It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Sunday, April 22, 2012

Faithfully



Assalammualaikum warahmatullah sahabat.


Dah berubah pula Blogger ni. Agak lebih mant0p fungsi2nya. Tiada apa yang menarik untuk saya karangkan. Cuma, ingin berkongsi aktiviti sehariian saya pada hari Ahad yang cerah ini sementara menunggu call.


Pagi, celik mata, tengok jam, 8.52pg. Awal sungguh! Berbanding minggu lepas, 12.52 tengahari. Mungkin kerana tidur di ruang tamu dengan sebiji bantal, membuatkan saya terjaga awal.


Mungkin juga kerana kain langsir diruang tamu ini yang bermaterialkan satin nipis membuatkan cahaya terbit matahari pagi agak terang dan menyilaukan. Ketiadaan bantal busuk dan blanket boleh dijadikan penyebab juga. Haha!


Pada mulanya saya berkira2 mahu pindah masuk ke dalam bilik untuk menyambung tidur. Tapi, apabila memikirkan pakaian untuk bekerja esok masih belum dicuci, maka saya bingkas bangun dan terus menekan butang on untuk kombinasi nombor channel2 pada remote tv.


Mujur tiada apa yang menarik untuk ditonton. Kalau tidak, mahunya saya menjadi statue di depan tv sampai tengahari tanpa membuat apa2 yang patut. Boleh? Memang itulah rutin hujung minggu jika tidak keluar ke mana2.


Bangun, menggeliat ala2 yoga sekejap, buka sliding door yang sudah seminggu lebih tidak dibuka, sepitkan langsir, masuk bilik, tarik tirai buluh tingkap tinggi2, ikat langsir, buka tingkap luas2, capai tuala, masuk bilik air, mandi.


On pc yang dah ala2 nak berhabuk ni, on Sam4, 'Q' kan lagu2 peberet, maksimakan volume. Pergi dapur, masak air, berehat2 seketika di sofa sambil memandang ke luar dan berfikir apa yang hendak dibuat.


Sekitar jam 10, bawa berus sabut dan air sabun sebaldi ke beranda, cuci tahi burung yang menggelikan di pagar, sliding door, lantai dan besi beranda. Busuk betul baunya. Bagaimana mahu mendobi jika tidak dicuci? Kotor pula pakaian yang dijemur nanti. Kan?


Entah kenapa saya terlalu rajin pula hari ni. Tanggalkan cadar dan sarung bantal untuk dicuci, ganti langsir, mop lantai satu rumah sampai 3 kali. Susun2 aksesori dalam almari. Buang barang2 yang sudah tidak digunakan. Siap main masak2 untuk sarapan bagai.


Jam 3ptg, ketika sedang terlantar keletihan di atas sofa di ruang tamu, saya mendapat panggilan telefon. Plan nak keluar beriadah di ta....


Woh! 5.30ptg. Dah dapat call! Really need to go! Yeay! Tata! Arr... Ada lagi 2 trip pakaian yang hendak dicuci. Karangan ni juga bakal tergantung sampai bila2. nGa!


Salam Rindu Dan Sayang Selalu....





2 comments:

  1. baca punya baca...
    rupanye suh aku dgr lagu nih
    wakakakakakka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya laaa....
      suruh dengar.... g baca sampai habis knp? rajin! ahahaha!

      Delete

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (19) Friendship (8) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (15) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)