It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Tuesday, June 01, 2010

--==[[ Malaysia Kutuk Keganasan Israel ]]==--

Hmm...
Assalammualaikum warahmatullah...

Malam tadi, ada pengumuman di dewan mengajak penduduk Ruvena Villa solat hajat mengiringi keselamatan konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza. Solat hajat juga khas kepada rakyat Malaysia yang turut serta dalam rombongan tersebut lah. Berderau darah bila dengar pengumuman tu semalam.

Utusan online hari ni pula tajuk utamanya "Malaysia Kutuk Keganasan Israel", di mana kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras2nya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan rejim Tel Aviv yang sepatutnya kalau mengikut undang - undang antarabangsa, kejadian ini tidak boleh berlaku sama sekali.

Bodohnya rejim Israel yang tidak menghormati undang2 antarabangsa dan menggunakan kekuasaan mengikut sesuka hati mereka. Mereka2 yang pergi tidak berdoasa sama sekali. Mereka pergi atas dasar kemanusiaan. Bukan manusia agaknya rejim Israel tu semua. Ungka kot? Tak paham bahasa. Alangkah bagusnya kalau rejim2 ni semua wujud sebagai ba alif ba ya di muka bumi nih.

PM, Datuk Seri Najib Tun Razak kata hendak bawa hal ini dalam perbincangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk tindakan mengutuk sekeras-kerasnya kerajaan Israel. Apa yang PBB akan lakukan? Kalau betul PBB, sepatutnya dah lama Israel terlingkup. Bukan begitu?

PBB juga bodoh kerana membiarkan segalanya berlaku. Siap boleh tolong buat sempadan. Kan ke bodoh namanya tu?

No comments:

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)