yang paling teruk selama baru 7 tahun menetap di Ruvena Villa ni.


Sebelum2 ni ada juga yang agak teruk. Tapi masih terkawal. Apa yang berlaku tadi memang betul2 mencabar minda. Huhu ..


*****************************

Apekejadah la engkau nak bantai omitam tu sampai libatkan kereta aku? Bangang nak mampus! Calar teruk tu siapa nak bayar? Bodoh!!!!!


Tak berajar punya budak. Ni baru betul sesuai nak kata MAK BAPAK MASING2 TAK AJAR!! BODOH!! TAK BERAKAL!!! GILA APA ENGKAU NAK BELASAH OMITAM TU DENGAN BELUTI SAMPAI SEBAT KERETA AKU SEKALI? HAIH! NASIB BAIK AKU DI ATAS. KALAU MEMANG DEPAN MATA TADI MEMANG KENA TERAJANG SEKOR2!


Kan tak pasal2 dengan aku2 sekali mengamuk. Padan muka lah siapa punya motor yang aku tendang tadi. Memang aku tak jamin tendangan aku boleh rosakkan motor engkau atau apa. Tapi, memang tidak terkawal kemarahan aku tadi. Nasib baik engkau sibuk membelasah omitam. Kalau tidak memang engkau yang aku tutuh.


Bodoh tak berajar. Engkau masih sekolah tau tak? Yang engkau belasah student obersi. Sia2 Ibu Bapak engkau hantar sekolah belajar kalau macam tu engkau punya sikap. Budak2 sekarang memang kurang ajar. Tak beradap. Gila. Dekat 20 orang belasah omitam tu sorang2.


*****************************

Orang2 surau baru berjalan keluar dari surau. Ke tengah borak2 depan surau agaknya. Mereka pun tidak sempat bertindak apa2. Kesian Omitam tu. Rasanya macam orang Sudan atau Nigeria. Agaknyalah. Pasal dia bahasa percakapan dia macam ala2 Bahasa Arab. Bangsa mana yang guna Bahasa Arab ya?


Hmm. Maleh nak taip apa2 dah. Istighfar saja di bawah tadi. Pecah muka Omitam tu kena kayu. Astaghfirullah. Budak2 bawah umur semuanya. Urut dada saja saya tadi. Allah .. Kenapalah sampai macam tu.


Sempat juga bertanya dengan JKK Ruvena Villa tadi apa yang berlaku. Omitam tu langgar salah seorang budak hingusan kencing bercabang tu di jalan luar sana. Then, omitam tu dah bayar RM500. Then, tak tau apa budak2 ingusan bodoh tu semua tidak puas hati. Omitam tu lari tinggalkan kereta. Pasal dah pecah budak2 bodoh tak berakal tu kerjakan.


***********************************


Tiba2, sedang mengadap pc, tiba2 terdengar suara bertempik2. Bangun, cadang hendak tutup tingkap. Sedang tarik jendela tingkap, tiba2 ternampak pula depan mata kayu hinggap di belakang bonet kereta. Sebab? Omitam tu mengelak dari di belasah. Tanpa sedar juga saya bertempik dari atas. Call polis. Turun. Mengamuk pula di bawah. Haih! Menggigil2 badan.



Aje engkau buleh buat selamba ke kalau kereta engkau yang kena? Haih! Ni dah pening nak fikir pasal kereta pula. Dah la road tax mati. Kereta bapak Alip pun pecah lampunya. Huhu. Arr. Bapak Alip tu brader yang tinggal di bawah ni.


  • Ehhh.. Sudah2. Maleh nak bercerita dah. Kang tak hilang pula marah.
  • Napsu napsi beraja di hati betul.
  • Istighfar yer.. Istighfar...
  • Maaf atas kekasaran bahasa saya dalam entry ini. Memang satu kejadian yang sangat2 kecoh.Saket kepala.
  • Assalammualaikum warahmatullah.




Wednesday, November 09, 2011

Panggilan Haji




So...
Salam Aidiladha buat semua.
Saya tiada apa2 yang menarik tentang Aidiladha untuk dikongsi. Sabtu gerak balik kampung selepas lunch bersama mem di Kajang. Kali pertama lalu LEKAS. I mean, alone. Hehe. Memang selalu lalu PLUS. Pemanduan yang sangat2 perlahan ala2 santai gitu. Konon mahu elak traffic jammed. Tapi, tetap banyak juga kenderaan lain yang menyesakkan tol. For the 1st time juga saya tidak topup T'n'Go. Padan muka saya.




Sampai around 6pm. Tolong nyibuk2 apa yang patut. Malam, lepas maghrib gerak ke Tampin dengan parents, beli2 dan ngepow apa yang patut di Giant Tampin. Balik, melayan anak2 buah yang dah nak tidur. Layan movie di HBO. Tengah malam layan baby Amanie Mardhiah binti Ahmad Syaufiq pula. Sampai mengantuk.




Pagi raya, bangun tidur jam 10am++. Memang tidak ke masjid. Mandi2, sarapan pagi nasi Impit + lauk2 bersama adik beradik. Kemas2 apa yang patut. Lepak2 tengok tv. Tengahari, bersama Ayah, kerjakan daging + kaki lembu korban untuk dibuat sup. Hidupkan api, Rebus daging, sambil + bersihkan halaman rumah + main bakar2 semak.




Lepas Zohor, layan tv. Layan kerenah anak2 buah lagi menonton filem2 3D. Sambil membuli + paksa rela anak2 buah urut2 belakang. nGehehe. Rasanya ada 3 filem yang ditonton. Juga ada rancangan2 tentang Haji di Oasis. Mant0p! Memang hantu tv rupanya saya kan?




Malam, selepas maghrib, ada tamu. Pekerja2 Indon datang makan2. Layan2 sekejap sampai jam 9pm++. Lepak santai bersama family sambil makan2. 10pm++ adik beradik start berkemas2 untuk pulang ke rumah mertua masing2. Malam, sunyi. Layan TV sampai subuh.





2nd day, bangun pagi dalam 10am juga. Mantap! Sapu + mop satu rumah. Sangat rajin! Breakfast bihun goreng + mee goreng + coffee tongkat ali. Layan TV lagi. Dan lagi dan lagi sampai tak tau nak pilih channel mana. Hehe.




Lepas Zohor, bersama2 Omak dan Ayah gerak ke Melaka cari sparepart lori. Berhenti lunch di Durian Tunggal, Melaka. Balik, sampai rumah, tidur sekejap. 5pm++ Ayah kejutkan, tanya jam berapa nak balik sebab kata Ayah, kereta dah banyak.





So, mandi2. Siap2 packing. Check enjin. Panaskan enjin kereta, 6.30pm gerak balik ke Puchong. Jalan sangat sesak. Cadang ikut jalan kampung tak sesak macam PLUS. Rupanya sama juga. Sudahnya, masuk Plus juga di Pedas pada jam 10pm++.






1st time memandu dalam keadaan mengantuk + letih. Berapa kali terlelap agaknya. Ke tepi ke tengah kereta. Alert sekejap bila kala di hon oleh kereta di sebelah lorong. Around 11pm berhenti di Hentian Nilai. Tidur sekejap. Tidak dapat mengingat pula jam berapa teruskan perjalanan.




1am sampai di Ruvena Villa. Salin baju. Kemas2 apa yang patut. Baring. Menyesal sekejap kerana tidak dengar kata Omak yang suruh balik selepas Subuh Selasa. Terbayang2 sekejap betapa seksanya pemanduan yang normalnya hanya 1 jam setengah atau 2 jam pada hari2 biasa. Berangan2 sekejap. Terus lena sampai pagi.





  • Orait! Serupa diari pula kan?
  • Sila abaikan toto bunga2 di atas katil tersebut kerana it's the best 'sarang' ever. Toto pinjam bilik Omak Ayah. Akekeke..
  • Di kala ini, Takbir Memuji Ilahi masih lagi berkumandang di surau Ruvena Villa. :)
  • Sila karoke di VC di bawah ya. Lagu ni sangat glemer dulu jaman kanak2 tiap kali musim haji. Huhu.
  • Tata. Assalammualaikum warahmatullah.
  • Salam Sayang dan Rindu Selalu. =)





Sunday, October 30, 2011

Tum Bin.

Assalammualaikum Warahmatullah & Salam Sejahtera Sahabat...


Ada sesiapa yang masih ingat lagi dengan entry tentang asal keturunan saya? Saya berasal dari bumi Gemencheh, Negeri Sembilan. Bonda saya, yang kami adik beradik panggil Omak, dan Ayahanda, yang kami panggil Ayah, kedua2nya berasal dan lahir dari bumi Gemencheh, Negeri Sembilan.


Kami adik beradik juga membesar di bumi Gemencheh walaupun ada antara kami 5 beradik menuntut ilmu di lain2 negeri Semenanjung Malaysia. Saya misalnya, bersekolah di Sekolah Methodist Kuala Lumpur dan kembali semula ke bumi Gemencheh semasa tingkatan 4 dan 5 apabila Ayah saya bersara awal pada tahun 1996.


Susur galur keturunan sebelah Bonda saya adalah kacukan dari bumi Pagar Ruyung dan asli Gemencheh. Majoriti seluruh keturunan adalah di bumi Gemencheh dan lain2 daerah di seluruh Negeri Sembilan. Malangnya, saya kurang periksa pula kami adik beradik adalah merupakan keturunan yang keberapa.




Ada juga pernah saya risik2 daripada sepupu Bonda, iaitu bapa saudara saya yang lebih mesra dengan panggilan Pakteh lebih kurang 2 tahun yang lalu. Tidak pula saya meng'explore' lebih lanjut. Apa yang saya tahu, saya adalah keturunan kerabat yang membuka dan berperang demi bumi Gemencheh.


Arr.. Sebenarnya, apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah susur galur sebelah Ayahanda. Entah kenapa, hati saya meronta2 untuk mencari Datuk yang kata Ayah lebih mesra dengan panggilan Dadaji. Ayah telah terputus hubungan dengan DadaJi sejak bertahun dahulu.


Apa yang saya diberitahu, kali terakhir Ayah bertemu dengan DadaJi adalah semasa saya berumur 3 tahun. Sudah tentu saya langsung tidak ingat bagaimana rupa paras DadaJi yang berasal dari Banglore, India. Orang dagang dari India yang datang bersama arwah moyang yang dikenali dengan gelaran Tanggal Al-Malbari.




DadaJi berkahwin dengan Nenek, Biah Binti Kechut yang berasal dari Gedok Sawah, Gemencheh. Apa yang saya diberitahu lagi, DadaJi kembali ke India dan meninggalkan Ayah yang ketika itu masih kanak2 bersama Nenek di Kampung Gedok Sawah, Gemencheh.


Kemudian, semasa Ayah berkahwin dan melahirkan kami 5 beradik, DadaJi kembali semula ke bumi Gemencheh dengan membawa bersama isteri baru dan anak sulung mereka dari India. Kata Ayah, adik tiri Ayah yang bernama Ismail sebaya dengan Kaklong saya. Rupa parasnya saling tak tumpah seperti Ayah. Itu kata Ayah.


Entah kenapa, hari ini, hati saya tiba2 terasa sayu apabila mendengar lagu2 Hindi di youtube. Kami adik beradik memang membesar dengan filem2 Hindi lama, yang saya tidak sengaja terhafal beberapa lagu. Mungkin kerana darah keturunan India yang mengalir dalam tubuh kami 5 beradik.




Kata Ayah lagi, bahasa pertuturan DadaJi adalah bahasa Urdu dan Hindi. Mungkin juga kerana itu, saya sedikit boleh faham Bahasa Hindi. Hanya kakak saya yang nombor dua sahaja yang ada rupa paras Melayu. Yang lain2, sekali imbas, memang nampak wajah kacukan India. Cuma kami berkulit sawo matang.


Walaupun boleh diambil kira sebagai Melayu, kami sedikit sebanyak membawa genetik India dari keturunan sebelah Ayah. Kadang2, kalau lepak kedai mamak, ada juga mereka bertutur dalam bahasa Tamil dengan saya. Begitu juga dengan adik beradik saya yang lain.


Teringat saya ketika hari pertama orientasi di Universiti 13 tahun dahulu, ada seorang sahabat Singh memulakan perbualan dengan bahasa Urdu. Saya boleh faham apa yang dia cuba sampaikan. Tetapi, saya hanya menjawab dalam Bahasa Inggeris.




Ayah sudah semakin dimakan usia. Kadang2 , ada ketikanya akan menyebut DadaJi yang telah sekian tahun tidak berjumpa. Iyalah, pepatah ada menyebut, carik2 bulu ayam, lama2 bercantum juga. Inikan pula hubungan seorang Bapa dengan Anak.


Saya, kalau boleh mahu mencari DadaJi. Ingin juga sempurnakan harapan Ayah yang meminta saya untuk mencari DadaJi. Entah bila akan ketemu kembali. Kalau DadaJi sudah tiada sekalipun, mungkin boleh saya ketemukan Ayah dengan adik2nya.


Berita terakhir yang Ayah tahu, DadaJi membuka sebuah kilang rempah di Batang Berjuntai, Selangor. Saya tidak tahu bagaimana mahu mulakan pencarian ini. Bolehkah mereka terima jika sekiranya tiba2 saya pergi ke sana dan mengaku saya cucu yang tidak tahu sahihnya?


Entahlah. Buntu. Teringat lagi kata2 Lina yang menyuruh saya cari DadaJi. Tapi bagaimana? Bawa surat beranak Ayah? Gambar DadaJi? Sudah tiada. Bawa terus Ayah ke kilang rempah tersebut? How? I dont know where to begin. How to introduce. Who to talk. Which way to go. I dont even know. DNA test? How? :(




  • Arrr.. Bola menang kan? Den goma boto tu. Monang! Hobin Jang Hobin!
  • Saya sudah pun tertidur sebelum saya menaip entry ini.
  • Sudah nya sampai ke Subuh mata saya tidak mengantuk.
  • Cadang nak lelapkan mata seketika sebelum keluar ke majlis perkahwinan adik sahabat saya jam 11 nanti.
  • Gambar2 chilhood memory tersangat lah olskul! Sila cari yang mana satukah saya.. ;)
  • Tolong kejutkan saya ya!
  • Terima kasih sahabat... :)
  • Salam Sayang Dan Rindu Selalu....


VC di bawah dua versi lagu Hindi bertajuk Tum Bin. 1st version by Kishore Kumar lagu daripada Ayah untuk Anak. 2nd version Mohd Rafii Sahab, lagu cinta. Both are two songs yang saya hafal dari kecil, hingga ke saat ini. Jujur. setitis dua airmata mengalir ketika mendengar lirik lagu2 di bawah ini. Sorry kalau tak suka.








Wednesday, October 19, 2011

Laguku 1st Oct 2011 ...



Know what? Orang lain besdei satu hari je kan? Saya sampai ke hari ni masih besdei. Ada lagi hadiah saya dapat. Tak henti2 ni since 1st Oct 2011. Paling meriah hadiah ni seumur hidup. Sebenarnya tidak adalah mewah sangat pun hadiah2nya. Cuma, rasa meriah sebab asyik sahaja dapat hadiah. Bahagia. Terasa semakin tualah jawabnya. Macam baru umur satu tahun gitu. Tak mau taip banyak. Nak share gamba2 hadiah jeh bagi orang lain jeles. Akeke. Sebahagian gambar2 yang ada dalam handphone. Lain2 malas nak snap. Akekekeke....




Frame dengan gambar yang diambil 10 tahun yang lalu. Sama dapat dengan kemeja biru kotak2 pada entry lepas dan kek yang di atas tu. Ini gambar yang terkhir bersama sahabat yang ada sekali tu sebelum saya menghilangkan diri dan bertemu kembali awal tahun ini. Orang yang dalam gambar itu jugalah yang bagi frame ni.



Pejabat serahan tingkap Pos Laju ni pun kira hadiah juga ni. Sebab kena pusing2 satu Puchong cari lokasinya yang dah pindah ke tempat baru. Keluar jam 10.30 pagi, sampai ke lokasi jam 3.30petang. Siap pergi makan dulu bagai. Yang Pos Laju ni pun satu hal, pindah la ke tempat yang orang senang nampak, kan senang? Akeke...



Ni Hadiahnya yang di tuntut di Pos Laju. Sepatutnya dah dipulangkan balik kepada orang yang beri sebab tidak dituntut. Bukan sengaja tak mau tuntut, tapi tak sempat2 sampai la terperasan due date nya pada sticker Currier yang ditampal di depan pintu rumah pada 30 September 2011 ituari. Terperasannya pun dah lebih 2 minggu. Call, lepas tu minta mereka hold kan sampai sabtu. Ni hadiah misteri. Tak tahu siapa yang bagi. Tak ada nama. Jauh tu pos laju tu. Kemaman sana. Terima kasih daun keladi, tahun depan beri lagi. Saiz L yer. Kecil sangat yang ni. Dah jadi macam Aaron Aziz gitu pakai. Padat. Akekekeke.. Warna yang sangat melambangkan Celcom gitu. Tak pernah pula beli baju yang kaler terang2 gini. Kikikik.. Anyway, thanks again to the mysterious sender. Chatters? Sampai petang ni kena bahan pasal Abg Aidil. Akekek..



Rubik's Slide. Hadiah daripada rakan sekerja di tempat lama dulu. Sebab? Saya memang suka putar2 Rubik's Cube kalau tengah pening2 waktu kerja. Rubik's yang ni kira special sikit pasal guna bateri. Ada suara cakap2, ada lampu2. Dua hari je dah habis bateri dia. Maklumlah, jakun, putar2 sebelum tidur. Akekek.




Cupcake. Sepatutnya ada sembilan. B A R D S Y A H dan bentuk love. Lapan sahaja yang dibawa pulang. Yang bentuk love tu dah kena sebat awal2 di tempat kejadian.



Kasut ni, tengah jalan2 di IOI Mall, tujuan asalnya makan2. Lebih afdalnya temankan seorang sahabat yang mengidam asam laksa. Laki2 yer, bukan wanita. Dah lama tak pekena katanya. Boleh tahan juga asam laksa tersebot. Arr.. Kasut di atas terus disarung selepas dibayar oleh pemberi. Akekek...



Hadiah yang terakhir untuk tahun ini. Kikikik... Masih virgin. Belum jejak tanah. Baru acu2kan ke kaki semasa memandu. Boleh? Huehue... Arrr.. Akan ada hadiah lagikah selepas ni? Weewitt!!~ Mahu lengkap dulang hantaran ni kalo buat hadiah kawin. Akekekekek...


Itu sahajalah. Meriah? Mungkin ada antara anda yang dapat hadiah melampau2 banyaknya kan? Tahniahlah. Bagi saya, sambutan hari lahir saya yang 31 tahun inilah yang paling meriah seumur hidup. Jubli Perak lebih sikit je kan? Terima kasih kepada semua sahabat yang mengingati hari lahir saya. Terima kasih kepada yang memberikan ucapan dan juga hadiah2.


Ada juga yang tidak disharekan di sini. Sebab? Malas nak ambil gambar. Malas nak keluarkan dari simpanan. Hadiah yang paling mahal berharga RM 468.00. Apa dia? Biarlah rahsia. Diberi oleh seseorang yang saya sayang, saya cinta, hingga akhir waktu. :)


Salam Rindu dan Sayang Selalu....




Friday, October 14, 2011

Nobody ...



Itulah topik yang saya nak bicara kan di sini. Macam pelik? Rasanya, dalam blog ni, hanya kematian artis sahaja yang rajin saya karang. Hari ni, apa yang dibaca di Yahoo!NEWS-World begitu menarik perhatian saya.


Apa yang bakal saya taip adalah bukan sesuatu yang boleh dibanggakan seperti karangan perihal artis yang sebelum2 ni. Kalau sebelum2 ni ada entry pasal kematian artis, kali ni pasal artis yang belum mati pula.


Sebenarnya sudah lama saya menyampah dengan artis bangang nak mampos yang mengisi tajuk utama entry ni. Kelainan yang diketengahkan macam membodohkan diri sendiri.


Anda boleh klik link ni kalau nak tengok. Wildest looks katanya. Katanyalah. Tapi nampak macam serupa binatang pun ada. Malas untuk saya mengolah. Anda tengok dah nilailah sendiri.


Mungkin ada antara anda yang fanatik tidak suka dengan apa karangan saya ni, maafkan saya. Tapi, memang keterlaluan fesyennya. Sebelum ni cuma tak suka gitu2 je.


Dengan fesyen melampaunya, dengan lagu2nya yang macam2. Ramai yang suka. Saya juga suka lagu2 yang dimasa awal kemunculan dia ni.


Maklumlah. Dah adik2, anak2 buah suka kan, kenalah suka jugak. Best lah juga dengar tu. Pakai daging buat baju pejadah? Kan ke bangang namanya tu. Anehlah konon kan. Akekek..


Fesyen ala2 alas meja, dengan hanya memakai seluar kecik yang hanya tutup bulunya sahaja. Mantap! Baiklah tak payah pakai apa2 terus. Sudahlah net tu disarung sekali ke kepala.


Ada juga yang baju ala2 jaring ikan, lepas tu tampal puting dengan salotape. Nampak gaya berjalannya memang sangat selamba. Engko tetek kok lawa takpela kan?


Dah aku lak kejadahnya nak kutuk lak ek? Haha! Apa yang pastinya saya memang menyampah tengok since keluar fesyen mengarut dia di dada akhbar. Tahap anti pun ada dah. Boleh?


Overall lagu2 nya memang menarik dan sedap musik dan iramanya untuk didengar. Cuma kadang2 lirik lagu2nya ada yang bersifat perkauman dan keugamaan. Itu pandangan sayalah.


Kalau ada salah, sila jangan malu, jangan segan untuk memberikan sebarang komen yang paling bernas anda. 'Gaga' kan diri anda untuk membangkang saya. Oke?


Sekian. Terima Kasih.



  • Tiada sebarang gambar yang saya tampal dalam entry ni.
  • Aje mencemar sahaja nanti.
  • Sila klik link2 yang disertakan ya.
  • Ra ra ra a a rama ramma ma gaga u lala...
  • Layan Wonder Girls lagi best. Nobadi nobadi but you... Kiyut dan sopan gitu.. Aww! Nobadi nobadi but you~





Monday, October 10, 2011

Viva La Vida ...






So...

Today, 31 tahun 10 hari hah? Ganyut dah. Akekeke. Malas nak taip skema2 hari ni.

6 Oct yang lalu, Pakcik dan Makcik berangkat ke Tanah Suci. Alang doakan semoga segala2nya berjalan lancar dan dipermudahkan. Semoga dikurniakan kesihatan yang sejahtera dengan restu Ilahi untuk menunaikan ibadah. Semoga mendapat Haji Mabrur. Amin. InsyaAllah.


Last three weeks, conversation with one of my Chinese junior colleague di depan pintu opis...

"Morning, Sunny."
"Morning, hi!"
"How r u today?"
"Im good. Thank you."
"Im sorry i forgot to let the door open for you."
"It's okey. Nevermind."
"Arr.. Can i ask u something?"
"What?"
"Are u English or Malay?" (Kejadahnya itam legam ni dia tanya gitu ek? Apa motip?)
"Hah? Malay of course. Why? English? Do i?"
"I heard you talk to Mr. Chang yesterday. Your English is so great. How old are u?."
"Im going 31 for about 3 weeks from now."
"Really? I dont believe."
"Why?"
"No, i thought you are 24 or 25 years old. Just grad from any university. Like me.."
"Hehe. Naa .. The fact is, im too old to speak broken English."
"Aa.. Im sorry."

Bla.. Bla.. Bla... Bla...


Perbualan tu bukan nak berlagak yer. Tapi nak nyatakan betapa babyface nya muka ini. Hahaha! 24 - 25 tahun okek! Muda 5-6 tahun dari usia sebenar. Boleh berlakon jadi student ni. Kalaulah student card tak ada expiry date, maka akan bahagia hidup berlakon seperti orang muda remaja gitu. Aww.




Saya tak rasa pula saya dah kuasai bahasa penjajah 100%. Kadang2 ada salah2 juga. Kalau tak tau apa2 perkataan, kadang2 akan rujuk kamus juga. Tak perfect pun. Cuma, kalau di peringkat umur ini masih lagi terkangkang terkayap nak guna bahasa penjajah dalam percakapan harian, rasanya macam looser la kot?




Kalau rasa tak yakin, guna sajalah Bahasa Melayu, bahasa ibunda. Kalau loghat Negeri Sembilan tu boleh dikira perfect juga. Negeri Sembilan yer, bukan Minang. Kalau loghat Minang, masih banyak lagi kena explore.




Semalam, berjalan2 di Taman Rekreasi Bukit Jalil bersama2 Lina dan anak2, Merrah Amanie b. Azrul Hisham dan Serrie Diannie bte Azrul Hisham. Adalah dalam 1 jam beriadah. Tak riadah mana pun, cuma berjalan2 sahaja. Peluh pun ala2 segan nak keluar. Akeke...




Kalau ikutkan, mahu juga berjogging atau jalan laju2 bagi baju basah dek peluh. Tapi, disebabkan peha kejang time melompat2 kejar dan pukul bulu tangkis pada malam Sabtu, maka terpaksa dibatalkan niat. Naik tangga apartment pun seksa, inikan pula berjogging sakan. Haih!




Dah lama sangat tak melompat2 di MBA Puchong bersama rakan2 MobileIRC. Berbulan ada mungkin. Inilah jadinya bila otot dah lama terperap. Sakit sini, sakit sana. Dengan salah kasutnya lagi. Macamana boleh terlupa kasut dalam bonet kereta lagi satu agaknya. Terpaksa guna kasut futsal. Mana tidaknya boleh kejang peha? Dah la memang tak hebat kan? Hadeh...





Masuk hari ni, dah satu badan pula sakit2. Padanlah muka. Siapa suruh tak strecthing dulu kan? Ahh.. Malas nak teruskan mengarang. Sambung esok2 pula. Tata...


[[ 1st October 2011 ]]


  • Masih sakit2 badan.
  • Dada belah kiri masih sakit juga kena sebat dengan raket oleh Al-Amar. Haih!
  • Mau makan ubat sakit badan dan terus menidurkan diri.
  • Arrr.. Mereka dalam entry ni adalah family sahabat saya. Dia izinkan mereka berjalan2 bersama saya. :)
  • Maybe start hari ni akan update blog mcm dulu2 balik. Banyak gamba dan guna youtube sahaja insteed of autoplay sound. Jadi, sila klik sendiri untuk dengar lagu. Sila abaikan lirik yg menyebut Jerussalem ngan Roman Cavalry tu yer...
  • Arr.. entry ni autopublish. Thanks sudi baca.
  • Assalammualaikum warahmatullah.

Salam rindu dan sayang selalu.... :)





Sunday, October 02, 2011

Forever Love ...

While i was 5yrs old.
Ayah : Hj Abdullah B. Maidin
Adik2 : Ahmad Sofiyan Hj. Abdullah & Ahmad Syaufiq Hj. Abdullah.
Lokasi: 7325A Quarters Pusat Kesihatan Besar Gemencheh, Negeri Sembilan.



Assalammualaikum warahnatullah ...

Hari ini, umur saya 31 tahun 1 hari. Pembuka era 30-an lah kan? Tiada apa2 yang saya harapkan di umur ini. Fikiran sangat2 kosong. Esok sajalah update. Malas pula tiba2 ni.. Isk..


Terima kasih kepada semua sahabat yang ucap selamat hari lahir kepada saya semalam.

Tata...





Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)