It Is Very Hard To Say The Exact Truth, Even About Your Own Immediate Feelings

Much Harder Than To Say Something Fine About Them Which Is Not The Exact Truth

Wednesday, April 11, 2012

Blackout

Baby. Little Iguana. In memory. Died 3 @ 4 weeks ago. Cant remember the exact date. Owner: My buddy.


26 Disember 2004. Facebook bukanlah satu fenomena. Kalaulah facebook sudah luas penggunaannya waktu itu, mungkin angka korban bencana tsunami 2004 tidak seperti apa yang tercatat pada sejarah dunia. Selama itu juga, sehingga kini, ada berlaku beberapa gegaran yang tidak begitu kuat dirasai di negara kita Malaysia.


Hari ini, berlaku lagi gempa yang boleh dirasai oleh rakyat permai bumi Malaysia. Rata2 antara kita juga berkongsi pelbagai maklumat dan pengalaman dari masa ke masa bermula daripada gegaran kuat yang dirasai ptg tadi. Pelbagai spekulasi akan berlakunya tsunami juga disebarkan. Untuk apa? Amaran dan peringatan kepada sahabat2.


Sampai ke saat dan ketika ini, belum ada apa2 berita tentang berlakunya tsunami dan amaran juga ditarik balik. Tunggu sahajalah apa yang bakal berlaku. Semuanya qada' dan qadar Allah swt yang Maha Berkuasa menjadikan dan menentukan sesuatu. Kun fayakun...


Ramai juga yang menyebarkan berita palsu dek kerana keghairahan berkongsi maklumat sesama sahabat. Mungkin juga ada antara mereka yang tidak sedar maklumat palsu boleh mencetuskan pelbagai rasa kurang senang terhadap sahabat2 yang merasai atau mengalami situasi yang sebenar.


Saya perhatikan, ada juga antara sahabat2 facebook yang menerima makian gara2 menyebarkan maklumat yang tidak benar atau sipi2 sahaja kebenarannya. Propaganda yang mengundang publisiti.


Ada juga saya bercadang untuk berkongsi situasi cemas yang dialami lapan tahun yang lalu. Di mana ketika itu, baru 5 bulan menetap di Taman Putra Perdana. Pendek kata, masih kuat lagi bau simen di setiap ruang di rumah ini.


Masih segar lagi beberapa anggota Majlis Perbandaran bermotorsikal yang meronda Putra Perdana kerana kes anjing serang budak ketika semua penghuni Ruvena Villa berlari turun dan berkumpul di padang dek kerana gegaran kuat yang dirasai.


Rata2 penduduk terpinga2 kerana ramai yang telah lena dibuai mimpi pada waktu kejadian. Apa yang didengar di telinga ketika itu hanyalah laungan dan ketukan kuat di pintu mengarahkan semua penghuni mengosongkan bangunan yang dibina di atas lombong ditambak dan dikhuatiri runtuh.


Hanya pada jam 3 atau 4 pagi penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing2 setelah berkampung di padang dengan pengawasan pihak berkuasa. Polis, 2 trak bomba dan FRU datang meronda bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.


Apa yang pastinya, kekecohan yang berlaku adalah berpunca daripada bencana dunia yang menyebabkan ratusan ribu manusia terbunuh. Itu jugalah pengalaman paling dasyat yang pernah saya alami seumur hidup saya bersama penghuni 916 dan jiran2.


Ini kenangan yang tidak dapat dilupakan setiap detik dan ketikanya sehingga ke saat ini. Kalau nak diceritakan lagi, rasanya mahu sampai esok saya menaip. Jadi, eloklah sahaja ditamatkan di sini. Perut terasa lapar pula. Mahu goreng cekodok tuna mayonis.


Salam Rindu dan Sayang Selalu. Assalammualaikum Warahmatullah.... =)



No comments:

Labels

Angry (2) April (21) Chef Bard (5) Disember (23) Family (1) February (15) Friendship (5) January (15) July (22) Jun (5) Life Story (107) March (11) May (9) November (13) October (12) Ogos (12) Ramadhan (1) Sad (5) September (11) Shout Out (79) Song (21) Song Of The Day (18) Tag (4)