It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Friday, April 15, 2011

--==[[ Munajat Cinta!~ ]]==--




Tahniah saya ucapkan kepada adik sepupu Khairunisa Nadia Binti Karip di atas kelahiran cahaya mata yang ke-2, Aleesya Qaisara Binti Mohd Shafarizan. Tidak sempat pula Alang hendak pergi tengok. Maaf ya! Kirim salam kepada Ayah dan Mak bila dah sampai Serting nanti.


Lama betul saya tidak jalan2 di blog Nadia. Memang tidak update sejak anak pertamanya, Adam semakin membesar. Last update 10 bulan yang lalu. Lama betul. Kalau tidak, rajin juga saya tinggalkan komen yang tidak berapa nak membina pada setiap entry yang di-update.


Bila pula saya akan ada anak agaknya. Ahli keluarga, sepupu sepapat yang adik2 semua sudah berumahtangga. Hanya tinggal yang masih bersekolah atau masih belajar sahaja yang belum. Teringat perbualan dengan adik2 sepupu di fesbuk dua hari lepas.


"Alang bila lagi Lang?"


Haha! Entahlah. Lama2 makin menyampah pula mendengar soalan yang sama ditanya apabila berkumpul bersama ahli keluarga. Terutama sekali pada majlis nikah kahwin adik2 sepupu. Hari Raya? Muak sudah mendengar soalan yang seperti itu.


Anak2 saudara pun ada yang sudah berkahwin dan mempunyai anak2 yang sudah bersekolah. Teringat pula semasa ahli keluarga sebelah Omak datang melawat di Hospital tempoh hari. Seorang anak saudara saya, cucu sulung kepada ibu saudara sebelah Omak, menyuruh anaknya yang berumur 8 tahun bersalaman dengan saya sebelum mereka pulang.


"Salam atok muda tu..."


Pendek kata, saya sudah bercucu! Haha! Kalau tidak silap, saya sudah mempunyai 4 orang cucu. Nenek saya pula sudah menjadi.... Apa ya? Buyut? Entah? Tidak pasti pula saya apa istilah untuk 5 keturunan. Apa ya?


Ada juga ibu2 dan bapa2 saudara yang ingin memperkenalkan anak2 jiran mereka. Aduh! Kacau betul! Bermacam2 pula alasan yang diberi semata2 mahu melihat saya berkahwin. Banyak juga ayat yang tidak boleh saya terima. Bagus anak si polan tu. Bagus anak si polan ni. Macam2.


Hati saya cukup tersentuh bilamana Omak atau Ayah saya berkata tentang perkara yang sama. Hanya mampu pekakkan telinga sahajalah. Adik saya yang bongsu juga bakal menimang cahayamata yang pertama pada bulan Ogos nanti.


Harap2 Hari Raya tahun ini nanti tidak ada yang bertanyakan soalan sedemikian lagi. Mahu saya berkurung dalam bilik jadi anak dara sunti nanti. Kah kah! Hari Raya tahun lepas berjaya mengelakkan diri kerana kesibukan kerja. Tahun ni? Sudah tentu terpaksa tadah telinga.


Kalau boleh duduk rumah sahaja tunggu orang datang meminang kan bagus? Boleh ke? Ada siapa2 yang sudi menjadi suri teman hidup saya? Hehe. Ahh.. Mengapalah dia membuat onar ketika hampirnya majlis bulan Jun tahun lepas. Kalau tidak... Hmm... Tiada jodoh antara kita... Wuceh!


Baiklah. Bermula dari cerita kelahiran Aleesya Qaisara, sampai mengarut pasal kahwin pula. Harap2 juga ini entry yang terakhir tentang kahwin yang saya update. Selagi belum ada unsur2 kahwin, maka, janganlah ditanyakan lagi.


Sudah masuk waktu Maghrib. Salam sayang untuk semua. :-)








Lagu sila klik button play ya. :)











5 comments:

Anonymous said...

Allah.... sangat sangat comel.

inche Alangnya pun comel gak masa tecik2.
hohohohooo... Semoga menjadi anak yg solehah
Aleesya Qaisara Binti Mohd Shafarizan. :)

CeMeY said...

Moga moga "dia" membacanya.. ngehehehehee... bukan pergaduhan besar pun.. cuma salah paham dan kureng persehafaman jeh.. huhu~ *peace no war*

anumuchan said...

Salam.jalan2 singgah sini..nice blog :)
jom tengok sakura dekat blog saya^^
http://frommetoyou85.blogspot.com/

desain grafis said...

good blog
salam kenal saja

Alang AD said...

Yer. Salam kenal.. :)

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)