It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, January 04, 2012

Heart Of Courage





Rasanya, satu hari nanti, mau kena tengking kot? Sekali dua kali okey lagi lah. Kalo banyak2 kali, mahu tertempik juga agaknya. Sorry to say ya. Tak kiralah engkau tua ke, muda ke, senior ke, junior ke, go to hell. Memang go to hell la kan. Pasal engko kapir laknattullah. Sorry to say again. :)


Aku memang jarang2 sekali marah2. Kena marah atau memarah pun aku tetap senyum. Tadi, aku cuma diam dan buat biasa. Pasal, aku malas untuk marah2. Bukan dalam mood untuk marah2. Hari ini aku diam dan senyum, esok, lusa, minta maaf kalau aku tertengking.


Andai kata satu hari nanti aku tidak sengaja atau sengaja maki, padan muka ya. Akan aku suruh engkau datang tengok kaji sendiri. Aku cakap tak faham2 kan? Bahasa Melayu engkau tidak faham. Bahasa Inggeris pun engkau tidak faham. Nak suruh aku cakap bahasa Hindi ke apa? Memang confirm engkau ternganga2 sahaja nanti.


25 tahun bekerja ya? Good! Very good! Nama sahaja 25 tahun kerja. Tapi, haram. Langsung tidak praktikal. Esok, lusa, engkau datang lagi, akan aku suruh engkau cari, check, buka, tengok, catat dan buat sendiri. Ini janji aku. BULLSHIT!!





Sunday, January 01, 2012

My Way





Selamat Tahun Baru 2012.

So, apa azam tahun baru anda? Azam baru ke, renew azam tahun lepas? Akeke... Saya? Tiada apa2 azam yang ingin ditanam. Malas nak bercucuk tanam azam. Since tahun lepas memang tiada azam.


Masa adalah seperti jam yang sentiasa bergerak dan berubah. Kehidupan adalah seperti bola emas pada setiap hari yang berlalu. Apa yang berlaku hari ini kadangkala tidak sama dengan apa yang berlaku pada masa lalu. Bola jam sentiasa bertukar mengikut masa dan kehidupan.


Hari demi hari ada kegembiraan, keterujaan, kesenangan, kesengsaraan, kesakitan, ada kehidupan. Kadang-kadang terbit persoalan di luar kawal yang amat payah atau tidak boleh sama sekali untuk dijawab. Hari demi hari larut menyejat ke dalam apa sahaja dan akan hilang selama-lamanya.


Jika saya boleh terbang, saya mungkin menyentuh langit. Jika mimpi adalah benar, saya mungkin boleh menari di atas awan. Jika saya boleh membaca fikiran manusia, saya mungkin akan menyelamatkan dunia tepat pada masanya. Jika fantasi menjadi kenyataan, saya mungkin akan melompat tinggi dengan penuh kegembiraan di atas dunia ini untuk berasa bebas dan bertenaga.


Kalau boleh, saya ingin seperti ini selama-lamanya kerana ia hanya hak. Saya mengukir senyuman yang benar kepada dunia. Jika saya boleh menjadi seorang wira, saya akan membantu semua orang dan membawa kepada keamanan untuk semua. Bermula dengan diri saya sendiri. Saya akan terbang tinggi.


Dream away and read minds.
Think to myself be a hero.
Save the world and then jump with joy.


I live for those who love me, for those who know me true, for the cause that lacks assistance, for the wrong that needs resistance, for the future in the distance, and the good that i can do.


Happiness is that which everyone longs. So few of us actually get happiness is that which rights all wrongs and leaves us without regret. Happiness tortures us to feel what happiness does in the lowest of low when everything just seems too real. Happiness comes to people who think it will always be there. Happiness leaves without the clue and realize what it is to feel lonely.


Mengimbas kembali dan merealisasikan perkara-perkara yang berlalu hanya akan membuat diri lebih kukuh. Galakan adalah ramuan untuk berjaya dan tidak boleh memegang masa depan. Galakan untuk terus hidup adalah alat di mana positif akan membakar negatif. Jangan sekali-kali gagal. Sentiasa percaya.




Tuesday, December 27, 2011

One Sweet Day




Currently Klik2 Blog2 sahabat.


Lama betul rasanya tak update apa2 entry. Memang ada keinginan untuk update, tapi, kemalasan mengatasi segala2nya.


Bz? Memang tidak sangat lah. Kadang2 bz. Kadang2 tak bz. Perkara biasa. Cuma, terlalu banyak perkara yang mencabar emosi diri sejak 2, 3 minggu kebelakangan ni.


Bermacam2 perkara juga yang berlaku yang boleh dikatakan majoritinya di luar jangkaan. Banyak juga perkara2 penting yang terpaksa diabaikan demi satu perkara yang lebih penting untuk diutamakan.


Arrr.. Tiba2 maleh nak menaip pula. Nanti2 sambung.


Ermmm... Yassin Untuk Nenek tidak dapat saya teruskan. Nantilah, apabila hati sudah sedia untuk menerima kehilangan. InsyaAllah saya sambung. Itu pun kalau ada yang sudi untuk membacanya.


Salam Sayang Dan Rindu selalu .. =)


Monday, December 12, 2011

Yassin Untuk Nenek I

Nenek.

Dah dua minggu Nenek sakit. Keluar masuk hospital. Dari hospital private ke hospital biasa. Doc in-charge sudah tidak boleh buat apa2.


Jumaat. 9 December 2011. Emergency Leave. Balik ziarah Nenek di Hospital Daerah Jempol, Negeri Sembilan.


7.00am, panggilan telefon daripada Ayah.

"Balik lah tengok Nenek."
"Iyo Ayah. InsyaAllah. Ujung minggu ni balik. Esok kojo."
"Kalau buleh, balik ari ni. Ayah tunggu."
Diam...
"Baliklah. Nenek dah tak kona orang."
"Iyo Ayah."
"Kek Hospital Jempol."
"Ha? How to get there?"
"Halo ko Bahau. Ikut Pilah. Samo jalan nak ko Serting."
"Haa.. Ok Ayah. Nanti Apo2 hal, Ad call."
"Kok tak tau jalan nanti, tanyo orang. Jangan tak balik."


Panggilan diputuskan. Termenung di birai katil. Macamana nak balik? Road tax kereta masih tidak diperbaharui. Bangun. Call dia.

"Awak. Dah siap nak pergi kerja ke?"
"Tengah siap2. Kenapa? Kenapa suara lain?"
"Ermm... Kita balik. Tengok Nenek. Nak?"
"Bila?"
"Hujung minggu ni. Ayah call tadi. Kata Nenek dah tak kenal orang."
"Tengoklah macamana nanti."
"Ok. Saya nak mandi."


10 minit selepas itu, sms masuk.

'Jom balik hari ini lah. Apply EL.'


Baca sms, bersiap2. Niat mahu reply semasa on the way ke tempat kerja nanti. Selepas lebih kurang 10minit, telefon rumah pula berdering.

"Hello. Assalammualaikum. "
"Ha.. Mak. Waalaikumussalam Mak."
"Dah siap nak poie kojo ko? Balik tak?"
"Tongah siap2 ni Mak. Bilo? Hari ni? Bolom tau lagi Mak."
"Baliklah. Tanah arwah Maklong merah lagi. Ni Nenek pulak sakit. Sodeh boto Ayah tu. Crying since morning. Balik. Speak to your Dad."
Diam.
"Balik tak ni?"
"InsyaAllah Mak. Nak masuk kojo dulu. Kalau takdo apo2, buleh balik."
"Naik apo balik? Road tax tak renew lagi kan?"
"Ha.. Tak tau lagi tu."
"Apo2 hal nanti bagitau."
"Iyolah Mak. InsyaAllah."


Panggilan dimatikan. Sarung stokin. Embil beg. Keluar. Panaskan enjin kereta. Telefon berbunyi lagi. Sayu terdengar suara Ayah di hujung talian.

"Ad..Baliklah..."
"Hello, Ayah. Ayah janganlah menangis Yah."
"Balik tak?"
"Iyo Ayah. Nanti ambik E.L. Masuk office kojap."
"Iyolah. Elok2 jalan nanti."


Hati berbelah bahagi. Ambil telefon. Call dia lagi.

"Hello. Awak ada mana?"
"On the way nak pergi kerja dah ni."
"Boleh hari ni? Balik hari. Esok saya kerja."
"Boleh. Tak kisah. Hari ni Jumaat tak banyak kerja sangat. Awak aja lah. Kot ada apa2 urgent."
"Hmm. Tak apalah. Biar lantak urgent ke apa. Keluarga lagi penting. Saya masuk kerja dulu."
"Apply je E.L. Dah gerak dari office nanti bagitahu."
"Hmm.. Iyalah. Nanti saya call."


Sampai office. Masuk. Ambil borang E.L. Tunggu sekejap rakan sekerja sampai untuk take over task file, 9.12am keluar. Terus ke Bangi. Parking kereta di pejabat dia. Call, beiritahu dah sampai.


Dalam kereta. Di stesen Petronas Bangi. Selepas check kondisi kereta. Perbualan dimulakan oleh dia.

"Nak lalu mana?"
"Entah? I don't know how to get there. Hehe."
"Tak tanya Ayah?"
"Tak sempat nak tanya pun tadi."
Sengih.
"Senyum pulak? What time nak sampai kalau tak tahu jalan? Call lah Ayah."
"Aaa.. Use my GPS. Ok?"
"Ok. Try lah."


Lebih kurang 20 minit, GPS langsung tak detect Hospital Jempol. 3 kali restart. Masih tak detect. Ketawa dengan kejahilan diri. Nama saja orang Negeri Sembilan. Jalan nak ke Jempol langsung tidak tahu.


Perbualan dimulakan lagi oleh dia.

"Eh.. How?"
"Entah? Jalan ajalah. Ikut LEKAS."
"LEKAS? Dah kat sini nak ikut LEKAS, jauhlah."
"Woo. Ya kan?"
"Awak ni. Betul2lah."
"Aaa.. Jalan ajalah. Lalu tol Bangi. Sambil jalan nanti ok kot GPS bengong ni. Meh saya drive. "
"Tak payah. Awak call lah Ayah. Tanya nak lalu mana. Lambat sampai nanti."
"Haa. Jalan dulu. Kejap lagi call."


Lebuhraya Utara Selatan. Berhenti seketika di Hentian Nilai. Dia mahu ke tandas. Saya mahu membeli makanan untuk sarapan. Perut terasa lapar dek kerana tidak langsung menjamah sebarang makanan malam tadi.


Perjalanan diteruskan sambil bercerita tentang kenangan bersama Nenek semasa masih kecil. Bermacam2 cerita. Setengah jam kemudian, Plaza Tol Exit ke Seremban. GPS masih lagi di on-off. Jempol tidak langsung di detect. Call Ayah.


Perjalanan diteruskan sampai ke daerah Kuala Pilah. Pemandangan kiri dan kanan jalan agak menarik. Sawah padi. Saujana mata memandang. Apa lagi. Klik2 camera di tangan. Hilang sekejap rasa sedih di hati. Maklumlah, jadi co-pilot. Bercerita pula tentang rekabentuk rumah2 tradisi Negeri Sembilan yang berbeza2 mengikut pangkat dan kuasa.


Dia menegur.

"Awak jangan nak mengada2 macam pelancong pulak eh. Bukannya orang luar pun?"
"Haa? Hehe. Ala. Sawah ni. Sebelum2 ni tak ada padi pun. Dulu, Nenek ada sawah. Pernah jugakla rasa tampi2 padi. Kena sebat mandi parit. Hehe."
"Nak masuk Kuala Pilah ke apa ni?"
"Ikut jelah signboard. Ayah kata tadi, ke arah Bahau, kena lalu Pilah dulu, lepas tu Serting. Terus, baru jumpa Jempol."
"Awak kan selalu pergi sini? Takkan tak tau jalan?"
"Aaa.. Sampai sini dah tau dah. Dah cam jalan. Terus jelah. Tapi tak tau nak masuk Pilah ke tak."
"Tu ada signboard Jalan Pintas Ke Bahau."
"Haa.. Masuk2. Hee.."
"Betul ke ni?"
"Masuk jelah...."

...........

"Awak nak tau tak?"
"Apa?"
"Dulu kan, masa kecik2, saya cucu yang paling rapat dengan Nenek. Nenek selalu pergi Kuantan, Pasoh, rumah adik2 Ayah. Saya yang temankan. Kitorang kan antara cucu2 sulung. Sampailah satu hari tu, masih ingat lagi, Nenek pernah cakap...
'Alang ni cucu kesayangan Nenek. Esok, kalau Nenek panjang umur, tapi dah tak larat nak berjalan, dah sakit2, Alang yang jago Nenek kan? Tido dengan Nenek. Tomankan Nenek. Alang sayang Nenek kan?'
...Macam tu lah lebih kurang kata Nenek dulu. Tapi, bila dah besa, dah remaja, saya dah tak manja dengan Nenek. Tengoklah sekarang ni. Macam tak mampu buktikan kata2 Nenek dulu..."

Diam. Sebak. Suasana dalam kereta sunyi seketika.

"Saya sedih. Teringat masa jaga Nenek sebelum Raya ituari. Nenek macam dah tak berapa nak ingat apa2."
"Awak jangan macam tu. Nenek dah tua. Doakan Nenek. Semoga segalanya dipermudahkan untuk dia."
Diam.
"InsyaAllah. Nenek boleh kenal lagi. Lupa2 tu biasalah. Nenek dah tua sangat."
Diam.
"Kita dah sampai Jempol ni. Call lah Ayah."
"Entahlah... Tak sabar rasanya nak jumpa Nenek. Bacakan Yassin untuk Nenek."


Lebih kurang 12 tengahari, tiba di Hospital Daerah Jempol. Setelah 3 jam perjalanan yang serupa main teka teki.


....Bersambung pada entry esok....



  • Kepala tiba2 terasa amat sakit.
  • Guruh juga sudah berbunyi.
  • Hujan turun selebat2nya.
  • Gambar malas nak upload.
  • Selamat malam.
  • Assalammualaikum warahmatullah....





Sunday, December 04, 2011

How Much It Hurts




Assalammualaikum warahmatullah. Salam Sejahtera.


Ahad. Terang betul cuaca hari ni. Alhamdulillah.


Pagi, celik mata, sakit yang sangat derita malam tadi hilang. Senyum. Off suis yang menjana kedinginan dalam bilik ni, buka tingkap luas2, terus layan piano. Berapa jam entah. Puas. Release sikit.


Hmm. Derita betul 2 3 minggu ni.


Currently listening to 'How Much It Hurts' by Just Off Turner di Sam4. So, nak share sini. Dah pernah ada entry guna lagu ni. Kali ni dengan lirik pula. Sila layan dengan jayanya.


Sesungguhnya saya sudah terlupa sama sekali apa yang hendak ditaip mula2 tadi. Puas nak recall. Tapi dah hilang. Tak tau dah. Akeke ..




Speak, speak your mind
Your always telling me I need to open mine
And wait, wait your turn
Then shut me out cause you've got nothing left to learn

Oh, you say there's nothing wrong with being proud
So tell me what you love and say it loud
Now here's the dose that you've been dishing out
If you're listening this is how much it hurts
If you're listening this is how much it hurts

Oh, I'm wrong
I'm wrong again
But not because of where I stand but where I've been
And it burns
Oh, you know it burns like hell
To know there's nothing I can do but wish you well

You say there's nothing wrong with being proud
So tell me what you love and say it loud
I've been good enough to stay and hear you out
But you're wrong
You're never wrong

Oh, you say there's nothing wrong with being proud
Ya, so tell me what you love and say it loud
I've been giving you the benefit of the doubt

If you're listening this is how much it hurts
If you're listening this is how much it hurts
If you're listening this is how much it hurts
If you're listening this is how much it hurts





Wednesday, November 30, 2011

Dan Bila Esok




Assalammualaikum warahmatullah sahabat.


Doa dan harapan, semoga sihat sejahtera dan bahagia hendaknya walau dalam apa jua tugasan harian sahabat semua. InsyaAllah.


26, 27, dan 28 November 2011. Tarikh di mana hari2 saya tak berapa nak betul sampai di tahan di Hospital Serdang. Padan muka saya.


Agak payah juga untuk mendapat rawatan di Hospital Serdang. Banyak tanya betul Doktor on call yang on duty malam tu. Ini semua setelah diceritakan semula kepada saya.


Mujur sahabat saya memberitahu status dan bercakap ada unsur2 medic dengan menggunakan kuasa ala2 veto dia. Kalau tidak, dah nak habis nyawa baru dibawa masuk ke dalam agaknya.


"Aku tolak wheelchair engkau ke obey, siap sound nurse2 tidur. Ada ke patut patient punyalah ramai, dua orang doktor saja yang duty? Masa engkau dah dibaringkan pun 10 minit tunggu nurse datang. Boleh nurse2 tidur time duty? Dari aku cakap biasa2, sampai jadi marah aku dibuatnya."


Macam itulah lebih kurang ayat dia.


"You really get me into nerve doc! 2 3 days still a history what? Why must you ask me what had happened so many years before? You want to diagnose or not? What's ur name? I can report you to Ministry of Health you know?!"


Haha! Gila garang kawan saya ni. Itu yang dia ceritakan semula. Saya? Darah kena sedut sampai dua tube pun saya tak rasa apa2. Mati hidup semula langsung tak ingat apa yang berlaku. Siap nurse minta maaf katanya. Terima kasih sahabat.


Tapi, setahu sayalah. Selama2 saya ke Hospital Serdang kalau ada apa2 emergency, tidak pula doktor on duty bertanya macam2. Selama ni, datang, terus masuk dalam. Kali ni banyak soal pula.


Kata sahabat saya lagi, doktor muda yang bertugas malam tu. Siap nak refer ke senior beberapa kali bagai. Huhu. Nasiblah. Anda tersilap dapat patient. Kesian. =P~


******************************


Tadi, dalam perjalanan pulang dari GHKL, selepas hantar surat refer semula dengan Neurology GHKL, tiba2 terdengar lagu ni di Petronas. Tiba2 jadi suka pula. Sepanjang hari ni layan lagu yang sama tanpa jemu. Saja2 nak share. Terima kasih Sayang... =)


Arr.. Baru tahu juga lagu ni digunakan sebagai soundtrack Nora Elena. Boleh? Akeke..


Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki ‘tuk selama-lamanya





Tuesday, November 22, 2011

Goodbye to Romance




"Goodbye To Romance"

[Daisley - Osbourne - Rhoads]

Yesterday has been and gone
Tomorrow will I find the sun
Or will it rain
Everybody's having fun
Except me, I'm the lonely one
I live in shame

I say goodbye to romance, yeah
Goodbye to friends, I tell you
Goodbye to all the past
I guess that we'll meet
We'll meet in the end

I've been the king, I've been the clown
Now broken wings can't hold me down
I'm free again
The jester with the broken crown
It won't be me this time around
To love in vain

I say goodbye to romance, yeah
Goodbye to friends, I tell you
Goodbye to all the past
I guess that we'll meet
We'll meet in the end

And I feel the time is right
Although I know that you just might say to me
What'cha gonna do
What'cha gonna do
But I have to take this chance goodbye
To friends and to romance
And to all of you
And to all of you
Come on now

I say goodbye to romance, yeah
Goodbye to friends, I tell you
Goodbye to all the past
I guess that we'll meet
We'll meet in the end

And the weather's looking fine
And I think the sun will shine again
And I feel I've cleared my mind
All the past is left behind again

I say goodbye to romance, yeah
Goodbye to friends, I tell you
Goodbye to all the past
I guess that we'll meet
We'll meet in the end





Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)