It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, July 07, 2010

--==[[ Flying Without Wings!~ ]]==--

Assalammualaikum warahmatullah sahabat ...
Lama betul tak update blog nih. Apa khabar semua? Doa dan harapan agar sahabat semua sihat wal'afiat dan sentiasa bahagia lah hendaknya ya?

Wedding adinda kembar saya yang paling bongsu, baru saja berlangsung di Gemencheh, Negeri Sembilan pada 25, 26 & 27 Jun 2010 yang lalu. Gilek ah! Seminggu berkampung nya! Bz mengalahkan PM rasanya. Tiap2 minggu, selama sebulan, saya ulang alik KL-Gemencheh-KL. Alhamdulillah. Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Saya ni bila pula? Isk.

Malas sudah rasanya mahu fikir tentang jodoh2. Kalau ada, ada lah. Kalau tiada, maka tiada lah. Fokus pada kerjaya pula. Memang niat hati mahu buat majlis sekali dengan adik kembar saya, tak kesampaian pula. Pasrah sajalah. Bukan tiada yang saya berkenan, tapi, pada saya, biarlah orang yang dipilih matang dari segala segi. Mampu menjaga saya sampai ke hari tua. Siapa yang tidak mahukan zuriat? Kan?

Kalau sampai harinya nanti, InsyaAllah akan saya adakan majlis di Club House, hotel, atau mana2 dewan mengikut kemampuan saya. Tak sanggup pula mahu menyusahkan lagi Omak dan Ayah yang bertungkus lumus menjayakan Majlis yang baru saja berlangsung ituari. Tunggu lah harinya nanti. InsyaAllah akan saya jemput semua sekali. Kecil2an pun tidak mengapalah. Asalkan sah dari segi syarak. Betul?

Sebulan sebelum tu, berlangsung juga Mega Gathering Pangkor 2010 anjuran kelab MobileIRC dan Two-P Technology. Selesai sudah penat lelah selama lebih kurang 5 bulan bersama2 AJK2 lain yang turut menjayakan program tersebut. Ini projek saya yang pertama. Walaupun agak banyak juga cacat celanya, banyak juga yang mencabar tahap kesabaran saya. Bukan niat untuk mendabik dada. Maaf cakap lah kiranya ada yang menarik muka. Terima kasih keada semua yang buat kerja.

Hari ini, ada dua peristiwa yang menggembirakan saya. Sangat teruja! Hari Jumaat nanti akan dipanggil lagi. Doa dan harapan saya, semoga saya diterima. Payah pula nak membuat pilihan. Beza nilai dan jarak sahaja. Hmm.. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau tiada, cuba lagi di lain hari lah. Apa yang penting, restu dan sokongan daripada Omak Ayah. Dan yang lebih penting, doa dan harapan daripada seseorang yang sentiasa bersama dikala susah dan senang saya.

Kalau diikutkan, agak terlalu banyak plan saya sehingga ke hujung tahun ni. Julai, Ogos, September. Saya mengharapkan satu hadiah yang paling besar dan bermakna pada 1 Oktober nanti. Nilai? Tolak tepi dulu. Yang penting, ada. Selepas itu nanti, akan saya fokus ke lain pula. Rumah? Dah lama ada. Tinggal cuma untuk ubahsuai dan senang didiami hingga ke hari tua.

Terlalu jauh pula angan2 saya. Tidak salah kan? Perlu ada perancangan jika inginkan sesuatu. Tak gitu ke? Berumah tangga dan berkeluarga? Tolak tepi dulu lah. Malas nak fikirkan lagi dah. Muak. Jemu. Menyampah. Tempoh masa pun dah ekspaiyed. Sebelum ni, macam tak sanggup untuk bujang sampai ke tua. Lama2, tidak kisah lah.

Lepas 1 Julai, makin hari makin jelek pula untuk fikir. Biar lantak lah! Takkan nak edarkan borang pula kan? Ada sapa2 yang sudi mengisi kekosongan di sebelah saya sampai tua tak? Ada? Syaratnya hormat, percaya, matang, bertanggungjawab, boleh terima teguran, hormat orang tua, pandai memasak, pandai membuat kerja2 rumah, boleh mengadap pc 24jam, bukan orang yang kontrol remote tv, NO MAIN2. Hehek!

Arr.. Mengantuk lah pula mata nih. Esok2 je la sambung. Tiba2 rasa malas pula untuk menaip. Selamat Malam Sayang.

  • Gambar tak boleh nak upload. Cadang tadi nak upload gambar pengantin.
  • VC pulak tak boleh nak masukkan pula. Line broadband. Tak cukup mantap. Nanti2 saja lah ye? Huhu.
  • nGaaaaa... Nak bela kucing lagi buleh tak eh? nGaaa??
  • Baeklah!~~ Salam Sayang daripada Abang Aidil. Hehek!! =P~







3 comments:

cemey said...

Ada banyak yg nak dkomen.. Tp pki enp0n ni line tak mant0p plak.. Tgu arr.. Tp pat rem0te control tu.. Cam tau jeh.. Egege..

Alang AD said...

Apa yang nak dikomen banyak2 tu eh?

Anonymous said...

suke lagu ini...

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)