--==[[ Nabyla Bylqis, 8thn & Natasya Bylqis, 6thn.
Suka menempel bertanyakan kerja sekolah atau kemahiran bermain piano mereka setiap kali saya terbaring di atas sofa dan menumpukan sepenuh perhatian menonton tv.
Soba'an yo lah! Huhu. ]]==--
Assalammualaikum warahmatullah sahabat...
Bertukar lagi layout blog saya kan? Maklum, tak ada kerja. Sambil2 mengedit semula entry2 sebelum ni yang fontnya pelbagai kaler dan rupa. Sampai tersalah edit pun ada juga. 2 3 hari kebelakangan ni saya mengalami kemurungan yang sangat teruk. Sangat2 down. Kenapa? Tidak perlulah saya ceritakan di sini. Hari ni, saya ada sedikit rasa gembira. Biasa. Tapi, bila dah bosan, saya jalan2 pula ke fesbuk. Jari rajin klik2 link video yang entah berapa kali dishare agaknya. Maka, bermacam2 klip video yang dilihat dan ditonton.
Apa yang sangat menarik perhatian saya ialah klip video penjaja air soya yang meludah dalam bungkusan soya yang dijualnya. Berlatar belakang sound effect makcik yang menjadi camerawoman tidak bertauliah, maka terhasil satu klip video yang ala2 celah2 gigi paparazzi. Sudahlah blur, goyang2 pula. Jauh. Kurang jelas. Fokuslah mata macamana pun, tetap kurang jelas. Cuma perlakuannya nampak seperti menunduk sedikit ke air soya yang sudah dituang ke dalam plastik sebelum diikat.
Pada saya, kenapa harus dicandid dari jauh? Apalah salahnya pergi dekat dan tanyakan terus apa yang penjaja tu buat? Kan ada bagusnya macam tu. Kali pertama tonton, layan juga mendengar suara yang ada. Kali kedua, rasa meluat pula. Konon, sangat marah. Dah kalau marah sangat pergi sajalah serang. Apa pula dicandid dari jauh? Kali ketiga, terdetik pula dalam hati, 'apalah bodohnya orang yang ambil gambar nih.' Hehe. Jangan salah sangka ya. Saya tonton banyak kali kerana mahu pastikan betul atau pun tidak perlakuan tersebut.
Kita Melayu. Ada adab. Ada tertib. Kalau betul penjaja tu meludah, tegur. Tanya kenapa dia buat begitu. Tak salahkan? Dan kalau betul sekalipun, kenapa harus dia buat macam tu? Dari suara yang marah2, lokasinya di Maybank Bangi, hadapan stesen minyak Shell. Memang besar Maybank yang dimaksudkan. Majoriti penduduk Bangi, Kajang atau kawasan2 yang sewaktu dengannya dan rata2 golongan2 profesional memang selalu berurusan dan memenuhkan tepi2 jalan sekitar situ.
Tidak dinafikan memang tiada pelakon tambahan dalam video yang dicandid dari jauh tersebut. Kalau adapun, beberapa buah kereta yang lalu. Memang orang dalam kereta tidak akan perasan apa yang berlaku. Yang makcik dua orang tu memang sengaja plan nak jadi paparazzi ke apa? Apa sudah tiada kerja lainkah? Atau mereka memang menjadi pelanggan? Atau mereka mahu membuka sebuah lagi gerai soya di tepi pokok tersebut tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk menghalau penjual soya yang mungkin sudah lama bertapak di situ? Hehe.
Whatever it is, kalau betul air2 soya itu semua diludah sebelum diikat plastiknya, sepatutnya pergi serang dan tanya sendiri apa yang berlaku. Pergi report ke badan2 berkanun yang berwajib untuk mengambil tindakan ke atas penjaja tersebut. Tidak perlu mengambil gambar atau video dan canang2kan di laman2 web sosial yang memang mempunyai beratus2 pengunjung. Apa pula perasaan mereka yang pernah menjadi pelanggan soya itu nanti? Dan apa pula cemuhan yang bakal diterima penjaja itu?
Terpulang pada mata yang melihat. Kalau dari aspek positif, saya kata penjaja tu hendak tiup untuk kembungkan plastik bagi nampak cantik bungkusan bila ada pelanggan nak beli. Apekejadahnya dia penat2 meludah tiap2 plastik? Kan ke bagus kalu dia ludah je terus dalam periuk atau bekas air soya tu dimasak? Paling tidak pun, ludahkan saja ke dalam air gula yang digunakan. Sudah tentulah terperap air ludah jijik yang mungkin mengandungi sputum dalam tu. Lagi berlemak! Lagi berkrim! Lagi mantap! Wek!
Bukan senang hendak buat air soya. Kalau ada mesin buat air soya macam di rumah milik Omak saya tu lainlah. Itu pun agak payah juga hendak sediakan. Dua kilo soya baru dapat satu jug. Kalau saya yang mengadap semasa Omak sedang sediakan, maka langsailah sejug air soya sebelum sempat disejukkan di dalam peti ais. Sangat sedap oke! Home made lah katakan. Kalau sempat sejuk pun, masa bulan puasa, atau pagi Hari Raya pertama atau letakkan saja ais ke dalam jug air soya. Confirm sejuk.
Selalunya Ayah saya akan rendam kacang soya semalaman. Esoknya baru Omak mula buat. Cuci bersih2, masukkan dalam mesin soya yang lebih kurang jug bersaiz besar, on kan suis. Lepas 2 jam dah boleh minum. Lebih sedap diminum panas2. Kalau tidak menggunakan mesin soya, Omak akan buat secara manual. Itu lagi lambatlah. Kena mesin. Perah. Mesin. Perah. Mesin. Perah. Lepas tu kena masakkan di atas dapur gas. Kalau tak masak, maka akan rasa kacanglah air soyanya. Paling tak berapa nak best, bila perut memulas2 selepas 2 3 jam diminum. Saya memang suka curi2 minum soya yang belum cukup masak kalau Omak saya tinggalkan begitu saja di atas dapur gas. Haha! Bahan lain, gula pasir atau gula merah dan daun pandan.
Itu sudah mengarut. Lebih2 pula masuk bab cara buat air soya. Kalau dari pemikiran negatif, ikut resmi Usop Wilcha, kite bako jerrrr... Hahah! Sanggupkah bakar rezeki orang? Hehe. Kalau negatif, saya akan menerima bulat2 apa yang diperkatakan oleh suara latar belakang video tersebut. Lagi negatif, saya akan fikir air ludah tu pelaris dia. Boleh? Kalau tidak diludah, maka tidak akan ada yang datang membeli. Maka, kerugian besarlah penjaja tersebut. Maka, tiadalah makcik meroyan yang merakam perlakuan penjaja tersebut sampai tiba2 glemer di Fesbuk, laman web sosial yang bermaharajalela di setiap pelosok dunia ni. Kan? Hue hue...
Tepuk dada tanya selera. Kalau nak lebih pasti, sila pergi dan tengok sendiri. Ada baiknya kalau tunjukkan sekali video tersebut pada pelakon utamanya. Kalau dia menggelabah mengalahkan puyuh, betul la agaknya. Kalau dia kata bukan dia, pun betul lah agaknya. Kalau dia marah2 sampai keluar senduk soya? Lepas tu meroyan pulak sampai kejar pusing2 bangunan Maybank dengan senduk besar kepala? Itu sendiri mahu ingatlah!
Yang penting, saya memang tidak pernah membeli air minuman tepi jalan yang sudah sedia dibungkus. Mesti mahukan yang fresh. Last beli air soya pun pada bulan puasa tahun lepas. Memang Pak Aji tu penjual soya yang berjaya. Memang mantap air soyanya. Kalah air soya Drinho atau Yeos yang dijual di kedai2. Opkos juga air soya home made Omak saya yang masih terasa dalam tekak ni sampai sekarang. Tiba2 terasa seperti hendak minta tolong Omak buat air soya pula. Marila... Marila... =P~
Lagu tak ada kena mengena dengan entry.
Saja nak share.
ø„¸Legend¸„ø¤º°¨~
¸„ø¤º°¨Bob Marley``°º¤ø„¸
¸„ø¤º``°º¤ø„¸„ø¤º¨°º¤ø„
2 comments:
Wahhh!~~~ terbaek dari ladang Yop!~~~ ngehehehe...
this entry cool! no heart feeling. no anger. ngihihi.. ai like!~ bak kata Upin Ipin betul betul betul. apa pun yg u kata tu ada baek buruk nya.. tepuk dada tanya selera..
weeeee~~
Ladang soya ke ?
Hakhak!
Post a Comment